Salam 'Alaika Ya Ramadhaan....
Alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran kepada Khaaliq Maha Pencipta kerana masih memberikan nafas utk kita sekali lagi bertemu dgn madrasah Ramadhaan.. Satu madrasah yg di dalamnya mempunyai tiga semester.. Baginda Rasulullah berkata, mafhumnya...
Semester pertama "awwaluhu Rahmah"
-10 hari pertama kerahmatan
Semester kedua "wa-ausathuhu maghfirah"
-10 hari kedua di bulan ramadhaan - keampunan
Dan semester ketiga "wa-aakhiruhu itqun minan-Naar.."
-10 hari ketiga dlm Ramadhan - dijauhkan dari azab api neraka..
Mudah2an kita beroleh kebaikan daripada Madrasah Ramadhaan tahun ini..
Ahamdulillah, 1st day puasa hari ni dapat berada di kampung bersama keluarga... Aku balik dr KL Jumaat lepas... sampai di rumah dalam jam 11.30mlm...
Sabtu esoknya selepas Asar, kami keluar ke SgPetani jalan2 sebelum puasa... balik dr Sg.Petani, kami singgah kat umah abg utk Solat Maghrib... pastu terus Dinner kat situ sambil tgk Akademi Nasyid.. Azhan menjadi Juara AN dgn mendapat RM100,000... Rezeki berpihak kepadanya.. Alhamdulillah.. (among my favorite finalist.. huhu) Pastu lepas habis AN baru kitorg balik umah...
Ahadnya pulak Hari Merdeka...sekali lagi.. kami keluar lepas zohor utk ke Jusco Seberang Perai.. sebelum tu kami singgah di Permatang Pauh utk makan tengahari.. Sampai di Jusco, beribu2 manusia ada di situ.. maklum la, Jusco ni baru jer dibuka di sini... Di sana, aku terserempak dgn schoolmate aku, dah lama tak jumpa selepas hampir 12 tahun aku tukar sekolah... kedua-duanya dan pun mejadi suami isteri skrg.. Alhamdulillah... semoga berbahagia ke akhir hayat.. hmm, sambil2 borak dgn diorg terserempak dgn campusmate plak.. dia keje kat Jusco rupanya... masing2 dah berkerjaya.. Alhamdulillah...
Dan hari ini, aku hanya stay kat umah saje.. seronok sbb pagi tadi dapat bersahur bersama2 family... walaupaun agak lambat dlm pukul 5.30am... lagipun antara perkara sunat dalam bulan puasa adalah melambatkan bersahur... bukan selalu dapat peluang mcm ni... Dan mlm ni pulak, insyaAllah akan bertolak balik ke KL.. sbb esok dah keje... tak syioknye.. Malasnye...Huhu..
Papepun, semoga aku sampai dgn selamatnya insyaAllah, Ameen........
Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa & Selamat berbuka untuk semua...
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya, gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa dengan TuhanNya (di hari Kiamat).”
(Riwayat Abu Hurairah)
No comments:
Post a Comment