Saturday, November 29, 2008

Lambaian Kaabah

Labbaikallahumma labbaik... Labbaikala Syareekala Kalabbaik..

Musim haji kembali lagi pada tahun ini... ramai tetamu Allah berkunjung ke Baitullah utk menunaikan Rukun Islam ke-5... Di TV & Radio juga membincangkan pelbagai topik mengenai Haji... Semua ini mengingatkan aku kepada kisah 3 tahun yg lalu...

Awalnya dalam Ogos 2005, mak, kakak & abg ipar mendapat surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) mengesahkn mak akan berangkat ke Mekah pada Dec 2005.. Segala persiapan termasuk suntikan utk jemaah haji peringkat pertama selamat ditunaikan..

Walaubagaimanapun, dalam Okt-Nov 2005 mak medapat 1 surat dr LTH, mengatakan penangguhan jadual mak ke Mekah ke tahun hadapan (2006).. Alasan yg diberikan, Kerajaan Arab Saudi menngurangkan kuota bilangan jemaah dr Malaysia pada thn 2005. Namun, kakak & abg ipar dapat berlepas ke Mekah seperti dijadualkan.

Kami sekeluarga agak kecewa kerana Kakak & abg ipar merupakan mahram yg akan mengiringi mak ketika di Mekah.. Bila hal ini terjadi, mana mungkin mak dapat pergi ke Mekah pada thn 2006 kerana tiada mahram..

Jadi, saya nekad utk menelefon Ibu Pejabat LTH KL utk memberitahu permasalahan ini yg saya kira tidak sepatutnya berlaku.. Melalui seorg ustaz di LTH, saya memohon jasa baik beliau utk mempertimbangkan status mak utk berlepas pada 2005 juga.

Dalam tempoh tinggal sebulan dua sahaja... saya kerap melakukan follow-up dgn ustaz tersebut, jaminan diberikan bahawa mak mempunyai peluang cerah kerana ada seat kosong kerana ada bakal jemaah yg menarik diri.. Namun, perlu diambil kira 1 lg masalah, penerbangan mak mungkin berbeza dgn kakak & abg ipar.. Satu perkara utk kami sekeluarga khuatiri. tak mungkin mak dapat meneruskan pemergian beliau ke Tanah Suci menaiki penerbangan berlainan dgn kakak & suaminya..

Jadi, follow-up saya berterusan utk memastikan mak mendapat 1 flight dgn kakak & abg ipar.. Dan Alhamdulillah tak lama selepas tempoh itu... pengesahan dari ustaz dr LTH mengatakan mak mendapat flight yg sama dgn abg ipar.. Beliau mengarahkan saya utk membawa mak mendapatkan suntikan kedua... tapi seperkara lagi.. urusan LTH dgn pihak pengurusan passport & VISA masih belum selesai.. Perlu dipastikan urusan Visa dan passport ini selesai dan barulah kami sekeluarga puas hati dgn status pemergian mak ke Tanah Suci..

Dan aku terus membuat follow-up dgn ustaz tersebut.. Kata2 positive dr beliau utk mak bersedia utk ke Mekah.. Tapi passportnya masih belum selesai.. Ya Allah permudahkn segala urusan mak utk ke sana..

Flight penerbangan mak adalah pada hari Rabu 14-Dec-2005.. Namun sehingga 12-Dec-2005 masih belum ada sebarang pengesahan hitam putih dr pihak LTH.. Risau jugak kami dibuatnya.. Kebetulan pada waktu itu.. saya & Jabatan tempat saya bekerja masih berada di Langkawi kerana bercuti.. (10 hingga 12-Dec-2005)...

Selepas balik dr Langkawi, saya terus bercuti dan pulang ke kampung dan terus menghubungi ustaz LTH tersebut.. Dan Alhamdulillah, pada 13-Dec-2005, pihak LTH telah fax kan surat ke pejabat kakak di Kepala Batas mengesahkan mak dapat pergi dan bersedia utk melaporkan diri di Kompleks LTH PulauPinang pada 14-Dec-2005..

Kami sangat bersyukur dgn pengesahan ini.. cuma seperkara, passport mak masih di tgn LTH dan akan diberi ketika hari melapor diri.. ujian demi ujian.. Walaubagaimanapun, kenduri doa selamat secara ringkas dpt disempurnakan pada hari Selasa tersebut memohon agar mak selamat berangkat dan selamat menunaikan Haji..

Dan pada hari Rabu 14-Dec-2005, passport mak diberi ketika Taklimat akhir utk Jemaah Haji di Kompleks LTH.. Alhamdulillah... mak selamat berangkat pergi ke Tanah Suci.. Dan penerbangan pada hari itu merupakan penerbangan pertama d PulauPinang bersama2 dgn TYT Ketua Menteri...

Dan kedatangan 'IdulAdha pada tahun itu, saya tidak pulangkan ke kampung, sunyi dan kosong rasanya sebab mak tak ada di sisi.. huhu.. Saya hanya menunaikan Solat Sunat Hari Raya di Masjid UIA di Gombak.. dan tidak di kampung seperti sebelum2nya...

Tidak dilupakan satu berita yg mengejutkan pada thn itu, bangunan runtuh di Mekah.. risau jugak kami sekeluarga... tapi ALhamdulillah mak kakak & abg ipar selamat..

Selama lebih 40 hari, kami menyambut kepulangan ibu di Airport PulauPinang dengan perasaan terharu & gembira...

Bermacam2 perkara yg mak kongsi.. ALhamdulillah.. Allah permudahkan urusan mak.. mungkin sebab Allah dah uji mak pada peringkat awal pemergian... Antaranya, Klw nk diikutkan mak agak memilih dalam bab makan, tapi mak dapat mkn masakan di sana dgn baik wlwpun ada beberapa jemaah tak lalu makan dgn masakan di sana.. Mak juga tidak mempunyai masalah sakit2 sendi dan otot2 walaupun banyak pergerakan dlm menunaikan Ibadah Haji.. Hatta apabila balik ke Malaysia.. Mak lebih bertenaga... Jalan pun laju.. :D...

'Ala kulli haal.. semuanya selamat & mudahan2 Ibadah Mak diterima & mendapat Haji yg Mabrur.. Ameen....

Gambar2 kenangan sebelum Mak pergi & balik dari Tanah Suci

2 comments:

RieNa said...

dah baca buku travelog haji : mengubah sempadan iman ??

dugaan2 seperti tu adalah sebahagian dr tanda kasih syg Nya yang tak bertepi...

MizWaR_SuLHaFaT said...

lum sempat baca buku tu Na.. cuma pernah dgr ulasan penulis buku tu kat ikimFm.. mmg terharu & sedih gak la dgr dia citer pngalaman dia.. huhu..