Thursday, April 30, 2009

Majlis Aqiqah

Salam....

Lama rasanya tak update blog ni... as penglipurlara di blog ni... aku cuba2 la merajinkan diri wlwpun diri ini kadangkala terlalu malas sebenarnya... tapi aku terpaksa juga melawan perasaan malas itu supaya ianya tak berlarutan... OK.... straight to the point... (point ini tidak memberi apa2 makna utk anda memperolehi Anugerah Pekerja Cemerlang mahupun kenaikan pangkat.. hehe.. Tahniah fren!! seronoknye!!)... CHOPP! (bukan tajaan tv9 ek!)... termelalut pulak.... hehe...

Sabtu lepas.. ada majlis Aqiqah utk Najya & Nijad... aku & wife pun turut serta menyibukkan diri... biasa la wat2 sibuk... pagi Sabtu tu Helmi & Nawal pasang kain Khemah... khemah milik persendirian.... ditempah sewaktu majlis perkahwinan kami... dan ptg tu pula, aku, Anip, A.Mahiz & En.Nazim pula set-up kerusi meja... aku pun tunjuk skill pasang skirting buffet table sampai sakit2 ibu jari... tak professional katakan... hehe... So, sape2 nak sewa khemah dll service boleh la... menghubungi Mr Helmi Ali.... ya, ini bukan cobaan mahupun dugaan... tapi ini betul-betul punya...

After maghrib, majlis berzanji bermula oleh kumpulan wanita Teras Jernang... kemudiaan diakhiri oleh bacaan du'a oleh Imam Masjid Teras Jernang.. my wife jadi photographer.. aku pulak jadi penyambut tetamu... (penyambut org2 yg familiar jer sebenarnya..hehe)

Antara yg hadir :
Kak Da, Faiz, Nadey & Acit, Fiza Salim & Husband.. TQ

Setelah selesai semuanya.. semua sesamu sisemput suntuk sensamu selera.... hmmmm.. mmg otak tgh weng skrg ni.. maklum la.. waktu aku menaip ni aku kat ofis... tgh boring yg amat boring... setelah seharian sibuk semalam... weekly meeting & meeting dgn GM... and for record, for the 1st time.. meeting tak sampai 1 jam..sbb selalunya meeting akan berjalan lebih 2jam menjangkau 3-4 jam...... terkejut beruk aku... klw beruk tengok pun terkejut... (mana2 part2 yg mengarut tu tlg ignore yer).. maka aku pulang ke rumah pun dh dekat kul 7pm.. agak lmbt dlm thn ni... huhu

OK, sebelum aku melalut dgn lebih panjang... berbalik pada cerita asal lakon layar bukan arahan aku... majlis kenduri berjalan dgn lancar.. ramai tetamu yg hadir... termasuk 2 perenang cilik dr Malaysia yg dikatakan bakal ke pertingkat yg lebih tinggi..

Yang bestnya, for the 1st time aku makan daging kambing dengan banyaknya... kambing masak kurma pun sodap... kambing panggang dg kuahnya pun sodap... semua menu ditempah khas oleh abah... kakak aku pun pecah rekod makan kambing sebanyak itu.... wlwpun sblm ni agak kureng dgn kambing bek2 ni... huhu..

Jap2, cakap pasal kambing ni.... selingan lagu sewaktu aku masih di zaman kanak2... ingat-ingat lupa dah...

Bek bek kambing labu... adakah susu...
Ya Tuan.. Ya Tuan.. 4 botol penuh...
1 untuk Mujahideen 1 untuk anak yatim...
1 untuk orang miskin dan musafir muslim...

Selesai majlis, semua org sibuk mengemas dan masing2 keletihan... esok nak pi majlis doa selamat ofismate pulak kat Shah Alam.. ZZZZzzzzzzz........

Esoknya giliran kitorg pulak posing2 dgn babies.. hehe..

-END-

------------

Kebetulan mlm tadi, ada sorg ofismate aku sms bertanyakan tentang aqiqah utk anak lelaki.. seperti biasa kita mengetahui, 2 ekor kambing utk anak lelaki, soalannya "Boleh ke dibuat 1ekor kambing shj utk anak lelaki?

Check punya check... ada nas hadis mengatakan 2 ekor kambing utk anak lelaki, dan sekor utk anak perempuan...

“Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Namun Rasulullah pernah mengadakan Aqiqah utk seekor Kibas utk Hasan & seekor lagi utk Husin.... dari sini boleh diambil tidak lah salah utk mengaqiqahkan seekor kambing utk anak lelaki...

”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengaqiqahkan seekor kibas untuk Al-Hassan dan seekor kibas untuk Al-Hussain" Hadis riwayat Abu Daud.

“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri (masing2).” Hadis riwayat Abu Daud

Dan pendapat peribadi aku, lebih afdhal utk menyahut kata2 nabi dlm hadis beliau bahawa 2 ekor kambing utk anak lelaki... dan yang pasti amalan Aqiqah adalah Sunnah Muakkadah.. (sangat digalakkan)

Sebarang pembetulan & perkongsian ilmu dialu2kan.. didahulukan dgn ucapan Jazakumullah..

Wallahua'lam..

Sunday, April 26, 2009

C & P

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya... Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berpikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar pohonnya... tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan... akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.

Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg berlalu ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin & bersemayam pada masa lalu kita.

*Artikel di atas dieditkan dari satu email yg diterima.. sekadar berkongsi.. :-)

Wednesday, April 22, 2009

Ya Akhi

Salam 'Alaiyk...

Lately... suke pulak dgr lagu dari Ahmad Bukhatir.. dulu lagu Zawjaty... dan yg latest yg aku dengar sedap adalah lagu ni... dan lagu ni aku tujukan buat diri aku yg selalu alpa..




Ya Akhi (translation in English)

Oh My Brother!
Come closer to me, don’t leave me, my brother
Oh you who are a part my spirit with, my brother
Oh my light of my heart, my guide, my brother
Oh my brother, Oh my brother…

(Chorus) Oh My brother…

Come closer, don’t leave me, oh my brother
(chorus) Oh you who are a part my spirit with, oh my brother
Oh my light of my heart, my guide, my brother
Oh my brother, Oh my brother…

The world around me, is in darkness and in corruption
So put light in my path and exchange my darkness
With your light, ah your light…
A dawn rising from the vision of a path that leads to Al-Jannah

Oh My brother…
You are a blessing of Allah, the best brother
Oh my brother…
I have nothing bad in my heart against you
In all times, I see you with me
Present you are in all times with me in my sadness and happiness

Oh My Brother…

Come closer, don’t leave me, oh my brother
(chorus) Oh you who are a part my spirit with, oh my brother
Oh my light of my heart, my guide, my brother
Oh my brother, Oh my brother…

All those around me are like a mirage,
A mirage that deceives…
That claims it loves me, and is true kindness
If my life becomes pure, then, ah then most of them…
Such a surprise (Ajaban), where are they in my times of hardship?

Oh my brother…

You have wala (love) without bara’ (hate/shaming away)
You are so loyal to me in friendship
You don’t treat me with kindness only for a want to fulfill
Mercy fillah, what a blessing of a mercy
With your face that lights, you treat me with kindness
With all the meaning of the highness and elevation
Reach out to me your right hand
So we could go together in the path of light
In the path of Iza (honor, dignity, and pride [of Islam])

If in my life, a misery afflicts me
You were there to help me get over my misery

(Chorus) Tired, Weakened I was the day you came to me
You cared for me, saw my weakness and gave me strength

With your face that lights, you treat me with kindness
With all the meaning of the highness and elevation
Reach out to me your right hand
So we could go together in the path of light
In the path of Iza

Oh my Brother...

Come closer, don’t leave me, oh my brother
Oh you who are a part my spirit with, my brother
(chorus) Oh my light of my heart, my guide, my brother
Oh my brother, Oh my brother…

Saturday, April 18, 2009

Buat Insyirah

Salam buat Insyirah.. Insyirah sihat? Selepas beberapa hari buka blog Insyirah.. uncle ingin coretkan sesuatu untuk tatapan Insyirah..

1st time dengar nama Insyirah.. Nihlah Insyirah.. uncle Mizwar rasa sejuk je dengar nama tu.. pandai ayah & ummi Insyirah pilih nama tu.. Baru2 ni uncle Mizwar tgk video yg Insyirah upload.. comelnya Insyirah.. sama mcm ayah & ummi jugak.. pandai Insyirah speaking london ya.. NO.. NO.. sambil jerit2.. cutenye.. tergelak uncle Mizwar & auntie Iffah tgk.. walaupun kami tak pernah bertemu mata dgn Insyirah secara face to face.. uncle tau.. Insyirah anak yg baik...

Untung Insyirah ada ayah & ummi yg baik.. uncle Mizwar kenal dgn ayah Insyirah since 1997... time tu uncle baru ja masuk sekolah kat tempat ayah Insyirah belajar.. ramai kawan2 panggil ayah Insyirah Paklah... tapi uncle Mizwar tak selesa sangat nak panggil Paklah.. sebab maybe tu nama gelaran.. tapi lama kelama2an.. uncle Mizwar rasa lebih rapat klw dipanggil Paklah utk ayah Insyirah..

Sebenarnya, tak sangka ayah Insyirah kawin terlebih dahulu dari kawan2 yg lain... sebab masa sekolah dulu ayah Insyirah adalah yg paling pemalu berbanding kawan2... apatah lagi klw bercakap dgn kawan2 perempuan.. tak caye Insyirah tanya aunty2 & uncle2 yg lain... tapi dah mmg jodoh ayah & ummi Insyirah... kawan2 ayah Insyirah seronok dgr perkhabaran itu.. sempat juga kami beramai2 pergi ke walimah ayah Insyirah & ummi..

Tak lama lepas tu berita kehadiran Insyirah menyusuri pengetahuan kami... tapi uncle lambat sikit dapat tahu.. wlwbgimanapun... uncle Mizwar tumpang seronok... begitu juga dgn kepergian Insyirah sekeluarga ke negara luar.. sekali lagi rezeki ayah & ummi Insyirah utk ke sana.. kawan2 ayah Insyirah semua mendoakan kejayaan ayah & ummi Insyirah...

Namun, beberapa thn yg lepas, mendengar khabar pemergian tok wan Insyirah mengejutkan uncle Mizwar.. tak lama selepas itu pula. tok Insyirah menyusul pergi buat selama2nya.. Tapi ayah Insyirah tabah..

Sebenarnya dah lama uncle Mizwar tak jumpa dgn ayah Insyirah sejak kami membawa haluan masing2 selepas SPM... cuma sesekali apabila waktu semester break... ayah Insyirah, uncle Mizwar dan kawan2 lain keluar berjumpa.. paling kurang pun time hari raya.. tapi tu citer waktu bujang la.. lepas ayah Insyirah dan kawin dgn ummi... mmg susah la nk jumpa.. itulah kehidupan bekeluarga.. banyak komitmennya.. uncle Mizwar faham sebab unlce Mizwar pun baru sahaja berumahtangga..

Ingat lagi masa ayah Insyirah dgr citer unlce Mizwar nak kawin.. ayah Insyirah ada contact uncle Mizwar.. terima kasih utk ayah Insyirah.. even masa kenduri kat Bangi.. ayah Insyirah call uncle Mizwar dr Nottingham.. wish Tahniah.. & thanks mendoakan uncle Mizwar dari jauh.. mudah2an ada kesempatan lepas ni.. dapat lah uncle Mizwar & auntie Iffah jumpa Insyirah sekeluarga..

Kalau Insyirah nak tahu, uncle Mizwar sempat bersama ayah Insyirah hanya dlm masa 2 tahun di sekolah/aspura.. actually dia antara kawan yg rapat dgn uncle Mizwar pada waktu sekolah selain Azwan (Mat Jan), Amir, Mael, Amjoe dan lain2.. antara sebab lain, uncle Mizwar kerap beberapa kali ke rumah tok & tok wan Insyirah di Lahar Kepar begitu juga dgn ayah Insyirah... kami kerap juga outing waktu cuti sekolah memandangkan jarak rumah uncle Mizwar & ayah Insyirah tidak begitu jauh.... selalunya kami pergi ke Central Square di Sg Petani.. ada satu malam tu.. kami ke Stadium Batu Kawan menyaksikan perasmian SUKMA di Penang waktu tu.. Sampai di rumah pun dah pukul 1 lebih...

Itupun belum dikira program luar sekolah yg kami selalu join... antaranya di rumah Ust Shuib.. rehlah dgn ikhwah2 senior... iftar jamaie... qiyam dll... semua tu menjadi kenangan buat kami... mudah2an jika ada masa & peluang... dapat la kami bertemu dalam program yg sungguh bermakna seperti itu...

Hmm.. di sekolah dulu, ayah Insyirah mmg terkenal dgn mat sportnya.. hobi dia mmg suka bermain bola.. pantang ada bola.. ayah Insyirah ada sekali.. sebab tu masa bermain belakang rumah Ali... uncle tgk ayah Insyirah pun tak lepas peluang sekali..

Masa berlalu begitu pantas.. jarak & masa mejauhkan antara ayah Insyirah dgn kawan2 yg lain.. namun, pertemuan di alam maya ini telah menghubungkan kawan2 ayah Insyirah yg lain.. mudah2an lepas ni... kawan2 ayah dpt berjumpa dgn Insyirah sekeluarga.. bila la agaknya Insyirah nak balik ke Malaysia...? Harapnya time tu Insyirah dapat kawan baru.. Ameen..

Akhir sekali... Semoga ukhuwwah yg terbina akan berkekalan dan dirahmati Allah.. sampaikan salam uncle Mizwar utk ayah Insyirah & ummi dgn lafaz Assalamu'alaikum... Insyirah jangan nakal2 tau... jadi anak solehah ya... penyejuk hati ayah & ummi.... :-)

p/s: penat uncle cari ambar ayah Insyirah & ummi sewaktu pertama kali jumpa di open house auntie Ben di Bertam pada tahun 2005 rasanya.. tapi tak jumpe.. maybe uncle Mizwar dah terdelete gambar tu kot..

Friday, April 17, 2009

Sana Sini Sinun

Salam Ukhuwwah pembuka bicara...

160409

After work, aku ajak kawan aku keluar minum2... dah lama tak jumpa sejak kawin ni... selepas semua setuju... after maghrib, kitorg pun pi Keramat, kedai yang well-known as Air Buah Gelas Besar (GB)... mmg besar dari biasa (leh minum sebelum makan & selepas makan.. sbb airnya banyak bah...) lama aku tak pi situ.. tak pernah pun pi sendiri.. sbb jalan pusing2.. mmg aku tak cam jalan situ.. yg best kat GB ni.. klw hari besday kita.. tunjuk IC.. akan dpt air buah gelas besar free.. bukan gelas besar... klw tak silap aku.. dia bg air isi dalam balang besar.. mmg order 1 cukup utk minum beberapa org... tp eden tak ponah poei laei time besday eden... hehe..

Lepas borak2 itu ini.... kitorg pun pulang ke pangkal jalan... on day nk balik tu.. ada road-block polis kat 2 tempat kat Keramat tu... bila aku tgk road-block tu.. teringat lesen aku yg bila entah dateline dia.. maka aku pun bukak wallet & check lesen aku.... :-) yes, i'm right!! dateline-090409.... Nasib aku tak drive kete mlm tu... dan selama 1 minggu aku bawak kete tanpa lesen yg sah.... hehe... ala ala latok.. ala ala latok.. jgn sampai!.... sampai apa? jgn sampai kena saman.. huhu

170409
Dengan penuh hati-hati.. bawak kete seperti biasa... dgn lesen yg dah mati... smpai ofis terus buat keje seperti biasa... memandangkan ptg ni nk balik penang.. aku cuba efficientkan diri aku buat keje yg ala2 boleh siap before lunch time.. alhamdulillah dh siap 80%... nk tunggu ptg je utk buat report dll skit2...

Lebih kurang 12.00noon.. aku pun bergerak ke Pejabat Pos Seksyen 16 utk renew lesen..... alhamdulillah tak ramai org.. amik je no kat mesin tu... terus no tu dipanggil ke kaunter 4... aku renew setahun jer... tp yg mendukacitakan... dia laminate lesen tu dgn plastik besar.. mana muat aku nk letak kat dlm wallet kat tempat IC/lesen/bankcard sume tu... hmm.. tak pe... nnt aku kerat2 18 lesen tu...

Habis siap renew lesen, aku pi betulkan lampu kete bhgian depan sebelah kiri.... dh 1 minggu gak lampu tu terbakar... tapi memandangkan aku ni pemandu tegar.. (haha poyos)... maka lmbat la aku betulkan lampu tu... ini pun sbb mlm ni nk drive balik ke Penang... pada mulanya aku tak bgtau wife pun balik naik kete... konon2 nk buat surprise la... dia ingat aku balik naik bas je.. huhu.. tapi akhirnya atas masalah teknikal terpaksa juga aku bgtau wife yg aku naik kete rupanya.. hehe..

Ok, dah siap betulkan lampu ni... aku pun balik ke ofis semula... nk solat jumaat kat Masjid berdekatan ofis je.. memandangkan dlm kete aku ni ada kamera & laptop.. tak berani nk park sesuka hati kat masjid jauh2... maka aku pun jln kaki ke Masjid Raja Tun Uda.. smpai kat tepi2 jalan tu... aku terus beli air tembikai... tekak aku kering... panas terik hari ni... lepas minum skit, baru aku beli nasi campur for my lunch...

Alhamdulillah.. selesai makan, aku masuk masjid tunggu azan zohor.. seronok perhatikan gelagat 2 org hamba Allah ni.. insan istimewa - anak muda 20-an dan pakcik 50-an rasanya tgh berborak menggunakan isyarat tgn... lama jugak diorg berborak.. smpai khatib dah nak habis berkhutbah pun masih lagi berborak menggunakan isyarat tgn.. diorg tak perasan kot.. wallahua'lam..

Selesai solat.. aku balik semua ke tempat jualan... nak beli mangga utk bawa balik kampung... 2 kg RM5.. boleh la.. sedap mata memandang buah tu.. nasib baik manis...

On da way jalan balik ke Ofis.. ada nampak ofismate aku pun tgh jalan balik... sambil borak2... aku pun cerita la pi renew lesen la itu la ini la... pastu dia pun respon...

"aku pun rasa lesen aku dh mati.." sambil membuka walletnya
"betul lah.... lesen aku mati 8/4" spontan dia bgtau aku..
"ko awal sehari dr aku la.. aku 9/4.. cepat pi renew" jawab aku...

.......dan kami pun membawa haluan masing-masing.....

Selesai buat keje.. 5.40pm, aku pun bergegas pulang ke PJ sebelum bertolak pulang ke Penang pada jam 8.00pm.. Alhamdulillah 11.30pm aku sampai di rumah wife kat Bkt Mertajam & ambil dia balik ke umah mak di Kepala Batas..

-END-

Alhamdulillah, atas segala nikmat sihat dan segala kudrat yg Allah bagi.. dapat aku bergerak ke sana ke mari... Syukur yang tak terhingga atas nikmat yg diberi..

"Babies"

Tahniah utk Deqan & Encik Nazim atas kelahiran baby-baby kalian...
Syarifah Najya Hannah Al-Sagoff

Syed Nijad Hayyan Al-Sagoff

Dilahirkan pada 090409 dgn berat 2.1 & 2.2kg.. beza hanya seminit... Najya sebagai kakak & Nijad sbg adik...

Moga cepat besar dan jadi anak2 yg soleh & solehah.. Seronok la Abg Naim, Abg Amir, Abg Ali, Abg Muhammad, Abg Muadz & Kak Zulfa sbb ada kawan baru lepas ni utk main ramai2 & tolong kemas rumah tok & wan......... :-D

Aku pun tak lepas peluang dh dukung Nijad isnin lepas.. my wife belum lg.. tak berani lagi katanya... huhu.

Untuk Che Yah (Ummu Salsabiela)... setakat ni, ini aje gambar yg kitorg ada... belum sempat snap betul2 lagi.... nanti klw ada peluang kitorg ambil gambar diorg berdua & share dgn kalian semua... Sabar ye Puan Asiah..

Monday, April 13, 2009

:: di daerah itu ::

di daerah itu aku bermimpi...
di sudut itu aku sepi...
di ruang itu aku mencari...
segalanya yg tak mungkin pasti..
dan aku terus berlalu pergi..

di daerah itu awan mendung
di sudut itu ku lihat gunung..
di ruang itu aku termenung...
segalanya ku lihat kosong
dan aku terus jadi murung..

di daerah itu ku lihat semak..
di sudut itu aku memberontak..
di ruang itu aku tersentak..
segalanya tak terbendung di benak..
dan aku terus menjerit lunak..

di daerah itu ku rasa sakit
di sudut itu ku rasa pahit..
di ruang itu ku rasa perit..
segalanya tidak ku ungkit
dan aku terus tekad bangkit

di daerah itu telah tersungkur..
di sudut itu aku bertafakkur
di ruang itu aku bersyukur...
segalanya Allah yang atur...
dan aku terus pasrah & akur....

di hujung daerah itu
di penjuru sudut itu
di celah ruang itu..
aku perlukan hati yg jitu...

mizwar abduh
130409 :: 1.39pm
shah alam

Tuesday, April 7, 2009

Corat Coret

Salam semua..

Sekembalinya kami dari bercuti.. date 040409 merupakan besday Abah.. Segala perancangan berjalan lancar... Deqan tolong belikan hadiah... Along belikan Kek.. Aku & wife beli barang2 dapur utk BBQ malam nnt... dan acara membakar BBQ dan potong kek berlangsung selepas Isyak..

Sambil2 aku tgh bakar2 BBQ tu....

"Muhammad baca doa.. doa2... Muhammad.. bla2..."

Beberapa kali aku dgr 'bunyi' mcm ni.. bahasa apa diorg cakap tu... haha... Sorry Abah, tergamam sekejap waktu tu... nasib baik ada Abg Kassim tlg bacakan... next time yer Abah... Lagipun time tu tgh bakar BBQ.. hehe.. alasan baik punya.... :-D

(Nurman, sama la kita.. buat BBQ.. hehe)

Abah dapat hadiah beg travel & beg dokumen..
Size beg ni kecik je utk Abah travel sehari 2...
Bak kata Along "This beg is to shorten your travel..." :D

Apapun, Selamat hari Lahir Abah.. Semoga rahmat Allah mengiringi Abah sentiasa & pada masa2 akan datang.. insyaAllah.. Bak kata Abah.. umur Abah dah masuk 58thn... tapi hati masih 20tahun.. hehe.. same la kita Abah.. hati kita sebaya... baru 20tahun... :p

Since aku balik Bangi... buat kesekian kalinya Abah & Mak tanya lagi...
"Korang ni apa kesudahannya? sampai bila nak PJJ.." tanya mak..

Kami saling berpandangan.. tersenyum tanpa bicara.. aku sendiri pun tak tau nak jawap apa... dan aku sendiri masih belum pasti.. Penang atau Lembah Klang? Ke UK? hehe... berangan sekali skala... Hmm... aku hanya mengikut flow yang tersedia.. di samping sedikit usaha mudah2an Allah permudahkan jalan & merancang yg terbaik utk kami berdua...

Ameen... doakan kami yaa!!

Monday, April 6, 2009

Berjalan Melihat Mentafsir


Berjalan bermusafirlah.. Melihat KeAgungan Allah..

Meninjau menitilah Rahsia Ciptaan Allah..

2-April

Aku bertolak ke Ipoh menjemput wife yg kursus kat Ipoh selama 2 minggu.. Hari ni last day kursus.. Selepas 2 jam perjalanan.. aku tiba di Heritage Hotel kira2 jam 11.45am.. Pada jam berapakah penulis bertolak dari rumahnya? Sila sediakan jalan pengiraan... Hehe.. tetiba teringat soalan matematik zaman sekolah.. hehe... Iklan jap tadi..

Lepas check-out hotel 12.30pm.. kami bergerak ke Simpang Pulai.. lunch kat Restoran Mamak melayu.. pastu terus bertolak ke Cameron Highland.. 1st time lalu jalan tu, ingatkan dah sesat.. sebab nampak sign board Gua Musang.. Tapi selepas hampir 2 jam..kami pun sampai di daerah Cameron Highland.. hati berbunga riang... hehe.. jakun plak...

Alhamdulillah selesai survey kat Tanah Rata.. kami menginap di Iris Hotel, check-in jam 3.00pm dgn bayaran sebanyak RM78 1 malam... lepas check-in, kami rehat2 jap sebelum keluar dinner & jalan2 kat area tu.. ada la membeli belah skit2 utk kudapan mlm tu.. kami balik ke hotel jam 9.30pm sambil2 tgk TV.. kebetulan ada astro.. tak la boring sangat...

Hotel Iris - Bilik 305

3-April
Kami keluar hotel kira2 jam 8.30pg utk breakfast.. Nasi lemak telur mata & hot drink for 2 persons - RM8.70.. ok la.. tak mahal sangat.. mlm sebelum tu konon jer beli roti & jem strawberry nk buat breakfast... tup2 time pagi 'ada org tu' ajak pi breakfast nasi lemak.. apakah?? huhu...

After breakfast.. perjalanan bermula.. kami ke Big Red Strawberry Farm.. pusing2 dlm tu.. sempat merasa muffin strawberry fresh & ice cream strawberry.. tp paling banyak amik gambar bunga2an, kaktus & strawberry je.. yg tak best nya takde org tlg amik gambar kitorg.. :(

-Big Red Strawberry Farm-
"ni la fresh muffin strawberry"

Pastu kitorg balik hotel utk chekeyya.. upss.. silap.. utk check-out.. ampun Kui.. tersasul.. haha... Pastu kitorg pi lagi 2 strawberry farm... yg ke-3 ni best sbb boleh petik sendiri.. nama dia Healthy Strawberry... kitorg pun borong strawberry kat sini..

-Healthy Strawberry Farm-

Dan selepas petik & beli strawberry, kami bergerak ke home made Strawberry Jem, Acar Strawberry, Jus Strawberry, dan macam2 lagi lah.. kat sini made by Al-Mashor.. sepatutnya pun sokong produk Muslim kan... selesai membeli, barulah kami ke kedai cenderahati..

Actually tak ada apa sgt pun yg diborong, ada la skit2 buah tgn utk family Penang & Bangi... bnyk jugak habis duit rupanya.. ni baru Cameron Highland... blum lg tmpat jauh2.. huhu..

Selepas selesai membeli belah.. kami terus gerak menuju ke arah Tapah utk singgah di CameronValley.. sempat la posing2 di tengah2 matahari terik tu.. (tidak ada kene mengena dgn drama matahari mahupun lagu matahari).. buang tebiat kata org bergambar tgh2 panas... hehe... pastu sempat la kami pekena (minum) teh kat Cameron Valley Cafe ni..

-Cameron Valley In Memory-

Dah agak lama kat situ.. kami pun bergerak pulang ke gagang... kembali ke pangkal jalan mencari jalan pulang... Kami terus balik ke Bangi meyusuri jalan ke Tapah yang bengkang bengkok seperti ular kena palu.. Alhamdulillah 'ala kulli haal.. kami selamat sampai...

Dan memandang kan ada "org tu" rajin edit2 gambar, aku pun tak la upload bnyk2 kat blog ni.. for more photos, click sini :p TQ Honey.. (read as Wife.. bukan Madu yer... tett!!!)

::Mizwar & Sulhafat::
Cameron Highland
020409-030409

Wednesday, April 1, 2009

Macam-Macam

Salam semua....

Hmm.. sedaya upaya aku cuba utk tidak update blog ni... org kata (wlwpun aku yg kata).. saja nk take a break.. kdg2 rasa mcm bnyk bercakap (berblogging) plak... tapi kdg2 dgn blogging sedikit sebanyak dpt la luahkn apa yg terbuku.. kongsi rasa.. kongsi pendapat dsbgnya..

Dan hari ni aku tetiba rasa lately ni aku jadi kurang sabar.. cepat marah.. dan macam2 lg.. hmm.. smlm aku dah sembur senior aku yg berpangkat Asst.Manager.. wlwpun sblm ni aku jarang bersuara mahupun tinggi suara sesuka hati... sebab tu ramai bosses ckp aku tak banyak cakap... (boleh caya ker?...)

Entah la.. macam2 la plak.. dari 1 hal ke 1 hal... kena cucuk skit pun aku dah mcm naik darah.. rasa mcm a bit sensitif dr biasa.... org depan tak bg signal kete pun aku rasa mcm nk sergah je org tu.. dan bermacam2 lg yg aku rasa.... Aduyaii.. aku tau tak elok berperasaan mcm tu.. maybe 'syaitan tgh cucuk jarum kot.. hmm.. moga aku terpelihara dr gangguannya.. astaghfirullah-al-azim...

Wlwpun kdg2 aku cuba control atau cover perasaan yg negatif tu.. dan mmg aku jenis yang tak suka marah2 tak tentu pasal mahupun tunjuk emosi negatif aku kat org... even klw aku ada masalah pun.. org jarang dpt trace sbb aku lebih suka tunjuk yg aku ni happy.. bukan saje nk cover line.. tapi aku tak suka libatkan org lain dlm hal yg tak berkaitan..

Forget it.. -END-

----------

Malam ni, lepas balik ofis aku singgah PJ umah akak aku.. K.Jiha dtg dr kampung.. ada appointment... dan ada bermacam perkhabaran yg dibawa dr kampung.. hampir 3 minggu tak balik kampung.. bermacam2 hal berlaku.. tak de la banyak sgt.. tp ada 2 perkara ni...

Pertamanya sepupu aku yg baru saja selesai melangsungkan kenduri kahwin anak perempuannya pada 14Mar lepas.. telah diserang stroke minggu lepas... hampir separuh badan tidak dpt digerakkan.. dan butiran perkataan yg diucapkannya tidak dpt didengar dgn jelas.. Minggu ni, kenduri anaknya sebelah pengantin lelaki di Pahang dilangsungkan.. dan tidak ada wakil dr ahli keluarganya memandangkan keadaan beliau yg tidak mengizinkan.. Syafahullah..

Keduanya pulak.. Polis datang ke rumah aku.. 2 kali hari ni (Rabu).. kenapa yer?? jgn panik.. huhu... pagi tadi kira-kira jam 9.30pg, ada sorang lelaki... katanya dia merompak masuk ke rumah org... dia telah melarikan diri dari kampung sebelah.. telah dikejar dan melarikan diri ke kampung aku.. beliau telah dilastik dan jatuh ditepi dinding rumah aku.. pastu apa jadi? dia telah dibelasah suku nyawa dan darah bercucuran terpercik ke dinding rumah.. waktu tu ramai org berkumpul di halaman rumah menyaksikan kejadian tersebut.. difahamkan terdapat bungkusan dadah di dalam poket lelaki tersebut.. Pihak polis datang memberkas lelaki itu & mengambil gambar tempat kejadian..

..Tempat kejadian..
(gambar ni diambil waktu majlis kahwin aku yg lalu)

Waktu itu mak kebetulan berada di rumah kakak aku (rumah kakak di depan rumah aku jer).. sewaktu mak berjalan menuju ke rumah.. mak tengok ada darah di dinding rumah & daun2 pokok hiasan tanaman mak berguguran ke tanah.. mak pelik sebab mak tidak tahu menahu mengenai kisah tersebut (time tu mak berada di dalam rumah menjaga anak sedara aku)... mak terus ambil air dan mencuci kesan darah yg banyak itu.. kebetulan ada jiran yg nampak mak sedang mencuci datang menolong... dan diceritakan ttg hal tersebut kpd mak.. terkejut mak dgr citer tu.. Kami adik beradik pun terkejut!! huhu..

Aku difahamkan petang tadi kira2 jam 6ptg, pihak atasan polis datang lagi dan mengambil gambar lagi...

Alhamdulillah, tiada apa yg berlaku secara langsung ke atas famili aku atau pada rumah aku... Semoga Allah pelihara mak & rumah aku dari segala malapetaka yg tidak baik2... Ameen...