Tuesday, March 31, 2009

IQRA'

Pertama kali terbuka blog Ummuhusna.. Aku suka utk berkongsi entry di bawah... diambil dari posting Isteri Ust.Zaharuddin.. Moga kita sama2 menghayati & beroleh manfaat... Antara elemen penting dalam bacaan AlQuran - Tajwid, Makhraj, Tartil dan digalakkan melagukan bacaan.. Selain daripada cuba memahami Tafsir ayat2 yang dibacakan..

"Wa-rattilil-Quraana Tar-teela"

Selamat membaca:-

Hati bimbang sedikit melihat perkembangan bacaan al Quran anak kedua saya. Di kalangan rakan-rakan seusianya, malahan ada yang lebih muda, telah pun mula membaca al-Quran juzuk pertama, Surah al Baqarah. Namun, Kak Ngah, panggilan manjanya masih berada di tahap Iqra' 3. Sementara anak sulung saya, Kak Long, telah berada pada juzuk ketiga. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebayanya, anak sulung saya ini juga agak ketinggalan pencapaian bacaan al Qurannya.

" Ummi, sikit lagi nak masuk Iqra' 4 ", wajah Kak Ngah nampak ceria tatkala mengira baki lembaran Iqra' 3. Saya hanya mengangguk mengiakan.

" Kak Ngah perlu lebih rajin dan tekun, baru cepat habis ", saya menambah memberi sokongan berbaur harapan.

Sepanjang mengajar anak-anak mengaji al Quran di rumah, saya mengambil sikap ' selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'. Bagi saya belajar membaca al Quran merupakan perjalanan yang panjang. Bekalnya adalah kesabaran dan istiqamah sama ada kepada orang yang belajar mahu pun individu pengajar. Tidak perlu tergesa-gesa beralih bacaan jika yang sedang dibaca masih belum fasih dan lancar.Mungkin yang demikian, menyebabkan 'kelewatan' pencapaian anak-anak saya membaca kitab suci tersebut. Saya melakukan itu semata-mata demi memastikan mereka telah benar-benar bersedia membaca kalam Allah secara tartil dan tidak tersekat-sekat.


Pengalaman mengajar beberapa ketika anak-anak lain membaca al Quran, bagaimanapun memutik gusar yang bukan sedikit di jiwa saya. Ini kerana ada di kalangan mereka yang masih belum 'bersedia' berada pada tahap membaca al Quran. Sewajarnya, anak-anak ini dilatih lagi membaca Iqra' sehingga fasih. Banyak kesalahan panjang pendek berlaku juga kesilapan menyebut huruf-huruf tertentu akibat keliru. Namun demikian, mereka akan beralih juga membaca muka surat seterusnya pada keesokan hari.

Saya maklum keadaan anak-anak, mereka akan cepat bosan bila melakukan perkara yang sama. Dan saya sangat mengerti, mungkin ibu bapa mengharap dengan beralih bacaan selembar-demi selembar setiap hari akan menambah semangat anak-anak ini untuk mengkhatamkan bacaan al Quran.

Akan tetapi, ada persoalan lain yang mungkin terlepas pandang ibu dan bapa dalam menilai pencapaian al Quran anak-anak ini. Hadis junjungan Rasulullah saw yang bermaksud mengingatkan kita:

“Berapa ramai orang yang membaca al-Quran tetapi dilaknat oleh al Quran itu sendiri ”.

Ulama mentafsirkan perkataan 'dilaknat' yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah kerana dua sebab iaitu membacanya dengan tidak bertajwid, panjang pendek yang tidak dipatuhi dan keduanya membaca al-Quran tetapi tidak mematuhi isi kandungannya. Justeru, usaha untuk memperbetulkan bacaan anak-anak di usia muda mereka, mudah-mudahan akan melahirkan generasi yang elok bacaan.

Memang benar, setelah khatam, bacaan boleh diulang-ulang sehingga kelancaran diperolehi, namun siapa dapat menjangka apa akan berlaku di hari mendatang. Lebih-lebih lagi berada di perantauan ini. Di sini tiada rancangan bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji, juga kurang guru-guru al Quran untuk dihantar anak-anak mengaji bersama mereka. Lantas, ketika masa bersama anak-anak terbuka luas; ibu bapa wajar mengambil peluang memantau pencapaian bacaan al Quran anak-anak lebih kerap. Jemu mereka mengulang ayat yang sama, selitkan cerita, peristiwa dan apa jua peringatan di sebalik kalam-kalam Allah itu. Bosan mereka dengan surah yang berkali-kali diulang, tontonkan mereka bacaan kanak-kanak lain yang telah fasih membaca ( kemudahan internet wajar dimanfaatkan, di samping cd dan bahan-bahan media lain). Moga-moga menjadi motivasi dan dorongan.


Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Semoga Allah membantu.. Allahumma irhamna bil Quran....
Mencari dan terus mencari cinta ilahi.

Monday, March 30, 2009

Mak

Sudah lama aku mengidam nak makan sambal bilis yg mak masak... bukan sambal bilis yg dimakan dgn Nasi lemak yg mak masak 3 minggu lalu.. tapi sambal bilis yg di makan dgn nasi biasa.. minggu lepas pun mak mertua ada buat sambal bilis nasi lemak juga.. tapi aku nak sambal bilis yg mak masak yg pernah aku makan dulu..

Sejak beberapa minggu yg lepas, aku teringin nk makan sambal bilis tu... tapi lum kesampaian sampai skrg.. malam ni, aku balik rumah.. aku tgk ada sambal bilis yg macam aku nak tu kat dapur.. tapi bukan air tangan mak yg masak.. akak aku yg mask.. masih tak sama.. aku masih terbayang2 nak sambal bilis mak.. jangan tanya aku kenapa... mungkin sebab lama mak tak masak sambal bilis tu.. pernah sekali aku singgah kat stesen minyak & beli Roti Bun inti sambal bilis semata2 nak mkn sambal bilis tu..

Bagi setiap anak2 sudah tentu masakan ibu adalah masakan yg paling tak dpt dilupakan hatta jauh mana pun kita merantau.. selain enak & sedap... air tangan mak akan membuatkan anak2 tidak akan pernah melupakan mak masing2.. dan sudah tentu masakan mak memang sedap.. tak pelah.. aku nk puji mak sekali sekala.. but trust me.. IT IS.. mmg mak masak sedap.. Banyak lagi masakan mak yg aku suka tak mampu untuk aku senaraikan.. tapi setakat waktu ini mmg aku teringin nk makan sambal bilis.. belum lg masuk bab mihun goreng mak, mee goreng mak, ketupat rendang, kari ikan, sambal udang, kuih ketayap, kuih lopes, dodol, pulut kacau (wajik), dll.. kan aku dh cakap.. tak tersenarai...

Hal ini mengingatkan aku sewaktu ada di darjah 4 @ 5.. waktu tu.. mak bekalkan nasi bungkus dgn sambal ikan kembung.. waktu aku makan, ada kawan aku yg turut sama makan nasi bungkus tu.. bermula dari seorang dua.. akhirnya aku terpaksa menjadi penjual nasi bungkus secara tak sengaja di atas permintaan dari kawan2... seronok jugak kumpul duit waktu tu.. tiap2 pagi mak akan bungkuskan nasi lemak yg kawan2 pesankan... agak beberapa lama, aku berhenti menjual nasi bungkus..

Bercakap soal masak & makan ni.. teringat jugak waktu aku balik ke kampung, mak akan masakkan nasi & lauk special utk aku yg kuat makan ni.. 2,3,4 pinggan? hmm... jgn terkejut... itulah penangan masakan mak..

Ada satu kali tu, aku bgtau mak nak balik kampung.. last minit aku bgtau maybe tak jadi balik sbb tiket bas belum beli lagi... takut tak sempat... then akak aku yg ada kat kampung bagitahu mak dah siap suruh adik pegi kedai... belikan bihun mentah utk digoreng buat sajian sarapan esoknya utk aku yg baru sampai... alamak, tak sampai hati lah pulak.. sewaktu drive balik keje menuju ke setapak.. aku terus tukar arah haluan mengikut papan tanda jalan ke Ipoh.. singgah isi minyak dan terus drive balik ke Penang...

Itu baru sikit je klw nak diceritakan pengorbanan mak utk anak2nya.. sudah semestinya banyak lagi karenah2 lain yg terpaksa mak layan utk anak2nya yg bermacam ragam ramainya... Dari bab makan pakai dan sebagainya.. Seperti ayah.. mak juga the best tailor yg pernah aku jumpa... walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengalir juga darah tukang jahit dlm diri kami sekeluarga..

Moga mak terus berada dlm rahmat kasih Ilahi, & diberkati hayat umur mak dlm keredhaaanNYA... sudah semestinya Mak akan terus berada di kotak ingatan anak2 mak sampai bila2..walaupun kini aku sudah ada 2 mak...


Mak & Mak

Hmm... tetiba layan jiwang dgn mak plak.. sambal bilis punya pasal.. tak pe la.. tak ada apa yg salah pun.. maybe sebagai peringatan & semangat utk berbakti pada mak... selagi kudratku tidak ke mana-mana..

p/s: kamu semua rindu mak kamu tak?

Sunday, March 29, 2009

Tips

Salam, hari ni aku nk kongsi Tips pada sesiapa yg ada buka "Kedai Runcit", bagaimana cara utk tutup "Kedai Runcit"anda? Pelik bunyi nya kan? huhu... Baca la.. kebetulan terjumpa artikel di bawah... Sudah tentu artikel ini tiada kena mengena dgn yg hidup mahu pun mati. mahupun dgn pemilik blog ini.. cuma sekadar berkongsi.. huhu....

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


Sekian, terima kasih ye.. Renung2kan & selamat beramal.. :-D

p/s: Kejora, apa tips ko? nampak mcm makin mengecil ke skrg ni? Kongsi2 la.. Hehe..

Saturday, March 28, 2009

"...(",)..."

Salam semua...

Dalam 1 minggu je 3 org member2 aku resign dgn alasan tersendiri.. ada yg sambung belajar dll.. tapi aku tertarik dgn kisah sorg kawan aku ni.. Dia resign sbb terasa jauh dgn Allah... lagi lama keje kat situ, lagi lama rasa cinta dengan dunia.. (tanpa ada keje baru yg lain)

Hmm.. sedikit sebanyak memberi 1 peringatan utk aku dan aku mengiyakan apa yg dicakapkan beliau.. dan ini adalah salah satu penyakit : "Wahn - Cintakan dunia & takutkan mati.." (seperti Sabda Nabi s.a.w)

Aku berdoa semoga aku tidak berada di golongan itu.. wlwpun kadang2 kita terasa harta kebendaan adalah segala-galanya.. kita lupa dgn mati, kita lupa dgn Rahmat Allah.. sejauh mana kita yakin dgn Allah atas segala rezeki yg di kurniakan-NYA.. atau kita masih lagi bergantung kepada manusia dgn sbgnya.. mudah2an apa jua nikmat rezeki yg Allah kurniakan tidak akan menjauhkan kita dari Allah & Rasulnya.. tapi alangkah baiknya jika kita dapat mendekatkan diri dgn Allah & Rasulnya..

Bak kata pepatah.. ikut resmi padi makin berisi makin tunduk ke bumi.. aku twist-kan skit, makin banyak rezeki yg Allah kurniakan.. makin bnyak lagi syukur kita pada Allah.. makin kita sedar diri.. hidup cuma sementara.. anytime Allah boleh tarik balik..

Mudah2an dgn apa yg berlaku.. sedikit sebanyak menyedarkan aku dari lamunan yg panjang.. semoga rahmat Allah masih lagi mengiringi kita.. Ameen... Bukan senang nak pujuk hati utk terima sesuatu hakikat itu.. mungkin istighfar adalah salah satu ubat yg baik supaya kita dijauhkan dari 'bisikan2 jahat' yg selalu menipu diri kita..

Semoga Allah masih lagi 'memandang' kita dgn penuh kasih sayangNYA dgn harapan DIA tidak akan 'melupakan' kita. insyaAllah...

Apa yang baik dari Allah, apa yg lemah & kurang dari ketidaksempuraan diri ini sebagai manusia.. Moga bisa mengingatkan diri aku yg selalu alpa..

Memetik kata2 Dr Fadzilah Kamsah.. mohon maaf kepada semua org & memaafkan mereka sebelum tidur.. So, aku amik kesempatan juga mohon maaf klw ada melakukan kesilapan yg tidak disedari..

"HIDUP ITU INDAH JIKA ALLAH SENTIASA DI HATI"

DEBU-DEBU DOSA - HIJJAZ

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Thursday, March 26, 2009

3A

Alhamdulillah.. sedar tak sedar dah dekat dgn penghujung March 2009. Hari ni jumaat... my wife balik dr ipoh.. kursus 2 minggu kat sana.. last monday aku hantar dia kat Heritage Ipoh.. 1st time sampai Ipoh sendiri... teruja... haha.. nasib tak sesat.. even sampai area tu pun 1st time rasanya... maklum la aku jarang pi jalan2... sapa2 nak bawak aku pi jalan2 bgtau la yer.. lagi bagus klw FOC (free of charge)... hehe...

Dok sibuk2 kat ofis td... aku terima 1 sms... "Nur Hannan humaira ok x? confirm asap.." hampagas tul kawan aku sorang ni.. dah la tanya aku.. pastu nk cepat2 lak... tak sangka dia consider gak cadangan aku utk letak hannan tu for anak dia yg ke-4 ni... huhu.. dulu masa anak dia ke-3... dia accept alternatif dari aku Elayna... mula2 dia nk letak Elaine.. hmm.. apa ntah makna dia aku pun tak tau.. aku pun suggest la Elayna/Elaina sbb ada makna tapi bukan kata sifat la.. Elaina - kepada kami (ila-ke na-kami).. lepas tolak campur bincang dgn parent dia... kawan aku ni bg nama anak dia Nur Elaina Batrisya (klw x salah ejaan aku la)

Pastu kali ni dia nak Nur Hannan Humaira.. aku respon kat dia setahu aku humaira' (read as humairak) asal dari perkataan hamra' (hamrak)... klw humairah aku tak sure makna dia.. maybe sama jugak @ lain.. wallahua'lam.. aku mmg totally tak tau... aku pun check la dgn wife, k.jiha & k.Tini (tenaga pengajar kat maahad tahfiz seremban).. jawapan yg diberikan sama dgn aku.. hamra' to humaira'.... Cuma kak jihah check2 balik.... humairah pun masih dlm lingkungan kemerah-merahan.... asal dari humrah... (humrah-merah / hamra'-yg berwarna merah) so, tak jauh beza la....

Kawan aku ni plak cuma pikir cemana nak letak sign ' utk regist nnt........ aku ckp my wife 'Aiffah, anak abg aku 'Izzah & 'Ammaar... kira tak ada masalah la.. but in the end, last answer aku kat dia boleh letak humairah / humaira'... just khilaf dlm ejaan.... tapi meaning still dlm lingkungan yg sama... depends pada kita la nk pilih yg mana.... itu aje... wallahua'lam..... (correct me if i'm wrong)

I just put my words on this issue... tidak ada kene mengena dgn yg hidup @ pun mati... cuma bila masuk bab2 nama ni mmg interesting la.. masing2 dgn idea masing2.. ada nak 1 word jer... ada nak 2.. even ada yg letak 5 to 6 words... huhu.. paling aku tak lupa ofismate aku, nama anak dia Puteri Nur Kasih Zaara Carissa & Putera Muhammad Harraz Aisy Haffiyy... sure anak2 dia amik masa lama nk tulis nama masa belajar nnt... huhu... tak pe la.. hak masing2.. yg penting makna & panggilan yg baik utk anak2 kita nnt... upps... utk anak2 kalian nnt...

Pada yg bakal menimang cahaya mata tak lama lg.. pilih la nama yg baik2 yer... if possible rujuk pd yg arif dlm pemberian maksud nama tu nnt... all da best to Riena, Siti Rohani, Della/Nurman lagi sape yer? owh, lupa lak... Deqan... hehe.... sorry la, dah tak up to date dah dgn perkembangan kawan2.. sbb diri ini makin berkembang.. huhu.. cemana la nk maintain tak kembang yer? huhu...

Refresh :
Aswad - hitam
Ahmar - merah
Putih - Abyadh? eh, betul ker?
Biru? Hijau? alamak dh lupa la... huhuhu........

p/s: kasihku pada Amirah tetap tidak berubah :-D apapun yg terjadi.. berjalanlah tanpa henti... pandai jln dah Amirah yer... (ummi & abi jgn jeles yer..! hehe..)

"3A - ANAK AMANAH ALLAH"

Wednesday, March 25, 2009

Aku Tak Sempurna


Aku tidak lah sempurna..
Aku hanya hamba Yang Esa..
Bisa dicaci, dihina tak kira masa...
Bisa melafazkan dusta & nista..
Tidak mustahil jika mencerca..
Kerana aku insan biasa...

Aku tidak lah sempurna...
Bisa disalah erti tingkah & kata..
Semestinya tersalah kata berbicara..
Tidak terlintas mendabik dada..
Sekadar suka bergurau senda...
Kerana aku insan biasa...

Aku tidak lah sempurna...
Kerana ego aku bermaharajalela..
Mengikut nafsu & hawa...
Sehingga nyenyak tidur & lena
Sehingga aku alpa & leka..
Kerana aku insan biasa..

Aku tidak lah sempurna...
Segala-galanya hak milik DIA..
Aku hanya menumpang di dunia...
Diberi pinjaman buat seketika..
Bisa dirampas & diambil bila-bila masa..
Kerana DIA yang lebih berkuasa...

AKU TIDAK LAH SEMPURNA...
KERANA AKU INSAN BIASA..

Mizwar Abduh
Setapak, 10.30pm

Tuesday, March 24, 2009

Tasik Perdana

Salam semua.. Alhamdulillah.. masih lg dpt kecapi nikmat yg Allah kurniakan.. mungkin nikmat yg Allah beri akan lebih disyukuri jika ianya telah ditarik oleh Allah.. Jadi, bersyukur lah sebelum terlambat... :-)

Ahad 22Mar, kebetulan free... Ciki ajak join Kui utk sessi fotografi training dgn K.Zubye. kat Tmn Tasik Perdana... ambik gambar baby/kanak2.. (betul ke ape aku cuba explain ni Ciki? Kui? huhu..)

Sebelum smpai jam 10.30am tu.. kitorg terlajak ke Taman Burung.. maklum la 1st time sampai sini selama dok KL 10tahun ni... tak biasa jalan2 area KL ni.. maklum la org kampung.. duduk pun sopan jer.. tak caye tgk gambar bawah ni... hehe...


Cinta Adam & Hawa.. :p
Sambil2 tunggu sessi fotografi tu habis.. posing la sendiri2...
Kitorg tak leh join sbb tak regist pun... hehe..


Punya la suruh wife pose kat bunga tu..
Jangan tak tau, sampai ranting bunga tu patah..
Nasib tak ada papan tanda "Di Larang Memetik Bunga"

Mirah yg kesedihan ditinggalkan ibunya.. terukkan mak dia? :p
Photographer : Me & Wife.. hehe..

Sehari jalan2 best gak.. lepas balik dari Tmn Tasik, kitorg pi mkn kat blkg Dataran Merdeka (1st time aku pi situ gak)... Bnyk lg tempat aku tak explore rupanya.. huhu..

Lepas tu kitorg berpecah kaca pecah gelas... aku & wife pi shopping kat jln TAR... mmg terbang la pitis2 ku di sana... pokai pokcik.. huhu...

Monday, March 23, 2009

Jalan2 & Makan2

Salam 'Alaiyk...

Wekend lepas, aku & wife balik Bangi... Sabtu 21Mar,kitorg pi Kenduri sedara kat Putrajaya.. 1st time attend kenduri sebelah mertua.. huhu.. terpaksa lah pretend jd pengantin baru.. baru 3 bulan lebih.. Alhamdulillah so far.. Syukur..


Sementara tunggu pengantin.. kitorg pun jadi la pengantin suka-suki...
Dari Kiri : Ebah, Along A.Mahiz, Me & wife


Deqan & En.Nazim enterprem skali...
Saje bagi chan sebelum Deqan deliver twin dia tu sedikit masa lagi....
(Anak sedara kitorg pun ada.. Dari kiri : Muadz, Ali, Zulfa & Naim)


Sementara tak ada org.. posing la skit2.. haha..

------------

Sebelah malam tu pulak, ALong ajak dinner kat umah dia kat Bangi jugak... sempat la spent time dgn bro/sis-in-law... Along masak kebab ayam & daging... kenyang la mlm tu wlwpun tak dapat makan nasi tomato yg Deqan masak kat umah.. Next time ye Deqan.. jgn malatop lg yer!! hehe..

Baju biru tu Imran Hanif (Anip) yg selalu malu2 itik.. haha..
*Click photo to view larger..

For more outing with adik2 ipar.. Tgk kat sini..

Thursday, March 19, 2009

Life Is Not File

Hari ni aku balik keje terus balik ke rumah Setapak... for a long-long time ago.. hari ni aku dapat sampai umah before 7pm.. on da way balik.. aku dpt sms dr sorang sahabat lama.. Nak jumpa aku malam ni..

Kebetulan aku balik rumah awal.. maka aku setuju je nak jumpa dgn syarat kat area Taman Melati.. tak larat aku nk gerak jauh2... Aku pun suggest kat kedai mkn dekat2 LRT T.Melati atau Malinja... hmm.. lama sudah aku tak melepak kat Malinja.. dulu selalu jugak lepak2 (read as makan) dgn kawan2 kat sini... To those yg tak tahu, Malinja ni tempat makan nasi lemak & char keow teaw Penang.. mmg popular di kalangan penduduk mahupun pelajar2 sekitar Gombak mahupun Setapak...

Sampai je kat umah.. sempat online & chat dgn wife kejap.. kemudian kendiri utk Solat Maghrib... after maghrib terus bergegas ke Malinja takut2 dia tunggu lama.. (I dunt like to wait people for a long time.. so, I dunt want people to wait for me too long as well...) Sampai kat sana, tak nampak dia pun... kira2 5 minit kemudian baru dia muncul.. kira ngam2 la.. huhu...

Lama betul tak jumpa, masa Walimah aku hari tu dia tak berkesempatan utk hadir.. it's ok anyway.. The best thing is.. mcmana la aku boleh keep in touch dgn dia ni.?? Klw ikutkan.. dulu tak la rapat sangat.. dah tu dia ni mmg kuat sakat aku.. bukan sikit2, tapi melampau gak la.. sampai kdg2 aku tak suka gak la nk borak2 dgn dia... Cuma aku tak pernah simpan kat hati la.. huhu.. skrg dia makin matang.. (mcm aku ni matang jer... matang beb!... hehe) dan skrg bnyk benda kami boleh sembang bersama... ramai kawan2 aku dr dulu.. dia ni antara yg still keep in touch & selalu jugak la tanya khabar aku.. itulah dia aturan dari Allah utk kita..

Borak punya borak... banyak benda yg dikongsi... we were talking about...

LIFE
Dia dah ada life sendiri.. Telah berumahtangga 2 tahun yg lalu dgn hanya tempoh perkenalan. tak sampai 1 tahun (lebih kurang aku jugak).. Aku pulak baru memulakan hidup baru.. Semoga semuanya berjalan lancar dalam hidup kami hendaknya.. InsyaAllah....

KIDS
Rezeki dia tahun ini... walaupun tak plan utk dapat 2nd baby.. namun Allah itu Maha Pemurah... dikurniakan seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan... dah sepasang dah anak dia... Alhamdulillah...

WORK
Dia sudah ada keje yg stabil...walaupun ada up & down... tetapi itulah lumrah di alam pekerjaan.. Dan aku pulak masih tercari2 apa yg terbaik utk aku... mudah2an Allah permudahkn sebaiknya utk hambaNya yg senantiasa lalai & alpa ini.. Apapun, aku mesti bersyukur atas apa sahaja ujian & kurniaan yang Allah berikan... Alhamdulillah 'ala kulli haal...

AGE
Sedar tak sedar, sekejap je masa berlalu.. usia kami dah di ambang 30-an... tapi aku muda skit dr kawan2 yg lain.. huhu.. namun, tiada apa yg dibezakan melainkan dengan apa yg Allah tetapkan/janjikan.. zaman express skrg.. ajal tidak kenal usia dan apajua.. klw dh sampai masa.. satu saat lg pun boleh berlaku... Astaghfirullah-al'Azim..

FRIENDS
Masing2 dgn hidup masing2... ada life sendiri dah.. ada yg kawin... ada yg belum.. ada yg menantikan detik bahagia... Paling aku tunggu2 adalah turn Kejora (bukan nama sebenar).. hehe.. jangan tertekan yer.. :D

REZEKI
Apapun jua semuanya berbalik kepada REZEKI & TAQDIR seseorang itu... sebagai hamba, kita wajib berusaha, berdoa & bertawakkal dgn harapan apa jua keinginan kita, akan dapat dinikmati & dirasai sewajarnya...

Semuanya berbalik kpd kita.. dan sudah tentunya dgn rahmat dr Allah.. Dan itulah kehidupan.. hayah.. life.. dan life is life.. not file.. which file can be saved, created, modified or deleted at anytime or anyway.. But life.. one & once ONLY..

"THiNK aBouT it!!!"

Tuesday, March 17, 2009

Petang Nan Indah

Suatu hari di hari Sabtu 14March.. lepas balik dari kenduri my cousin..


Berehat-rehat di tahap kebosanan..

Pastu kitorg decide utk ke Pantai Kuala Muda (10 minits from my house)


Model2 t-shirt muslimah :D


Hampir sunset.. teruja.. teruja..


Gambar curi - Mak & Husna


Nabilah & her friend melintas samar2 matahari.. huhu..


Anisa & Najwa bermain2 di gigi-gigi air..


Merenung masa depan Malaysia.. tibe2 je.. haha..


Oh.. baru ku sedari.. cintaku bertepuk 2 belah tangan.. hehe...

Seharian menanti sunset.. before maghrib terus lari balik.. :-)

"Petang Nan Indah..Begitulah Ciptaan Allah"

Ulangtahun Kelahiran

Salam 'Alaiyk..

Entry kali ni lambat plak post.. Asyik tertangguh jer.. sbb last wekend bnyk program... Sabtu kenduri anak my cousin.. & ahad ada 3 kenduri - kat kampung, kawan mak & my fren - Rohaida... (cemana la aku tak gems.. huhu) Selamat Pengantin Baru Royd... Moga kekal ke akhir hayat.. Ameen.

Anyway, just to wish Hepy Belated Besday to my Sisters Najihah (1303) & Husna (2602).. Tapi masa Husna tak buat papepun.. kami pun tak ada bergambar time tu.. cuma my wife ada buat Kek Coklat.. & kami ada bg hadiah T-Shirt Muslimah (labuh ke paras lutut.. sesuai utk muslimah masa kini :p Hehe.. promote skit... aku jd pengedar so far..)

Sape nak kek ni angkat tangannnn!! :p

Kali ni, utk K.Jiha.. my wife sekali lagi buat Kek Coklat & Kek Cheese.. requested by Me - Kek Coklat.. Hehe... Sbb I prefer more to Kek Coklat.. Huhu.. :D Tapi yg utamanya hadiah Kek & bunga dari husband dia.. A.Majdi..

Acara makan kek di tengah2 malam.. hehe

Time kitorg makan kek ni waktu aku baru sampai dari KL.. dan kek ni dipotong kira2 kul 12 tgh malam.. hehe... sambut besday tgh2 malam.. "buang tebiat" org kata.. haha..

'Ala kulli haal.. sambutan besday tak ada kene mengena dgn papepun.. & family aku pun bukan jenis celebrate2 sgt.. saje suke2... dan dlm pada itu juga, ianya juga sekadar mengingatkn bahawa usia makin meningkat.. maka.. segala perkara2 baik dlm hidup kita juga perlu ditingkatkan.. :-)

"Usia Antara Masa"

Thursday, March 12, 2009

Ayah

Tarikh aku menaip entry kali ini adalah 12-03-2009M, merupakan genap 11 tahun ayah pergi meninggalkan kami semua.. menemui Pencipta kita... Allah Rabbul Jalil..

Sekejap je rasa masa berlalu... Mengimbau kejadian di petang khamis 12-03-1998.. Waktu aku sedang duduk berehat di aspura (Asrama Putera SMAI).. anak sedara aku Nasir (yg sebaya dgn aku) dtg menyampaikan perkhabaran kurang baik - ayah jatuh di bilik air.. tanpa buang masa, aku terus mendapatkan izin dr warden & terus balik ke rumah.. waktu sampai di rumah, nampak ramai orang di rumah.. terdetik sesuatu telah berlaku.. tetapi telahan aku salah.. ayah sedang berbaring sambil di urut oleh mak & mak sedara.. Penat/Lelah katanya..

Melihatkan kondisi ayah yang antara sedar dan tidak, aku membantu K.Jiha utk menelefon adik beradik yg lain.. cuma aku, adik, K.Jiha & K.Chaq yg ada di rumah.. selebihnya abg & 4 org kakak berada di KL & Johor..

Melihatkan keadaan ayah yg masih kurang menyenangkan, ayah di bawa ke Hospital Seberang Jaya.. Kira2 2 jam di bilik kecemasan, keadaan ayah masih belum terjawab.. Aku yg berpuasa sunat Khamis hari itu, sempat berbuka dgn air bikarbonat/gas... Kemudian terus menunaikan fardhu Maghrib.. selesai memberi salam.. anak sedara aku, Nasir terus menyampaikan khabar sedih kpd aku.. "PakSu, tok wan dah tak ada"..

Dengan tenang, aku terus melangkahkan kaki ke bilik kecemasan melihat jenazah ayah.. alhamdulillah.. aku dpt mengawal perasaan & terus mengucup dahi ayah.. Kemudian aku dipanggil doktor sebagai waris lelaki yg ada waktu itu utk mengesahkan surat kematian ayah.. dan terlihat tarikh 12-03-1998.. mengingatkan aku kpd tarikh esoknya merupakan hari ulangtahun kelahiran K.Jiha..

Perkhabaran pemergian ayah telah diberitahu K.Jiha, adik & jiran yg masih ada di rumah... Kemudian, kami hanya sempat memberitahu abg ipar di KL & abg ipar di Johor ttg hal ini.. mereka tidak pulang ke Penang memandangkan status ayah ketika itu masih belum diketahui...

Manakala 2 org kakak aku (K.Zue & K.Zakiah) di KL telah bertolak ke Penang menaiki bas pada mlm itu utk melihat keadaan ayah di hospital... mereka belum mengetahui bahawa ayah dah meninggal dunia.. memandangkan terputus hubungan (waktu tu belum ada HP)...

Kak Saniyah pula berada di UM, esoknya ada paper terakhir pengajiannya di UM ... Cuma dia dihubungi oleh jiran aku memberitahu utk terus balik tanpa mengambil peperiksaan itu dan tidak diberitahu ttg pemergian ayah ke rahmatullah... Maka dia pun terus ke Pudu dan bertolak ke Penang menaiki bas berasingan dgn 2 org kakak aku yg tadi..

Dan mereka bertiga, K.Zue, K.Zakiah & K.Saniyah sampai di Butterworth kira2 pada waktu yg sama dlm jam 4 pagi dan pada waktu itu barulah mereka diberitahu bahawa ayah telah kembali ke rahmatullah...

Abang pulak time tu mmg dah terputus hubungan terus.. Cuma nasib menyebelahi, abg terus membawa keluarganya bertolak balik ke Penang utk melihat keadaan ayah.. Dan sewaktu abg sampai di rumah malam itu, melihatkan banyak kerusi memenuhi kawasan rumah & ramai org... barulah abg tahu ayah sudah tiada..

Manakala K.Cik yg berada di Johor pula sudah separuh jalan bertolak ke Penang menaiki bas.. dia kebetulan menghubungi suaminya utk bertanyakan khabar anaknya yg ditinggalkan di Johor... dan waktu itu abg Cik terus memnyampaikan khabar sedih itu dan mengambil beliau utk balik bersama2 ke Penang.. Akhir sekali K.Cik sekeluarga sampai pagi esok hari dlm jam 9.30pg sewaktu jenazah ayah sedang dimandikan.. (waktu tu perjalanan dr Johor ke Penang mengambil masa yg panjang..)

Dan pada pagi jumaat 13-03-1998 kira-kira jam 11.00pagi, ayah telah selamat di semadikan di tanah perkuburan kat kampung aku..

Segala kenangan bersama ayah semestinya tak akan dilupakan.. Ayah seorang yg pemurah, sporting, the best tailor, dan semestinya dia suka bercakap perkara yg baik2 saja..

Inilah tempat persemadian ayah..
Akan aku kunjungi setiap kali selepas solat jumaat di kampung..

Dan sejauh mana kami sayang kat ayah.. Allah lebih sayangkan dia.. Semoga Allah merahmati ayah dan ditempatkan bersama solehin & Mukminin.. Ameen... Alfatihah..

"Allahummaghfir-lahu war-hamhu wa'afiehi wa'fu-'anhu.."

Tuesday, March 10, 2009

Kembali Kepada-Nya

Isnin petang, aku hantar wife ke Pudu.. pastu terus balik ke setapak.. sambil2 tunggu wife inform dh sampai ke belum... aku lelapkan mata kejap.. nk online pun broadband kena blocked.. maybe sbb tak buat payment.. huhu..

Sambil2 baring tu ada sms masuk... ingatkan wife yg sms... rupa2nya
"Salam.ada kbr duka.kwn baik kita Ana vld dah kembali ke rahmatullah td. semoga rohnya dtptkn d kalangan org yg beriman. amin"

Aku tak edit satu perkataan pun dari sms tu.. dan mmg aku terkejut... baru je bertegur sapa dgn dia last week... Noramanah @ Ana meninggal dunia secara mengejut pada 9-Mar-2009 (kira jam 9 mlm di Hospital Ampuan Rahimah, JB) selepas koma sejak hari Ahad... semua kawan2 di pejabat terkejut mendengar pemergian Ana... tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik utk Ana (masih muda.. hujung 20-an @ awal 30-an), beliau meninggalkan suami & anaknya yang masih berusia 2 thn lebih..

Selasa pagi, kul 9pg.. aku, En.Othman (Snr Mgr) & Nabil (my ofismate) ke rumah Allah-yarhamah Ana di Sg.Besar.. sampai kat sana terus ke kubur beliau yg telah disemadikan jam 8.00pagi.. kemudian kami berziarah ke rumah emak beliau.. Anaknya yg masih kecil tidak mengetahui mahupun memahami apa yg berlaku... berlari2 bermain2 di dalam rumah.. sesekali datang duduk di atas riba akak ofismate kami...

Kata ibunya.. beliau sempat salam peluk cium dgn adik perempuannya sebelum balik.. yg tak pernah dilakukan beliau sebelum ini... dia juga ada bertanya kepada ibunya.. "Nanti tolong jaga anak, Ana nak pi Haji".. "Tahun ni tak balik raya"

Secara rambangnya, dia MC 4 hari last week sebab demam, pergi check-up di Hosp Sg Buloh tetapi diarahkan pulang kerana tidak dapat dikesan apa penyakitnya.. dan terakhir diberitahu demam panas & dijangkiti virus di bhgian otak..

Hari ni.. di ofis aku tgk kat tmpat dia masih ada barang2 beliau yg ditinggalkan.. semoga Allah merahmati ruh beliau & ditempatkn bersama org beriman & Solehin... Ameen...

"Allahummaghfir-laha wa'afiha wa'fu'anha.."

Sekali lagi.. ini juga merupakan peringatan utk kita yg masih hidup... Ajal tidak mengenal usia... sampai masa kembalilah kita kepadaNya...

Kebetulan masa dpt sms tu.. lagu ni sedang berputar di Ikim.fm... bait ni je yg aku ingat.. lagu oleh Nadamurni (nyanyian semula oleh Rabbani)..

Mana milik kita..
Tidak ada milik kita..

Yang ada hanyalah Allah yang punya..

Saturday, March 7, 2009

Untuk-Mu

Suasana panas membahang habanya.. Namun deru angin bertiup menyejukkan dan menghilangkan haba panas tadi.... Sungguh aneh suasana ini.. pertama kali berada dibumi kesayangan Rasulullah & umat Islam.. Madinah alMunawwarah.. Terasa sebak melihat tersegam sebuah kubah hijau.. disitulah bersemadi jasad Baginda 'AlaihisSolatuwassalam.. cepat2 aku buangkan rasa hiba kerana malu dgn rakan-rakan yang lainnya... Satu pengalaman pertama yang indah tatkala dapat menjejakkan kaki di bumi ini.. Terasa kerdil diri ini.. dan tidak sekali menyangka dapat sampai di sana setelah beberapa kali berhadapan dgn ujian pemergian kami ditangguhkan dek pelbagai halangan visa mahupun teknikaliti yg lainnya.. Akhirnya Jun-2002 telah metaqdirkan Allah memakbulkan hasrat kami..

Perjalanan kami diteruskan utk check-in di hotel yg disediakan... Alhamdulillah, kendiri berkemas utk aktiviti bebas.. sesunguhnya peluang yg ada tidak dilepaskan uk berjemaah di Masjid Nabawi... kerana di situ terletaknya taman Raudhah..

Sesungguhnya tiada yg paling indah melihat makam-mu wahai Rasul Allah... cintaku yang mendalam tidak dapat dibendung.. Alangkah indahnya jika dapat menatap cinta hati kami wahai Rasul..

Ya Rasul...
Mimpi bertandang mengiyakan impian semalam...
Sebuah penantian akhirnya datang bersulam....
Memberi izin menziarahi makam...
Selawat ke atasmu wahai Nabi sekelian alam..

Ya Nabiyyallah..
Cinta hati kami siang dan malam...
Setitis air mata mengalir dalam qiyam...
Sekuat rindu padamu makin mendalam..
Merindui taman-mu kian membungkam..

Sollu 'Ala Rasulillah 'Alaihis-Solaatu was-Salaam..

Friday, March 6, 2009

Perginya Zubir Ali

Zubir Ali, satu kehilangan besar dunia seni Islam
Nyza Ayob
Fri | Mar 06, 09 | 4:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - "Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam."

Demikian luahan tokoh seni dan budaya, Dinsman, yang merupakan sahabat baik Allahyarham Zubir Ali apabila menjelaskan betapa kepulangan allahyarham Zubir merupakan satu kehilangan besar bagi kesenian Islam di negara ini.

"Saya mengenali Zubir sewaktu sama-sama belajar di Maahad Mahmud, Alor Setar. Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian ke Kolej Islam, Klang. Seterusnya kami menyambung pengajian di Universiti Malaya.

"Kami sama-sama memperjuangkan kesenian Islam. Saya di bidang teater dan Allahyarham di bidang Muzik. Di Universiti Malaya, kami sama-sama dalam KESUMA. Saya mempersembahkan teater, Allahyarham mencipta lagu-lagu untuk teater tersebut,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

"Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran...walaupun dirinya dikenali sebagai penyanyi dan komposer terkenal negara...kalau diundang,khalayak tidak akan sunyi dengan petikan gitarnya dengan deretan lagu-lagu puisi,"tambahnya sambil menyifatkan allahyarham antara insan yang sukar dicari ganti sebagai pensyarah dalam bidang yang pelbagai.

"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakahdaily kira-kira 3 tahun lalu.

Zubir yang merupakan komposer, penyanyi lagu-lagu puisi dan pendidik kepada pelbagai insan seni meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung.

---

Ketika membaca perkhabaran ini, mengingatkan aku sewaktu menganjurkan program "Talk on Art" sempena CONVEST.. rasanya masa aku tahun 1 @ tahun 2 kat main campus.. Allahyarham merupakan seorang ahli panel bersama2 dgn Wardina, Nizal Muhammad, Datuk A.Samad Said & Ibu Azlin Hezri - dihostkan oleh Ally Iskandar..

Dan sememangnya beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.. dan senang berurusan dgn beliau yang bersifat sederhana & low profile...

Semoga Allah merahmati Ruh beliau & ditempatkan bersama dgn para Solehin.. Alfatihah..

Dan ini juga merupakan Tazkiratul-Maut utk kita sbg insan yg masih punya nafas dan denyutan nadi... Moga hidup kita diiringi kebaikan & keampunan...

"Setiap yg bernama insan pasti menghadapi maut"

Thursday, March 5, 2009

Cukur Jambul

Salam Jumaat.. Moga hari yg mulia ini kita dilimpahi rahmah & maghfirah daripada Allah.. hari ni (Jumaat) aku cuti.. saje apply nk rehat2.. huhu..

Sempat tgk Tanyalah Ustaz TV9 tadi dihostkan oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz.. ada caller tu tanya pasal isu cukur jambul.. dan kebetulan jawapannya lebih kurang sama dgn artikel di bawah ni...

Mungkin kita boleh ambil 'ibrah dan take note tentang hal ini...

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz - Utusan Malaysia
11 September 2006

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.”
(Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w. (apa yg aku faham, zaman skrg ni cuma sapukan di biir.. tidak seperti amalan sunnah)

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan..

Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Pagi tadi aku post isu ni.. pastu aku remove balik.. tup2 mlm ni tgk Astro Oasis, rancangan "Bersama Datuk Hassan Din Alhafiz".. isu pasal cukur jambul lagi.. isu yg sama dgn Tanyalah Ustaz pg td.. So, aku terpanggil nk letak balik entry ni..

Semestinya sbg peringatan, apa jua amalan yg ingin dilakukan.. biarlah ianya terpelihara dr segala maksiat @ bid'ah @ fitnah yg merupakan bukan amalan Rasulullah.. dalam erti kata lain, tidak meng'declare' sesuatu perkara itu sbg amalan Nabi selagi tidak dibuktikan dgn nas/dalil yg sahih bahawa itu adalah sunnah..

Sekali lagi, cukur jambul bukan lah sunnah.. tetapi mencukur rambut & memberi nama pada hari ke-7 kelahiran adalah sunnah... dan sunnah adalah sunnah... tidak sekali2 jatuh hukum wajib... (ada pendapat mengatakan Sunnah yg wajib - Nikah)

Fikir dulu sebelum bertindak... Semoga cinta kita kpd Nabi Muhammad sentiasa mekar di hati kita... Wallahu ta'aala A'lam..

Tuesday, March 3, 2009

Walimah Lagi

Sekitar di majlis Akad Nikah & majlis perkahwinan anak sedara teman di Teluk Air Tawar, Butterworth.. dia tunang terlebih awal pada 08.08.08.. tapi aku potong line kahwin dulu dari dia.. hehe.. Anyway, selamat pengantin baru utk Nasriyah & Shahril for the best moment on your wedding day.. :-)


Sewaktu hari pernikahan a week before majlis kenduri..
Hmm.. nape muka aku nampak lain macam? tak berapa kurus jer.... lense effect kot.. huhu..


Malam sebelum majlis kenduri.. Sempat melayan Cucu sedare sulung.. Muhammad Afiq Nasrullah.. dah besar nanti panggil Acu yer... No tok2 yer..
Maktok pun sibuk bertungkus lumus... :D


Tidak dapat tidak.. aku mesti enterprem..
Sape lagi kurus?? tentu la aku.. hehe.. :p


Leftenan Muda Idaman Nasriyah :p
Warna tema adviced by Mizwar Wedding Planner.. (nak nama jugak tu.. isk2...)

'Ala kulli haal... Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar... dan selamt berPJJ macam paksu & maksu jugak.. hehe.. semoga pandai menempuh badai dan mengemudi dgn baik.. kata tentera laut kan.. :D

"Baarakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr"
"Semoga Allah memberkatimu dan memberi barakah atasmu, serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan"

.....Ameen.....

Sunday, March 1, 2009

Suatu Kebosanan


Mengisi satu tahap kebosanan..
Mencari-cari erti kedamaian..
Mencari-cari erti keamanan...
Sewaktu insan lena kepenatan..
Sewaktu insan terbuai di awangan..

Mengisi satu tahap kebosanan..
Kala petang melambai kepulangan...
Kala senja melabuhkan tirai kemerahan...
Perginya insan menemui Tuhan..
Perginya tenang bersama Iman..

Mengisi satu tahap kebosanan..
Satu suara memecah kesunyian..
Di pagi hari penuh keheningan..
Di kejauhan hampir jelas kedengaran..
Satu suara satu azan...

Ruang dan waktu itu penuh kepadatan..
Untuk insan menyemai amalan..
Bisa dituai setiap ketaqwaan..
Apabila tiba di hari kemudian..
Mengisi satu tahap kebosanan..

Mizwar Abduh..
4.00pm, 2 Mar
Kepala Batas..

Inspired masa drive kete nak pi rumah abg kat Tikam Batu.. :-D

Dan waktu mengarang ni.. aku masih di kampung dgn mak.. Wife pi keje.. dan malam ni baru nk balik ke KL.. insyaAllah kali ni balik dgn wife... dia ada exam kat sana dan akan spend time 1 minggu sampai cuti Maulidur-Rasul.. Sollallahu 'Alaihi wasallam..