Tuesday, December 16, 2008

'Afwan

Bismillahi-Walhamdulillah, Assalamu'alaiykum semua...

Dear All,

Just a short message, I need a break for a while... Sorry to everyone for any misconducts, wrongdoings, overlooked, heart feeling and all the bad feelings, hurts that happened caused by myself intentionally or unintentionally... Moga Allah s.w.t mengampuni kita semua..

"Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, permudahkan segala urusan Muhammad bin Abdullah (Saudara Mizwar) dlm segala hal yang telah dirancangkan sebaik-baiknya.. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang yang Menentukan dan Lebih Mengetahui atas segala sesuatu.. Ameen..."

'Afwan,
Muhammad B. Abdullah a.k.a Mizwar

Monday, December 8, 2008

Tag Dari Shasa

Dah lama dok peram Tag Sha ni.. Sorry Sha, busy skit lately tambah dgn x de mood nk jawab tag2 ni.. huhu.. Ni kebetulan cuti Raya 1 minggu... Mad try la jawab yer.. hehe..

1. Falling in love.
:: Cinta monyet.. Mengarut jer... X yahla jawab..

2. Laughing till your stomach hurts.
:: Gelakkan anak sedara (Anisa 3thn).. letak baju dlm baldi pastu masukkan sabun mcm nk rendam baju.. hmm.. habis la sabun kat umah..

3. Enjoying a ride down the country side.
:: Tak terpikir lagi...

4. Listening to your favorite song on the radio.
:: Tak tentu gak.. pagi2 dgr hotfm.. malam2 layan Ikimfm.. So, mcm2 magu la masuk ke telinga ni..

5. Going to sleep listening to the rain pouring outside
:: Tak hujan pun mlm td..

6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
:: -NA-

7. Passing your final exams with good grades.
:: teringat masa final year 1st sem.. syoknye time tu... huhu

8. Being a part of an interesting conversation.
:: Biasa2 jer.. lepak dgn ofismate mcm2 borak..

9. Finding some money in some old pants.
:: Tak pun... sbb jarang letak duit dlm poket...

10. Laughing at yourself.
:: Ada gak ler.. bila pickup slow masa borak2... (kira tgh blurr la)

11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
:: Mostly time2 rumaja la dgn kawan2 U..

12. Laughing without a reason.
:: Ada gak sorg2.. tp sbb teringat perkara yg melucukan..

13. "Accidentally" hearing someone say somthing good about you.
:: Ada gak.. tp wat bodo jer... Pesan Nabi supaya berhati2... takut2 nanti terbuka pintu Riya'... maka mudah lah laluan utk Syaitan.. Naudzubillah..

14. Watching the sunset.
:: Selalu gak especially time pi tepi pantai... Dulu masa still dok kampung selalu gak la..

15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
:: Selalunya lagu2 yg aku dgr.. ada suasananya tersendiri... zaman kanak2 ker.. zaman sekolah ker.. zaman U ker... huhu..

16. Receiving or giving your first kiss.
:: -NA-

17. Feeling this buzz in your body when seeing this "special" someone.
:: Masa nk jumpa GM/Director... takut kene bebel... Tak special pun.. Tension ada la.. Haha..

18. Having a great time with your friends.
:: Momen2 yg tak dpt dilupakan..

19. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
:: Suke gak jejak2 kasih ni.. teringat citer2 lama..

20. Hearing someone telling you "I LOVE YOU"
:: Selalu ckp dgn Anak buah... pastu dia reply.. "i luv u too.."

Tag Dari Riena

Sorry Riena.. Lambat jawab.. ni pun baru ada masa skit.. Check it out..!

7 fakta tentang saya
:: Muslim & Hamba kpd Nya
:: Anak kepada Mak & Ayah
:: Adik kepada kakak2 & abang
:: Abang kepada seorang adik
:: Bapa Saudara kepada 26 anak saudara
:: Atuk Sedara kepada seorang cucu sedara
:: Single Not Available..

7 perkara menakutkan saya di dunia..
:: Salah cakap
:: Salah faham
:: Dibunuh dgn Kejam
:: Bila drive laju2
:: Takut Mati Dlm Kufur.. Moga2 dpt Husnul Khaatimah..
:: Ntah la.. takut apa lg yer??
:: Of course sebagai hambaNya.. takutkan Allah.. baru ada sifat Taqwa..

7 lagu buat masa skrg
:: Lagu Kita - Aizat
:: Zawjaty
:: Warna-Warna Cinta - Brothers
:: Kasih Ibu - Burn
:: Lagu Untuk Ibu - Brothers
:: Coba - Faizal Tahir
:: Ntah la... yg lain layan gitu2 jer kot...

7 perkara selalu sebut
:: hmm...
:: ok..
:: siut jer..
:: sukati lah...
:: allahuakbar kabeera..
:: ye kot..
:: pape jer..

7 perkara yang amat bernilai
:: ISLAM
:: IMAN
:: IBU
:: KELUARGA
:: KAWAN2
:: Kereta.. klw tak, patah kaki kot..
:: HP... Susah senang dgn Hp ni la.. huhu..

7 pertama kali dalam hidup saya
:: Ntah la.. bnyk sgt.. So, x yah la tulis.. huhu..

7 org bertuah menjawab tag ni kali ni saya nak mendera mereka dan mereka yg bertuah itu adalah :
:: Pak Lah Aziz..
lagi enam tu sape2 jer lah.. kang ada pulak yg x biasa2 dgn tag2 ni.. aku plak yg kene nanti.. huhu...

Sila sertakan gambar anda :
tgk jer kat sebelah tu.. my photo.. :-D

Wednesday, December 3, 2008

'Eid Mubarak (Raya Korban)

Sedar tak sedar dah masuk bulan Zulhijjah.. Zulqaedah telah berlalu.. Dan sedetik itu kita bakal melangkah ke 10 Zulhijjah dlm merenung kembali kepada Sirah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam... Semoga pengorbanan Baginda a.s menjadi pemangkin utk kita juga berkorban dlm apa jua keadaan....

Bersempena dgn 'IdulAdha yg bakal menjelang tak lama lagi.. dengan rasa rendah diri, aku mengambil kesempatan utk memohon maaf atas segala kekhilafan, keterlanjuran bahasa mahupun tingkah laku yg disengajakan mahupun tidak.. mengakui hakikat diri yg senantiasa tidak lari dari melakukan kesalahan...

Maklum juga, aku adalah antara org yg kuat bergurau.. kdgkala gurauan tidak bertempat.. bergurau kasar, gurauan yg org tak dapat terima.. dan lain2... Bukan mudah juga utk kita mengakui segala kekurangan & kesalahan... namun itulah hakikat sbg manusia yang berpijak di bumi nyata.. selagi namanya manusia maka tidak pernah akan sempurna.. dan segala ketempangan yg ada merupakan dari kelemahan sendiri dan ianya bukanlah tiket utk kita memcari alasan utk tolak ke tepi sesuatu kesalahan.. dan sentiasa juga beringat, segala kelebihan yg kita ada adalah nikmat Allah yg tidak terhingga..

'Ala kulli-haal, aku amat berterima kasih kpd semua kenalan yg sudi menegur salah & silap aku sepanjang perkenalan.. setidak2nya ianya dpt menjadi 'reminder' kpd diri aku sendiri..

Dan sekadar ini sahaja... mohon maaf sekali lagi sekiranya banyak perkara yg kurang menyenangkan.. aku bukan lah selayaknya utk menasihat.. sekadar bekongsi..

Selamat Hari Raya Korban, Selamat Mendapat Ibadah Haji Mabrur kepada jemaah haji..

'Eid Mubarak.. Kullu 'Aam Wa Antum Bikhaiyr..

Sunday, November 30, 2008

Kasih Ibu

Pernah satu ketika ada kawan aku mengusik tatkala aku memberi alasan utk memilih calon mengikut kriteria2 pilihan mak..

"Ko yg nak kawin ke mak ko yg nak kawin?" Soalnya
"Aku cuba sebaik mungkin memenuhi permintaan mak aku.." Jawabku..

Ada juga yg cakap.. anak mak.. manja.. mentel... dan lain2.. Aku hanya mampu tersenyum.. Bangga pun ada jugak... Dah memang aku anak kepada mak.. aku berhak utk manja dgn mak.. klw tak bermanja dgn mak nak manja dgn sape lg? Hehe.. Setidak2nya aku manja dgn mak aku sendiri bukan dgn mak org lain... Hehe... Tak per... no heart feeling.. I'm a cool guy anyway... Cool ker?? Haha..

Anyway, setiap orang ada persepsi dan pandangan masing2... Sebagai anak, aku cuba yg terbaik utk kebahagiaan mak.. Sape lagi nk bahagiakan mak klw bukan anak2nya..??

Tidak dinafikan kadangkala wujud perbezaan pendapat antara mak & anak, tetapi sbg anak kita perlu memainkan peranan utk menzahirkan pndpt kita dgn baik tanpa mengecilkan hati mak.. ataupun bertolak ansur dgn menerima pdpt mak dgn cara baik... Semua ini asam garam dlm kehidupan.. dan aku percaya tidak seorang pun dapat lari dari situasi ini sepanjang hidup bergelar anak...

Perlu diingat, sbg anak lelaki.. aulawiyat terhadap ibu adalah perkara pertama.. Bukanlah menidakkan status isteri terhadap suami.. tetapi Islam itu indah dan ada hikmahnya tersendiri.. Allah lebih mengetahui segalanya.. Namun, si suami wajib melaksanakan tanggunjawab sebaik mungkin dan seperti yg dituntut agama..

Dan sebagai isteri, suami adalah keutamaan, Namun ini bukanlah alasan utk si anak mengabaikn tanggungjawab kepada ibubapa.. Tanggungjawab terhadap ibubapa juga adalah satu kewajipan...

Pernah ketika bercakap hal ini kepada seorang teman yg telah bersuami.. mukanya sedikit mencuka... bukan ingin mengutarakan sesuatu tanpa sebab.. tetapi itulah hakikatnya.. Jika kita berpijak di bumi nyata & yakin dgn kehendak agama.. sudah tentu tidak timbul apa jua permasalahan di kemudian hari..

Semestinya kita tidak perlu lupa dgn kisah Alqamah yg diazab Allah ketika hampir putus hayatnya hanya kerana Ibunya berkecil hati dgn sikapnya.. Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka. Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakaratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnul-khaatimah...

Dalam kedua2 situasi ini, kebijaksanaan si anak samada anak lelaki atau perempuan amat penting untuk mengemudi segala kemungkinan.. Namun ianya berbalik kpd persoalan asas.. walaubagaimanapun, win-win situation adalah terbaik utk kebahagiaan semua pihak.. tolak-ansur dan persefahaman mungkin memberi impak yg terbaik kepada semua..

Seperkara lagi berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, mafhumnya:

Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda...

Whatever it is... kenanglah jasa Ibu yg pernah melahirkan, mendewasakan kita & tentunya sentiasa menyayangi kita.. tidak dilupakan jasa seorang bapa yang membesarkan kita... Dan kepada yg telah bergelar suami.. hargailah setiap pengorbanan mereka yg bergelar isteri..

Sekadar berkongsi lirik lagu Kasih Ibu - Burn



Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh

Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya... Ohh...

Saturday, November 29, 2008

Lambaian Kaabah

Labbaikallahumma labbaik... Labbaikala Syareekala Kalabbaik..

Musim haji kembali lagi pada tahun ini... ramai tetamu Allah berkunjung ke Baitullah utk menunaikan Rukun Islam ke-5... Di TV & Radio juga membincangkan pelbagai topik mengenai Haji... Semua ini mengingatkan aku kepada kisah 3 tahun yg lalu...

Awalnya dalam Ogos 2005, mak, kakak & abg ipar mendapat surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) mengesahkn mak akan berangkat ke Mekah pada Dec 2005.. Segala persiapan termasuk suntikan utk jemaah haji peringkat pertama selamat ditunaikan..

Walaubagaimanapun, dalam Okt-Nov 2005 mak medapat 1 surat dr LTH, mengatakan penangguhan jadual mak ke Mekah ke tahun hadapan (2006).. Alasan yg diberikan, Kerajaan Arab Saudi menngurangkan kuota bilangan jemaah dr Malaysia pada thn 2005. Namun, kakak & abg ipar dapat berlepas ke Mekah seperti dijadualkan.

Kami sekeluarga agak kecewa kerana Kakak & abg ipar merupakan mahram yg akan mengiringi mak ketika di Mekah.. Bila hal ini terjadi, mana mungkin mak dapat pergi ke Mekah pada thn 2006 kerana tiada mahram..

Jadi, saya nekad utk menelefon Ibu Pejabat LTH KL utk memberitahu permasalahan ini yg saya kira tidak sepatutnya berlaku.. Melalui seorg ustaz di LTH, saya memohon jasa baik beliau utk mempertimbangkan status mak utk berlepas pada 2005 juga.

Dalam tempoh tinggal sebulan dua sahaja... saya kerap melakukan follow-up dgn ustaz tersebut, jaminan diberikan bahawa mak mempunyai peluang cerah kerana ada seat kosong kerana ada bakal jemaah yg menarik diri.. Namun, perlu diambil kira 1 lg masalah, penerbangan mak mungkin berbeza dgn kakak & abg ipar.. Satu perkara utk kami sekeluarga khuatiri. tak mungkin mak dapat meneruskan pemergian beliau ke Tanah Suci menaiki penerbangan berlainan dgn kakak & suaminya..

Jadi, follow-up saya berterusan utk memastikan mak mendapat 1 flight dgn kakak & abg ipar.. Dan Alhamdulillah tak lama selepas tempoh itu... pengesahan dari ustaz dr LTH mengatakan mak mendapat flight yg sama dgn abg ipar.. Beliau mengarahkan saya utk membawa mak mendapatkan suntikan kedua... tapi seperkara lagi.. urusan LTH dgn pihak pengurusan passport & VISA masih belum selesai.. Perlu dipastikan urusan Visa dan passport ini selesai dan barulah kami sekeluarga puas hati dgn status pemergian mak ke Tanah Suci..

Dan aku terus membuat follow-up dgn ustaz tersebut.. Kata2 positive dr beliau utk mak bersedia utk ke Mekah.. Tapi passportnya masih belum selesai.. Ya Allah permudahkn segala urusan mak utk ke sana..

Flight penerbangan mak adalah pada hari Rabu 14-Dec-2005.. Namun sehingga 12-Dec-2005 masih belum ada sebarang pengesahan hitam putih dr pihak LTH.. Risau jugak kami dibuatnya.. Kebetulan pada waktu itu.. saya & Jabatan tempat saya bekerja masih berada di Langkawi kerana bercuti.. (10 hingga 12-Dec-2005)...

Selepas balik dr Langkawi, saya terus bercuti dan pulang ke kampung dan terus menghubungi ustaz LTH tersebut.. Dan Alhamdulillah, pada 13-Dec-2005, pihak LTH telah fax kan surat ke pejabat kakak di Kepala Batas mengesahkan mak dapat pergi dan bersedia utk melaporkan diri di Kompleks LTH PulauPinang pada 14-Dec-2005..

Kami sangat bersyukur dgn pengesahan ini.. cuma seperkara, passport mak masih di tgn LTH dan akan diberi ketika hari melapor diri.. ujian demi ujian.. Walaubagaimanapun, kenduri doa selamat secara ringkas dpt disempurnakan pada hari Selasa tersebut memohon agar mak selamat berangkat dan selamat menunaikan Haji..

Dan pada hari Rabu 14-Dec-2005, passport mak diberi ketika Taklimat akhir utk Jemaah Haji di Kompleks LTH.. Alhamdulillah... mak selamat berangkat pergi ke Tanah Suci.. Dan penerbangan pada hari itu merupakan penerbangan pertama d PulauPinang bersama2 dgn TYT Ketua Menteri...

Dan kedatangan 'IdulAdha pada tahun itu, saya tidak pulangkan ke kampung, sunyi dan kosong rasanya sebab mak tak ada di sisi.. huhu.. Saya hanya menunaikan Solat Sunat Hari Raya di Masjid UIA di Gombak.. dan tidak di kampung seperti sebelum2nya...

Tidak dilupakan satu berita yg mengejutkan pada thn itu, bangunan runtuh di Mekah.. risau jugak kami sekeluarga... tapi ALhamdulillah mak kakak & abg ipar selamat..

Selama lebih 40 hari, kami menyambut kepulangan ibu di Airport PulauPinang dengan perasaan terharu & gembira...

Bermacam2 perkara yg mak kongsi.. ALhamdulillah.. Allah permudahkan urusan mak.. mungkin sebab Allah dah uji mak pada peringkat awal pemergian... Antaranya, Klw nk diikutkan mak agak memilih dalam bab makan, tapi mak dapat mkn masakan di sana dgn baik wlwpun ada beberapa jemaah tak lalu makan dgn masakan di sana.. Mak juga tidak mempunyai masalah sakit2 sendi dan otot2 walaupun banyak pergerakan dlm menunaikan Ibadah Haji.. Hatta apabila balik ke Malaysia.. Mak lebih bertenaga... Jalan pun laju.. :D...

'Ala kulli haal.. semuanya selamat & mudahan2 Ibadah Mak diterima & mendapat Haji yg Mabrur.. Ameen....

Gambar2 kenangan sebelum Mak pergi & balik dari Tanah Suci

Saturday, November 22, 2008

Walimatul 'Urus

....Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem....

Buat semua kawan2 & pengunjung setia My Blog




Sebarang kemusykilan boleh terus hubungi saya melalui email @ telefon.. Jazakumullah..

Friday, November 21, 2008

Corat Coret

Salam 'Alaiyk...

Dah lama rasanya tak conteng2 kat blog ni.. Tak de mood nk conteng2.. Malas pun ada. Busy pun ye gak.. Banyak sangat yg berlaku seminggu 2 ni...

Alhamdulillah hari ni Sabtu.. ada la skit masa terluang.. tak la terluang sgt.. huhu... Nak jadi posmen lg.. itu lg ini lg.. Weekend lepas dah balik kg... uruskan satu dua hal.. kemas2 umah.. mmg agak busy... tapi yang bestnya... dlm pada tu sempat lg curi masa dgn mak aku malam ahad lepas... main congkak.. haha... lama betul tak main congkak tu.. Allahyarham Ayah yang belikan.. sekali dgn guli2 nya.. huhu.. Mak aku ni kira hustler main congkak... habis adik & akak aku kalah.. Maka aku pun bersemangat nak uji skills aku yg lama berkarat.. Haha.. Sepanjang 7-10 games.. Mak aku cuma menang sekali je... balance tu aku sapu.. hehe.. Endingnya.. mak aku cuma tinggal 1 rumah jer.. lg 6 rumah sume terbakar.. Pastu kitorg stop la.. dah tak larat dah... dari lepas isyak.. and stop dinner and then sambung balik... takpe2... Nanti balik kampung main lg.. Hehe...

Pic: Gambar sewaktu bercuti di Jerejak

Hmm.. semalam akak aku tepon, dokumen2 penting untuk majlis nanti dah siap.. Pendaftar Pej. Agama datang hantar kat umah semalam... Alhamdulillah settle 1 lagi hal.. tak sia2 aku balik minggu lepas... harap2 lepas ni semuanya dapat setle sbelum tarikhnya.. AMeen...

Dalam pada sibuk2 itu ini.. ada lagi 2 benda lg aku kena support... Dinner Division on 5th Dec.. aku jd komiti in-charge of Door Gift & Lucky Draw.. Bajet dah la sikit.. menyusahkan lagi keje aku ni... Haha... Hmm.. bila la aku nk buat tu sume... Harap2 ok la.. mana tau kan, ni je sumbangan terakhir aku utk division aku ni.. huhu..

Dah tu lg 1 ni.. misi menyelamatkn bahtera kawan aku... as per my post 'Life is A Test'.. Since both husband & wife need my help & support.. Klw boleh mmg tak nak masuk campur.. tapi dah org mintak tolong... I'll try my best to help pape yg patut.. kesian jugak aku tgk.. kedua2nya tgh pening & berserabut.. Tapi aku pun tgh berserabut gak... huhu... Can anyone help me too??!!!

Isk3.. macam2 dah aku ngarut ni... It shows that my mind also not really in a good condition... Tapi masih waras lg dong... hoho..

Tak lupa jugak, di kesempatan ni.. nak ucapkan Alf Mabrook to Aiman & Asma' for your 2months infant... Tak sabar nak jumpa 'Azzam... hehe.. Moga menjadi penyejuk mata hati ummi & abi sekeluarga... But the most important thing, do call me uncle or 'ammu.. tak yah la tok2 tu.. tak sesuaii lg... :D hehe...

Papepun atas semua kesibukan ni atas segala masalah yg kita face, I do believe solemnly pledge under oath... opss.. silap lak.. I do believe.. semuanya berbalik pada Rukun Iman kita yg ke-6.. Qada' & Qadar Allah utk kita as human being.. & manusia yg lemah.. namun, Allah lebih mengetahui apa yg termampu utk kita... dan DIA juga merancang yg terbaik utk hambaNya...

Just on our part, in anyway.. try our best.. apapun yg kita buat.. hubungan kita dgn Allah, sesama manusia (keluarga, kawan2 & masyarakat), sesama hidupan (hayawan & tumbuh2an).. Be positive.. Salamah as-Sadr (berlapang dada) kepada Allah & manusia.. Its good to evaluate our weaknesses, kekurangan dsbgainya.. rather than think about sumthing else..

Yaa.. Strive for the Best..!!

Friday, November 7, 2008

Life Is A Test

Bismillahirrahmaanirraheem....

Alhamdulillah.. banyak kesempatan utk aku coretkan serba sedikit hari ni.. Lately I'm aware of some hot issues that happened here & there.. Antaranya Dato' Sri Najib Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO, Obama menang Presiden US (for the 1st time dari warga Kulit Hitam), Harga Minyak Petrol di Malaysia turun 15sen / Harga Minyak dunia jatuh ke $60 setong, Razak Baginda diputuskan tidak bersalah bersubahat dgn pembunuhan Altantuya, kes khalwat Norman Hakin-Memey melibatkan rumahtangga Abby, Raja Petra dibebaskan kerana penahanan beliau tidak sah dan bermacam2 lagi... Hmm.. improving... if not.. i'm always outdated on any latest issues.. Ni pun if someone ask about other issues, there might be a lot of things that I'm still not aware off.. but atleast not all issues I have missed out.. :p

Anyway, last week I received call from someone who share about the husband's condition.. which I reserve my word on him.. Pity to the wife who is pregnant right now.. the husband is looking for someone else & thinking to have the 2nd one.. Looks that he still love both of them.. it makes me think of the issue of Norman-Abby.. but the husband not up to that 'caught' thingy..

At the same time, she suspect that the husband is suffering of 'black magic' (dlm bahasa lebih lembut.. kena bomoh/mandrem @ sewaktu dgnnya..huhu..) But she didnt put the word on it.. because according to her "tak baik gak nk tuduh2"..

However, my advice to her is.. banyak amalkan 3Qul (surah An-Nas, Al-Falaq & Al-Ikhlas) + Aayatul-Kursiy.. Amalkan membaca setiap2 kali after solat, boleh juga ditiupkan pada minuman suami.. (pada kebiasaan, air yg ditiupkan dgn bacaan AlQuran, adalah penawar... even, Dr.Harun Din pun guna air kosong utk diberi kpd pesakit).. Doa lah mudah2an segala perkara yg tak baik dilakukan kepada suaminya dijauhkan oleh Allah s.w.t.. I got this tips from 2 of my Ustaz from UIA.. according to them, Rasulullah menganjurkan utk membaca perkara2 di atas.. tiada perantara @ jampi2 serapah yg lain utk perkara itu.. (both is having the same thought)..

Positively, the wife is in a good condition & take it as a test from Allah to them.. But according to her, sometimes she feel that she really in a weak conditon, no energy at all to face all these things.. & feel to give up... However she has to force herself to encounter the feelings..

And surprisingly, the husband did share the same issue to me, and I also advice the same thing to the husband (to recite those surah everytime especially after solat).. since I also hightlite the same feeling of his wife about 'black magic' thingy.. (he didnt know that the wife has contacted me though..)

At the same time he told me that he cant stop forget the girl & want to take the girl as a 2nd.. I did ask him to perform Solat hajat & istikharah.. the rest is leave it to Allah to decide what is good for him & the family... But my warning to him, if the 'petunjuk' says that not to marry the girl.. "takkan ko nk proceed gak??..if this is not good for you???".. I just leave that question to him to asnwer himself..

Whatever it is, serahkan kepada Allah sebaik2 pemilik ke atas sesuatu.. Mudah2an Allah menentukan yg terbaik utk keluarga mereka.. Ameen...

"Cinta Luar Biasa"

Salam 'Alayk.. Just to share 1 of the email received yesterday...

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..
Mampukah kita semua meraih cinta luar biasa..??

Aku tertarik dengan coretannya... Dan sememangnya sebaik-baik Cinta adalah Cinta yg disandarkan kerana Allah s.w.t... Looks difficult if we really dunt want to make effort on it.. However, we have to put more effort to get it...

Sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

1)Imam (pemimpin) yang adil,

2)Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3)Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,


4)Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,


5)Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah",

6)Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,

7)Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Wallahu ta'ala A'lam..

Thursday, November 6, 2008

Odei Anak

Bismillahi Walhamdulillah...

Kaifahalukum Jamee'aan??? Hehe.. Lama tak cakap arab.. Saje nk tanya kabor.. Dah lama tak update blog ni... Macam2 nk dikongsi.. tapi dengan kesuntukan masa yg ada.. mmg tak berkesempatan... Baru skrg rasa, betapa berharganya masa klw tak digunakan sebaiknya.. Dan dgn masa juga Allah bersumpah dalam firmanNya yang penuh bermakna dan mudah2an dihayati bersama..

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan kesabaran." Al-'Asr : 1-3

Hehe, actually bukan nak bercakap pasal Masa pun.. tu selingan sepintas lalu je.. Huhu.. Just to remind myself... and here also.. sedikit sebanyak bercakap pasal masa.. nk disebut kat sini.. sebanyak mana masa yg kita gunakan utk bersama2 mak/ayah kita.... Dan sejauh mana masa yg kita spend tu berkualiti..

Bukannya apa, hati mak/ayah kena dijaga & dibelai.. kadang2 disebalik kata2 "..Tak ada apa.. Mak OK..." yg mak kita ungkapkan... tersimpan secebis kekecewaan dihati dgn tindak tanduk kita.. Na'udzubillah... mintak dijauhkan... bukan setakat kecewa, berkata "Uff" pun dah berdosa seperti yg dinyatakan dlm Al-Quran... Hal ini, walaupun kita tau/ma'aruf tentang perkara ini, tapi sejauhmana kita berusaha utk menjaga perkara tersebut dr berlaku di sekeliling kita...

Satu muhasabah utk kita semua.. sewajibnya mampu & berdaya utk kita:-

- tunaikan permintaan mereka selagi tidak melanggari syara'
- jagalah tingkah laku & perkataan kita terhadap mereka
- sentiasa menggembirakan hati mereka dgn apacara sekalipun
- mengenepikan ego kita demi seorang insan yg bergelar ibu @ bapa

Dalam melaksanakan hal2 ini, kita perlu bertafakkur seketika menilai semula apa yg telah @ belum kita lakukan utk mereka... Beberapa perkara yg tidak mampu kita balas dgn apa cara sekalipun melainkan sebuah kegembiraan kpd mereka...

Mereka telah :-

- mendidik kita utk mengenali apa itu Islam, Iman, Ihsan, Tauhid dll..
- melayan karenah kita dr kecil sehinggalah sekarang
- menanggung segala susah payah utk membesarkan kita
- tak tercapai akalku nak tulis kat sini
- terlalu banyak & tidak dpt dihitung

Melalui pengalaman mereka2 & juga pngalaman aku sendiri yg sudah tidak mempunyai ayah.. Aku sarankan gunakan sebaik mgkn masa yg ada utk menggembirakan mereka... mujahadah diri amat perlu utk kita menerima segala ujian & cabaran utk menjaga hati mereka.. 1 je peringatan utk aku & semua2 sahabat, jgn sesekali kita menyesal @ terkilan dgn apajua perkara sekiranya kita tak sempat utk berbuat demikian ketika hayat mereka... Waktu itu, menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya.. Na'udzubillah..

Perlu diteliti, apakah tindakan kita selama ini adalah sesuatu yg menyakiti @ mengecilkan hati mereka... samada disedari mahupun tidak...?? Jawapannya ada pada diri kita masing2..

Apapun, pokok pangkalnya.. kita perlu bnyk beralah & bersabar... dan waktu ini, giliran kita pula utk mengambil alih tugasan mereka utk kita menjaga mereka pula...

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA??
Masing2 ada jawapannya tersendiri..

Wallahua'lam..

p/s : Segala coretan yang dinukilkan adalah secara spontan. Semuanya utk mereka yg bergelar Anak..

Lagu selingan Nyanyian Raihan

Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Mati Yama No Megentian Dika
Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Tomod Yamamu Minaganak Dika

Wahai Anak Apakah Kau Mengerti
Betapa Deritanya
Ibu Yang Mengandung
Aduhai Anak Apakah Engkau Tahu
Alangkah Deritanya Ibu Melahirkanmu

Namun Kelahiranmu Adalah Penghibur Hati
Dibelai Dan Dimanja Setiap Hari
Di Malam Hari Tidur Tak Berwaktu
Tapi Tak Mengapa Kerana Kau Disayangi

Hari-hari Sudah Pun Berlalu
Usiamu Makin Bertambah
Seorang Ibu Sudah Semakin Tua
Namun Terus Berkorban Untuk Sesuap Rezeki
Agar Sempurna Hari Depanmu

Kini Kau Dewasa, Ibumu Telah Pergi
Waktu Yang Berlalu Seakan Memanggil
Sudahkah Kau Curahkan Kasih Sayangmu
Apakah Terbalas Segala Jasanya
Syurga Itu Di Bawah Tapak Kakinya

Hanyalah Anak-anak Yang Soleh
Bisa Memberikan Kasih Sayangnya
Hanyalah Anak-anak Yang Soleh
Bisa Mendoakan Hari Akhiratmu

Wednesday, October 29, 2008

Tagged Lagi

Ye la Riena... Aku jawab balik tag ekau ni.. Letihnya nak menjawab... Huhu..

Name: Muhammad
Sisters: 7
Brothers: 1
Shoe size: 8
Height: 170cm
Where do you live: KL.. asal Kepala Batas

Have you ever been on a plane: YES
Swam in the ocean: YES
Fallen asleep at school: NEVER.. Opss.. Ada la jugak.. bertongkatkan Cermin Mata Box merangkap Pensil Box :-p

Broken someone’s heart: Tak pernah kot... Hancur Hati tuu...
Fell off your chair: Tak pernah rasanya... best gak klw kena yer? hehe..

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Tak Kot..
Saved e-mails: YES
What is your room like: LIKE MY ROOM laa....
What’s right beside you: PILLOW..
What is the last thing you ate: Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Kari Ayam

Ever had…
Chicken pox: YES.. Childhood
Sore throat: YES.. petanda nak demam.. huhu..
Stitches: YES I think....
Broken nose: NEVER.. or NOT YET..

Do you Believe in love at first sight: DEPENDS...
Like picnics: YUP... Camping pun best gak!!

Who was/were…
The last person you danced with: Ish.. Tak Tercapai AKalku.. (Sapa la yg buat Soalan Tag ni..)
Last made you smile: tengok ALYA kot.. (Anak Sedara)
You last yelled at: Kat member kot.. ke kat Adik aku? Lupa plak.. :-D

Today did you…
Talk to someone you like: NO..
Kissed anyone: OF COURSE NOT!!
Get sick: NO..
Talk to an ex: NO X,Y,Z....
Miss someone: My mum & my Late Father..
Who do you really hate: NO.. Org yg mempersendakan sesuatu.. (No one is perfect)
Do you like your hand-writing: YES... Kdg2 lawa.. kdg2 mcm cakar itik.. huhu..

Are your toe nails painted: NO..
Whose bed other than yours would you rather sleep in: my mum... huhu..
What color shirt are you wearing now: WHITE.. Hotlink My Team (Wording in Red)..
Are you a friendly person: Hmm.. NTAH LA.. I rather not to say that.. Biasa2 jer..

Do you have any pets: now - NO.. last time yes... Ayam,Burung, Kucing..
Do you sleep with the TV on: SOMETIMES..

What are you doing right now: ANSWERING THIS TAG!!!
Can you handle the truth: YES...
Are you closer to your mother or father: my Bonda.. both kot.. huhu..
Do you eat healthy: NOT REALLY...
Do you still have pictures of you & your ex: NO X,Y,Z..
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: MY FRIENDS..
Are you loud or quiet most of the time: DEPENDS ON THE SITUATION..
Are you confident: YES & NO..

5 things I was doing 10 years ago:
1. Saya amik SPM kat Irshad,Pokok Sena. (Tiru Riena.. Malas nk pikir)
2. Solat Jenazah utk Allahyarham/ah Ayah (March 1998) & Tok (Mei 1998)..
3. Amik lesen motor.. sebab senang nk tlg mak beli barang2 kat kedai.
4. Buat camping kat tepi laut kat Penang.. under Pers.Bahasa Arab sekolah..
5. Macam2 la aku buat.... huhu...

5 things I would do if I were a billionaire:
- Bawa family pi Mekah kot.. dah lama terpikir.. huhu..
- Sedekah kat sape2 yg perlu... (mcm stereotype.. tp try to be honest)
- Melancong ke mana2 je rasa nak pi..
- Nak beli macam2.... kete, umah, dll... huhu
- Wat kenduri kesyukuran.. jemput sume org dtg makan kenduri...

5 of my bad habits:
- Makan banyak.. huhu
- Tak banyak cakap if in bad mood..
- Tak suke basuh kete.. sbb klw basuh sendiri sure 2-3 jam..(sbb particular sgt)
- Pikir bukan2...
- Banyak lg kot... Tak larat dah nk pikir..

5 places I’ve lived/living:
- Lahar Minyak, Kepala Batas
- Tikam Batu, Sg. Petani
- Petaling Jaya, Selangor
- Gombak, Kuala Lumpur
- Setapak Jaya, Wangsa Maju

5 + 1 people I tag:
Hmm... Tah ler.. Tapi klw diorg rajin.. tlg la jawab TAG ni yer.. klw malas, tak yah wat pape... huhu

1. Pejal
2. Ciki
3. Nurman
4. Wan Azhar
5. Ajim
+
1. Aiman & Asma'

Cukup2 la dulu... Ngantuk dah.. ZZZzzzzzz....

Cuti Lagi

24hb Oct.. Jumaat
Lebih kurang 11.00mlm aku & 2 org anak buah aku sampai kat pudu.. Tiket bas yg dibeli oleh anak buah aku dijangka bertolak pada jam 11.30pm.. Sampai je kat pudu, kitorg terus ke platform 16.. Actually memang kebetulan jugak, my fiancee pun baru smpai dari destinasi dia kat pudu tu utk balik ke rumah dia kat area2 Selangor ni... Tapi memandangkan tak lama selepas tu ada org panggil no bas yg tertera kat tiket bas kitorg... Then kitorg kena follow dia & dibawa ke belakang Kotaraya berdekatan dgn McD... Kat situ ada 1 bus stop & kitorg disuruh tunggu kat situ... Maka tak berkesempatan la nk jumpa my fiancee kat pudu...

*Ramai giler manusia kat Pudu mlm tu.. sume sibuk nk balik beraya.. huhu..

Pastu PIC bas tu cakap bas ke Butterworth lagi setengah jam katanya... Aku pun tunggu la kat situ sambil berdiri... memandangkan ramai org lagi kat bas stop tu.. Pastu anak buah aku ckp..

"Nak jumpa pi la.. sempat lg.. ada lg setengah jam.."
"Ok gak.. nanti klw bas dtg call paksu.." jawab aku spontan..

Aku pun menuju ke Pudu balik... tapi tak sempat sampai, rupa2nya... bakal mertua & my fioncee mmg tgh mencari aku gak... maka, kitorg berjumpa kat tepi jalan dekat dgn Ancasa Hotel tu... Lama gak berborak.. sbb diorg tgh tunggu adik my fiancee dr Perak yg belum lagi sampai ke Pudu tu...

Apa yg aku nk citer kat sini, tunggu punya tunggu.. rupa2nya bas kitorg sampai kul 1.15am.. Hmm.. nasib la kami jenis penyabar... huhu... lebih kurang kul 1.30am baru la bas kitorg bertolak menuju ke utara tanah air... Basnya pulak.... Bas Sekolah... tetiba rasa mcm Geng Bas Sekolah la pulak... huhu...

Alhamdulillah pagi tu selamat sampai jugak kat Butterworth...
3 hari kat kampung, Sabtu sampai Isnin... Aku, Mak, Kak Saniyah, Kak Jihah, Husna & Anisa ada kat umah...

25th Oct.. Sabtu
Kitorg pi kenduri ofismate Kak Cik... Then terus pi survey2 skit barang kat Pekan Kepala Batas... pastu terus balik.. sampai kat umah je Abg, Kak Ipar & anak2 diorg ada kat halaman rumah.. pintu rumah berkunci sebab tak ada org di rumah.. Kira ngam2 la, diorg sampai.. kami pun sampai balik kat umah..

26th Oct.. Ahad
Kitorg pi survey2 barang kat Sg.Petani pulak...dapat la aku kosongkan wallet aku ni.... huhuhu... Lepas tu singgah kat Central Square, mak aku nk beli handbag utk adik aku.. Lepas tu kitorg pi Pizza Hut.. singgah mkn kat situ jap.. Order Set Meal Pizza... Tapi memandangkan mak ni memilih skit.. kitorg order la spagethi & Fresh Oren utk mak... Huhu.. :p Overal servis agak lembap.. huhu.. Menguji kesabaran aku betul... Lepas bayor (guna Voucher RM10 yang aku dpt dr Program QCC kat company).... Pastu kitorg terus balik umah...


Spagethi.. Huhu..

Pemandangan on the way nak sampai kampungku.. huhu..

27th Oct.. Isnin
Lagi sorg anak buah aku dirisik.... huhu.. tapi memandangkan aku ada hal lain yg perlu disegerakan di Bukit Mertajam.. Mak pun follow aku pi setlekan pape yg patut.. balik je dari situ, kitorg rush pi Tikam batu jap.. & terus balik umah... Malam tu sessi kemas umah skit.. maklum la.. mlm tu aku dh nk balik KL balik... huhu.. malasnyee......

28th Oct.. Selasa
Kul 5.30pg kitorg sampai kat Pudu.. terus balik ke PJ & siap2 ke ofis.... Sepanjang 1 hari kat ofis tu... aku asyik mengantuk, tahan mengantuk.. & terlelap2 kat meja... Pastu dah petang skit.. maka datang la sakit kepala a.k.a migrain aku tu.. apa lagi.. 5.30pm sharp aku terus challo..!!!

Wlwpun melalui hari2 yg memenatkan.. tetapi dapat diharungi sebaiknya.. Alhamdulillah..

Wednesday, October 22, 2008

:: EXCLUSIVE ::

Bismillahi Walhamdulillah..

Atas permintaan yg bertubi2... dgn ini aku pun share la skit2 pape yg patut... Kalau ada apa yg kurang memuaskan.. sorry yer... Ini jer yg termampu setakat ni... huhu..

Actually berat hati nk letak kat sini... takut2 ada bermacam2 andaian atau tafsiran... tapi.. utk kawan2 yg terlalu istimewa yg jauh di mata.. aku letak jugak laa... Ni si Pojan a.k.a Kui ni pun.. dok push2 aku dah ni... huhu.. pasni ko tunjuk plak gambor kawin ko tu... :-D

Papepun... bak kata Sasha (akhirnya aku abadikan jugak nama hang Sha :P), kita cuma mendoakan & mengharapkan yg terbaik.. selebihnya Kuasa Allah yang menentukan segalanya..

Maka dgn ini, doa kalian amat dialu2kan... Moga Allah permudahkn jalan seterusnya.. Ameen..

Mak sarungkan cincin risik & tunang.. :-)

Hantaran serba ringkas... 5 Vs 7 dulang..

Itu je setakat ini... Skit2 udah ler..

selebihnya tunggu next episode yer.. :-D

Sunday, October 19, 2008

Dedication

Bismillahi Walhamdulillah...

Many2 thanks to everyone yg menjayakan '1 Nite Program' baru2 ni... Samada yg menjayakan majlis secara langsung @ tidak langsung..

First of all, to my beloved bonda Mariah.... my brother Rosli & all my sisters Kak Zue, Kak Zakiah, K.Najihah, K.Saniyah, Kak Cik, Husna & Kak Chaq..... Ipar2 duai... Pastu anak2 sedara aku dan juga cousin aku & his family yang paling rapat dgn mak aku... yg sudi turun padang memeriahkn majlis... Hehe.. Pendek kata kepada semua famili2 aku... Yang mana tak turun padang tu... thanks 4 ur du'a....

2nd, kredit to my friends - Taib, Cipul, Acit & Nadey, Dute & Asip kerana sudi meluangkn masa... To Ciki & Nad... next time insyaAllah.. mudah2an Allah memberi ruang utk kalian.... buat kawan2 yg lain... Many2 thanks as well for your du'a... comments... critics... really appreciate that.... Mohon maaf juga atas segala kekurangan, misinterpretation, miscommunication, & segala kekhilafan yg berlaku sepanjang tempoh sebelum, sewaktu & selepas majlis berjalan... hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa kalian...

Tak lupa juga.. buat ofismate yg mendoakan segala kebaikan utk diri aku...

Last but not least, buat semua2 yg terlibat secara langsung @ tidak langsung... segalanya amat dihargai... & mudah2an diganjari Allah s.w.t.. insyaAllah..Ameen......

p/s: Gambar banyak sgt.... nanti2 lah aku paste kat blog ni... huhu..

Friday, October 17, 2008

1 Nite Program

1 Nite Program.... Teringat aku zaman2 masa kat kampus dulu... Club kitorg ada buat prgrm diberi nama "1 Nite Program".. Bermula dgn Talk/Kuliah-I'tikaf-Qiyam Al-Lail-Subuh-Breakfast.. Klw ada masa, kitorg sambung sekali dgn riadhah pagi tu... Tp itu time zaman blajar la.... Skrg ni aku tak pasti ada lg ke tak 1 Nite Pgrm anjuran Club itu..... Club yg paling aku aktif & banyak pengalaman, input & kenangan yg masih bersemadi di kotak fikiran aku... Mcm cerpen la pulak.. Huhu...

Malam ni pulak aku tido lambat skit... tadi dapat telan 2 biji paracetamol selepas badan aku dh menjadi seram2 sejuk mcm nak demam...

Diorg kata aku tak boleh demam... sbb esok ada 1 Nite Pgrm.. Aik?? ada lagi... huhu.. tapi konsep 1 Nite Pgrm yang ini lain dari apa yg aku ceritakan tadi.. Maybe sbb pgrm ini di raikan bersama keluarga... Tidak seperti sebelum ni, pgrmnya diorganize bersama kawan2.....

So, are you ready for tomorrow?? 1 Nite Pgrm??? InsyaAllah.......... Alhamdulillah, badan pun rasa mcm dah ok skit.. harap2 tak demam la... Bi-Idznillah..

Another 1 Nite Prgm in my life....... Semoga semuanya berjalan lancar.. Ameen..

Monday, October 13, 2008

Kena Tagged

Ooo.. Camni ka hampa main tag2... Hehe... Best gak... leh hilang tension.. Huhu.. Tetiba jer Mae Rafique tag aku... Meh sini aku nak lawan Riena.. (Akhirnya aku semadikan nama Riena dlm blog aku) Haha... Bukan senang oo Riena... untung hang aku semadikan nama hang kat sini.. Mintak izin yer Abg Aleh.. Huwa.. Huwa... Riena ni geng2 Boomy pastu tukar nama jadi geng 3.75.. eerr.... tul ker? Kira pendek citer, geng2 Jipang kat sekolah.. hehe.. gurau2 ja Na... :P Kalau PakLah Aziz baca entry ni.. aku harap dia bersetuju dgn apa yg aku kata pasal Riena & geng2nya.. Hehe... Oppss.. berbalik pada tag Mae kat aku ni... Hmm.. let us see...

Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Tahun ni aku tak buat persiapan baju raya.. Sebab Raya tahun lepas dah tempah 2 pasang.. Hijau kelumutan dan Purple Keangguran.. Huhu...

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Apa yer... Aku rasa aku bedal je sume.. tapi other than ketupat rendang lemang dll maybe aku suka Daging masak Ros atau Daging masak Puteri Manis... korang cari lah sendiri resipi ni.. Huhu...

Apakah biskut raya kegemaran anda?
Hmm... yang tak berbau susu dan tak terlalu manis... macam biskut cornflakes ke.. kuih samprit ker.. (macam kampung jer bunyiknya kan.. :D)

Bape banyak duit raya anda dapat & spend untuk bagi kat bebudak?
Dapat??? Dah lama tak merasa dapat.. Cemana nk dapat.. klw kuar jln dgn akak aku.. org cakap aku ni abang diorg la... laki diorg la.. yang bestnya anak sedara aku Alya cakap aku ni anak paling bongsu.. Dia kata adik bongsu aku tu kakak aku.... Aik.. terbalik plak kan.. ape2 jer lah.. haha..

Spend utk bebudak? Huhu... Lu pikir lah sendiri... anak sedara 26 orang campur cucu sedara sorg... tapi nasib baik ada anak sedara yg dah keje.. leh minus off... Hehe... papepun yg penting ikhlas.... Ameen...

Apakah aktiviti malam raya korang?
Hmm... every year... sejak Allahyarham ayah aku tak ada.. Aku la yang ambil alih pegi masjid pada malam raya utk bayar zakat fitrah utk diri aku, mak, adik & kakak aku..... lain2 tu kemas rumah & makan2... Hehe..

Who to tag?
Aku nak tag paklah la.... Kawan lama aku sejak dr form 4 sampai skrg... Hehe... Tapi sejak dia kawin ni.. makin jauh skit... lagipun dia sibuk nk habiskan PHD dia kat Nottingham,UK... gudluck paklah... doakan aku berjaya mcm hang jugak lepas ni... Hehe...

Aik?? Skit jer soalan Mae? Teruja nk jawab lagi ni... Hehe.... Ok la, cukup la tu setakat ni..

Sunday, October 12, 2008

Permintaan Hati

Entry kali ini hanyalah sebagai wadah utk aku melepaskn stress dan tension yg aku dihadapi... Actually tak ada apa-apapun, sekadar mohon pengertian kenapa aku tidak sorohah (berterus terang) dlm beberapa hal.. mungkin pengalaman lalu dan beberapa faktor yg aku ambil kira.. Namun, aku tidak salahkan sesiapa yg memperlekehkan tindakan aku... Ini disebabkan tindakan aku kali hanya lah dibuat atas gerak hati sendiri... bukan lah dari apa2 bantuan dari langit... Jadi besar kemungkinan tindakan aku kali ini akan berlaku kekhilafan pada diri aku sendiri dan yg lain2nya..

Apapun, aku memang berbesar hati jika ada teguran dari mana2 pihak yg terdekat mahupun jauh dgn diri aku.. supaya aku tak bisa gusar dgn bebanan perasaan ini..... Mohon maaf pada mereka yg tidak menyenangi tindakan aku kali ini..

Segala kekhilafan yg berlaku adalah dr kelemahan aku sendiri sbg insan biasa... Dan mmg ini lah kelemahan aku, emosi aku akan menjadi kucar-kacir jika ada mana2 pihak yg salah faham, terasa hati mahupun tidak gemar dgn tindakan aku... Seboleh2nya aku cuba memuaskan hati semua pihak.. namun kadang2, keadaan & pemikiran aku yg lemah ini tidak mengizinkan ianya berlaku.. mungkin silap aku utk terus mengambil langkah berhati-hati... InsyaAllah, aku cuba utk mendidik emosi aku agar tidak lagi menjadi kucar kacir... Allah je yg tahu...

Berahsia? Mungkin tidak... masanya akan tiba.. insyaAllah.. Moga Allah membuka jalan dan permudahkan segala urusan...

Lagu di bawah ini ADA dan TIDAK ADA kena mengena dgn aku.. Sekadar hiasan yang munasabah mahupun munasarawak... Huhu...

Lagu : Permintaan Hati - Letto



(Amaran : Lagu ini tidak mendamaikan)

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

p/s : Apa-apa aje tafsiran... aku terima dengan hati yg terbuka.... Papepun, kita minum dulu!!

Tuesday, October 7, 2008

Kenangan Lebaran

Salam Lebaran sekali lagi.... raya sakan tahun ni... hehe.. bukan berbelanja besar.. tapi meriah sekali... dgn family2 terdekat, sepupu2 datang berkunjung...

Hmm... kali ni tak banyak nk tulis.... semenjak raya ni... asyik mood ketupat rendang jer... tak de mood nk nulih.... huhu.. sebenau-benaunya, malas nk tunggu lama sgt upload gambor2 ni.. Entry kali ni mengambil masa dekat2 seminggu.... Tapi, memandangkn ada request dr mereka2 yg jauh...... sekadar beberapa keping gambar untuk di kongsi.. terutamanya khas utk Aiman & Asma' ler.. :-D

Pagi 1 syawal tu, aku, Mak, Husna, Izzat, Nazmi, B.Cik antara top 5 yg sampai kat masjid.... rupa2nya mmg kitorg org terawal before that ada 2 org je.... huhu...

Gambar di pagi raya kat umah akak aku, K.Cik... kat depan umah aku jer.. Ada soto & lontong.. After Solat Raya, kitorg akan singgah mkn santapan negeri Johor kat umah kak cik... sbb husband dia org kulai.. maka lontong & soto tak ketinggalan pada hari raya...almost every year camtu...... tapi kat umah aku pun ada lontong... Hehe...


Lepas mkn kat umah Kak Cik, kitorg balik umah & sessi bergambar dgn mak.. tahun ni kaler tema dah tak same... main bedal jer..... malas nk bertema2... nanti nk tema2 lg.... eh, ye ker?? :p



Atas ni plak geng2 bujang bergambar dgn mak... :-D



Ahmad Yasin & aku baru bangun tido di petang raya.. Ngantuk banget... Sementara tunggu org datang beraya, aku terlelap kat depan tv.. maklum la mlm raya tido dekat kul 4 pagi.... Huhu..


Giliran Kak Zue, Alya Hayani & A.Amir Hamzah bergambar dgn tema Pink purple..



Cik G @ Cik Jah @ Jihah @ Najihah, Mak & Majdi.. Tu panggilan oleh anak2 sedara aku utk Puan Najihah ni... Purple color also aaaa?? Boleh la.... Hehe...



Atas ni pulak Anisa's family...(A.Azree, Anisa, Mak Tok & K.Saniyah) dgn tema hijau.. ni kaler tema aku last year.. Amik modal aku ler tu... hehe.. Mak pulak pakai baju yg dibeli oleh satu2nya menantu perempuan mak buat masa ni... Terus mak tak pakai baju aku beli... takper time lain leh pakai... Hehe....


Ni 3 jenis kuih buatan Cik G and Puan Saniyah pada penghujung Ramadhan... Yang lain2 tu beli jer.. Org skrg kata Kuih tunjuk2.... Huhu...


Ni plak dadih buatan Kak Zue di mlm 3 Syawal.... sebab 3 syawal tu ada tetamu jauh datang ke rumah... Ada masakan kampung & laksa... Antara menunya Kerabu kerang & taugeh, Kari Ikan Kering & Nenas, Sambal Sotong, Masak Lemak Udang, Ulam2an & Sambal, Ikan Goreng & LAKSA... favourite aku gak tu.. hehe... Aku pun turut kenyang skali hari tu... Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah.....


Itu jer yg nak di kongsi utk entry kali ini... Dah maleh nk upload gambar bnyk2... gambar2 family yg lain tak terupload kat sini... lgpun tak ade gambar yg formal nk letak... huhu.. mau sampai 1 bulan nnt... Hehe.... So, Aiman & Asma'.. cepat2 lah balik kg yer... Leh sambut raya bersama di kampung...

"...Ketupat rendang sila nikmati... hai duit raya lupa nk diberi..." :p

Tuesday, September 30, 2008

1 Syawal

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar... Walillaahil-Hamd..

Alhamdulillah.. Mudah2an kita beroleh takbir kemenangan... Selepas selesai Ibadah puasa satu bulan di bulan Ramadhan...

Dan tadi selepas waktu Isya', aku sempat menunaikan Ibadah Zakat Fitrah di masjid.. Rm7.30 seorang di Pulau Pinang.. dalam menunaikan Ibadah Zakat Fitrah, memetik kata Ust Zawawi Jusoh melalui satu soalan oleh pemanggil rancangan Tanyalah Ustaz.. Di manakah kita perlu pembayar membayar zakat fitrah.. ada pendapat mengatakan membayar zakat di tempat kita mencari rezeki.. Cth : Jika kita bekerja di KL, maka bayarlah zakat di KL.. Tetapi ada 1 riwayat mengatakan membayar zakat adalah mengikut di mana kita berada pada malam 1 syawal... Jadi, memandangkan malam 1 syawal aku berada di Penang, maka aku pun menunaikan Ibadah Zakat Fitrah seperti biasa seperti tahun2 yang lepas.. :-) Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal..

Malam raya seperti biasa.. suasana di rumah tak menentu.. mengikut giliran akak2 aku beraya... Pagi tadi 2 orang kakak aku pulang menyambut pagi 1 Syawal di rumah mertua masing2 di Sg. Petani & di Pinang Tunggal, Kepala Batas... Diorg akan balik semula ke kampung halaman kami pada petang 1 Syawal.. Inilah kelebihan berbesankan org dekat.. huhu..

Manakala abg aku & kak aku yg sulung akan datang pada keesokan harinya pada 1 Syawal juga.. time ni baru lah rumah kitorg penuh dgn anak2 saudara & kesemua 1 keluarga berkumpul... Kakak aku dr PJ pula bertolak petang td & baru sampai jam 10.30mlm td...

Dengan hadirnya 1 Syawal, maka dengan ini berakhirlah sebuah Ramadhan... Dan esok pagi kami akan pergi menunaikan solat sunat 'EidulFitri pada jam 8.30pg... Kemudian, seperti biasa kami akan menziarahi pusara Allahyarham ayah kami... Hanya iringan doa diutuskan.. Semoga ruh ayah bersemadi dgn tenang & aman di sana.. dan di tempatkan bersama ruh para Salihin & Mukminin... Ameen...

Semoga kita berjumpa dgn Ramadhan akan datang..

Akhir kalam, once again, buat sume kawan2 dr tadika, sekolah rendah, menengah, kampusmate, ofismate, ex-ofismate, all bloggers dan sume kenalan secara langsung ataupun tidak..

Minal'Aa-Ideen Wal Fa-Idzeen.. Kullu 'Aam Wa antum bi-khaiyr..

Sunday, September 28, 2008

Raya Raya

Pada kawan2 aku yg dah berkahwin.........


Hehe.... Jgn malu nk hulur2... :D

Enjoy the song... One of my favourite Raya Songs..




'Eid Mubarak.. Maaf Zahir Batin

Thursday, September 25, 2008

Menjelang Hari Lebaran

Salam 'Eidul Fitri.....

Jumaat 26 Oct.... Aku telah berangkat pulang ke kampung halaman selepas pulang dari kerja.. Aku bersama2 dgn kak aku, abg ipar dan 2 org anak sedara telah pulang ke kampung.. Kami bertolak selepas maghrib about 8.30pm... And Alhamdulillah jalan tak jem.. kami sampai dlm kul 12 lebih... Tapi aku cuma drive dr KL ke Tg.Malim jer, Mata aku tak mampu dibuka lagi.. pastu anak buah aku ambil alih utk drive sampai Penang.. tapi nak tido pun tak boleh.. rasa tak confident plak.. Tp syukur kami selamat sampai ke destinasi.. Alhamdulillah....

Siang tadi kat ofis, mood keje dah tak ade... yg ada cuma mood nk berhari raya... Tapi time ni jugak la mcm2 problem datang... itu la ini la... mmg menguji kesabaran aku di bulan puasa... Memandangkan sabtu minggu ni kami kena keje sebab nk cover balik plant shutdown pada 29 & 30 Sept.. maka aku yg pulang beraya awal (x dpt pi keje esok) terpaksa settlekan pape yg patut.. termasuk dgn problem2 td.. Alhamdulillah.. by 6.00pm tadi aku dpt siapkn sume... lega rasanya sbb hati aku mmg dah kat kg sejak dr pagi td lg.. Huhu... Dah la kat Desktop PC aku dh letak gambar juadah hari raya pertama masa tahun2 lepas.. Ada ketupat, lontong, rendang, soto dll... :P Kawan aku plak mainkan lagu2 raya.. huhu.. bertambah teruja mood raya kitorg... Hehe..

Anyway, semoga lebaran kali ini mengingatkan kita pada pemergian Ramadhan yg belum pasti kita temui lagi... Kegembiraan kita perlu lahir dlm suasan penuh keinsafan... Laungan takbir tanda kemenangan kerana kita dapat melawan ujian & dugaan di bulan Ramadhan... Jika tidak, perlu ambil inisiatif pada Ramadhan akan dtg.. mudah2an ianya menjadi milik kita lagi...

Aku sendiri pun bnyk sgt kekurangan dlm Ramadhan kali ni... Memang terasa rugi sangat.. Cuma aku gembira dgn prestasi aku dalam bersahur.. mmg aku niat nk cuba lakukan sebaik mungkin mengambil sunnah Rasulullah melambat2kn bersahur... Tahun ini, dlm 4-5 hari sahaja aku terkantoi bangun sahur... Alhamdulillah.. much2 better than many years before... Selalunya dlm bulan Ramadhan, aku hanya akan bersahur cuma 5-7 hari jer... Betapa ruginya aku masa tu... Mmg family & kawan2 aku tahu, aku mmg jarang bangun sahur... Maybe sbb dah terbiasa dr kecil jarang ambil breakfast.. Yes, I know breakfast is important.. Mak pun selalu bising2 klw aku tak breakfast... cuma aku je yg malas nk breakfast.. Mmg aku degil.. tp degil bertempat la... hehe...

Dan semepena menjelang 1 Syawal tidak lama lagi, aku ingin mengambil kesempatan kepada semua sahabat sahabiyah.....aku memohon ampun & maaf atas segala kesilapan & keterlanjuran kata2 mahupun perbuatan... Mudah2an ukhuwwah yg terbina antara kita semua diberkati Allah dan beroleh rahmatNya...

Semoga Lebaran kali ini menjanjikan satu rahmah dari Allah s.w.t utk kita sume.. Selamat beraya dgn bnykkan berziarah & bermaafan.. Kurangkan menonton TV..

Kepada yg akan pulang ke kampung, selamat pulang & berhati2 di jln raya..

'Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin


Akhirul kalam, "...Kullu 'Aam Wa Antum BiKhaeer.."

Monday, September 22, 2008

Sejauh Manakah..?

Menjelang hari2 terakhir Ramadhan.. Terasa cepat betul masa berlalu.. dan secepat itu juga usia kita beranjak ke satu tahap yg lebih matang... ALhamdulillah, waktu ini juga kita patut mengucapkn syukur atas segala ni'mat Allah... yg paling utama tentunya ni'mat ISLAM yg sebenar... dan ni'mat IMAN yg tak bisa di ragut oleh apa jua melainkan dengan kehendak Allah... mudah2an Allah mengizinkan kita semua untuk menghadapNya dgn ni'mat Islam di hati dan dalam keadaan tenang tanpa ada sebarang kekhilafan padanya..

Dan di saat ini juga kita perlu muhasabah diri dalam apa jua kekurangan & kelemahan terutamanya tentang diri kita.. hubungan antara kita dengan Khaaliq dan sesama makhluq... Seperti yg kita ketahui... hidup kita di dunia yg fana' ini tidak dapat lari dari Hablum-Minallah Wa Hablum-Minan-Naas.... begitu juga hubungan dengan haiwan, tumbuhan serta alam semesta...

Yes.... I know, I'm not the best person to talk about this... Tapi secara rendah diri, kadang2 kita perlu sedar dgn segala kelemahan diri kita yang kadang2 membuatkan terasa jauh dari Allah s.w.t... Terasa jauh tidak beerti apabila kita melakukan sebarang ma'siat atau mazmumah.. tetapi tatkala kita terlalu leka & lalai dengan keseronokan dunia..

Jadi, peluang sedetik masa yg kita ada amat berharga jika kita luangkan seketika utk menghisab diri...

> Sejauh manakah kita sering mengucapkan syukur tatkala bangun dari tidur...
> Sejauh manakah kita menjaga diri dari mazmumah yg menggelapkan hati..
> Sejauh manakah kita menjaga hati Ibu & Ayah kita selagi mereka masih ada...
> Sejauh manakah kita bersyukur kepada Allah atas ni'matNya pada hari ini..
> Sejauh manakah kita menjaga adab & aurat kita sebagai seorang Muslim..
> Sejauh manakah kita berusaha membantu orang lain yg dlm segala kesusahan..
> Sejauh manakah kita mempertahankan maruah Agama tatkala Islam dihina..
> Sejauh manakah kita menitikberatkan hal2 yg remeh krn takutkan azab Allah..
> Sejauh manakah kita sudah beramal dalam membentuk hati yang salim..
> Sejauh manakah kita kerap berzikir kpd Allah yg tidak pernah lupakan kita..
> Sejauh manakah kita memahami maksud bacaaan AlQuran....
> Sejauh manakah kita berlapang dada dgn Allah & manusia atas segala musibah..
> Sejauh manakah kita telah menjadi seorang yg pemaaaf...
> Sejauh manakah kita telah membuang ego kita dgn memohon maaf kpd yg lain..
> Sejauh manakah kita telah menangisi segala dosa2 yang telah kita lakukan..
> Sejauh manakah kita rasa riya', 'ujub dan seumpamanya masih ada di hati kita..
> Sejauh manakah kita niatkan sesuatu perkara yg dilakukan hanya kerana Allah..
> Sejauh manakah kita telah berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam..
> Sejauh manakah kita telah berpuas hati dgn amalan seharian kita...
> Sejauh manakah kita rasakan Allah menerima Ibadah kita..
> Sejauh manakah kita rasa Allah dekat dengan kita...
> Sejauh manakah kita rasa Allah mengampuni dosa kita...
> Sejauh manakah kita merasakan diri kita ini adalah milik Allah...
> Sejauh manakah kita merasakan ajal maut itu milik kita sedetik nanti...


Sejauh manakah semua ini kita akan renungkan setiap hari??? Semoga kita tidak tergolong bersama org2 yg rugi... Semoga beroleh kebaikan utk dikongsi bersama....
Semoga Rahmat Allah s.w.t akan mejadi milik kita... Ameen..

Wallahu Ta'ala A'lam...

Sunday, September 21, 2008

Jiwang Karat

"Temanku ingatlah pesanan dariku ini.. sebelum ajal memanggil kita bersama..."
(ni lirik lagu Temanku - nyanyian Nahwan Nur)

"Alangkah indah hidup ini... hidup bersama Ilahi.."
(ni lirik lagu Alangkah Indah Hidup Ini - nyanyian Nadamurni)

"Ayah & Ibu.. aku merayu..... pemergianku jangan dirindu.. kepulangan ku jangan ditunggu.. kerana syaheed idamanku..."
(ni lirik Ayah & Ibu - nyanyian Adikku Sayang)

"Ulama..... pewaris Nabi... beribadah banyak sekali.. akhlaq baiknya ketara sekali.. ia jadi bunga diri.."
(ni lirik lagu Ulama Pewaris Nabi - nyanyian Nadamurni)

"Manis bicara indah tutur kata.... Manis kalimah pengikat ukhuwah....... Hati yang manis bercahaya........ kemanisan iman terasa...."
(ni lirik lagu Manis - nyanyian Nahwan Nur) - favorite lagu ni.. sbb lirik dia best.. :-)

"Oh Ibu.. kau disiram bayu pagi...."
(ni lirik lagu Untukmu Ibu - nyanyian Mamat Exist)

"Entah mengapa kali ku coba.. membohong hatiku ini... "
(ni lirik lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih - nyanyian Hattan)

"Malam ini janggal ku rasakan... Sendiri melalui detik yg sepi.."
(ni lirik lagu Kita Terpaksa Bermusuhan - nyanyian Slam)

"Sunyi dan kelam... terlantar dalam........"
(ni lirik lagu Rendang Tak Berbuah - nyanyian Hattan)

Tetiba mlm ini aku teringat zaman kanak2 & zaman belajar dulu... banyak memori bersama kengkawan... mmg x kan dapat diulang... samada masa sekolah rendah, menengah, matriks mahupun main campus...

Hmm... mmg pengalaman yg mendewasakan kita... samada memori masam, manis mahupun pahit....... semuanya akan menjadi Kenangan Terindah....

"Pengalaman Merupakan Guru Terbaik"

Friday, September 19, 2008

Air Mata Tafakur Ramadhan

Oleh : FiNaS_90 , Sumber : iLuvIslam

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu.

Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.

Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian. Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya.

Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW: “Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.

Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah.

Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya.

Tiba-tiba Najwa tersentak lagi… “Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu…

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat.

Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”. “Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata.

Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu” "Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata.

Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.

p/s: "...Wadzakkir fa-innadz-dzikraa tanfa'ul mukminin...."

Please Show Me The Way..

What would you do if someone told you that he/she commits zina? This is not the 1st time or last time.. but this is on going case..... Astaghfirullah..

Person A told me that he/she commits zina with person B... Even though, I know both A & B, however B doesn't know that I'm aware of their wrongdoing activities.......

Basically, I got no answers for this kind of question..... other than advice him/her.... I can't do much on that.... I just worry that I might involve in 'subahat' thingy... meaning to say that I know about this but then, No Action Taken!! (Some people say NATO - No Action Talk Only)

Wallahua'lam... I'm still thinking about it... just trying my best to ignore & ....... don't want to bother about this anymore... But it is a bit hard to leave things without doing anything..... Even though I'm not the best person to give advice to them... Hmmm...... in short, I dont know what to do now.....

"...Oh Allah, please show me the right way..."

Wednesday, September 17, 2008

"Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal"

Salam 'Alaik.....

Alhamdulillah.. Aku masih lg berada di sini... 18 Ramadhan telah muncul... Namun, kita masih dapat mengecap ni'mat bersahur dan berbuka..

Aku masih ingat kata2 Ust Ismail Chong... "Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal" Begitulah pesan beliau atas segala apa yg terjadi samada baik atau pun buruk... Kata2 itu adalah sebagai motivasi utk diri kita dan pada masa yg sama sbg tanda bersyukur atas segala ni'mat dariNya.. dan juga sbg peringatan atas segala ujian dari Maha Esa..

Alhamdulillah yg tak terhingga jugak.. semenjak 2 menjak ni.. aku rasa Allah telah permudahkan urusan aku dlm pelbagai perkara... syukur yg tak terhingga.. kadang2 aku rasa malu dgn diri sendiri...malu dgn Tuhan... klw nk dikira2, mcm tak layak jer aku mendapat 'layanan' mcm ni... Mungkin ini juga merupakan tarbiyah yg Allah beri dlm Madrasah Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah..

Secara tidak langsung ianya satu peringatan buat diri ini yg selalu lalai dan satu tarbiyah untuk diri sendiri dalam mengislahkan diri kita dari semasa ke semasa... Yes.. apapun yg terjadi.. hanya diri kita yg mampu menilai sesuatu tu.. samada ianya ganjaran dr Allah atau ujian dariNya.. Tepuk dada tanya Iman..

Semoga Allah memberkati segala usaha & niat baik kita dlm apa jua perkara... Ameen..

"Allahummaftah-li abwaaba Rahmatik"

Thursday, September 11, 2008

"Antara Ya Atau Tidak"

Sekarang kita berada di zon kedua dalam Madrasah Ramadhan... Zon Keampunan...... Alhamdulillah.. kita masih diberi kesempatan utk melalui ni'mat berpuasa... Moga Zon ini menjanjikan kelebihan2 yg lebih bererti dalam perjalanan kita menuju hari kemenangan umat Islam yg bakal tiba nanti... Masih ada 20 hari lagi yg bakal mengiringi kita... mudah2an Ramadhan ini bukanlah yg terakhir utk kita... kerana banyak lagi rahsia2 yg ada pada Ramadhan belum kita perolehi...

Sekadar berkongsi buah fikiran, dan kali ini ianya bukanlah mengenai hal2 berpuasa tetapi persoalan mengenai beberapa amalan yg dikatakan tidak diamalkan oleh Rasulullah s.aw semasa hayat Baginda... akan tetapi diamalkan secara 'aadah (kebiasaan) di negara kita.. Dan di sini, aku tidak pula mahu menzahirkan pendapat khusus samada bersetuju atau menidakkan perkara ini..

Suka utk aku menyebut beberapa amalan yg disebut sebagai bid'ah.. antaranya amalan tahlil, sambutan maulidur-Rasul, dan beberapa hal lain yg berkaitan... ada yg mengatakan bid'ah hasanah dibolehkan dan ada yg mengatakan kullu bid'aatin dholalah wa kullu dholalah finnaar.. memetik dr hadis Baginda s.a.w... Manakala ada juga hadis Baginda s.a.w yg mnyeru ummat Baginda untuk berpegang kepada Sunnahnya.. dan sunnah Khulafa' Al-Rasyidin...

Mengenai perkara tersebut, hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda s.a.w, Hadith Riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya :-
"Bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?"

Lalu Baginda S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan hendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu".

Hadith ini hasan sahih. Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Baginda s.a.w dan perjalanan para Khulafa' al-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar...

Berbalik pada perkara yg dibincangkan tadi, antara yg disebut oleh sesetengah pendapat, bid'ah hasanah adalah pembinaan hospital, sekolah, pusat kegiatan agama dan sewaktu dengannya.. hujah mereka ianya membawa kebaikan kepada maslahah umum.. dan tidak berkaitan dgn amalan seharian ummat Islam..

Bagi yg mengamalkan tahlil (ini contoh aje..) pula menggunakan hujah amalan berzikir (melalui tahlil) dapat menggalakkan org awam utk bersama2 melakukan zikir tersebut.. iaitu melakukan perkara yg ma'ruf secara jelasnya..

Wallahua'lam... aku tidak mahu menyentuh perkara2 pokok @ apa2 percanggahan pendapat antara khilafiyyah tersebut.... Cuma apa yg aku ingin lontarkan di sini.. beberapa perkara sampingan yg begitu penting memungkinkan kita terlepas pandang....

Pendapat aku, buatlah sesuatu kebaikan atau perkara yg ma'ruf selagi tidak diragui keaslian amalan kita... tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Allah dan tidak bersabit pd mana2 amalan kebiasaan..

Suka untuk aku mengambil contoh tahlil, antara amalan yg menjadi masyhur di setiap pelusuk negeri di Malaysia... dan perkara ini perlu diberi perhatian..

1) Janganlah kita mentaqlidkan amalan tahlil ini hanya/wajib dilakukan pada 3 malam selepas kematian, sewaktu genap tempoh 40 hari pemergian si mati, mahupun tempoh 100 hari... adalah salah untuk kita meletakkan kepercayaan pada tempoh2 tertentu utk kita mengamalkan sesuatu perkara dlm persoalan tahlil ini..

2) Perkara yg wajib diberi perhatian selepas matinya seseorang anak adam... iaitu hutang piutangnya.. Dan jika perkara ini dipandang remeh, maka keutamaan @ perkara yg tergantung terhadap ruh si mati masih belum dilangsaikan..

3) Jika si mati mempunyai waris jari hantu.. opps.. (sori, selingan skit.. hehe)... jika si mati mempunyai anak yatim, maka beberapa bahagian dr tinggalan harta si mati adalah hak milik anak yatim tersebut..

Dan perkara berbangkit di sini... selalunya tahlil akan diiringi dengan jamuan makan selepas selesai ber'zikir'.... Hmm... biasanya juga.. keluarga si mati yg akan menyediakan segala perbelanjaan utk menyediakan segala keperluan jamuan tersebut... Akan tetapi, Islam menganjurkan utk orang ramai bersedekah dan membantu keluarga si mati dan tidak dibebani mereka dgn hal2 lain...

Dan melalui jamuan ini juga, beberapa faktor perlu diperhalusi.. dari manakah sumber yg diperolehi samada dari harta peninggalan atau dari sumber2 lain yg tidak berkaitan dgn si mati..

Ini kerana, harta si mati wajib digunakan utk tujuan membayar hutang si mati... dan keduanya, harta peninggalan si mati adalah hak milik bahagian tertentu utk anak yatim yg ditinggalkan, jika ada....

Ditakuti perkara2 ini tidak diberi perhatian & di pandang ringan...

Sekali lagi aku tekankan.. pendapat ini tidaklah memihak pada mana2 hujah... namun sekadar berkongsi buah fikiran dalam beberapa perkara... dan ianya perlu diperhalusi sewajarnya utk mengelakkan diri kita dari terjebak dengan perkara2 syubhah (tidak jelas hukumnya samada halal atau haram) mahupun haram...

Wallahu ta'aala a'lam...

p/s: Mohon diperbetulkan sekiranya ada sebarang keraguan mahupun kesilapan...

Yang baik itu dari Allah semestinya.. dan segala pujian hanyalah utk Allah selayaknya..

Saturday, September 6, 2008

Love is Cinta


Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
- Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah saw melalui Anas ra.. :

"Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwwah. Ukhuwwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Uthman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak solat dan saum (puasa), sehingga dia bersikap demikian.

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh.

Allah Swt. Berfirman;
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda : "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya."

-Hadis Riwayat Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan
cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam...

Yesterday is history, Tommorow's a mystery,
Today's a gift, That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude. Thanking Allah,
He let me rise And To Him I only Seek His assistance."

Edited from Article


Adakah sebuah penantian kan berakhir??

...Only Allah Knows...