Thursday, November 15, 2012

Monday, September 10, 2012

Kelahiran Kedua

Alhamdulillah.. Walhamdulillah.. Thummalhamdulillah..

Akhirnya lahirlah seorang putera,dinamakan Ahda Zuhdi Bin Mohammad sebagai adik kepada abang Adib Zaidan.

Menyingkap episod beberapa bulan yg lalu..

Sewaktu kami bersetuju untuk menambah bilangan ahli keluarga, maka kami serahkan kepada Pemilik yang HAQ untuk tentukan bilakah masa yg sesuai. Jika cepat rezekinya maka Alhamdulillah, namun jika bukan sekarang masanya, kami terima dgn hati yg redha, Alhamdulillah jua. Tambahan pula si ibu sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa.

Seperti kebanyakan ibu2 lain, debaran selepas beberapa hari kitaran bulan tidak mengambang, maka dilakukan UPT dan hasil keputusannya adalah positif, Alhamdulillah. Maka terus disemak tarikh kelahiran yg bakal ditempuh kira-kira 4Julai2012. Diikutkan sebaik sahaja si ibu menamatkan peperiksaan akhir semester sekitar Jun2012. Doa dipanjatkan semoga segalanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.

Proses kehamilan berlalu seperti biasa dgn rutin check-up dan beberapa proses kebiasaan. Alhamdulillah si ibu tidak mengalami 'kesakitan pagi' yg teruk cuma sekadar manja2 kata orang.

Namun selepas 6 ke 8 bulan kehamilan, 3 kali insiden terjatuh berlaku. Kali pertama si ibu terjatuh kerana tidak perasan lantai licin selepas dimop. Setakat pemerhatian, bayi masih bergerak seperti biasa dan tiada pendarahan berlaku. Maka tiada apa yg dirisaukan setakat ini.

Kemudian kejadian kedua berlaku pada waktu malam sehari sebelum kami bercuti ke Batu Ferringhi bersama ahli keluarga yg lain, iaitu sewaktu si ibu yg berjalan dalam gelap tidak nampak lecahan air dek tempias hujan lebat. Keesokan paginya, bayi agak kurang aktif seperti biasa. Kami terus ke hospital berdekatan utk pemeriksaan. Alhamdulillah semuanya okay, denyutan jantung bayi dan pergerakannya normal. Dan misi percutian berjalan seperti biasa. :))

Manakala insiden ketiga berlaku ketika si ibu sedang memandikan si abang Adib di bilik air. Tetapi Alhamdulillah tiada apa yg merunsingkan keadaan. Syukur.

Dan segalanya berlalu dengan lancar sehinggalah minggu peperiksaan akhir semester si ibu. Tarikh peperiksaan adalah pada 11Jun & 15Jun iaitu pada minggu ke-37 kehamilan. Minggu ini dilalui dengan debaran agar semuanya baik-baik saja tanpa apa2 perkara mahupun komplikasi berlaku.

Dan sebaik sahaja tamat peperiksaan pada tengahari 15Jun, si ibu dan kawan2 meraikannya di Puncak Mutiara, Kg Pelet pada petangnya. Kemudian kami terus pulang ke Kepala Batas. Alhamdulillah.

Keesokan harinya jam 5.45pg, ketika hampir masuk waktu subuh. Si ibu memberitahu kpd sang suami, ada sedikit pendarahan dan lendir2 yg keluar. Mengambil nasihat mak "ada orang senang bersalin, bawa ke hospital lah" dan tidak mahu mengambil sebarang risiko, maka kami terus ke Hospital SAH di SgPetani. Abang Adib Zaidan ditinggalkan di rumah bersama mak.

Di hospital, jam 8.30pg menujukkan bukaan sebanyak 4cm dan dinasihatkn utk terus ke Labor Room. Namun di LR tiada sebarang tanda sakit mahupun kontraksi. Kira2 jam menunjukkan hampir pukul 12tghari,  si misi mula memasukkan air (induce) melalui tangan. Dan selepas itu bermulalah kontraksi sehinggalah si ibu selamat melahirkan zuriat kedua kami. Alhamdulillah.

Seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan pada tanggal 16062012 jam 1255 di Labor Room Hospital SgPetani, kemudian ditempatkan di Wad 12, Katil 12. ALHAMDULILLAH.

Sememangnya perancangan Allah adalah yg TERBAIK utk hamba2NYA samada kita ketahui mahupun tidak.

16-Jun-2012

1-Syawal-1433H
19-Aug-2012

SALAM 'EIDUL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Muhammad & 'Aiffah
Adib Zaidan & Ahda Zuhdi

Monday, May 14, 2012

FRIENDSHIP

photocredit to Mak Nad :))

Tuesday, April 24, 2012

Ku Mohon



Dalam sinar malam ini
Ku duduk termenung sendiri
Meratap salah silap diri
Mengenang dosa silam lagi

Tangisan penuh syahdu
Di pagi yang hening itu
HambaMU meratap sayu
Mengenangkan dosa lalu

Tika mata masih terbuka
Hati masih bergelora
Jiwa lesu meruntun hiba
Menitis deraian air mata

Ku memohon hanya padaMU
Merawat hati yg lesu
Hatiku tidak menentu
Merintih keampunanMU

Hanya padaMU aku merayu
Terimalah sujud taubatku
Memohon rahmat dariMU
Menagih belas ihsanMU

@MizwarAbduh
24 April 2012
10.47pm

(idea datang selepas menonton Saksi Maut -
Episod Almarhum Ust Asri Ibrahim, Rabbani)

Tuesday, February 14, 2012

Poster

Click photo to view larger

**Lama tak update... Sekadar nk membersihkan sawang.. :))