Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar... Walillaahil-Hamd..
Alhamdulillah.. Mudah2an kita beroleh takbir kemenangan... Selepas selesai Ibadah puasa satu bulan di bulan Ramadhan...
Dan tadi selepas waktu Isya', aku sempat menunaikan Ibadah Zakat Fitrah di masjid.. Rm7.30 seorang di Pulau Pinang.. dalam menunaikan Ibadah Zakat Fitrah, memetik kata Ust Zawawi Jusoh melalui satu soalan oleh pemanggil rancangan Tanyalah Ustaz.. Di manakah kita perlu pembayar membayar zakat fitrah.. ada pendapat mengatakan membayar zakat di tempat kita mencari rezeki.. Cth : Jika kita bekerja di KL, maka bayarlah zakat di KL.. Tetapi ada 1 riwayat mengatakan membayar zakat adalah mengikut di mana kita berada pada malam 1 syawal... Jadi, memandangkan malam 1 syawal aku berada di Penang, maka aku pun menunaikan Ibadah Zakat Fitrah seperti biasa seperti tahun2 yang lepas.. :-) Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal..
Malam raya seperti biasa.. suasana di rumah tak menentu.. mengikut giliran akak2 aku beraya... Pagi tadi 2 orang kakak aku pulang menyambut pagi 1 Syawal di rumah mertua masing2 di Sg. Petani & di Pinang Tunggal, Kepala Batas... Diorg akan balik semula ke kampung halaman kami pada petang 1 Syawal.. Inilah kelebihan berbesankan org dekat.. huhu..
Manakala abg aku & kak aku yg sulung akan datang pada keesokan harinya pada 1 Syawal juga.. time ni baru lah rumah kitorg penuh dgn anak2 saudara & kesemua 1 keluarga berkumpul... Kakak aku dr PJ pula bertolak petang td & baru sampai jam 10.30mlm td...
Dengan hadirnya 1 Syawal, maka dengan ini berakhirlah sebuah Ramadhan... Dan esok pagi kami akan pergi menunaikan solat sunat 'EidulFitri pada jam 8.30pg... Kemudian, seperti biasa kami akan menziarahi pusara Allahyarham ayah kami... Hanya iringan doa diutuskan.. Semoga ruh ayah bersemadi dgn tenang & aman di sana.. dan di tempatkan bersama ruh para Salihin & Mukminin... Ameen...
Semoga kita berjumpa dgn Ramadhan akan datang..
Akhir kalam, once again, buat sume kawan2 dr tadika, sekolah rendah, menengah, kampusmate, ofismate, ex-ofismate, all bloggers dan sume kenalan secara langsung ataupun tidak..
Minal'Aa-Ideen Wal Fa-Idzeen.. Kullu 'Aam Wa antum bi-khaiyr..
No comments:
Post a Comment