Friday, September 5, 2008

Al-Aqsa & Puasa

Alhamdulillah dgn ni'mat kurniaanNya.. dapat kita kecapi ni'mat berpuasa tanpa sebarang letupan bom seperti di Palestine.. di mana di situ terletaknya kiblat pertama umat Islam.. Al-Aqsa.. Lambang keagungan Islam suatu ketika dulu...

Alhamdulillah, hari ni dapat berbuka puasa dgn ofismate & ex-ofismate.. Kami berbuka di Asiari, SACC Mall... Bermacam juadah jugak.. biasa2 aja...

Bercakap pasal puasa... apabila tiba bulan puasa, bermacam2 persoalan yg timbul di kalangan kita.. dan itu juga yg berlaku pada Ramadhan kali ini... beberapa hari sebelum puasa, one of my fren kat ofis tanya pasal ganti puasa & pembayaran fidyah...

Biasanya kalau kita tidak berpuasa tidak kira samada lelaki @ perempuan.. uzur atau tidak... (melainkan yg dibenarkan oleh syar'ie atas alasan tertentu... cth: org2 tua yg uzur & tidak mungkin mampu berpuasa lagi....) Maka, ganti puasa adalah wajib sebelum datang Ramadhan yg akan datang... dalam soal ini.. apabila kita tidak sempat menggantikan puasa pada tahun tersebut dan terlepas Ramadhan yg akan datang... maka qadha puasa & fidyah wajib dilaksanakan..

Cth : Tinggal puasa tahun Dec 2005, kita patut ganti dlm tahun 2006 sebelum datangnya Ramadhan pada Dec 2006 (ini sekadar cth)... Dan apabila kita tidak menggantikan puasa tersebut sehingga Ramadhan 2006, maka fidyah dikenakan kepada kita.. Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu... Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan... manakala puasa tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yg kita tidak berpuasa.. Dlm kes ni, 1 hari tidak berpuasa = ganti dgn 1 hari puasa + 1 fidyah..

Kebetulan juga balik kampung sebelum 1 Ramadhan lepas, kakak aku bertanyakan soalan yg sama utk kepastian.. cuma ditambah dgn persoalan lain... iaitu bg mereka yg tidak juga menggantikan puasa pada tahun Dec 2005 hingga tiba bln Ramadhan pada tahun 2007 seterusnya... (maknanya hingga melebihi 2 kali bulan Ramadhan)... Dlm kes ni, 1 hari tidak berpuasa = ganti dgn 1 hari puasa + 2 fidyah..

*merujuk kpd Mazhab Syafie & jawapan dari panel JAKIM.

New thing yg aku dapat, Fidyah adalah utk org fakir miskin.. dibolehkan kepada anak yatim jikan mereka termasuk dlm golongan fakir miskin..

Beberapa hari lepas juga, aku ada dapat 1 instant messaging dr Ayu (bukan nama sebenar) bertanyakan satu persoalan lain berkaitan puasa..

Ayu : Mad, aku nk tanya sikit..
Aku : Ok..
Ayu : Klw kita mandi wajib lepas subuh, sah tak puasa..?
Aku : Hmm.. setahu aku, klw mimpi 'basah' di siang hari / mlm hari.. apabila kita tersedar dari tido dan mennyedari perkara tersebut.... sah puasa.. cuma terus SEGERA mandi selepas tu..

*Selepas itu, merujuk kepada beberapa sumber
http://www.ns.gov.my/mufti/

Apakah hukum orang yang mandi hadas setelah terbit fajar padahal dia berpuasa?
Jawapan 4 :
Dalam masalah ini, makruh hukumnya tetapi sah puasanya. Inilah yang dikatakan orang berjunub boleh berpuasa tetapi orang yang berpuasa tidak boleh berjunub.

Itu je yg mampu aku jawab.. Banyak lg hal2 yg kita terlepas pandang & tak tahu rupanya... Hmmm, Ayu ni mmg suka tanya soalan cepu emas kata aku... dari sebelum kawin sampai la dah kawin ni.. huhu.. Aku cuba membantu setakat yg aku tahu sebaik mgkn.... Klw aku tak pasti, biasanya akan direfer pd ustaz2 atau pd kawan2 lain yg mgkn lebih arif ttg persoalan tersebut... Wallahua'lam..

Apapun rujukan & jawapan yg kita perlukan.. sumber yg Sahih & tepat amat penting.. mengikut jumhur ulama' dan jugak pendapat fuqaha'.... Apajua persoalan samada melibatkn fiqh, ibadat dll... sumber adalah penting supaya kita tidak mengamalkan budaya ikut2an tanpa mengetahui sumber...
Sebagai peringatan utk diri sendiri & lain2... adakalanya kita perlu berhati2 utk meng'foward'kan emel2 tertentu melibatkn fadhilat2 amalan melalui beberapa artikel tanpa sumber yg sahih.. apatah lg menggunakan 'Sabda Nabi' sebagai cagaran..

'Ala kulli haal.. ada pndpt mengatakan hadis dhaif pada fadhailul A'mal dibolehkan bagi menggalakkan manusia beramal... tetapi tidak pada hal2 yg melibatkn Aqidah... Namun, pandangan peribadi aku... berhati2 dlm apa jua penyampaian.. jika sumber itu dr Hadis yg Dhaif.. perlu dimaklumkan supaya org ramai tidah bertaqlid pada hal2 yg diyakini drpd sumber Hadis tanpa diketahui taraf sesuatu hadis samada sahih, hasan atau ahad.. Pada masa yg sama ianya juga berkait dgn perkara bid'ah.... yup, ada org kata bid'ah hasanah @ dholaalah.. Aku tak nak ulas panjang persoalan ini... mungkin boleh direfer pd yg lebih faaqih... Wallahua'lam..

Sebarang pembetulan, teguran, komen amat di alu2kan...

Oh ya, di awal td aku ada sebut pasal Al-Aqsa... actually ianya mengingatkan pada program Tears of Al-Aqsa Mosque (TAQUE) yg dianjurkan zaman di kampus dulu.. time tu aku jd komiti & terlibat dgn beberapa persembahan... Dan aku masih ingat lagu ni yg dinyanyikan ini.. dari aku kecil sampai la sekarang.. kira evergreen la.. :P

Jauhku melihat sayup pemandangan
Hilang senda tawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
Islamku tertindas sehari-harian
Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
Semogakan turun kutukan Tuhan

(chorus)

Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai
Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai

Duhai Al-Aqsa kurindu padamu
Duhai Al-Aqsa kusayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin di zaman yang silam
Namun hari ini kau kan terkurung lagi
Siapa pula kan memerdekakan

(chorus)

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah...ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai

Wahai umat Islam di seluruh dunia
Janganlah kita asyik bercakaran
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan

(chorus)

No comments: