Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Poster

Click photo to view larger

**Lama tak update... Sekadar nk membersihkan sawang.. :))

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H

Ramadhan Kareem.. Selamat bersahur, Selamat berpuasa & Selamat berbuka kpd semua yg berpuasa... Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yg terbaik utk kita semua di samping dgn kesibukan masing2.. InsyaAllah.. Itulah harapan setiap ummat Islam tatkala meyambut kedatang bulan yg penuh keberkatan ini.. Alhamdulillah...
--------

Mengimbau kenangan setiap dari kita, semenjak dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kehidupan di kampus, kehidupan ketika zaman bekerja & masih bujang dan juga zaman berkahwin & mempunyai anak... (zaman tua belum dirasai pengalamannya.. jika diizinkanNYA mudah2 dapat merasainya)

Pandangan peribadi aku, zaman sekolah menengah & zaman di kampus punya keistimewaan tersendiri.. wlwpun zaman pra-sekolah & sekolah rendah semestinya zaman kita hanya berseronok dan tidak memikirkan apajua masalah di sekeliling kita.. namun, zaman sekolah menengah & kehidupan di alam kampus ada jawapannya kenapa aku memilih zaman tersebut...

Pertamanya, bak kata org, usia mematangkan tahap pemikiran seseorang.. waktu itu, perkembangan emosi juga seiring dalam mengekspresikan sesuatu perkara.. dari situ kita sudah bijak menilai & mentafsirkan sesuatu perkara yg berlaku dlm kehidupan kita..

Seterusnya, perasaan kebersamaan (mu'ayasyah) bersama-sama rakan2 & ahli keluarga.. berbanding zaman kanak2, kita hanya bermain & berseronok semata-mata... namun zaman remaja & seumpamanya punya alasan tersendiri.. waktu ini, 'bonding' kita dgn rakan2 seperjuangan mahupun ahli keluarga mula terbina.. teman sama2 susah mahupun senang.. rakan ke hulur ke hilir bergerak ke sana ke mari bersama-sama... sahabat utk berkongsi segala suka duka mahupun citarasa, bertukar2 pendapat dan sebagainya..

Dengan sebab itu, hubungan yg terbina waktu itu mudah utk dipanjangkn sehingga ke zaman sekarang.. atau dgn lebih tepat masih terus berhubungan (keep in touch)... berbanding dgn zaman sekolah rendah, yg kebanyakannya sudah membawa haluan masing2.. tidak dinafikan masih ada yg keep in touch namun tahap perhubungan lebih kpd kenalan biasa... pada yg masih berhubung mesra, itu adalah bonus utk diri anda! Alhamdulillah a'a kulli haal..

Dalam pada itu, tidak terkecuali zaman berkeluarga juga adalah momen kehidupan seseorang itu pada sisi yang lain.. utk si lelaki, bagaimana dia mengemudi bahtera & anugerah Allah yg telah diamanahkn kpdnya.. bagi si isteri pula, bagaimana pula cara utk menguruskn rumahtangga dgn penuh rasa kasih sayang & penuh ketenangan... semestinya dengan sokongan di antara keduanya utk melengkapi seadanya..

Ditambah dgn kehadiran si kecil yang menyerikan lg kehidupan & suasana berumahtangga.. tahap kegembiraan semestinya berganda.. wlwpun ada pasang surutnya di situ.. itulah ni'mat & anugerah Allah yg tidak terhingga..

Sementara bagi yg belum ada rezeki utk memilikinya.. hadapilah peluang utk hidup berdua sebaiknya selagi ada masa... ada hikmah yg tersurat & tersirat pada taqdirnya.. masa anda juga akan tiba dgn izinya... yakinlah, insyaAllah!

Segala yg Allah tentukan tidak akan pernah menjadi sia2 jika mengambil pengajaran dengan penuh rasa kehambaan & ketaqwaan.. bersyukurlah dengan segala ni'mat yg kita perolehi, dan bersyukur juga pabila kita diuji... Begitulah aturannya kehidupan manusia.. penuh dgn rencah yg sudah semestinya penuh dgn pelbagai rasa.. lebih enak dari ikan siakap yang hanya mempunyai 3 rasa! END.

--------

My favourite Ramadhan Nasyeed
-Amalan Ramadhan-


Mizwar Abduh
1 Ramadhan 1432H

Tuesday, July 5, 2011

3A (Anak Amanah Allah)

"Sewaktu aku pulang, dia sambut aku dgn senyuman.. dari jauh dia tersengih-sengih ke arah aku.. sebaik saja aku mengambilnya, dia mula menyebek dan menangis... begitulah sehari-harian keletahnya.. bak kata org, jinak-jinak merpati..

Boleh dikatakan setiap masa dia hanya ingin mendampingi ibunya.. wlwpun kadang-kadang terasa geram dgnnya..geram dlm erti kata mahu memeluk dan membiarkan dia selalu berada di sisi... dlm sisi yg lain, aku lebih banyak masa utk bersenang-senang dahulu... dan si ibu pula perlu melayan si dia setiap masa, termasuklah waktu makan, tido dan sewaktu dgnnya..

Selalunya kami akan membiarkan dia merangkak dan bermain-main di lantai... tambahan pula dia semakin pandai membaling bola.. diambil bola dan dibaling.. rutin itu diulang-ulang sehinggalah dia merasa jemu.. nak dibandingkan beberapa bulan yang lalu, bola hanya dibelek dan dimasukkan ke mulut.. seronok melihat perkembangan dia.. namun, jika dibiarkan beliau bersendirian, mulalah aktiviti memanjat, membuka almari dan laci.. dlm hal ini, aku agak kecapekan.. nak dibiarkan, bisa membuatkan dia terjatuh.. wlwpun beberapa kali sudah terjatuh dek ketidakstabilan beliau mengimbangi badan.."


Baik si ibu mahupun si bapa, elakkan daripada menggunakan frasa kata yang berbunyi negatif seperti jangan panjat, jangan makan, dan lain-lain lagi jangan... tetapi gunakan alternatif lain seperti duduk @ pergi sana (jika dia memanjat), letak @ buang (jika dia makan sesuatu) dan sebagainya.. wlwpun terkadang kita terlepas cakap dgn frasa yg negatif, sekurang-kurangnya kita berusaha utk lakukan yg terbaik... mudah-mudahan, sedikit sebanyak kita telah terapkan nilai-nilai yg baik utk anak-anak kita..

Dalam hal menjaga keselamatan anak-anak pula... sebaik dan sesempurna boleh kita akan memastikan anak kita dlm keadaan yg serba selamat.. memastikan anak kita berada dlm keadaan yg bersih.. supaya dapat dielakkan daripada simptom-simptom yang tidak diingini.. antaranya ruam atau gatal-gatal badan, selsema dek habuk, demam dan sebagainya..

Begitu juga dari segi pemakanan, kita menyediakan makanan yg terbaik utk anak kita.. seawal kelahiran, kita menyediakan susu ibu yang diyakini terbaik di antara susu-susu yang ada di dunia ini.. setelah usia 6 bulan, kita sediakan anak-anak kita dgn makanan yg sihat, berkhasiat dan tentunya tidak memudaratkan.. dan begitulah seterusnya.. hal-hal pemakanan perlu lah dititikberatkan sedari awal, sebagai langkah awal dlm mendidik anak-anak... dari pemakanan juga akan membentuk minda, fizikal dan juga syakhsiah anak-anak.. ini semua adalah termasuk dalam tanggungjawab dan amanah utk ibubapa laksanakan sebagai satu kewajipan.. jika hal ini dipandang enteng, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan syakhsiah anak-anak kita nanti.. mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang, namun kemungkinan kita akan sedar apabila anak-anak kita membesar ke alam dewasa nanti..

Dan dalam aspek membentuk jatidiri mahupun disiplin anak-anak pula, semuanya bermula dari rumah.. samada dari aspek kebersihan, pengurusan diri, kekemasan, mematuhi masa dan sebagainya.. sedari awal jika kita terapkan nilai-nilai yg baik dan disiplin yang teratur, anak-anak kita akan terbiasa dan akan menjadi makanan hariannya dalam membesar menjadi dewasa kelak...

Jadi, apa jua hala tuju kita dlm membesarkan anak-anak, kesabaran dan ketegasan perlu berjalan seiring.. di samping itu, sentiasa lah berdoa kepada Allah dan menerapkan nilai-nilai mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran & As-Sunnah.. tiada alasan samada itu adalah anak pertama, kedua, ketiga mahupun ke seterusnya... Semoga anak-anak yg kita didik akan membesar menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.. Itulah amanah yang telah dipertanggunjawabkan untuk mereka yg bergelar ibu dan bapa. Ingat, Anak Amanah Allah.. Wallahua'lam.

Mizwar Abduh
6 July 2011

Wednesday, June 29, 2011

27 Rajab 1432

Salam 'Alayik...

Kejap je Rajab nak habis, Syaaban bakal menjelma, kemudian Ramadhan... Lama tak update blog... rasa mcm nk update.. tp bila draft separuh.. aku cancelkan mcm tu jer.. even kat FB pun malas.. just layan status kawan2 jer..

Pengisian

Anyway, just a simple note from drMAZA masa kami ke Kuliah beliau malam td di IQ.. sebelum beliau membuat kupasan hadis dari kitab RiyadhusSolihin, beliau ada menyentuh bab Qana'ah.. ya, maksudnya rasa cukup & bersyukur dgn apa yg kita ada... org yg kaya adalah org yang bersyukur dan org yg miskin adalah org yang terlalu banyak hajatnya.. org yg bermewah-mewah, hari2 mencari atau memikirkan menu makanan utk dijamah.. mahu yg lebih hebat & lebih sedap.. namun, org yg kekurangan harta, rasa cukup dan sedap menjamah apa sahaja yg dia ada.. Allahu Akbar..

Ada satu kisah yg lebih kurang begini pemahamannya : Ketika Salman al-Farisi menanti ajal, Sa'ad bin Abi Waqas datang menjenguknya dan ia dapati Salman menangis, teringat pesan Rasulullah SAW :

"Hendaklah bahagian masing-masing untuk mu dari kekayaan dunia ini seperti bekal seorang pengembara".

Sedangkan ia merasa hartanya masih banyak. Padahal ketika itu Salman hanya mempunyai kira2 20 dirham sahaja...

Bekal seorang pengembara adalah sekadarnya.. sewaktu kita mengembara/bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, hanya barang yang sekadarnya yang mampu kita bawa... Begitulah perumpamaannya...

Itulah kupasan bab Qana'ah sebelum beliau memulakan kuliah semalam.. Dan pada akhir kuliah, ada jamuan pulut durian.. rezeki... hehe..

Adib Zaidan

As of perkembangan Adib Zaidan, sekarang dia dah hampir ke fasa 10bulan.. banyak keletah, masih merangkak, memanjat, kadang2 terjatuh.. baru menampakkan gigi taring bahagian atas... dah pandai tarik tudung Ibu waktu nak kena tinggal kat nursery... bila nangis akan sebut "atet" berulangkali.. entah apa yg dimaksudkannya.. takkan sakit kot.. bila kawan2 nak balik dr nursery dia senang utk melambaikan tgn tanda 'babai'.. tp bila dia yang nk balik, org suruh babai.. dia tak nak pulak...

Sesekali seronok tgk keletah & tumbesaran beliau... wlwpun kadang2 agak penat nak tangkap dia.. cepat benar dia merangkak ke bucu meja untuk memanjat serta merangkak2 ke dapur... klw dah boleh jalan nnt mcmana pulak la ye... Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Sekarang, setiap hari aku tak sabar nak balik ke rumah untuk melihat keletah Adib dan bermain2 dgnnya.. walaupun dia lebih suka berada dgn ibunya sahaja... klw menangis, ibunya sahaja yg dia cari.. waktu kami makan, dia pun sibuk nak makan... Adib dah makan nasi, bubur, pisang, biskut, kek dan lain2 makanan yg lembut... wlwpun susu yg dihantar ke nursery agak tidak banyak diminum.. melainkn direct BF baru lama dia menyusu..

Di usia 9bulan, Adib agak sedikit kecil dgn berat belum mencecah 8kg.. tp Alhamdulillah.. perkembangan dia yang aktif, makan cukup... mungkin ikut genetik ayahnya yang kecil & kurus!!! haha... Adios :)

Wednesday, August 25, 2010

K.E.S.A.L

Salam 'Alaiyk...

Lama tak update blog ni... tapi hari ini dengan semangat update blog tetapi dengan sedikit kekesalan... apa lah nk jadi dengan generasi kita hari ini.... lepas satu... satu kes muncul.... ini tak termasuk kes simbah asid, kes sembelih anak, kes bunuh itu ini.... na'udzubillah...

Pertama kes seorang remaja & rakan2 menghina perihal puasa di facebook.... sampai bermacam2 hinaan keluar dari komen2 facebooknya sehingga tahap menghina agama.. namun, hal ini tidak dihiraukan oleh pihak berwajib... unless klw kita menghina bangsa.. maka bertubi2 lah report polis sana sini sampai jadi kes mahkamah... hmmm.... mmg kesal!!!!

Keduanya kes remaja2 perempuan bertudung yg mempersendakan zikir2 sambil berdikir barat dengan gerak-gaya yang menyakitkan mata & hati!!!! Kenapa lah sampai sebegitu sekali tidak ada 'common sense' tentang hal2 sebegini.... usah diberi alasan mereka ini jahil dan sebagainya... kita ni sekarang bukan hidup di zaman batu... malah didikan agama telah diberi sedari kecil... sejak tadika sampai lah peringkat tinggi.... Na'udzubillah....

Memang merisaukan tahap kefahaman generasi2 kita hari ini... malah lebih risau.. golongan anak2 kita nanti bakal berdepan dgn pelbagai ancaman2 dari anasir2 luar yg lebih dahsyat... apatah lagi yg ada di depan mata kita sendiri pada hari ini....

Ini tidak termasuk lagi bab2 sampingan seperti trend berpakaian sekarang yg bermacam2 fesyen kononnya fesyen buasana Muslimah... tetapi fitnah ke atas busana muslimah kerana auratnya tidak ditutup mengikut syara'.... berpakaian ketat & jarang adalah yg paling ketara pada masakini.... Astaghfirullah...

Cukuplah aku meluahkan rasa tidak puas hati & kesal ini.... mudah2an kita & mereka beroleh Hidayah dariNYA... AMEEN..... sekurang2nya sebagai protes & tanda selemah2 iman....

Hadis Rasulullah SAW :-

Ertinya: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup (berbuat demikian), maka hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan kalau tidak sanggup (pula), maka hendaklah ia melakukan dengan hatinya (mendo’akan), yang demikian adalah selemah-lemah iman. (H.R. Ahad bin Hanbal, Muslim dan Ashab as-Sunan (para ahli hadis penyusun kitab hadis Sunan).

Ya Allah... pelihara lah diri kami, keluarga kami, sahabat handai kami & keturunan kami dari segala bala bencana dan fitnah2 yang tidak mampu kami tanggung...

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

Selamat Berpuasa semua...
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya...
Ameen..

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi):

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَالْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ - رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]

"Kullu Sanah Wa Antum Bi-Khayr"

-Al Faqeer Ilallah-
Muhammad Abdullah
'Aiffah Mohd Ali

Wednesday, May 12, 2010

"......."

Telah lama kita tersasar... dari cinta hakiki...
Telah lama kita terbiar... dari cinta yg suci...

Hmm... klw tak silap itu lirik lagu dr kumpulan Raihan... tetiba jer terdetik lagu tu kat fikiran aku... maka, aku pun terus tulis kat blog ini... moga ada kebaikan utk diri sendiri & yg membacanya... Cinta Hakiki & Cinta Yg Suci tu merujuk kepada CINTA pada PENCIPTA... moga kita sama2 perbaiki diri... dan mendapat peringatan dr insan2 sekeliling kita... Ameen....

Dah lama aku tak mengomel kat blog ini... mmg tak ada mood @ idea utk menulis... dgn kesibukan yg kdg2 buat2 sibuk... dan mcm2 hal... pejam celik pejam celik... Alhamdulillah dah 5bln berlalu... insyaAllah masih tinggal sisa lebih kurang 4bulan lagi utk Anugerah itu... syukur pada Allah swt....

Segala ni'mat yg Allah berikan perlu sentiasa disyukuri... apajua ujian juga perlu disyukuri... tanda kasih sayang dr Allah... tanda ingatan dr Allah utk kita renungi... yang penting utk kita muhasabah & perbaiki diri... Alhamdulillah 'ala kulli-haal...

Cukuplah setakat ini... sebagai tanda blog ini masih bertuan & dan tak pernah disisihkan... Akhir kata, moga yang baik2 aja mengiringi kita semua dalam apa jua hal... AMEEN...

"....يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا"
Maksud: Wahai orang yg beriman, jagalah diri kamu dan ahli (keluarga) kamu dari api neraka. (At-Tahrim:6)

Wednesday, March 24, 2010

"Law Kaana Baynana"

Salam 'Alaiyk....

Dear my brothers & sisters... ikhwati wa akhawati fillah...

I just want to share this interesting TV program in Egypt... promoted by Aiman in his FB & i further 'google' in Youtube for more version... The title is : "Law Kaana Baynana Muhammad S.A.W" (If Prophet Muhammad is still alive)... unfortunately, there was no english translation, but the Arabic is not really difficult... you can easily understand to those who learn Arabic even to the beginner.. Lets watch! (tengok sampai habis... feel it...)



Secara kasarnya, rancangan ini menguji org awam dgn candid/hidden camera ttg sesuatu perkara... & if Rasul SAW still around, apa yg akan berlaku??? dan ianya menyentuh hati beberapa dari mereka yg sesungguhnya sangat2 merindui & cintakan Rasul SAW... (sollu 'alaiyh..)

Lepas dah tgk tu.... how do you feel??? ada kesan di hati?? or still the same???

Semoga Allah masih melembutkan hati2 kita... & membuka pintu hati kita untuk cintakan kebaikan & semestinya cintakan RasulNYA sepenuh hati... moga Hidayah dari Allah milik kita jua... Ameen...

Enjoy this song by Raihan...



p/s : Jika ada yg tak kena pada blog ini/diriku... tegurlah sbg seorang kawan... jika tidak, sekurang2nya sebagai tanggungjawab sesama muslim... :)

Wednesday, December 16, 2009

Di Ambang 1 Muharam 1431

Salam 'Alaiyk...

Aku sekadar berkongsi bersempena dgn 1 Muharam yg bakal menjelang esok (18-Dec-09)...

Hari Quote Sedunia...

Imam Ghazali pesan dalam Ihya` Ulumiddin bab al-Suhbat (persahabatan), pilihlah teman berasaskan kriteria, ilmu, berakhlak mulia , dermawan agar kau terbimbing. Pastikan anak2 kita dipandu kepada kebaikan supaya kita selamat dunia & akhirat.
(diambil dari FB Ust Zahazan)

“Brgsiapa yg menghilangkn satu kesulitan seseorg di dunia nescaya Allah akan melepaskan kesulitannya pd hari kiamat. Brgsiapa memudahkan urusan seorg saudaranya di dunia nescaya Allah akan permudahkan urusannya di dunia & akhirat. Dan brgsiapa menyembunyikan aib seorg muslim di dunia nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia & akhirat. Dan Allah akan sentiasa menolong hambaNya selama mana mereka selalu menolong saudaranya.” (Riwayat ImamMuslim)

"Saya amat simpati dengan tindakan yang menampakkan kejahilan, bahawa membaca identity berdasarkan ramalan horoskop ini adalah perkara yg mendekati syirik kepada Allah" - Ustaz Zahazan (diambil dari FB beliau)

Salam Ma'al Hijrah 1431.. moga satu lembaran terbentang utk kita semua jika dipanjangkn umur, diberikan kesihatan, dikurniakan kesempatan utk beramal, diberikan keberkatan utk setiap amalan & tingkah laku seharian... Ameen...

"Ya Rabb, berilah kami kekuatan Iman & hati dlm menghadapi hari2 mendatang..."

Sunday, November 8, 2009

Miss Your Life??

Salam 'Alaiyk..

Yes... I miss my blog... miss my 'karya'... tapi buat masa ni idea tidak mengalir seperti kebiasaan.. dan lately mmg tak teruja nak update... and so many things happen in life... ada org kata Life Is Short.. Hidup cuma sekali... dan bermacam2 lg... Alhamdulillah aku masih lagi di sini... dan yang indah2 mengiringi... sesekali digigit semut... tanda kasihNYA :-)

Last 2 weeks, aku balik Bangi.. bertolak seawal 6pagi.. sampai KL pusing sana sini... celebrate birthday Alya yg ke 10thn.. sampai bangi pun dah malam... dan esoknya Ahad 8pm.. kitorg bertolak balik ke Penang... rasa mcm dekat jer... tapi itulah kehidupan... ke sana ke sini ikut rentak hati... kdg2 plan, kdg2 tidak... ikut langkah kaki..

Minggu lepas balik umah mak kat kampung... alhamdulillah dapat menjamu laksa yang sudah tersedia... kadang2 bila Allah ilhamkan nak mkn sesuatu... Allah Maha Pemberi Rezeki 'hidangkan' juadah itu... samada syukur atau tidak...

"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur". (Saba’:13)

Sabtu lepas, kesempatan menonton Majalah3 dgn wife, mak & adik... melihat ketabahan hati Umaisarah yg terperangkap di dlm hutan selama 19hari... Subhanallah... kagum dgn motivasi diri yg ada pada beliau.... minum air sungai sambil membayangkan makanan yg enak2... dan bermacam2 kesusahan yang dialami... dan Allah permudahkan jalan beliau utk terus hidup.. Alhamdulillah..

Begitulah kehidupan... lain org lain ujiannya... hanya hikmah dari Allah membezakan ujian itu... dan kadang2 kesenangan boleh menjadi racun yang tidak kurang bisanya... hanya yang bijak mengemudi berjaya mencari penawarnya...

Dan sekarang bermacam2 isu/kes/cerita/gejala timbul di ruangan berita di tv.... samada isu sosial, agama mahupun politik... sekali skala timbul rasa bosan utk mengambil tahu... dan buat2 tak tahu... kerana tak ingin tahu... tetapi perlu tahu... kerana ianya 'part of life'....

Secara ringkas mengenai sesuatu topic... apa jua kehilafan.. selagi ianya tidak bersifat "qat'ie"... hanya sekadar isu cabang/furu'... maka laluilah dgn rasa tenang... berlapang dada (tasammuh) pada perkara yg tidak dipersetujui... dan bekerjasama pada perkara yg dipersetujui... alangkah indahnya hidup ini.... lagikan pula berbeza pendapat adalah rahmat... nampak cantik jika 'fabrik' itu gayakan dgn penuh adab dan kena caranya... sesekali bersifat mulia memuliakan sesama muslim... itu lebih aula rasanya... just my 2 cent...

Kerana kehidupan adalah realiti utk kita bersyukur kerana menjadi hambaNya yang bernama manusia... dan kejadian kita sudah pasti tidak sia-sia...

"Dan tidak Aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali untuk beribadah". (Ad-Dzaariyat:56)

Monday, August 31, 2009

11 Ramadhan 1430

Salam 'Alaiyk....

Sekadar berkongsi bahan bacaan.. ada di senaraikan beberapa hadis yang dhaif & maudhu'... something new to me as well... mudah2an boleh direnungi & beroleh manfaat...

(Diambil dari sini dan sini)

Sejak sekian lama sunnah telah bercampur dengan hadis-hadis yang dhaif, palsu, dusta, hadis yang direka-reka dan mungkar. Namun hadis-hadis palsu ini tersebar luas di dalam masyarakat dengan banyak sekali, hingga mereka (para pendakwah) hampir tidak menyebutkan hadis-hadis yang sahih lantaran terpesona dengan hadis-hadis yang popular tetapi palsu ! Antara hadis yang masyhur, yang tersebar dan digunakan sebagai dalil kemuliaan bulan Ramadan ialah:-

“Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadan bulan umatku”

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadan, tetapi untuk menyanggah ‘pendustaan terhadap Rasulullah’ oleh sebahagian ulama yang menjadikan hadis tersebut sebagai bahan dakwah.

Ungkapan “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadan bulan umatku” ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dhaif, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah, Halab, Syria).

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah ‘Ali bin ‘Abdillah bin Jahdam al-Zahid yang meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah memang terkenal sebagai seorang ahli sufi pereka hadis di Mekah. Selain ungkapan di atas, beliau juga adalah pembuat hadis palsu mengenai ’solat Raghaib’, iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab.(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-’Itidal fi Naqd al-Rijal, 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut)

Sesuatu yang bukan datang dari lisan Rasulullah tetapi dikatakan dari Rasulullah, adalah satu pendustaan yang sangat tidak wajar. Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (mengguna namaku) tidak seperti berdusta ke atas orang lain. Barangsiapa berdusta ke atasku, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadis ini adalah mutawatir (Riwayat Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan oleh Muslim dalam muqaddimah sahihnya).

“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka”. (Riawayat Bukhari dalam kitab al-’Ilm dan oleh Muslim dalam muqaddimah sahihnya).

“Pada akhir zaman akan ada para DAJJAL lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu” (Riwayat Muslim dalam muqaddimah sahihnya).

Tulisan ini bukan bertujuan menimbul polemik atau konflik pendapat di bulan yang mulia ini, tetapi sebagai pengajaran dan mahasabah kepada para pendakwah supaya berhati-hati dalam menyampaikan dakwah Islam, supaya orang awam tidak disogok dengan ’Islam klon’ sebaliknya hanya menerima Islam yang murni, yang bersih dari syirik, kurafat dan bida’ah, yang benar-benar datang dari Rasulullah SAW.

Hadis Pertama

Ertinya : ”Sekiranya setiap hamba tahu apa yang ada (kelebihan) di dalam Ramadhan, nescaya umatku menuntut sepanjang tahun adalah Ramadhan. Sesungguhnya syurga dihiasi untuk Ramadhan dari awal tahun kepada tahun berikutnya ….” hingga akhir hadits ini.

Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (No. 886) Abu Ya’la di dalam Musnadnya,dan Ibnul Jauzi di dalam Kitabul Maudhuat (2/188-189) dan juga pada Al-Muthalibul ‘Aaliyah dari jalan Jabir bin Burdah dari Abu Mas’ud al-Ghifari.

Hadits ini maudhu’ (palsu), penyakit hadits ini ialah pada Jabir bin Ayyub. Ibnu Hajar di dalam Lisanul Mizan (2/101) berkata : “Jabir bin Ayyub terkenal dengan kelemahannya“. Juga dinukilkan perkataan Abu Nua’im, ” Orang ini pemalsu hadits“, dan Bukhari berkata, “Jabir adalah Mungkarul hadits” dan dari An-Nasa’i, “Orang ini Matruk (tidak boleh diterima haditsnya)“.

Ibnul Jauzi menghukumi hadits ini sebagai hadits palsu, dan Ibnu Khuzaimah berkata serta meriwayatkannya, “Dalam hatiku ada keraguan pada Jarir bin Ayyub Al-Bajali”.

Hadis Kedua.

Artinya : ”Berpuasalah, nescaya anda akan sihat”

Hadits tersebut merupakan potongan dari hadits riwayat Ibnu Adi di dalam Al-Kamil (7/2521) dari jalan Nahsyal bin Sa’id, dari Ad-Dhahak dari Ibu Abbas. Nashsyal adalah ditolak pendapatnya kerana dia seorang pendusta, manakala Ad-Dhahhak pula tidak mendengar dari Ibnu Abbas.

Diriwayatkan oleh At-Thabrani di dalam Al-Ausath (1/q 69/Al-Majma’ul Bahrain) dan Abu Nu’aim di dalam At-Thibun Nabawiy dari jalan Muhammad bin Sulaiman bin Abi Dawud, dari Zuhair bin Muhammad, dari Suhail bin Abi Shalih dari Abu Hurairah. Juga diriwayatkan oleh Ibn Bukhait dalam al-Juz’ie.

Dan sanad hadits ini sangat lemah, penyakitnya ialah pada Zuhair bin Muhammad. Berkata Ibnu Abi Hatim berkata, “Hafalannya jelek dan hadits dia dari Syam lebih mungkar daripada haditsnya semasa di Iraq, kerana jeleknya hafalan dia”. Al-Ajalaiy berkata. “Hadits ini tidak membuatku kagum”, demikianlah yang terdapat pada Tahdzibul Kamal (9/417).

Para Imam hadits mengatakan Zuhair adalah seorang yang mungkar, dan hadits ini adalah salah satu darinya.

Hadis Ketiga

Ertinya : ”Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka”

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887) dan Al-Muhamili di dalam Amalinya (293) dan Al-Asbahani dalam At-Targhib (q/178, bertulisan tangan) dari jalan Ali bin Zaid Jad’an dari Sa’id bin Al-Musayyib dari Salman.

Hadits ini sebenarnya adalah satu hadits yang panjang ;

Ertinya : ”Wahai manusia, sungguh bulan yang agung telah datang, bulan yang di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa (pada bulan itu) sebagai satu kewajipan dan menjadikan solat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada bulan tersebut dengan (mengharapkan) suatu kebaikan, maka sama nilainya dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan yang lain …. Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka ….” sampai selesai.

Hadits ini sanadnya sangat Dhaif, kerana lemahnya Ali bin Zaid. Berkata Ibnu Sa’ad ”di dalamnya ada kelemahan dan jangan berhujjah dengannya”, berkata Imam Ahmad bin Hanbal, ”Dia tidak kuat”, berkata Ibnu Ma’in ”Orang ini dha’if”, berkata Ibnu Abi Khaitsamah ”Orang ini lemah dalam semua perkara”, dan berkata Ibnu Khuzaimah ”jangan berhujjah dengan hadits ini, kerana jelek hafalannya”. Demikian di dalam Tahdzibut Tahdzib (7/322-323).

Berkata Ibnu Hajar di dalam Al-Athraf, sumbernya pada Ali bin Zaid bin Jad’an, dan dia lemah, sebagaimana hal ini dinukilkan oleh Imam As-Suyuthi di dalam Jami’ul Jawami (no. 23714).

Dan Ibnu Abi Hatim menukilkan dari bapanya di dalam Illalul Hadits (I/249), katanya, ”ini hadits yang Mungkar”.

Hadis Keempat

Ertinya : “Barangsiapa yang berbuka puasa satu hari di bulan Ramadhan tanpa keuzuran dan sakit, nescaya dia tidak dapat menggantinya dengan berpuasa selama setahun sekalipun ia berpuasa ganti satu tahun penuh”

Al-Bukhari menta’liknya tanpa sanad (Ibn Hajar, Fathul Bari 4/170) dan disambung Ibnu Khuzaimah di dalam Sahihnya (1987), At-Tirmidzi (723), Abu Dawud (2397), Ibnu Majah (1672) dan Nasa’i di dalam Al-Kubra sebagaimana pada Tuhfatul Asyraaf (10/373), Baihaqi (4/228) dan Ibnu Hajjar dalam Taghliq al-muta’lliq (3/170) dari jalan Abil Muthawwas dari ayahnya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari (4/161) : “Dalam hadits ini ada perselisihan atas rawi Habib bin Abi Tsabit dengan perselisihan yang banyak, hingga kesimpulannya ada tiga penyakit besar : idhthirab (tidak stabil), tidak diketahui keadaan Abil Muthawwas dan berlaku syak pada pendengaran, adakah ayah beliau ada mendengar dari Abu Hurairah”.

Ibnu Khuzaimah berkata setelah meriwayatkannya, ”aku tidak mengenal Abil Muthawwas dan tidak pula mengenali ayahnya”.

Pendapat Imam Hadis

Sebahagian dari kaum muslimin menyangka bahawa mengamalkan hadits-hadits dha’if untuk fadhaailul a’mal atau targhib dan tarhib. Sedangkan dalam kitab-kitab mushthalah dan menurut mazhab Imam Malik, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman bin Mahdi, Bukhari, Muslim, Ibnu Abdil Bar, Ibnu Hazm dan para imam hadits yang lainnya, mereka semuanya bersependapat tidak boleh beramal dengan hadis dha’if secara mutlak meskipun untuk fadhailul a’mal apa lagi kalau hadis itu telah nyata kepalsuannya.

Tidak syak lagi inilah mazhab yang benar. Kerana tidak ada hujjah kecuali dari hadis-hadis yang telah tsabit dari Rasulullah SAW. Inilah juga pegangan Imam Syafi’e rahimahullahu ta’ala sebagaimana wasiatnya yang masyhur :

“Apabila sahih sesuatu hadis, maka itulah mazhabku”.

Sekali lagi diulangi, tulisan ini bukan bertujuan menimbul polemik agama di bulan yang mulia ini. Berhati-hatilah wahai para ustaz dan tuan guru ketika menyampaikan kuliah atau Tazkirah Ramadhan atau juga ketika berkhutbah Jumaat, supaya orang awam tidak disogok dengan hadits-hadits palsu yang boleh membawa kepada syirik, kurafat dan bida’ah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, bulan di mana pahalanya berganda.

(Tulisan ini adalah dipetik dan disunting semula daripada sebahagian ’polemik ilmiah’ antara Abu Ihsan@DAP MELAYU dengan Dandarawi S, berhubung dengan beberapa tulisan beliau di ruangan Agama, Berita Harian pada bulan Oktober 2003)

Friday, August 21, 2009

30 Sya'ban 1430

Salam 'Alaiyk....

Alhamdulillah, sampai sudah 30 Sya'aban 1430 kali ini... bersamaan dgn hari Jumaat... dan Sabtu esoknya sudah tentu 1 Ramadhan... Alhamdulillah.. moga kita dapat mengecap nikmat madrasah Ramadhan selama 1 bulan.. insyaAllah....

Tadi aku berkesempatan utk Solat di Masjid Mengkuang... sewaktu bilal sedang berselawat utk khatib naik ke mimbar, aku tercari-cari gerangan khatibnya... tak nampak sapapun bangun naik ke mimbar.. tak lama tu aku terpandang kelibat seorang yg agak dikenali... ooo.. rupanya Dr Asri (Dr MAZA) balik kampung dan diberi penghormatan utk menyampaikan khutbah kali ini..

Beliau mengalu2kan kedatangan Ramadhan dengan berpesan utk merebut keberkatan Ramadhan dengan tidak melakukan perkara yg sia2.. mahupun bersengketa sesama muslim.. maklum la kawasan ni tgh 'hot' dgn adanya PRK Pmtg Pasir dan sebagainya....

Beliau mengajak umat Islam utk berkasih sayang sesama muslim dan tidak melakukan sesuatu amal ibadat dgn sia2... tatkala bertemu Allah di akhir umur nanti.. mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan muflis.. iaitu golongan yg solat, puasa, zakat tetapi semuanya sia2.. kerana kita melakukan dosa terhadap muslim yg lain... wal-'iyadzubillah...

Pesan beliau lagi... pintu pengampunan Allah sentiasa luas utk kita memohon ampun atas segala dosa.. jadi rebutlah Ramadhan ini utk memohon ampun kepada Allah... dan Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Sesiapa yang berat timbangan pahalanya maka ia dimasukkan ke dalam kehidupan yang diredai dan sesiapa yang ringan timbangan pahalanya maka mereka inilah akan mendapat neraka Hawiah. Apakah engkau mengetahui ya Muhammad apakah dia neraka Hawiah? Itulah dia neraka yang sangat panas" (Surah Al-Qari'ah : 6-9)

Beliau menerangkan beratnya timbangan yang baik dari yg jahat menjadi asbab seseorang itu utk mendapat Syurga Allah s.w.t.... Begitulah secara ringkas ulasan khutbah tadi... Wallahu ta'ala a'lam...

Dan selesai solat, alhamdulillah sempat bersalaman dgn Dr MAZA... cuma tertanya2, dia dah balik Malaysia ke @ sekadar balik bercuti.... tapi tak tanya pun, sebab segan nak tanya lebih2... :-)

Akhir kata, Selamat beribadah & menyucikan diri dari mazmumah... Mohon maaf atas segala kesilapan kata & perbuatan selama ini...

Ramadhan Kareem..
-Mizwar & 'Aiffah-

Wednesday, August 12, 2009

Janji Itu Pasti

Salam 'Alaiyk....

Sambil aku melayan demam yang tak berapa nak kebah lagi... Aku sempat online hari ini selepas seharian semalam aku tak online.. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk melihat, mendengar & semestinya bernafas seperti biasa... walaupun selera makan berkurangan dan tidak sesedap biasa... moga aku cepat sembuh dari demam.. mudah2an tersingkir dosa2 kecil dari diri ini... Ameen...

Sewatu sedang online, belum pun lagi reda dgn berita pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad... aku terkejut menerima berita pemergian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani... baru sahaja berumur 40thn pada 3 Ogos yg lalu... Innalillahi wa-inna-ilahi Raaji'uun.. Mudah2an Allah tempatkan Ruh beliau bersama para mukminin solehin... Ameen..

Semoga kita mengambil iktibar daripada berita2 sedih sejak kebelakangan ini sebagai peringatan utk kita juga... Just imagine, malaikat maut hanya beberapa tapak menghampiri kita... Subhanallah.. kerana Janji Itu Pasti..

Moga Allah mengampuni segala dosa kita jua... dan dapat bertemu dgn Ramadhan akan datang.... InsyaAllah...

-Menanti 1 Ramadhan-

Saturday, July 11, 2009

Hadith 1 : Hijrah - Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

-END-

Wednesday, June 24, 2009

Ujian Rahmat

"Hidup tidak selalunya indah..
Langit tak selalu cerah...
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam.."

Begitulah lumrah hidup.. adakalanya kita di puncak.. adakalanya kita di bawah.. apapun jua posisi kita.. Selalulah tunduk ke bumi mengikut resmi padi dan bukan resmi lalang.... melihatkan riak wajah... tiada siapa bisa meneka mahupun menduga kedukaan di benak hati tatkala wajah sentiasa melakar ceria.. bukan berdusta.. tetapi aku tidak mampu berkongsi malar hati yang riaknya sepi di hati sendiri...

Alhamdulillah... aku punya Tuhan Yang Esa untuk mengadu domba.. aku punya teman setia memahami gerak hati tawar duka.. sentiasa menjadi pendokong kesedihan.. begitu amat memahami kerut di dahi.. dia lah kurniaan Ilahi untuk diri ini... penyejuk di mata penawar di hati... isteri yang amat dikasihi..

Apa jua yang membujur lalu melintang patah... aku bersyukur dengan dugaan rahmatNya.. kerana sesekali bisa diri digigit semut api... dijentik hati ini untuk kembali kepada fitrah diri.. atas nama manusia... di situ bisa ada permasalahannya.. agar diri ini tidak alpa.. sentiasa peka mengingatkan diri agar hati terus berbakti & mengabdi diri..



Alhamdulillah 'ala kulli haal... moga dengan segala dugaan & ujian yang diberi.. menandakan diri ini masih disayangi.. tanda Dia dekat di hati.. banyak perkara perlu diinsafi.. ighfir dzunubi.. Ya Rabbi...

"Hebat mana pun kita diuji..
Insan lain lebih dahsyat diuji..
Mencontohi kecekalan para Nabi..
Ketika diuji dibumi sendiri..
Layakkah diri mengeluh benci..
Kerana itu Rahmat dari Ilahi.."

Friday, June 19, 2009

Soal-Jawab

Hukum Cukur Janggut

BENARKAH hukum mencukur janggut itu haram? Guru saya mengatakan ia tidak haram, tetapi bagi golongan tabligh, hukum mencukur janggut itu haram dan ada bukti mengenai pengharaman mencukur janggut.

REMAJA KELIRU,
Johor

TERDAPAT perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah).

Mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). Manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208).

Ini kerana ada perbezaan dalam riwayat hadis daripada Rasulullah s.a.w, antaranya, hadis Aisyah daripada Rasulullah s.a.w mengenai sepuluh perkara fitrah iaitu 'memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.'

Kata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa'i)

Menurut Imam an-Nawawi yang kesepuluh kemungkinan adalah khitan (bersunat). Hadis ini menunjukkan memelihara janggut termasuk dalam perkara sunat.

Manakala dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi)

Hadis ini menghendaki seorang Muslim mempunyai identiti sendiri dengan tidak meniru bangsa lain.

Berdasarkan tujuan terbabit, mencukur janggut dilihat sebagai meninggalkan jati diri Muslim dan tidak mengikut suruhan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, ada yang memahaminya sebagai sunat dan bukannya wajib, iaitu suruhan kepada lelaki Muslim memelihara janggut bagi membezakan antara orang Islam & bukan Islam.

Ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib. Ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah.

Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).

Pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.

(lihat juga artikel Cukur janggut di http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm)

Jawapan oleh :
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri


Sumber : MyMetro
(19June2009)

Friday, June 12, 2009

Muhasabah

Di kesempatan yang ada.. mohon maaf utk semua.. jika ada sebarang salah & silap yg disengajakan mahupun tidak... atas nama insan yang bergelar manusia.. sudah semestinya kita tidak dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan...

Jangan sangsi mahupun curiga... sesekali teringat utk mengkoreksi diri.. dan sesekali patut kita memohon maaf kepada sesiapa sahaja.. dan sudah semestinya kita juga memaafin org2 di sekeliling kita.. dari yang terdekat dan sebagainya.. samada isteri/suami.. ahli keluarga, rakan taulan sahabat handai... dan mereka yang muncul dalam hidup kita secara tidak langsung..

Moga kita semua terutamanya diri sendiri dapat mengurangkan apa jua gerak laku & tutur kata yang tidak menyenangkan... moga rahmat dari Allah sentiasa ada pada kita... apatah lagi mendambakan ni'mat SyurgaNya tatkala kita menghadap Khaliq kita apabila tiba masanya.. Bila & di mana? Hanya Allah saja yang tahu..

Seketika tadi menonton berita jam 8mlm, mengenai kemalangan yang berlaku ke atas pelajar perubatan Malaysia di Mesir & juga berita kematian seorang anggota tentera tatkala membuat penerjunan dari udara... Dan kebetulan.. kedua2 mereka ini merupakan ahli tetangga di Kepala Batas, Pulau Pinang.. kebetulan satu daerah walaupun tidak diketahui kampung asal mereka..

Cukuplah ianya sebagai peringatan & umpama jentikan yang singgah di telinga utk kita bermuhasabah, bermuraqabah, dan tentunya tazkiratul-maut yg cukup mendalam mesejnya...

Sekali lagi.. mohon maaf atas "kesumbangan" diri yang serba kerdil..
Wallahua'lam..

Mizwar, Setapak, 12.25am

Sunday, April 26, 2009

C & P

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya... Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berpikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar pohonnya... tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan... akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.

Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg berlalu ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin & bersemayam pada masa lalu kita.

*Artikel di atas dieditkan dari satu email yg diterima.. sekadar berkongsi.. :-)

Tuesday, March 31, 2009

IQRA'

Pertama kali terbuka blog Ummuhusna.. Aku suka utk berkongsi entry di bawah... diambil dari posting Isteri Ust.Zaharuddin.. Moga kita sama2 menghayati & beroleh manfaat... Antara elemen penting dalam bacaan AlQuran - Tajwid, Makhraj, Tartil dan digalakkan melagukan bacaan.. Selain daripada cuba memahami Tafsir ayat2 yang dibacakan..

"Wa-rattilil-Quraana Tar-teela"

Selamat membaca:-

Hati bimbang sedikit melihat perkembangan bacaan al Quran anak kedua saya. Di kalangan rakan-rakan seusianya, malahan ada yang lebih muda, telah pun mula membaca al-Quran juzuk pertama, Surah al Baqarah. Namun, Kak Ngah, panggilan manjanya masih berada di tahap Iqra' 3. Sementara anak sulung saya, Kak Long, telah berada pada juzuk ketiga. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebayanya, anak sulung saya ini juga agak ketinggalan pencapaian bacaan al Qurannya.

" Ummi, sikit lagi nak masuk Iqra' 4 ", wajah Kak Ngah nampak ceria tatkala mengira baki lembaran Iqra' 3. Saya hanya mengangguk mengiakan.

" Kak Ngah perlu lebih rajin dan tekun, baru cepat habis ", saya menambah memberi sokongan berbaur harapan.

Sepanjang mengajar anak-anak mengaji al Quran di rumah, saya mengambil sikap ' selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'. Bagi saya belajar membaca al Quran merupakan perjalanan yang panjang. Bekalnya adalah kesabaran dan istiqamah sama ada kepada orang yang belajar mahu pun individu pengajar. Tidak perlu tergesa-gesa beralih bacaan jika yang sedang dibaca masih belum fasih dan lancar.Mungkin yang demikian, menyebabkan 'kelewatan' pencapaian anak-anak saya membaca kitab suci tersebut. Saya melakukan itu semata-mata demi memastikan mereka telah benar-benar bersedia membaca kalam Allah secara tartil dan tidak tersekat-sekat.


Pengalaman mengajar beberapa ketika anak-anak lain membaca al Quran, bagaimanapun memutik gusar yang bukan sedikit di jiwa saya. Ini kerana ada di kalangan mereka yang masih belum 'bersedia' berada pada tahap membaca al Quran. Sewajarnya, anak-anak ini dilatih lagi membaca Iqra' sehingga fasih. Banyak kesalahan panjang pendek berlaku juga kesilapan menyebut huruf-huruf tertentu akibat keliru. Namun demikian, mereka akan beralih juga membaca muka surat seterusnya pada keesokan hari.

Saya maklum keadaan anak-anak, mereka akan cepat bosan bila melakukan perkara yang sama. Dan saya sangat mengerti, mungkin ibu bapa mengharap dengan beralih bacaan selembar-demi selembar setiap hari akan menambah semangat anak-anak ini untuk mengkhatamkan bacaan al Quran.

Akan tetapi, ada persoalan lain yang mungkin terlepas pandang ibu dan bapa dalam menilai pencapaian al Quran anak-anak ini. Hadis junjungan Rasulullah saw yang bermaksud mengingatkan kita:

“Berapa ramai orang yang membaca al-Quran tetapi dilaknat oleh al Quran itu sendiri ”.

Ulama mentafsirkan perkataan 'dilaknat' yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah kerana dua sebab iaitu membacanya dengan tidak bertajwid, panjang pendek yang tidak dipatuhi dan keduanya membaca al-Quran tetapi tidak mematuhi isi kandungannya. Justeru, usaha untuk memperbetulkan bacaan anak-anak di usia muda mereka, mudah-mudahan akan melahirkan generasi yang elok bacaan.

Memang benar, setelah khatam, bacaan boleh diulang-ulang sehingga kelancaran diperolehi, namun siapa dapat menjangka apa akan berlaku di hari mendatang. Lebih-lebih lagi berada di perantauan ini. Di sini tiada rancangan bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji, juga kurang guru-guru al Quran untuk dihantar anak-anak mengaji bersama mereka. Lantas, ketika masa bersama anak-anak terbuka luas; ibu bapa wajar mengambil peluang memantau pencapaian bacaan al Quran anak-anak lebih kerap. Jemu mereka mengulang ayat yang sama, selitkan cerita, peristiwa dan apa jua peringatan di sebalik kalam-kalam Allah itu. Bosan mereka dengan surah yang berkali-kali diulang, tontonkan mereka bacaan kanak-kanak lain yang telah fasih membaca ( kemudahan internet wajar dimanfaatkan, di samping cd dan bahan-bahan media lain). Moga-moga menjadi motivasi dan dorongan.


Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Semoga Allah membantu.. Allahumma irhamna bil Quran....
Mencari dan terus mencari cinta ilahi.

Sunday, March 29, 2009

Tips

Salam, hari ni aku nk kongsi Tips pada sesiapa yg ada buka "Kedai Runcit", bagaimana cara utk tutup "Kedai Runcit"anda? Pelik bunyi nya kan? huhu... Baca la.. kebetulan terjumpa artikel di bawah... Sudah tentu artikel ini tiada kena mengena dgn yg hidup mahu pun mati. mahupun dgn pemilik blog ini.. cuma sekadar berkongsi.. huhu....

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


Sekian, terima kasih ye.. Renung2kan & selamat beramal.. :-D

p/s: Kejora, apa tips ko? nampak mcm makin mengecil ke skrg ni? Kongsi2 la.. Hehe..