Tuesday, July 20, 2010

Sharing Is Caring

Salam 'Alaiyk...

Ya, memang lama blog ini tidak ber-update... & Sorry to Ummi Nawal juga... tak terjawab2 tag dr dia yg dah berkurun itu... tapi hari ini, blog ini kembali menandakan pemilik blog ini masih sayang padanya... huhu...

Alhamdulillah 'ala kulli haal... syukur pada Allah atas segala kurniaan dariNYA... syukur juga atas segala ujian yg dilimpahkn pada hambaNYA ini....

Namun datang hamba disini bukan kerana kajang pak malau... tapi datang hamba kerana ingin berkongsi... berkongsi kegembiraan kawan2... :) Moga diambil segala yg baik & dibuang jauh apa sahaja yg tidak baik... moga niat baik perkongsian ini tidak disalah-ertikan... (kerana aku sering disalah-ertikan.. huhu tukar mood plak :p)

Begini al-kisahnya... beberapa bulan yg lalu, selepas mengetahui 'berita gembira' dari kami... seorang kenalan aku cuba menghubungi aku secara private di maya... dia bekongsi beberapa perkara... rupanya hampir 3tahun menuggu, beliau & suami masih belum dikurniakan zuriat...

Berbekalkan sedikit pengetahuan & hasil 'kajian' yg tidak seberapa... aku berkongsi sedikit tips/petua utk dia & suami amalkan... ianya lebih kpd spiritual & psycological approach... selain makanan/minuman tambahan... selebihnya serahkn semaksimanya kepada Allah untuk menentukan yg terbaik atas segala usaha yg dilakukan... INGAT, ianya bukan kerana tips/petua yg aku bagi... tetapi atas usaha masing2 & tawakkal kita kepadaNYA... selainnya atas asbab yang Allah telah taqdirkan... wallahua'lam...

Selepas tempoh itu, agak lama aku tidak bertanyakan khabar beliau selain mengelak bertanya berkaitan hal2 sedemikian.... tidak mahu menggangu emosi beliau...

Namun petang semalam, sambil baring2 kepenatan pulang dari hospital... aku menerima teguran 'chat FB' dari beliau... terkejut juga aku, setelah sekian lama kami tidak tegur-menegur di lama FB... sambil diminda aku menantikan berita gembira... namun agak kecewa kerana chat kami dimulakan dgn bertanya khabar sahaja... hmmm....

Kemudian...
"eh, nak share skit..." kata beliau...
"oh ye, nak share apa.." aku balas dan aku pun terus bangun mengadap screen laptop... (asalnya chat sambil baring.. sbb kepenatan.. style tak??? hahaha)

Rupa-rupanya beliau memberitahu khabar yg paling gembira utk beliau & keluarga... Alhamdulillah beliau sedang hamil hampir 2bulan... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... itu je yg terdetik dlm hati aku... aku yg membaca tulisan beliau pun agak terharu... ucapan tahniah utk beliau yg pada mulanya masih antara percaya atau tidak... Dan katanya, yang pasti suami beliau adalah org yg paling gembira skrg... dan aku boleh memahami perasaan beliau... :)

Pernah aku dgr org cakap... tahun 2010 ni tahun rezeki... ye la... rezeki itu tiap2 masa ada... tapi yg dimaksudkan di sini - ramai yg hamil tahun 2010 ni... huhu...

Kemudian sempat cerita kat my wifey kisah ni smlm... dia pun turut terharu & megalirkn air mata... huhu... kami tumpang seronok... Alhamdulillah....

Apapun tahniah juga kpd ramai kawan2 aku yg sama2 memperolehi 'rezeki ini' tahun ini.... Moga Allah permudahkn urusan kita seterusnya... dan bakal menjadi rezeki mereka yg masih menanti insyaAllah... segala2nya atas kehendak dariNYA yg mengetahui yg terbaik utk kita... Ameen...

p/s: Puan OP.... bila kita nk ON ni???? DAGC??? (u-know-who-u-are) hehehe... :D