Case 1
Dec 2004, Alhamdulillah seorang lagi kawan aku menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan hatinya... Begitu mudah jodoh mereka apabila berkenalan di dalam bas ketika masing2 pulang ke kampung halaman.. Dan dari saat perkenalan itu telah membawa mereka untuk mengorak langkah mengikat tali pernikahan yang suci...
Walaupun pada mulanya kawan aku ada meminta pandangan & nasihat dari aku yang tak seberapa... aku pula sekadar memberi buah2 fikiran yg aku sendiri tidak tahu kebenarannya.. lagipun aku masih lagi belajar ketika itu... Aku mengharapkan yang terbaik untuk kawan aku dalam memilih teman seumur hidup... Hanya kata2 akhir, aku mencadangkan utk beliau menunaikan sunat istikharah.. dan itulah yang sebaiknya...
Tidak lama selepas hampir setahun perkenalan (if i'm not mistaken)... Alhamdulillah.. keluarga kedua-dua pihak merestui & terlaksanalah ijab & qabul antara mereka.. Aku tidak melepaskan peluang untuk meraikan hari gembira mereka.. Sungguh meriah...
Dan alhamdulillah... mereka sangat bahagia bersama seorang anak lelaki.. dan bakal menimang cahayamata kedua tidak lama lagi.. Tahniah my fren!! :-)
Case 2
Tahun 2004... seorang ofismate aku, Kak Lina (bukan nama sebenar) telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan.. Perkenalan bermula ketika di dalam bas sewaktu mereka menuju ke destinasi yang sama... dan tempoh perkenalan selama kira-kira 1 tahun telah menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri...
Alhamdulillah... seorang bayi lelaki anugerah dari Allah telah selamat dilahirkan setahun selepas itu...
Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...
Walaupun aku agak curiga selama ini.. sepanjang program atau majlis yg dihadiri, tidak pernah aku melihat kelibat suami beliau.. Namun, semuanya terbongkar tatkala aku pulang ke kampung minggu lepas.. Kebetulan kami ingin menghadiri jemputan Walimatul 'Arus seorang ofismate kami di Kedah... Dengan berbekalkan kenderaan Avanza.. Kami bersama-sama menuju ke utara tanah air pada jumaat 010808 lepas kira-kira jam 11.00mlm.. Aku, Lan, Kak Ana bersama anaknya berusia 2 tahun, Kak Syam bersama anaknya berusia 12 tahun, dan Kak Lina bersama suaminya dan anaknya berusia 3 tahun. Inilah kali pertama aku melihat suami Kak Lina. (Semuanya bukan nama sebenar)
Dipendekkan cerita.. sewaktu melalui jalan ke Bidor.. terdengar suara Kak Lina..
"Berhenti.. berhenti.. tak tahan dah ni.." jerit Kak Lina..
"Nape? Nak muntah ker?" Soal kawan aku, Si Lan.
Rupa-rupanya.. suami Kak Lina sedang memukul Kak Lina di seat belakang Avanza.. Aku yg tidak pernah menonton drama sebegini depan mata agak terkejut dan sememangnya terkejut.. sambil cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan.. Melalui cermin pandang belakang, aku dapat lihat suami akak Lina sedang menumbuk kepala Kak Lina.. Dan kedengaran suara anak lelaki kak Lina menangis..
"MasyaAllah.. apa dah jadi ni?" Kerisauan aku membuak-buak..
"Jalan2... tak payah berhenti.." Balas suami Kak Lina..
Aku teragak2 samada mahu mengikut arahan yg mana satu... Namun, aku terpaksa akur untuk meneruskn perjalanan... adegan jerit & bertumbuk berterusan kira-kira 5 minit.... Hanya Allah saja yg tahu perasaan aku ketika itu... Bibir Kak Lina berdarah diperlakukan sedemikian..
"Diam boleh tak..? Anak saya nak tidur ni.." Secara tiba2 Kak Ana bersuara...
Dan selepas itu.. si suami terus berhenti dari memukul isterinya.. cuma beberapa kali terdengar suara2 mereka berbalas cakap... Aku dan Lan hanya mampu membaca secara perlahan apa sahaja zikir yg difikirkan relevan... Aku membaca aayatul-kursiy..... bagi aku sifat marah ni datang daripada syaitan... Mudah2an akan sejuk hatinya selepas itu..
Alhamdulillah, selepas beberapa jam perjalanan.. (walapun terasa begitu lama) kami selamat sampai ke destinasi dengan selamat walapun hati kami tidak tenteram sepanjang perjalanan.. Aku turun di kampung aku.. dan kemudian Lan meneruskan perjalanan ke rumah Kak Lina di Kedah. Sebelum itu mereka menurunkan suaminya di kampung mertua Kak Lina.. Lan pulang ke rumah isterinya (Diorg ni PJJ).. dan Kak Syam & Kak Ana bermalam di rumah Kak Lina.. sebab mereka berasal dari KL... cuma datang utk majlis kenduri keesokan harinya..
Memang apa yg berlaku sepanjang perjalanan malam itu sesuatu yang tidak pernah aku sangka.. dan begitu mengejutkan aku.. Dan rupanya2, sepanjang perkahwinan mereka.. Kak Lina merupakan mangsa sepak, terajang, tumbuk, wrestling... namakan apa sahaja.. semuanya sudah dilalui.. tidak kira sewaktu mengandung ataupun tidak.. Dan yang paling tragis.. jari Kak Lina pernah patah diperlakukan oleh suaminya.. Bagi aku, inilah lelaki paling dayus yg pernah aku jumpa...
Aku amat bersimpati dengan Kak Lina yg lemah lembut orangnya.. Di pendekkan cerita.. inilah hikmah atas apa yg berlaku malam itu.. bermula episod baru untuk Kak Lina.. sewaktu kami pulang ke KL malam semalam.. Kak Lina dan anak lelakinya tidak lagi pulang ke rumahnya.. sebaliknya menumpang sementara di rumah Kak Syam.. Dan hari ni.. Kak Lina ke pejabat agama, membuat report polis & laporan perubatan di ambil bagi mengukuhkan tuntutan fasakh Kak Lina terhadap suaminya..... Dia ditemani Kak Syam & Kak Sheila..
Ini bukan kali pertama Kak LIna membuat laporan polis, cuma kadang-kadang beberapa faktor yg membuatkan semuanya terhenti.. antaranya perasaan simpati Kak Lina pada suaminya dan juga beberapa masalah lain dihadapi di pejabat agama dan hospital.. Sememangnya Kak Lina begitu lembut hatinya walaupun kadang2 nampak tegas.. dia sanggup menjadi mangsa keganasan rumahtangga selam 4 tahun.. Tak dapat aku bayangkan..
Mudah2an kali ini KakLina tidak lagi cair hatinya utk memberi peluang yg beratus2 kali kepada suaminya.. cukuplah 4 tahun dirinya diperlakukan seperti punching bag.. walaupun beberapa percubaan memujuk telah cuba dilakukan oleh suaminya sejak dari malam tadi...
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan mebantu Kak Lina dan anaknya..
Sesiapa yang ada maklumat untuk memberi bantuan samada dari pejabat agama atau sewaktu dengannya amat2 dialu2 kan...
Mudah2an dengan usaha kita yg tak seberapa ini dapat membantu Kak Lina & anaknya untuk meneruskan hidup dengan aman dan bahagia.. InsyaAllah...
5 comments:
Assalamualaikum..
Ya Allah..tatakala baca coretan saudara ni..mengucap panjang saya..kesian sungguh..seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan memperlakukan ke atas wanita yang lemah...sepatutnya insan seperti Kak Lina dijaga dan dilindungi dengan penuh kasih sayang tetapi sebaliknya..semoga Allah permudahkan segalanya untuk Kak Lina..mudah2han..
salam bro mizwar.
enjoy reading ur blog.
keep on blogging wif hikmah ;)
btw, me pernah terlibat dgn klinik syariah before this. i'm not an expert, but have a lil knowledge & experience.tindakan yg amat bijak bila that sis report pada polis & jabatan agama. actelli kalau jd mcm tu, sure boleh dpt interim protection order on the spot & kalau the stupid husband tu buat lagi, terus kena detain by the police. i've one experience when i've to 'smuggle' sorang saudara baru yang kena jadi bahan sepak terajang her husband. the best part is bila me myself pun hampir jadi punching bag that idiot. alhamdulilLah, my mate dtg tepat pd masanya and i;m safe.
hmm..kekadang susah jg bila jadi terlalu berani & masuk urusan rumahtangga org tapi rasa bersalah pula kalau biarkan ada yang terus jd mangsa.
dunia oh dunia..
macam drama kat tv plak.
tapi ana kasihan pada member
anta tu mohammad.(ok tak comment ana nih)
Wa'alaikumussalam NurHuda...
Moga Allah beri kekuatan kpd Kak Lina utk menghadapi ujian yg dihadapinya..
Salam Sis Umyra,
Thanks for visiting my blog..
Good sharing experience as well..
Fahmi,
Yup, macam drama tv.. cuma tak sehebat drama anta.. :)
Thanks for ur comment anyway... appreciate that..
Semoga Allah perlihara dan memberkati kita semua..
Assalamualaikum,
Memang sedih apabila mengetahui masih ada suami yang mendera isteri di kalangan org Islam. Sebenarnya masalah ini tidak mengenal bangsa & agama, kerana lelaki yg rendah agamanya & tidak menghormati wanita yg akan berbuat demikian. Lebih menyedihkan lagi apabila isteri masih sanggup bersama sumai itu kerana anak2 dan kerana masih sayang.
Berbanding dgn zaman mak saya, skrg isteri2 sudah dilindungi undang2. Bawalah pergi ke balai utk membuat laporan polis, dapatkan surat pengesahan doktor di hospital kerajaan sekali dgn foto kecederaan dan khabarkan kpd keluarga kedua2 pihak. Ini akan membolehkan isteri yg dianiaya mudah mendapat cerai fasakh dari mahkamah syariah. Kesabaran & kepatuhan isteri kpd suami tidak bermakna dia perlu dilayan sesuka hati suaminya,maka isteri spt Kak Lina perlu mengetahui hak2nya, lebih2 lagi setelah bertahan selama beberapa tahun. Sudah ramai isteri yg mampu berdikari & hidup lebih bahagia setelah bercerai dgn suami kaki pukul.
Post a Comment