Pertama kali terbuka blog Ummuhusna.. Aku suka utk berkongsi entry di bawah... diambil dari posting Isteri Ust.Zaharuddin.. Moga kita sama2 menghayati & beroleh manfaat... Antara elemen penting dalam bacaan AlQuran - Tajwid, Makhraj, Tartil dan digalakkan melagukan bacaan.. Selain daripada cuba memahami Tafsir ayat2 yang dibacakan..
Selamat membaca:-
Hati bimbang sedikit melihat perkembangan bacaan al Quran anak kedua saya. Di kalangan rakan-rakan seusianya, malahan ada yang lebih muda, telah pun mula membaca al-Quran juzuk pertama, Surah al Baqarah. Namun, Kak Ngah, panggilan manjanya masih berada di tahap Iqra' 3. Sementara anak sulung saya, Kak Long, telah berada pada juzuk ketiga. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebayanya, anak sulung saya ini juga agak ketinggalan pencapaian bacaan al Qurannya.
" Ummi, sikit lagi nak masuk Iqra' 4 ", wajah Kak Ngah nampak ceria tatkala mengira baki lembaran Iqra' 3. Saya hanya mengangguk mengiakan.
" Kak Ngah perlu lebih rajin dan tekun, baru cepat habis ", saya menambah memberi sokongan berbaur harapan.
Sepanjang mengajar anak-anak mengaji al Quran di rumah, saya mengambil sikap ' selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'. Bagi saya belajar membaca al Quran merupakan perjalanan yang panjang. Bekalnya adalah kesabaran dan istiqamah sama ada kepada orang yang belajar mahu pun individu pengajar. Tidak perlu tergesa-gesa beralih bacaan jika yang sedang dibaca masih belum fasih dan lancar.Mungkin yang demikian, menyebabkan 'kelewatan' pencapaian anak-anak saya membaca kitab suci tersebut. Saya melakukan itu semata-mata demi memastikan mereka telah benar-benar bersedia membaca kalam Allah secara tartil dan tidak tersekat-sekat.
Pengalaman mengajar beberapa ketika anak-anak lain membaca al Quran, bagaimanapun memutik gusar yang bukan sedikit di jiwa saya. Ini kerana ada di kalangan mereka yang masih belum 'bersedia' berada pada tahap membaca al Quran. Sewajarnya, anak-anak ini dilatih lagi membaca Iqra' sehingga fasih. Banyak kesalahan panjang pendek berlaku juga kesilapan menyebut huruf-huruf tertentu akibat keliru. Namun demikian, mereka akan beralih juga membaca muka surat seterusnya pada keesokan hari.
Saya maklum keadaan anak-anak, mereka akan cepat bosan bila melakukan perkara yang sama. Dan saya sangat mengerti, mungkin ibu bapa mengharap dengan beralih bacaan selembar-demi selembar setiap hari akan menambah semangat anak-anak ini untuk mengkhatamkan bacaan al Quran.
Akan tetapi, ada persoalan lain yang mungkin terlepas pandang ibu dan bapa dalam menilai pencapaian al Quran anak-anak ini. Hadis junjungan Rasulullah saw yang bermaksud mengingatkan kita:
“Berapa ramai orang yang membaca al-Quran tetapi dilaknat oleh al Quran itu sendiri ”.
Ulama mentafsirkan perkataan 'dilaknat' yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah kerana dua sebab iaitu membacanya dengan tidak bertajwid, panjang pendek yang tidak dipatuhi dan keduanya membaca al-Quran tetapi tidak mematuhi isi kandungannya. Justeru, usaha untuk memperbetulkan bacaan anak-anak di usia muda mereka, mudah-mudahan akan melahirkan generasi yang elok bacaan.
Memang benar, setelah khatam, bacaan boleh diulang-ulang sehingga kelancaran diperolehi, namun siapa dapat menjangka apa akan berlaku di hari mendatang. Lebih-lebih lagi berada di perantauan ini. Di sini tiada rancangan bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji, juga kurang guru-guru al Quran untuk dihantar anak-anak mengaji bersama mereka. Lantas, ketika masa bersama anak-anak terbuka luas; ibu bapa wajar mengambil peluang memantau pencapaian bacaan al Quran anak-anak lebih kerap. Jemu mereka mengulang ayat yang sama, selitkan cerita, peristiwa dan apa jua peringatan di sebalik kalam-kalam Allah itu. Bosan mereka dengan surah yang berkali-kali diulang, tontonkan mereka bacaan kanak-kanak lain yang telah fasih membaca ( kemudahan internet wajar dimanfaatkan, di samping cd dan bahan-bahan media lain). Moga-moga menjadi motivasi dan dorongan.
Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga Allah membantu.. Allahumma irhamna bil Quran....
Mencari dan terus mencari cinta ilahi.
"Wa-rattilil-Quraana Tar-teela"

No comments:
Post a Comment