Thursday, April 30, 2009

Majlis Aqiqah

Salam....

Lama rasanya tak update blog ni... as penglipurlara di blog ni... aku cuba2 la merajinkan diri wlwpun diri ini kadangkala terlalu malas sebenarnya... tapi aku terpaksa juga melawan perasaan malas itu supaya ianya tak berlarutan... OK.... straight to the point... (point ini tidak memberi apa2 makna utk anda memperolehi Anugerah Pekerja Cemerlang mahupun kenaikan pangkat.. hehe.. Tahniah fren!! seronoknye!!)... CHOPP! (bukan tajaan tv9 ek!)... termelalut pulak.... hehe...

Sabtu lepas.. ada majlis Aqiqah utk Najya & Nijad... aku & wife pun turut serta menyibukkan diri... biasa la wat2 sibuk... pagi Sabtu tu Helmi & Nawal pasang kain Khemah... khemah milik persendirian.... ditempah sewaktu majlis perkahwinan kami... dan ptg tu pula, aku, Anip, A.Mahiz & En.Nazim pula set-up kerusi meja... aku pun tunjuk skill pasang skirting buffet table sampai sakit2 ibu jari... tak professional katakan... hehe... So, sape2 nak sewa khemah dll service boleh la... menghubungi Mr Helmi Ali.... ya, ini bukan cobaan mahupun dugaan... tapi ini betul-betul punya...

After maghrib, majlis berzanji bermula oleh kumpulan wanita Teras Jernang... kemudiaan diakhiri oleh bacaan du'a oleh Imam Masjid Teras Jernang.. my wife jadi photographer.. aku pulak jadi penyambut tetamu... (penyambut org2 yg familiar jer sebenarnya..hehe)

Antara yg hadir :
Kak Da, Faiz, Nadey & Acit, Fiza Salim & Husband.. TQ

Setelah selesai semuanya.. semua sesamu sisemput suntuk sensamu selera.... hmmmm.. mmg otak tgh weng skrg ni.. maklum la.. waktu aku menaip ni aku kat ofis... tgh boring yg amat boring... setelah seharian sibuk semalam... weekly meeting & meeting dgn GM... and for record, for the 1st time.. meeting tak sampai 1 jam..sbb selalunya meeting akan berjalan lebih 2jam menjangkau 3-4 jam...... terkejut beruk aku... klw beruk tengok pun terkejut... (mana2 part2 yg mengarut tu tlg ignore yer).. maka aku pulang ke rumah pun dh dekat kul 7pm.. agak lmbt dlm thn ni... huhu

OK, sebelum aku melalut dgn lebih panjang... berbalik pada cerita asal lakon layar bukan arahan aku... majlis kenduri berjalan dgn lancar.. ramai tetamu yg hadir... termasuk 2 perenang cilik dr Malaysia yg dikatakan bakal ke pertingkat yg lebih tinggi..

Yang bestnya, for the 1st time aku makan daging kambing dengan banyaknya... kambing masak kurma pun sodap... kambing panggang dg kuahnya pun sodap... semua menu ditempah khas oleh abah... kakak aku pun pecah rekod makan kambing sebanyak itu.... wlwpun sblm ni agak kureng dgn kambing bek2 ni... huhu..

Jap2, cakap pasal kambing ni.... selingan lagu sewaktu aku masih di zaman kanak2... ingat-ingat lupa dah...

Bek bek kambing labu... adakah susu...
Ya Tuan.. Ya Tuan.. 4 botol penuh...
1 untuk Mujahideen 1 untuk anak yatim...
1 untuk orang miskin dan musafir muslim...

Selesai majlis, semua org sibuk mengemas dan masing2 keletihan... esok nak pi majlis doa selamat ofismate pulak kat Shah Alam.. ZZZZzzzzzzz........

Esoknya giliran kitorg pulak posing2 dgn babies.. hehe..

-END-

------------

Kebetulan mlm tadi, ada sorg ofismate aku sms bertanyakan tentang aqiqah utk anak lelaki.. seperti biasa kita mengetahui, 2 ekor kambing utk anak lelaki, soalannya "Boleh ke dibuat 1ekor kambing shj utk anak lelaki?

Check punya check... ada nas hadis mengatakan 2 ekor kambing utk anak lelaki, dan sekor utk anak perempuan...

“Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Namun Rasulullah pernah mengadakan Aqiqah utk seekor Kibas utk Hasan & seekor lagi utk Husin.... dari sini boleh diambil tidak lah salah utk mengaqiqahkan seekor kambing utk anak lelaki...

”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengaqiqahkan seekor kibas untuk Al-Hassan dan seekor kibas untuk Al-Hussain" Hadis riwayat Abu Daud.

“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri (masing2).” Hadis riwayat Abu Daud

Dan pendapat peribadi aku, lebih afdhal utk menyahut kata2 nabi dlm hadis beliau bahawa 2 ekor kambing utk anak lelaki... dan yang pasti amalan Aqiqah adalah Sunnah Muakkadah.. (sangat digalakkan)

Sebarang pembetulan & perkongsian ilmu dialu2kan.. didahulukan dgn ucapan Jazakumullah..

Wallahua'lam..

8 comments:

Abu Humairah said...

ikut kemampuan sebenarnya..
as long as dpt buat,w/p dgn seekpr..dah cukup baik...
jgn tidak dibuat terus..

abis le anak2 sedara ko dah beso giler kat spongebob cam amierah nanti..

oh, kambing...selalu melepas nak gi sana..
apakan daya,takde rezeki agaknye..

MizWaR_SuLHaFaT said...

ya... atleast seekor kan.. TQ

huhu. baru teringat bergambar dgn Amirah pakai t-shirt spongebob.. x pe.. nnt amirah comey mcm spongebob gak.. :D

xper.. banyak lagi kambing2 diluar sana... huhu

Abu Humairah said...

selamat ulangtahun kelahiran..
semoga berbahagia di samping org2 tersayang, sentiasa dirahmati & diredhai Allah...

MizWaR_SuLHaFaT said...

TQ fren.. :) Kim slm nad yer!

zaujatuka said...

para 2 : "..aku, Anip, A.Mahiz & En.Nazim"..hmm jap, nape tak A.Nazim??..hehehe..

MizWaR_SuLHaFaT said...

sbb nama dia banyak sgt.. so, i choose the best la.. En Nazim is the best!! hehe..

deqan said...

syok plak citer nyer bila kat blog ko.. aku nak curik ko nyer post la..

MizWaR_SuLHaFaT said...

haha.. deqan tertinggal ketapi... mana bleh curik2.. ko kena sewa @ beli... haha..