Tuesday, July 29, 2008

"Ghurabaa"

(Pic: Copy from Asma')

Alhamdulillah... kali ni aku terjumpa pulak dengan 1 lagu yg best.. Tatkala mendengar lagu ini mengingatkan aku pada zaman kanak2 sewaktu aku bersekolah di Sekolah Rendah Al-Islah, Tikam Batu... About 15 years tak dengar lagu ni...

Waktu tu lagu ini adalah antara lagu yg menjadi salah satu halwa telinga kami... Begitu mendalam sekali mesej yg tersimpan.. Namun waktu itu kami hanya teruja dengan melodinya dan juga perkataan ghuraba' tanpa mengetahui maksud yg sebenar.. Sekali dengar pun macam kelakar pun ada... Tapi hari ni... apabila aku dengar semula lagu ini.. Amat indah dan terlalu bermakna buat kita umat Nabi Muhammad S.A.W.

'An Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu qaala, qaala Rasulullahi Sallallahu 'alaihi wasallam :
"Bada'al Islamu ghariban wasaya'udu kama bada'a ghariban, fatooba lil ghurabaa'.
(Sahih Muslim Riwayat Imam Nawawi)

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana ia bermula (sebagai sesuatu yang) asing; maka berbahagialah bagi kaum ghuraba' (orang-orang yang asing tersebut)". [H.R.Muslim]

"The word ghareeban actually is derived from the word al-Ghurbah. The word al-Ghurbah has two meanings:

(1) makna yang bersifat jelas seperti seseorang hidup di negeri orang lain (bukan negeri sendiri) sebagai orang asing.

(2) makna yang bersifat maknawi [this is what it means in the hadis] iaitu bahawa seseorang dalam keistiqamahannya, ibadahnya, berpegang teguh dengan agama dan menghindari fitnah-fitnah yang timbul adalah merupakan orang yang asing di tengah kaum yang tidak memiliki prinsip seperti demikian."
(sumber:internet)
Mudah2an kita terpelihara dari fitnah yg makin melampau akhir2 ini.. Dan dipelihara dari fitnah Dajjal.. Na'udzubillahi min Dzaalik..

Hayati lah perbezaan antara kedua2 clip video ini..



-Sang by Muslim Prisoner-

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa
Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
Bi kitaabil.laahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa.

Sunday, July 27, 2008

"..Zaujati.."

Kebetulan tgh browse Youtube tadi td.. Aku perasan satu lagu ni.. Aku pun click.. Rupanya lagu ni aku dengar 1st time malam Jumaat lepas kat Ikim.Fm... Masa tu aku on da way nak pi minum2 dengan Taib kat Tmn Melati dlm kul 10mlm... Masa baru duduk kat Kedai Makan tu.. Aku pun ter-ikut2 lirik lagu ni.. Pastu si Taib ni pun..

"Aik dah ber zaujati-zaujati ni.." Mula la tu nk cari pasal dengan aku..
"Aku pun jawab la.. tadi dengar lagu tu.. sedap..Aku suke.." Jawab aku sinis..
Kecoh jer mamat ni.. Pantang ada peluang.. Haha.. :D

Ni ha lagu tu.. Aku tujukan kat semua isteri2 dan bakal2 isteri... (",)
Hayatilah liriknye & the enjoy the melody..

Zaujati - Ahmed Bukhatir



Zaujati (My wife - as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife,
I care not about
Those who like to reproach and irritate me.

It is our destiny to beTogether eternally.
In my heart you instilled love

With grace and good deeds.

Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my dayUntil you return home.
Sadness disappearsWhen you smile.

Life turns blackWhen you're upset,
So I work hardTo make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.

Our souls are unitedLike soil and plants.
You're my hope, my peace

My good company and inspiration.

Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine..

Saturday, July 26, 2008

"Baarakallahu Lakuma"

Alhamdulillah... hari ni selamat juga aku kunjungi walimah Akhi Muadz Dzulkefly wa Zaujah...

Sebenarnya aku dalam keadaan dilema dr semalam... berkira2 samada nak pergi ke tak walimatul 'urus senior aku ni merangkap teman seperjuangan di U dulu... Pertamanya aku tak ada geng utk follow aku.. Seperti biasa.. kelemahan aku ni, klw tak ada geng bersama2.. mmg agak susah utk aku ke mana2 atau membuat sesuatu secara berseorangan.. huhu.. Pendek kata, aku sanggup tahan lapar if tak ada org yg temankn aku berborak ketika makan.. hehe... ngada kan? :p

Berbalik pada sahabat aku ni.. pagi tadi tergerak utk aku sms akhi Hamzah & Aziz...
"Salam, pi tak walimah muadz?" bunyi sms aku
"G" Akh Hamzah reply.. (Akhi Aziz tak reply pun... status sms still pending..)

Pastu aku sms Fatah plak.. adik Akhi Aziz ni..
"Salam, anta pi walimah muadz tak?" Soal aku..
"InsyaAllah. Anta pi tak?" Dia balas..
"Tak tau lagi.. Tak de geng. Tgh pikir nak pi ke tak.. Huhu.." Jawab aku cuba memancing... Haha.. :p
"Jom pi sekali.." Dia ajak aku..
"Jom..... Anta pi kul berapa? Dgn sapa?" Aku balas tanpa berfikir panjang...
"Setakat ni ana sorang je lah. Pi dlm kul 2.30ptg, ok?" jawab Fatah..
"If awal skit boleh? After solat zohor ker? Anta dtg park kat masjid Solahuddin Taman Melati, kita pi naik kete ana.." Jawab aku..
"OK, insyaAllah.." Fatah memberi confirmation..

Maka lepas dapat confirmation tu pun aku bersiap2 utk pi Walimatul 'Urus tersebut.. Kemudian aku bergerak ke Masjid before zohor... Selepas selesai solat zohor dan tunggu fatah dalam beberapa minit.. kami pun bergegas ke rumah akhi muadz yg terletak kat Shah Alam (nearby Uitm)... Nak kena Fatah ni.. dtg lmbt!! Hehe...
Sebelum Zohor tu, akhi Hamzah sms aku tanya aku pi kul berapa.. seperti yg dirancangkan aku pun bgtau dia & suruh dia tunggu aku kat rumah muadz.. Alang2 pi, nak jugak jumpa ikhwah2 yg lain... Sampai kat PJ, aku sms akhi Hamzah yg aku akan sampai dlm masa 15 minit lagi if jalan tak jem.. Dalam 10 minit selepas tu, dia reply bgtau dah terpaksa balik sebab ada jemputan lain yg perlu dipenuhi..... Alamak.. tak dapat la aku jumpa dia klw mcm ni.. Salah 1 sebab aku nk pi majlis ni pun sebab nak jumpa ikhwah2 yg bersama2 di U dulu... Antaranya Akhi Hamzah, Aziz, Mustaqim, Fadhli, Sufyan, Rudi dan lain2.. Hmm...mamat Rudi ni ada lagi ker.. (Haha.. Jgn marah yer!! :p.. )

Pastu dlm kul 3.10pm rasanya.. aku & Fatah sampai di tempat yg dituju... 1st aku jumpa dengan Akhi Aziz... lama aku tak jumpa.. hampir 2 tahun rasanya... Masa walimah dia pun, aku tak dapat datang sebab clash dgn Walimah anak buah aku, Aiman & Asma... Sempat la bertegur sapa & berjumpa dgn zaujah baru dia tu.. zaujah yang itu jer la yg dia ada pun..bukannya ada zaujah lama pun!... Hehe.. :D Tapi ikhwah2 dari Singapore sudah balik rupanya.. mungkin belum rezeki utk berjumpa diorg kat sana tadi... Huhu...

Dalam pada tu, aku jumpa makcik Mahani dan suaminya - Ust.Megat Amin (bekas pengetua aku masa sekolah rendah dulu.. Huhu.. longtime ago....about 1988-1990 rasanya... Sempat berborak dan bertanya khabar mereka.. Mengingatkan aku pada bermacam2 kenangan time sekolah rendah dulu... selain daripada soalan cepu emas dari mereka.. Hmm... dah tak larat nak jawab... Lotih den..! Seperi biasa... skrip streotype.. "On the way..." :D

Pastu kitorg terus pi amik makanan dan mkn bersama2 junior dr U dulu... mcm biasa la.. bertanya khabar dan sebagainya.. Dalam pada tu aku terpandang kelibat Munif HIJJAZ, Akbar ex-Brothers, Raja MazianTV3 dan org2 tertentu.. Tapi kitorg tak layan, sebab kitorg terus layaaan makan sampai kenyang.. Hehe... (Tapi kitorg berpantang sebenarnya... pantang tgk makanan.. :p)

Masa kitorg sampai td, rupa2nya majlis ni utk Akhi Muadz & adiknya Mus'ab... 2 sekali rupanya... Patut nampak ada 2 pasang pengantin.. Aku kenal jugak dengan adik dia.. Kebetulan aku memang kenal dengan family diorg sejak sekolah rendah lagi.. sebab kami tinggal di 1 taman yg sama dan berjiran sebelah menyebelah pintu... sampai pagar rumah tu pun kitorg buang.. senang nk bergerak dr pintu ke sebelah pintu.. hehe... (Masa tu aku menetap bersama abg & kakak ipar..)

Terlalu banyak kenangan waktu tu.. klw nk diceritakan pun memang tak akan habis.. Sejujurnya.. memang aku rindukan susana berjiran bersama makcik2 pakcik2 yang lain.. (..termasuk Ust Megat Amin & family Akhi Aziz & Fatah ni..) Ada saja program yg diadakan di kalangan kami di kawasan itu.. Antaranya apabila tiba bulan Ramadhan.. kami bergilir2 mengadakan jamuan Iftar antara rumah ke rumah.. Kebanyakan aktiviti memang dilakukan bersama2 secara berjemaah.. Memang begitu menyeronokkan jika dikenangkan waktu itu.... Biasa lah, zaman kanak2 adalah zaman yg menyeronokkan dan tak dpt dilupakan.. tambahan pula zaman kanak2 hati & minda bersih dari segala mazmumah dan perkara2 yg tak elok.. sebab itulah kita dapat ingat apa telah kita lalui sewaktu zaman kanak2.... Huhu... Bestnye zaman itu....!!

Oh ya.. berbalik pada walimah tu, aku agak berpuas hati dapat berjumpa seorang dua ikhwah dr U dulu.. Akhi Anas... dah ramai anak rupanya.. Mabruk.. Aku tumpang seronok... :D Akhi Anas juga merupakan antara mantan2 yg bergerak aktif dalam program2 ikhwah di U samada inside or outside the campus... Diorg ni 1 batch (Akhi Muadz, Hamzah, Aziz & Anas)... Aku & Fatah jer batch lain... Huhu..

Sesungguhnya saat2 kami bersama di U dulu juga memberi impak pada diri aku secara langsung & tidak langsung... Alangkah indah jika momen itu dapat diteruskan ke akhirnya.. memang bukan senang dan tak semua orang merasa apa yg aku rasa.. Aku amat bersyukur berada dalam lapangan itu... Mengenal erti sebuah kehidupan & perjuangan... Mengenal erti ukhuwwah (persaudaraan), mahabbah (kasih sayang), tadhiyyah (pengorbanan) dan bermacam2 lagi... Hanya kekuatan dalaman sahaja yang bisa melawan ujian2 terhadap aku.. Dan ujian itu akan berterusan kepada hamba2Nya.. Moga Allah terus beri kekuatan & pertolongan untuk kita semua... Ameen.....

Hm.. aku ni asyik lari topik jer.. Huhu... Sebelum balik tu, aku terjumpa dgn ex-primary schoolmate lagi.. FakhrulRazi... (abg kepada Johan Cari Menantu TV9 musim ke-2.. Promote2... Hehe.. :p) Dia pun dah kawin gak... Selepas bertegur sapa & bertanya khabar setelah bertahun2 tak jumpa, kitorg pi jumpa pengantin la pulak... kami bersalaman dan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan mereka semoga berkekalan ke Syurga.. insyaAllah, Ameen.... :-)
Pic: Gambar Hiasan (Copyright Control/Mizwar)

Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kedua-dua mempelai Muadz & Mus'ab dan Zaujah masing-masing..

"Baarakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr"
"Semoga Allah memberkatimu dan memberi barakah atasmu, serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan"

Tak lupa juga.. Happy Birthday to Akhi Muadz on 26th July.... "Kullu 'aam wa anta Bikhayr.."

p/s: Momen masa lalu yang dilalui terlalu indah.... tak tercapai akalmu.. :D

Friday, July 25, 2008

Apabila Kau Ingin Berteman

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..

Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi oleh Deen Islam

Allah telah berpesan
Innamal mu'minunal ikhwah
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah
Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `Abdullah..
`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.

Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya
Dia raikan dirimu terlalu acap.

Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhuwwah.

Marilah sahabat,marilah teman
Kita pupuk persaudaraan bersama..
Persaudaraan kerana Ar Rahman
Supaya kita bersama ke syurga

Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah
Moga doa dmakbulkan
Bertemu berpisah kerana Allah...
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Thursday, July 24, 2008

Kawan Aku (Part 2)

(...sambungan dari Posting : "Kawan Aku")

"Jom kita pi Masjid Negeri. Solat Zohor?.." tetiba kawan aku ni ajak....
"Hmm.. ok jer klw nak pi.. no hal.." aku jawab...

Kitorg pun terus bergerak dr kedai makan 'buffet' tghari tu.. Kedai makan seksyen 8 tu kitorg panggil 'buffet'... sebab lauk pauk dia penuh 1 meja panjang... kena pusing 1 round baru leh pilih nk makan lauk apa.... :D Hmm.. memang kenyang betul lunch td.. Alhamdulillah.. Hehe...

Pastu kitorg terus gerak menuju ke Masjid Negeri.......tak pernah lagi aku solat zohor kat Masjid Negeri Selangor sepanjang hari bekerja..... Huhu... Tapi tadi dengan tak semena2 tgh lunch... kawan aku ni ajak aku pi situ lagi..... Alhamdulillah.... satu peningkatan yang baik utk dia... dan satu peringatan yg baik utk aku pulak....

Lepas solat tu.. kitorg 'lepak2' kejap kat dlm ruang masjid tu.... About 5 minit mcm tu baru kitorg balik...

"Best kan datang sini..?" Dia cuba memberi respon....
"Aah.. best.." Aku sekadar menjawab...
"Lain kali boleh datang sini lagi..." Sambung kawan aku ni...
"Boleh jer.." Jawab aku lagi..

Sejak dari kami solat jumaat tempohari.. setiap hari ada sahaja persoalan berkaitan hal2 agama yang dia bangkitkan... ada kalanya aku cuba menjawab sekadar termampu... selebihnya.. mana yg aku tak pasti, aku akan check pada yg sepatutnya... Aku memang tak berani nak memberi pandangan pada hal2 yg aku sendiri tak berapa 'arif ataupun ada beberapa perselisihan pendapat antara ulama2.. Lagipun, aku cuba mengelak utk membincangkan hal2 furu' (cabang) yg mempunyai perbezaan pendapat antara ulama..

Pada pandangan aku, terlalu awal bagi dia utk diserabutkan dgn hal2 sedemikian.. Mungkin lebih aula utk dia didedahkan dengan perkara2 asas yg boleh membantu dia utk lebih faham dan kenal dgn lebih dekat ttg Islam.. Bukan maksud aku utk mengatakan dia terlalu cetek ilmu agamanya... cuma ada beberapa perkara lebih penting utk ditekankan... sedikit sebanyak sebagai pengajaran secara tak langsung jugak utk diri aku sendiri... huhu..

Dalam pada tu, jika ada apa2 artikel yg baik utk di kongsi.. aku akan kongsikan artikel2 tersebut kepada kawan aku tu... dan dia pun mmg request utk dikongsi apa sahaja artikel2 berkaitan..

Hmm.. Kebetulan tadi ada masa terluang.. sempat dia roger aku...

"Mlm td aku tukar2 channel.. aku terbukak rancangan Dr Fadhilah Kamsah" katanya..
"Oooo... pasal isu apa" Soal aku balik..
"Ada caller tanyakan mcmana klw kita susah nak Redha dgn apa yg berlaku atas kita.. then Dr FK jawab.. Itu adalah ujian dr Allah utk dekatkn diri kita denganNya...Aku ni pun kadang2 masih lagi ada pemikiran individualistik.. Tah ler.... " Ulas dia panjang lebar...
"Ooo... ko memang pernah tgk ke rancangan2 mcm tu sebelum ni?.. " Tanya aku lagi..
"Tak pun.. mlm tadi jer.." Jawab dia..
"Ko rasa tak apa yg berlaku sekarang ni Allah dah rancangkan ke atas ko.. Atleast ko masih fikir hal2 mcm ni.. ALlah masih sayang kat ko.. Klw ko asyik hepy jer, ko rasa ko akan fikir ker hal2 mcm ni? Pastu org2 yg asyik hepy2 tu, ko rasa diorg tenang ker? Lain tau maksud hepy dan tenang tu..." Balas aku dengan beberapa persoalan utk dia fikirkan..
"Hmm.. betul gak cakap ko.." Jawab dia ringkas..

Pastu aku ambil peluang utk tanya kat dia dgn lebih detail.. sebelum ni aku memang cuba tidak bertanya hal2 sedemikian.. dgn harapan dia akan tukar cara hidup secara slowly......

"Hmm.. ko guna tak doa2 yg aku bg ko hari tu..?" Aku cuba menguji..
"Guna... Aku baca lepas maghrib & Isyak..." Jawab dia..
"Oo.. ok la tu.. Hmmm... ko mmg selalu solat maghrib & Isyak ker sebelum ni?" Soal aku lg..
"Tak pernah pun..." Ringkas jawapannye
"Ooo... Ok slowly la.." Aku cuba tidak terlalu mendesak utk dia lakukan semuanya 100%..

I'm glad to meet this kind of person.... sedikit sebanyak, ianya adalah peringatan secara tidak langsung utk diri aku yg selalu lalai & leka ni.. huhu... Aku mendoakan dia akan terus istiqamah utk melakukan perubahan ke atas diri dia... Mudah2an Allah bg kekuatan utk dia terus berubah & menjadi insan yg lebih baik pada masa akan datang... Begitu jugak aku... moga hari2 mendatang akan menjadi lebih baik drpd sebelumnya...

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam. Sesungguhnya celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam"..

Dan aku yakin lebih ramai di luar sana mereka yang masih tercari2 atau menunggu2 sesiapa yang sudi mengajak mereka ke jalan yang lebih baik...

Teringat seketika pada Hadis yang begitu popular dalam Hadis 40 (No.13):
"La yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsihi"
Maksud: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Jadi, di manakah kita sebenarnya?

Tuesday, July 22, 2008

Ayah & Ibu

Alhamdulillah.... Aku selamat sampai di rumah jam 8.05 malam tadi... Hari ni agak lambat sikit aku balik dari tempat keje.. ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

Sewaktu dalam perjalanan tadi, trafik juga berjalan dengan lancar.. cuma kete agak banyak di federal highway, terutamanya berdekatan dengan Angkasapuri dan Midvalley..... wlwbagaimanapun, ia tidak mengganggu pergerakan kenderaan.... Alhamdulillah.. tak de la aku boring sangat masa drive tadi.... klw jln sesak sangat, mau sampai migrain jadinyaa...

Sambil2 aku drive kete sorang2 tu.... bermacam2 perkara ligat bermain dalam kepala aku ni... tetiba aku teringat kepada seseorang...2 orang... huhu.. siapakah gerangan mereka?? Tak lain tak bukan... mak ayah aku.. saje jer terpikir..... pastu aku bandingkan antara keduanya... sedikit sebanyak.. ada juga berbezaan antara mereka yang aku perasan...

Mak aku ni particular skit... dan agak protective.... hehe... contohnya if kitorg nak pi mana2 ker.. kita orang akan mintak izin dulu.. mesti laa.. kitorg ni anak yang baik.. hehe.. :p Tapi kebarangkalian mak aku nak bg izin tu agak rendah... huhu.. complicatednye rase... sebab mak aku ni suka risaukan anak2 dia punya keselamatan.... So, kadang tu terpaksa pujuk giler2 baru mak aku bagi izin..... bukan setakat kakak2 aku jer.. aku pun selalu susah nk lepas... huhuhu... Klw pujukan tu berjaya... dapat lah kitorg merewang sakan... (bukan senang nk dpt greenlite tu... hehe)...

Berbeza plak dengan Allahyarham ayah aku ni... (Allahummaghfirlahu warham-hu).... disebabkan susah sangat mak aku ni nk bg greenlite... kitorg selalu "main tipu"... hehe.. :D
Kitorg terus tanya ayah... tanpa banyak soal... ayah aku sempoi jer.. no hal... always green lite.. cuma dia akan pesan2 la apa yg patut...klw mcm aku ni, time tu tak de lesen kenderaan.. (tak ada lesen motor & kete).. ayah aku bg je aku bawak motor tu.. tapi dia akan pesan suh bawak elok2... dan pandai2 la if ada pape berlaku.. mmg aku suka je bila dpt greenlite mcm tu.. round sakan sampai tak ingat dunia... hehe.. :D

Pastu bila mak aku tengok kitorg nk keluar dah dari rumah atau tgk kitorg bergaya sakan (pakai baju baru ker)... sure mak aku tak bagi.. dengan selamba kitorg jawab... "Ayah bagi....." hehe... then mak aku tak leh nak cakap ape la.... berjaya gak taktik "main tipu" kitorg tu... (jangan ikut yer utk kanak2 bawah umur.. :p)

Tapi kadang2 mak aku bising gak kat ayah aku asyik bg green lite jer.. tapi ayah aku senyum jer... Ayah aku tu tak banyak cakap.. kira pendiam macam aku gak ler... (pendiam ke aku ni?? muahaha...) Tapi mak pun sama macam ayah aku gak.. tak banyak cakap..... cuma mak aku ni dengan anak2 ni dia mcm tegas skit.. tapi klw dgn cucu.. aku pulak yg naik geram... pijak semut pun tak mati... mak aku memang tak reti marah cucu... Huhuhu...

Sekarang..... ayah aku dah tak ade.. sejak 12-03-1998.. (13-03 tu besday akak aku).. sedar tak sedar dah 1o tahun dah.. :-( Tapi adik perempuan aku sekarang ni lagi terer.... dia siap iron baju dulu.. pakai cantik2 dulu... then baru dia cakap kat mak aku nak keluar... at that time, mak aku dah tak ler nak kata apa dah... yellowlite jer adik aku dapat.. hehe... Aku faham... mak mana yg tak risau anak dia keluar rumah macam tu aje kan.. tapi selalunya adik aku keluar sebab ada hal.. Pegi bank ker.. kenduri kawin ker.. etc.. tapi sambil2 tu dia singgah ler kejap mane membeli belah apa yg patut... alang2 dah keluar rumah kan.... huhu.. Tapi setahu aku, memang dia tak pernah merewang tak tentu hala tanpa sebab...

Hmm.. mcm kebetulan pulak... sambil2 menaip blog ni... aku sempat la berchating dengan kakak ipar aku yg berada di Kedah...

(Edited from our coversation)
Ummu Aiman says: bila sembang2 ni, kak teringat ayah kita
Mizwar says: td balik keja pun tringat kat ayah masa bawak keta
Ummu Aiman says: bila tengok amin kak.. teringak kat ayah...
Ummu Aiman says: semlm dia ada tanya pasal tok wan
Ummu Aiman says: dia tanya kak, tok wan tu garang dak
Ummu Aiman says: kak kata dak, macam mak tok juga suka gelak2 ngan cucu2 dia
Ummu Aiman says: dia kata sayang tak sempat bersama
Ummu Aiman says: kak kata kat dia, doa banyak2 , nanti kita jumpa dia kat sana nanti"

*Amin : Anak sedara aku/Anak Ummu Aiman
*Tok wan : panggilan utk Ayah aku oleh cucu
*Mak tok : panggilan utk Mak aku oleh cucu

Selain dari perbezaan tu.. ada satu persamaan antara mak ayah aku... klw ada antara kami (aku dan kakak2 aku) yang bawak balik kawan ke rumah... mak ayah aku jarang join kitorg borak.. Sekadar bersalaman dan bertanya khabar... kemudian mereka akan beredar dari situ....

Alasan mereka... "Tak mau ganggu.. nanti hampa segan nak sembang pulak.."

Pernah sekali tu.. kawan aku datang singgah umah aku kejap.. ayah yang kebetulan baru balik dari kedai.. tak jadi masuk ker kawasan rumah aku semata-mata tak mahu menganggu perbualan kami.. dia terus meronda-ronda ambik angin luar.. Huhu...

Hakikatnya memang mak & ayah aku ni jenis tak banyak cakap.. so, diorg akan biarkan kami bergelak ketawa dgn kawan2 kami tanpa ada apa2 sekatan.... klw diorg join skali nanti ada plak kawan2 kami yg control ayu @ control macho.. hehe....

Jadi, klw ada sape2 yg datang rumah aku nanti.. faham2 jer la yer.. mak aku akan membisu 1000 bahasa... jangan ckp mak aku sombong pulak.... kira mak aku borak gitu2 jer la.... hehe... Klw korang pandai... korang akan dpt "break the ice"..... pastu mak aku akan layaaan jer korang.. hehe.. :D ----> Klw korang nak tau mak aku suke tgk perlawanan bola sepak & badminton.. syyhh.... mengalahkan anak2.. :p hehe.....

Hmmm... Rasa seronok plak bila pikir waktu tu... Klw nk diceritakan memang banyak sangat... Cuma sekadar apa yg aku terpikir dalam kete tadi pasal mende2 ni... Itu lah sedikit sebanyak yang best tentang ayah & mak aku....

Tapi Allah lebih sayangkan ayah aku... Walaupun mak memang bergantung harap 100% kat ayah dlm hal2 pengurusan rumah... Namun, tak de sapa dapat lawan taqdir Allah s.wt.. Kami sekeluarga Redha & tabah dgn dengan ujian yg tak seberapa ini jika dibandingkan dgn orang lain.... Then kami anak2 lah yg ambil alih tugas2 ayah.. apatah lagi anak lelaki kan... huhu..

Jadi, pada sape2 yg masih ada ayah @ ibu tu.. jangan rasa rugi nak tolong atau jaga hati & perasaan mereka seperti mana mereka menjaga kita sejak dilahirkan hingga kini...

"Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shogheera.."

Untuk mak tersayang.. moga sihat sejahtera dilindungi Allah s.w.t..
Untuk ayah tersayang.. Alfatihah...

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas Ruhnya.. dan di tempatkan bersama golongan Mukminin & Solehin... Ameen...

"...Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..." (Ila akhiri ayaah..)

Allahyarham Abdullah b. Said
12.03.1998 (Khamis 8.20pm)



1, 2, 3, 4

1 ...kasih nan abadi tiada tandingiDia yang satu
2 ...sayang berpanjangan membawa ke syurgaKasihnya ibu
3 ...lapar dan dahaga rela berpayahan Setianya ayah
4 ...mudah kau ketemu berhati selalu beza antaraKasih dan kekasih

Ibu..Ku ingat dahuluMenyisir rambutku Kemas selalu
Ayah...Menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu Bila dewasa
Sayang...Dengar lagu ini Untuk kau sandarkan Buat pedoman
Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang Itu bidalan Harus kau renungkan
Andai...Kau beroleh bahagia Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai...Kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara
Hooo.....
Hidup ini sementara

"Sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihi kita" (",)

Firman Allah yg bermaksud :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil".

(Surah Al-Israa' ayat 23-24)

Tuesday, July 15, 2008

"..Kerja Oh Kerja.."



These two photos used to be my compartment at my office in 2005... Looks everything is well-organized.. :p Hehe... That's the reason why my boss always said that my place can be used as model of 5S.. 5S is the Japanese concept for House Keeping :-

1.) Sort (Seiri)
2.) Straighten (Seiton)
3.) Shine (Seiso)
4.) Standardize (Seiketsu)
5.) Sustain (Shitsuke)

Tetiba kembang plak bila my boss said that.. haha... (Astaghfirullah..) Tapi sekarang aku dok kat tempat tak secantik ni lagi dah.. Panas lak tu.. tu yg makin kurus jer sekarang ni... Huhuhu..

Actually tak de papepun nk citer.. but then when I look at this photos.. all memories is flying into my mind.... hehe..

Pic : Konon jer dok buat Supply Chain tu... Hehe.. :p

Tempat jatuh lagi kan di kenang... inikan pula tempat cari rezeki kan? Haha.. tetiber jer.. tak kait pun... Bercakap pasal rezeki ni.. teringat plak aku pasal menda ni.. actually kita kena selalu betulkan niat utk kerja cari rezeki kerana Allah.. kadang2 ingat.. kadang2 lupa.. biasala kan manusia.... so, aku pun nk remind lah diri aku ni buat kesekian kalinya utk betulkan niat bekerja kerana Allah untuk mencari rezeki... Mudah2an apa yg kita lakukan disertakan niat kerana Allah akan di kira sebagai Ibadah.. pastu pahala pun dapat..! insyaAllah.. Ameen.. :-)

Dan secara tak langsung.. ganjaran2 drpd Allah tu akan dtg kemudian tak kira dalam apa jua bentuk samada material ataupun spiritual... meaning that duit ker pangkat ker atau lebih aula ketenangan hati, jiwa & minda... mudah2an insyaAllah....

Maybe senang utk kita cakap mcm tu.. tapi percayalah.. jika kita yakin akan sesuatu perkara yg berlaku kepada kita adalah atas perancangan Allah terhadap usaha2 kita.. insyaAllah.. kita akan redha dgn ujian ataupun nikmatnya... At that moment, we will realize the truth about this... segala ketenangan, ganjaran mahupun lain-lainnya akan dirasai...

Jadi, dengan niat yang betul, moga apa jua usaha, masa dan tadhiyyah(pengorbanan) kita selama ini berbaloi.. tidak hanya luput begitu sahaja tanpa memperolehi apa-apa pulangan.. bukan setakat tak dapat pulangan dzahiri.... ma'nawi pun belum tentu... moga kita tak tergolong dlm golongan macam ni.. papepun, yg penting kita tak lupa untuk bersyukur kpd Allah s.w.t...

Firman Allah :

“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba’ (34) :13)

Wallahu ta'ala a'lam..

p/s: Tepuk dada.. tepuk dahi... lu pikir lah sendiri... :-p

Friday, July 11, 2008

Istidraj

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmatkepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.”

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”
(Kitab Nasaibul Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahua'lam..

Kawan Aku

Tghari td alhamdulillah aku dapat solat Jumaat kat Masjid SAS Shah Alam.. Aku pi dengan ofismate aku naik kete sport aku.. hahaha (sport ker sepot?)... Plan asalnya nk naik Honda dia, tapi ada BMW mana ntah blocking kete dia... kitorg call berkali2 tapi tak angkat call... Harapkan kete je mahal.... tak reti nak pick-up call.. (tetiba hangin plak :p)..


Pastu sampai kat masjid, kitorg lunch kat gerai dlm kawasan masjid tu... masa tgh mkn tu, tetiba kawan aku tanya.. "Ko hafal Quran ker?".... "Taklah... tak habis...haha.." spontan aku jawab.... Pelik gak aku.. sebab dia ni bukan jenis borak2 pasal menda ni.. Pastu dia cakap, dia nk belajar balik baca Quran... (terkejut gak aku dengar.. tapi aku suke dengar dia ckp mcm tu..atleast bagus la klw dia pikir mcm tu).. Then kami terus borak2 pasal pembacaan Al-Quran...


Pastu lepas habis mkn, kitorg terus masuk masjid.. On the way masuk masjid tu, ada phone call masuk.. aku jawab panggilan tu... rupanya mamat BMW yg block kete tadi.. "Sorry.. I was in the meeting just now.. I'm going to remove my car now".. Aku cakap kat dia.. "No point... Saya dah keluar!!!"... tetiba hangin aku datang balik... haha.. pastu dia ckp sorry.. aku pun ok2 jer.... malas nak bising2... baik jugak aku ni rupanya yer... uhuhuh.. :p.

Pastu aku & kawan aku tu terus cari 'pot'... pastu kawan aku cakap.. "Sini tak nampak khatib nanti" (lebih kurang mcm tu maksudnya).. Then kitorg terus move duduk di tengah2 masjid di bawah kubah yang besar dan indah itu... kitorg duduk side by side, senang nk gerak balik nnt...


After solat sunnat tahiyyatul masjid (time tu blum masuk waktu), tetiba kawan aku panggil aku lagi... "ko tau pasal agama semua ker.. pasal sejarah2 nabi sume ker?".... Lagi sekali aku terkejut beruk... "Tak de la semua.. banyak lagi aku taktau.. nape??" Aku tanya dia.. pelik gak aku... Tetiba jer mamat ni tanya macam2 pasal agama ni.. Tak pernah2 dia borak dgn aku pasal2 ni...
Pastu dia ckp dia ada persoalan nk tanya aku.. "Antara Agama & Realiti"... katanya... "Cemana tu??" aku tanya dia nk kan kepastian... Tapi aku dapat rasakan dia very honest bila tanya soalan camtu..

Agak lama dia berfikir, pastu dia jawab "Maksud aku.. cthnya : ada 2 org, si A & B.. si A ni baik & ikut segala perintah Allah.. tapi si B ni.. mmg mcm aku la.. tak buat suruhanAllah sume.. jahat la mcm aku ni... tapi si A tak dapat apa yg dia nak wlwpun dia berdoa.. tapi si B ni dapat... "

Selepas mndengar dgn teliti persoalan dia... aku faham maksud dia.. tapi aku rasa terharu gak bila dia tanya soalan mcm tu kat aku... (dalam fikiran aku... aku terfikir bab Istidraj).. aku ckp kat dia... secara ringkasnya.. kdg2 Allah nk uji tgk sejauhmana kita sabar & redha dgn ujian dia.. dan kdg2 bila Allah kurniakan sesuatu adalah utk "menghancurkan" (maksud kat sini.. Allah tak pandang sesorg tu dah lepas ni... Allah bagi semuanya tetapi tanpa berkat & redha dr Allah).. Aku kata kat dia, klw kita buat sesuatu sebab nak Allah balas... then apabila Allah tak bagi apa yang kita nak.. kita akan stop buat apa yg Allah suruh... secara tak langsung, apa yg kita buat selama ni diragui keihlasan terhadapNYA...semata2 sebab nk Allah bagi apa yg kita nak je..... (ni pendapat aku jer la.. maybe right or wrong....)

Pastu aku cakap aku ada 1 artikel pasal menda2 mcm ni..... "nnt balik ofis aku fwd kat ko.." Katanya lagi.. dulu dia pernah terpesong dengan berfikir manusia tak perlu susah2 doa.. yang penting kita ada aim & self-believe...meaning that kita akan dapat sesuatu sbb usaha kita & bukan dgn bantuan sesiapa.... skrg dia lebih bnyk berfikir pasal menda2 ni..... I told him.. its good for us to think a lot which to seek for good thing or do some evaluation about past & something in our life.. I said that those who convert to become a muslim basically is those who seek for something in his/her life... then Allah will give Hidayah to them... rather than those who never think of anything / something right or wrong...

Kemudian kami stop our conversation sebab Khatib dah amik tempat kat mimbar & bersedia utk menyampaikan khutbah.. Tetapi perbincangan kami tidak terhenti di situ... masa drive balik dari masjid pun dia still borak benda yang sama.. aku cuba explain sebaik mungkin supaya dia tidak ragu2 dgn jawapan aku.. Aku mengharapkan something good will happen to him...

To me its a good thing to hear from him which I never expect of that situation to happen...

Masa kat ofis aku pun cari balik emel2 yg aku recycle.. 1st aku fwd emel istidraj kat dia.. dia prompt aku dgn IM... "sebak aku baca artikel tu.. Istidraj tu mcm aku laa.." dia tulis camtu kat IM... Aku pun terharu dgn apa yg dia ckp.. sedikit sebanyak.. aku kena muhasabah diri aku jugak.... pastu dia IM lg... "ada lg artikel2 lain?..".... pastu aku fwd2 beberapa email berkaitan..

Pastu termasuklah dia tanya aku mcmana nk mulakan doa selepas solat, sbb dia cuma tahu doa dlm bahasa melayu.... apa yg patut dibaca dlm doa.. dia mintak aku translate doa-doa yg aku bg dlm bahasa arab kepada ejaan Rumi... Antaranya doa kedua ibubapa.. Doa hasanah di dunia & akhirat... dll.. Aku cuba bantu apa yang patut.. advice mana yg aku mampu... Then he replied.. "Aku cuba..."

Mudah2an sebagai kawan, kita doakan untuk diri kita dan juga untuk mereka yg lain2.. dgn harapan something good will happen to us & them... insyaAllah....

Moga cerita ini memberi 'ibrah yg baik utk kita semua...

Wallahu ta'aala a'lam

Tuesday, July 8, 2008

Antara Dua

Sedar tak sedar dah separuh tahun dah.. dah seminggu bulan July berlabuh.. Rasa sekejap jer tahun 2008 ni.. Rasanya baru lagi aku tender hari tu masa January2008. Huhu..

Alhamdulillah. aku masih di sini.. masih tercari2..apa yg patut aku cari... Sometimes a bit difficult to get things that we want... It depends to rezeki masing2... and dgn kehendak Allah s.w.t juga sebenarnya... Cuma siang td aku dpt 1 emel dari seorang kenalan.. 1 emel yang begitu memberi impak positive aku rasa... Macam ni bunyinya..

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Which is true I think... and makes me feel better... ianya berbalik kepada persoalan taqdir.. rezeki dan lain-lain de Factor.. :D ...which Allah yg mengkehendaki atas sesuatu... dengan daya upaya usaha kita. wallahua'lam...

Ups... tersasar jauh plak... sebenau-benaunye aku nk ckp pasal antara 2... agak2 antara 2 ape yer....? hmm.... mcm2 leh kita tafsirkan jika cluenya hanya antara 2.... antara 2 hati.. antara 2 darjat.. antara 2 mata.. antara 2 benua.. antara 2 cinta... hmm.. yg ni yg paling glamer skali dlm pemikiran kita.. tul tak?? huhuhuhu.. :D

OK la.. actually aku nk ckp pasal antara 2 percutian.... hehehehe.... jauh tersasar kan??? :D...

Cuti sekolah bulan 8 ni, aku ada 2 pgrm clash (16&17Aug DAN 17&18Aug).... 1 divisional outing kat PortDickson.. Selesa Beach Resort.. pgrm ni free utk sume staff divsion aku.. aku plak jadi komiti tak bertauliah... tolong pape yang patut.. aku kena in-charge deal dgn hotel... that's ok about it... but.. i have another prgram on that day itself.. (i mean 1 day clash on 17thAug)..

Pic : SelesaBeach Resort

On that day, aku ada family outing kat Jerejak Island.. kat mana tu? Lu pikir lah sendiri... huhuhu... Bukan senang nk berjalan kat negeri ni... jarang2 sekali... nampak jer macam senang... tapi susah sebenarnya.. huhu... basically family outing tu terlebih dahulu di confirmkan (dan ianya berlaku secara ad-hoc - without proper planning sebenarnya)... lagipun ni yg pertama dpt menghimpunkn family aku.. wlwpun ada 3 adikberadik aku tak dapat join.. tapi yang lain2 dapat join.. Kira ok la tu.. (mcm pernah dgr jer ni.. :P) So, aku pun terpaksa korbankan division nyer outing tu.. tak per la... lagipun 1st time aku tak involve dgn outing division aku ni.. huhu..

Pic : Jerejak Resort & Spa

So far aku tak de la teruja sangat, tapi aku target dpt rehat & spent time with my family sebaiknya.. selain dari menikmati keindahan alam ciptaanNya.... insyaAllah... yg ptg mkn bnyk kali... yang kat PD tu mkn skit jer.. hahahaha... :P

Pic : Jerejak Resort & Spa

So now, i'm counting for the day... wlwpun cuti tak apply lagi... hope boss aku approve ler.. hehe... :D

Friday, July 4, 2008

Rajab.. 1 Perkongsian

Sempena 1 Rajab 1429H, 1 bulan yang semakin hampir mendekatkan kita dengan Ramadhan.. Terfikir sejauh mana bekalan yang telah di bawa sepanjang tahun 1429 sedari 1 Muharam yang lalu... Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.. termasuklah diri aku ni.. Hmm.. Moga Rajab kali ini menjadi pemangkin seterusnya utk kita menghadapi Ramadhan tahun ini... Jika diizinkan Allah s.w.t. Ameen.

Sekadar berkonsi penulisan di bawah oleh Al-Fadhil Ust. Zamihan Al-Ghari. Satu huraian yang terperinci mengenai Rajab. Tatkala membaca penulisan beliau, teringat seketika kepada kelas Tafsir Fi Dzilalil Quran yang ada di UIA.

Selamat Membaca :-

Zaman ini persis wanita yang mengandung. Lihatlah apa yang berlaku padanya dalam sekelip mata terutama apabila penguasaan ilmu dan iman semakin tidak dipedulikan manusia.

Sesetengah pihak cuba menakut-nakutkan umat Islam daripada melakukan amalan di bulan Rejab, beralaskan hadis kelebihan bulan Rejab adalah palsu dan yang lain pula mendatangkan dalil berat sebelah bagi mengikis keistimewaan bulan Rejab.

Dalam memahami selok-belok Rejab, kita perlu cermat membuat penilaian terhadap sumber yang berkaitan dengannya. Tegasnya, al-Quran, hadis, pandangan ulama muktabar dan fatwa berkaitan perlu dipersembahkan secara jujur serta telus. Ia boleh membantu kita dalam memahami kes berkaitan dan memberi justifikasi yang jelas dalam pelaksanaan. Kita tidak mencemuh dan menuduh mereka yang ikhlas melakukan kebaikan.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah. Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah.

Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka. Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien. Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab). Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar. Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab.

Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Sumber : Harian Metro

(Iklan: Sesape yg free waktu pagi @ mlm tu dengar2 lah ikim.fm setiap Isnin-Jumaat (6.30pg @ 8.00mlm)

Rahsia Khusyuk Dlm Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

------------------------------------------------------------------------------------
Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. Biasa nya hati kita mempunyai kotor dengan terlalu cinta pd dunia yg kuat.Sehingga tatkala kita solat segala urusan dunia akan dibwk masuk @ di ingati dlm kita solat. Bagi seorg pelajar biasanya fikiran ttg assigment akan terbawa2 ketika solat dan seorg perkerja biasa nya ketika solat terbawa2 fikir mengenai kerja di dlm solat. Dan kita biasa solat secara adat . (Solat yg tiada Roh)

Dan Hal ini boleh di ibarat kan seperti cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.

Ada pandangan yang agak merangkumi saya tentang khusyuk ialah pandangan sahabat yang bernama Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.”

Dan menurut Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan & merasai kehebatan, harap dan malu.”

1. Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat.
2. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.
3. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi.
4. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia.
5. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Selain dari kita usahakan perkara di atas, kita juga usahakan memperbanyak kan Solat2 sunat terutama Solat sunah di mlm hari . Insyallah dia akan membantu hari utk bersih dan memberi kita hakikat solat.

Source:ILuvIslam

Thursday, July 3, 2008

Secerah Pawarna

Salam.. Selawat ke atas junjungan Rasul Allah 'alaihisSalam...

Alhamdulillah.. aku masih berada di KL.. last week balik kg lagi.. tapi kali ni drive kancil.. quite challenging... tp syukur.. aku masih berpijak di bumi nyata.. masih di beri kesempatan menagih ni'mat Allah s.w.t... cuma kengkadang tu.. manusia tu mudah lupa.. eh.. mcm melayu mudah lupa plak... uhuhuhu... =p

Oppss... bercakap pasal melayu mudah lupa.. tetiba teringat pasal politik plak.. asalnya tadi aku main ikut rentak jari aku ni jer nk taip apa.. hhm... selasa lepas aku ada dpt instant messaging.. camni bunyiknye.. "weh, kak saf bgtau mlm ni anwar ada kat stadium shah alam.." dari sorg ofismate aku... aku pun reply.. "oo ye ke, nnt aku check.." aku pun terus skype informer aku dr pejabat perisikan subang jaya.. uhuhu.. anak sedara aku.. yg keje kat subang jaya.. maklum la. dia ni rajin follow perkembangan politik semasa... mentang2 ofis dia ada internet.. tak macam ofis aku ni... leh bukak thestaronline.com & toyota.com.my aje.. =( aku pun roger dia.. "Im, mlm ni anwar ada kat stadium shah alam.. betul ker?.." pastu tak lama tu dia reply "yup, betul.." Rupanya dia pun nak pegi.. then, kitorg terus decide nak pi sama2... hehe... bukan apa.. nak pi dengar dgn lebih dekat dr mulut empunya diri.. DSAI..

Sebelum pi tu aku balik umah akak aku kat PJ dulu.. balik mandi & tukar baju dulu.. sbb pgrm tu start 8.30pm... aku bgtau abg ipar aku pasal pgrm ni.. mulanya dia tak dapat nk ikut... sbb nak amik akak aku.. akak aku balik lambat mlm tu.. slm kul 8pm.. But then, after aku solat asar tu, abg ipar aku cakap suh tunggu dia amik akak aku dulu.. dia nak pi jugak... then after akak aku balik.. dlm kul 8.30-8.45 mcm tu kitorg pi stadium.. agak ramai bilangannya... hmm.. bukan agak ramai.. tapi mmg ramai... atlast dlm kul 9 lebih.. stadium penuh.. parking lagi la penuh... hmm.. ni baru short notice.... klw plan awal.. tak tau la macamana.. Nanti klw rajin2 aku letak gambar mlm tu... skrg tgh malas.. huhuhu....

Papepeun, aku tak nak ulas la apa yg diperkatakan mlm tu.. aku ni bebas... stkat dgr jer la.. bebas ker?? hahaha... Actually aku malas nak mengulas.. OK la.. secara ringkasnya... mulanya ucapan ringkas dr Sivarasa.. lawyer DSAI.. dia bercakap pasal police report on that day terhadap beberapa pihak oleh DSAI.. pastu Azmin Ali (AA) pulak bercakap tentang senario politik semasa dan yang sewaktu dgnnya... After AA, dlm dekat2 kul 10pm mcm tu.. DSAI sampai... tak lama lepas tu.. DSAI berucap.. menceritakan sedikit sebanyak apa yg dihadapi olehnya.. dan beberapa pengalaman lampau.. DSAI juga mngharapkan ini merupakan ujian terakhir utk dihadapi..... sebelum PAWARNA menjadi CERAH.......

Then, dlm kul 11pm mcm tu.. DSAI menamatkan ucapan beliau... dengan 1001 pengharapan dan membawa 1001 mesej dari mereka2 yang hadir pada mlm itu.. Antara yg hadir, Syed Husin Ali, MB selangor Khalid Ibrahim, Speaker Slangor dll... kira ramai lah yg dtg, senang cerita.. hehe.. (malas nk menaip sebenarnya =p)

Pastu kitorg terus balik.. maklum la.. esok tu kan keje.. dah la jauh aku nak menapak sekarang.. dgn kos petrol yg tinggi dsbgnya.. sedar tak sedar.. RM40 tu lebih kurang 2 hari jer.. pastu kena topup balik tangki minyak aku... huhuhu...

Papepun aku mendoakan kesejahteraan untuk semua & utk negara Malaysia.. Ameen..

Firman Allah : "....Baldatun toyyibatun warabbun ghafur...."
Maksud:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

p/s : Citer di atas tidak ada kena mengena dgn mana2 fahaman politik penulis... sekadar menceritakan secara ringkas mengenai pengalaman beliau sahaja... =)

Wallahua'lam