Tuesday, February 24, 2009

Muhammad Abduh

Salam 'Alaiyk..

Tadi ada buka 1 blog topic "Mengenang 60 thn Syahidnya Hassan Albanna". Dalam banyak-banyak points, aku tertarik quotation ni.. Ungkapan Muhammad Abduh...

"Jika Bahasa Arab hilang di dunia, engkau akan dapati ianya masih tinggal di Darul Ulum" -Muhammad Abduh.

Bukannya ape, selain ungkapan dia pasal bahasa arab tu.. dari situ juga asal usul nama Mizwar Abduh ni.. memang aku ambil Abduh tu sempena nama Syeikh Muhammad Abduh... Inspired by his name, selain nama ayahku Abdullah :-) Mizwar tu plak dh bgtau sblm ni.. (Mizwar+Abduh.. hehe..)

Kalau tak silap, 1st time dgr nama dia masa form 4, time tu aku ada baca sajak Syed Qutb.. dalam buku ape ntah.. tapi sebelum tu ada gak dengar sajak tu dalam album Nahwan Nur.. masa tu form 2 kot.. cuma tak berapa tahu kaitan Syed Qutb & Muhammad Abduh.. Dan kaitan mereka berdua dalam hidup Hassan alBanna.. Kira flow lifetime diorg camni : Muhammad Abduh->Hassan alBanna->Syed Qutb.. Panjang citer klw nak ulas.. Wallahua'lam.. (banyak lg aku kena kaji.. huhu..)

Secara ringkas Biodata beliau :-

Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (محمد بن عبده بن حسن خير الله).
Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki.
Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.
Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (عبده ورسوله).
Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa (العروة الوثقى) bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah:

* Guru di Masjid al-Husaini di Mesir
* Pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir
* Guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut
* Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah (الوقائع المصرية) di Mesir
* Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir
* Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir
* Mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).

Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.

Itu sahaja utk kali ni... Allahummaghfir-lahum wa'aa-fihim wa'fu-'anhum..

2 comments:

kuizikel said...

woo banner dah tuko ek? hehe

apa beza mIzwar ngan mYzwar? hheheheheheheheheh

MizWaR_SuLHaFaT said...

apa beza I & Y?? I=Islam.. Y=Youth..
hehe.. kategori youth lg ker aku ni? haha.. Actually time nk buat blog ni.. I x available.. so, aku pun amik la Y... :D