Friday, February 27, 2009

HaLaQaH

Promo Tak Rasmi

Halaqah - Tajuk: DATING
1 March 2009 (Ahad)
9.00pm
TV9

"Dekat Di Hati"


Sehari Semalam...

6.30pm: Minta izin boss utk balik awal.. (awal ker 6.30pm?) Bergegas pulang ke PJ utk parking kereta umah Kak Zue..

7.45pm: Tunggu bas kat bus stand Sg Way (kat federal highway).. Naik bas Metro ke KL..

8.00pm: Sampai di KL dan bergegas berjalan ke Puduraya.. Terus ke kaunter utk beli tiket yang paling cepat ke BUtterworth..

8.15pm: Tiket dibeli.. dijanjikan bas kul 8.30pm di Platform 16..

9.00pm: Bayang bas pun tak nampak lagi... Ramai penumpang yg membeli tiket mula gelisah..

9.05pm: Ke kaunter tiket bersama seorg penumpang lagi utk dapatkan kepastian.. ramai yg tgh bertekak minta duit dipulangkan... Penjual tiket maklumkan, bas masih di Penjara Pudu tapi jalan jem..

9.15pm: Selepas berhempas pulas berunding/betekak.. duit dipulangkan.. kami terus ke kaunter tiket yang 'boleh dipercayai'.. dan tiket 10.00pm dibeli...

10.00pm: Menaiki bas ke Butterworth dan "selamat beradu" di perjalanan...

02.30am: Sampai di Butterworth... Terus mencari teksi.. ditawarkan RM30 utk ke kampung... Akhirnya berjaya mendapat RM25..

03.00pm: Sampai di rumah, solat isyak.. dan terus tidur.. Alhamdulillah.... selamat sampai..

------

08.40am: Menghantar wife ke Kursus di ILP, Bertam..

11.25am: Masih depan laptop sambil tonton TV.. Jap lagi nak pi teman Husna hantar motor di Bengkel, Penaga...

03.00pm: Target nak pi "Kenduri Arwah" ke rumah mertua Kak Najihah..

05.00pm: Jemput my wife dari ILP... Cadangnya nak pi rumah abg di Tikam Batu.. dah lama tak pi sana... Misi : Nak usik anak2 sedara... :-D

Allahumma inni as-aluka salamatan fid-deen, wa 'aafiyatan fil-jasadi, wa ziyaadatan fil-'ilmi, wa barakatan fir-rizqi, wataubatan qablal maut, wa rahmatan 'indal maut, wa maghfiratan ba'dal maut. Allahuma hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut wannajaata minannaar, wal 'afwa 'indal hisaab.

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu, rezeki yang barakah, diterima taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sakaratul maut dan selamatkanlah kami dari api neraka serta kami mohon ampunan ketika di hisab."

Ameen....

Wednesday, February 25, 2009

Cahaya Nur

Di manakah cahaya itu...
Tatkala sinarannya makin pudar...
Hilang kelopak matanya yang bundar..
Tidak lagi kelihatan semua sinar..
Terus luput dari matanya yang berpinar..

Di manakah cahaya itu...
Tatkala mindanya berputar-putar..
Tatkala jiwanya berkobar-kobar..
Ketika semangatnya masih tegar..
Akan diredahi setiap belukar...

Dimanakah cahaya itu...
Semakin hari jiwanya gusar...
Merindui Iman dan indahnya Kauthar..
Segala janjiNya telah tersebar....
Dalam Al-Quran di setiap lembar..

Dimanakah cahaya itu..
Di dalam hati yang bersinar..
Di situ terletaknya An-war..
Seindah mentari terbitnya fajar..

*An-war : cahaya-cahaya (jama' kepada Nur)

Mizwar Abduh,
Setapak, 11.19pm,

Inspired while there was no electricity at my house just now.. :D

Tuesday, February 24, 2009

Custom Album

Alhamdulillah... Akhirnya siap jugak custom album idaman aku.. actually dpt masa time raya cina.. Kira puas hati la dgn hasil tangan kawan aku tu.. Semalam pun dapat frame+gambar size ape ntah.. lebar dlm 1 kaki... tinggi 2 kaki kot.. tudia size.. aku tak tau nk letak range in R-size.. bukan 8R.. nnt aku survey.. huhu...


Ni cover Album...


Antara isi di dalam album...


Outdoor..


Corat-coret sekitar Majlis perkahwinan..

Akhir kata.. sorry yer.. tak habis2 lagi pasal kawin.. bukan apa.. nk sampaikan pesan kat Puan Kuizikel.. camni la yg eden nak... bila la nk dpt.. hehehe.. Afwan.. afwan.. :D

Muhammad Abduh

Salam 'Alaiyk..

Tadi ada buka 1 blog topic "Mengenang 60 thn Syahidnya Hassan Albanna". Dalam banyak-banyak points, aku tertarik quotation ni.. Ungkapan Muhammad Abduh...

"Jika Bahasa Arab hilang di dunia, engkau akan dapati ianya masih tinggal di Darul Ulum" -Muhammad Abduh.

Bukannya ape, selain ungkapan dia pasal bahasa arab tu.. dari situ juga asal usul nama Mizwar Abduh ni.. memang aku ambil Abduh tu sempena nama Syeikh Muhammad Abduh... Inspired by his name, selain nama ayahku Abdullah :-) Mizwar tu plak dh bgtau sblm ni.. (Mizwar+Abduh.. hehe..)

Kalau tak silap, 1st time dgr nama dia masa form 4, time tu aku ada baca sajak Syed Qutb.. dalam buku ape ntah.. tapi sebelum tu ada gak dengar sajak tu dalam album Nahwan Nur.. masa tu form 2 kot.. cuma tak berapa tahu kaitan Syed Qutb & Muhammad Abduh.. Dan kaitan mereka berdua dalam hidup Hassan alBanna.. Kira flow lifetime diorg camni : Muhammad Abduh->Hassan alBanna->Syed Qutb.. Panjang citer klw nak ulas.. Wallahua'lam.. (banyak lg aku kena kaji.. huhu..)

Secara ringkas Biodata beliau :-

Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (محمد بن عبده بن حسن خير الله).
Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki.
Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.
Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (عبده ورسوله).
Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa (العروة الوثقى) bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah:

* Guru di Masjid al-Husaini di Mesir
* Pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir
* Guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut
* Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah (الوقائع المصرية) di Mesir
* Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir
* Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir
* Mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).

Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.

Itu sahaja utk kali ni... Allahummaghfir-lahum wa'aa-fihim wa'fu-'anhum..

Terus Berlari

Bismillah Walhamdulillah....

Teruskan berlari..
Kerana di sana ada destinasi..

Satu destinasi yang tidak bertepi..
Suatu destinasi yang pastinya abadi..
Menjadi idaman kita hamba-hamba Ilahi..

Teruskan berlari...
Jangan sampai tersungkur lagi..
Jangan sampai terpijak duri..
Agar lukamu sembuh kembali...
Darah yang mengalir pasti terhenti..

Teruskan berlari...
Biarkan pena itu bergerak tari..
Jangan dibiar tinta itu terus mati...
Hanyunkan langkahmu sekuat hati..
Langkah yg pantas penuh berbudi..

Teruskan mencari damai di hati..
Kerana di situ hilangnya sepi...
Kerana di situ munculnya mentari..
Manisnya iman pasti dikecapi..

Mizwar Abduh
Setapak Jaya, 11.45pm, 24-Feb-09

-----

Sempat lagi post entry mlm ni.. Huhu.. Hmm... macam tu la cara utk mengisi masa lapang.. Walaupun sebenarnya tak selapang mana pun... tak selapang Puan Kuizikel.. Puan Riena dan sewaktu dgnnya.. hehe.. Diorg ni rajin mengupdate blog.. tapi eden tidak... eden torai jer..

Sejak 2 menjak ni.. seronok plak buat mende macam kat atas tu.. ntah apa namanya yer.. madah? puisi? sajak? ape-ape aje lah yg sewaktu dgnnya..

Wednesday, February 18, 2009

Jangan Malas....

Salam 'Alaiyk..

Tanpa buang masa semua orang, berbalik pd kisah Hari Ku Haru, aku nak mintak pendapat..... patut ke aku claim keCALARan pada kete aku tu kat Nyonya yg langgar tu?? Aku dh call dia ptg tadi.. Dia ckp selalunya tak yah repair klw calar2 mcm tu.. Klw nak jugak, dia suruh aku survey quotation & bgtau dia... So far, aku ok je.. tak ada lah nk marah2 kat dia.. Aku cakap penuh berhemah je.... (hehehe...)

Tapi ptg td masa aku mula2 call... husband dia angkat... geram gak aku... sibuk je tanya aku dapat mana number dia.. sibuk tanya pasal aku.. pasal kete aku... orang tanya dia, dia plak sibuk tanya aku... But at last.. kami ckp elok2... & bagi beberapa info utk dia check dgn wife dia....

Persoalannya.. Patut ker aku claim dari dia klw 'accident' tu di kira kecil? Tension gak, nk kena amik masa pi survey quotation repair lak... Alahai.. nasib2.........

Hmm.. ni lah yg membuatkan aku menjadi malas dan malas... Maka jom baca doa agar jadi tak malas... huhu..

Du'a yang muktabar
(Du'a amalan Rasulullah & dihimpunkan oleh as Syaheed Imam Hassan Al-Banna dlm Al-Ma'thurat)

“Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal 'ajzi wal kasl, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa’audzubika min ghalabatiddayni wa qahrirrijaal

Maksud: Aku berlindung kepada Allah dari rasa gelisah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kikir, dan bebanan hutang serta intimidasi manusia".

Ameen... Ameen.. Ameen..

Wednesday, February 11, 2009

Hari Ku Haru?

Bismillahi 'Ala Baarakatillah...

"...Hari ku indah... 2 hati jadi satu...." huh!!! tak sesuai langsung dgn hari aku hari ni... huhu...

Hari ni smpai umah lambat skit... ada menyinggah kat Menara Axis, PJ kejap... Balik dr ofis pun agak lambat.. jam hampir mencecah kul 7mlm... Hmm.. hari yg agak mencabar.. dan menguji kesabaran....

Dari pagi... kete aku dilanggar sipi kat bhgian tepi bumper depan... dah la nyonya tu drive buat 'dunno' jer trus blah... anak dia tgh ngantuk2 nk pi keje pun terkejut.. Tu la, tak sabar sgt nyonya ni... aku ni plak jenis malas.. malas nk berenti tepi jalan tgk2 kete... malas nk jemkan jln pagi2 nk pi keje.. dan malas nnt org tgk2.. malu pun gak..

Sama kes masa bonet kete aku dilanggar moto kat bhgian bumper belakang time balik keje. hujung thn lepas.... pakcik tu akan tangan ckp tak de pape masa aku bukak cermin tingkap... time tu hujan renyai2.. aku pun malas mcm malas yg aku nyatakan di atas.. terus blah camtu jer.. tgk2 esok pg.. ada calar skit & bumper kete aku jatuh skit... biar lah, harta dunia (baik la tu konon)...hmm.. malas nk pikir..

Berbalik pd nyonya td.. aku trus amik no kete... kebetulan aku ada system tersendiri kat ofis utk aku check... dan mmg ada calar balar kete aku.. lepas check aku dpt detect nyonya tu dok kat Tmn Melawati, alamat full lg, no phone sume.. cuma aku tak berkesempatan lagi nk call dia.. Siap ko nyonya!! tunggu panggilan hangit dari aku nanti.... hish... sabar2....

Dah tu kat ofis plak, hari ni mcm2 hal.... disebabkan ada staff baru sebulan dua masuk ... dia take over keje staff resign kat department yg aku selalu deal tu.. mcm3 hal dia terlepas pandang... dan memeberi kesan kpd kelancaran keje aku... hmm.. mcm2 tul....

Dah la hari ni jugak bengkak gusi aku ni naik balik.. hari tu tgk mcm dh surut & ok.. tup2 hari ni naik balik.. hmm.. hari ni gak la kene selsema skit.. 1 hari ni tekak terasa kering sgt....sampai umah td aku terus isi air dlm bekas bawak masuk bilik.. dok sibuk2 start laptop.. tertumpah plak air sebekas masuk ke bawah katil... ini lah yg dinamakan mop percuma... aku lap jer pun.. tak larat aku nk mop mlm2...

pastu lapar sgt sbb lum dinner.. jam dah kul 10mlm... tak kira lah.. lapar punya pasal.. ada la telur mata yg ala2 masak tak masak... aku pun letak la di tepi pinggan... terpikir gak kang jatuh baru tau.. dah tu tgh sibuk ambil itu ini... sah!! telur tu jatuh ke lantai... terkeluar la kuning telur tu... sia2 je kena lap lantai dapur plak.. aduss... sudah jatuh ditimpa tangga... pastu aku pun terus mkn... tak amik pusing... tgh2 mkn plak tulang ikan terlekat kat gigi pulak.. sampai saat ni pun tulang tu lum keluar... hmm... betul2 jatuh ditimpa tiang & tangga ni... hehe.. dah kebetulan jer nk jadi serentak dlm masa 1 hari..

Bila jd mcm ni teringat masa time dekat2 tarikh akad nikah, muka aku naik jerawat, pastu aku terhantuk besi 3 kali dlm 1 hari yg sama... kat ofis 1 kali... kat umah 2 kali.. sampai benjol kepala... nasib masih siuman... hehehe... na'udzubillah.. :p

Hmm... Macam2 Mizwar (rancangan baru kat TV)...hehe.. Papepun sume ni tak de kaitan dgn apapun yg berlaku... tiada kena mengena dgn yg hidup @ pun mati... So, tak yah pening2 pikir bukan2... Banyakkan istighfar dan kaitkan ianya dgn tarbiyah kifarah Anugerah Allah... InsyaAllah sejahtera la hendaknya, Ameen.....

....curi lirik lagu Hijjaz. :-)....

Hidup ini bagai lampu dinding..
Yang dinyalakan di malam hari..
Apabila minyak sudah kering..
Ia kan pasti padam sendiri..

Saturday, February 7, 2009

Hadiah - Rumah ??

Salam 'Alaiyk...

Just nk share story... minggu lepas... ada sorg akak receptionist ni bg Wedding Gift ni melalui kawan... Actually tak expect pun dia nk bagi... maybe sebab dia tak dapat dtg Walimah kat Penang kot... awalnya dia kata nk pi tapi memandangkan hotels sume fully booked... (maklum la time cuti)....

So, khamis lepas aku lalu kat lobby ofis.. ternampak akak ni kat tempat dia...

Aku : Terima kasih kak..
Receptionist : OK.. tak pe.. Cantik tak??
Aku : (dalam hati.. errkk???)
Aku : Cantikkkkk.... TQ yer kak...

Hmm.... Sebenarnya masa balik umah semalam tu.. aku lum sempat bukak hadiah tu.. maknanya aku pun tak tau apa isi kandungan hadiah tu.. Tapi takut dia kecik ati... aku pun ckp jer cantik...

And hari ni Sabtu.. aku tak ke mana sbb wife kursus kat Genting.. aku pun bukak la hadiah tu... Frame dari LovelyLace...Nasib cantik.. kira aku tak tipu dia la smlm.... huhu... Tak pe kot aku buat camtu yer..??? huhu..

Moral of the Story : Cepat2 bukak hadiah bila dapat..

Ni pun ada lg 1 hadiah dari ofismate.. dah lebih sebulan dah kat situ... aku lum bukak sepenuhnya.. tapi nampak mcm Stand Lamp dr IKEA.. besar sgt, malas nk bukak... wife aku pun lum tgk sbb hadiah ni ada kat Setapak.. skrg ni ada 4 rumah persinggahan... Setapak-Bangi-Kepala Batas-Bkt Mertajam... Hmm.. ni lah akibatnya PJJ.. Aduss.....

Harapnye dapat la kami dapat settle down kat mane2 yer & hidup mcm pasangan suami isteri yg lain... Doakan kami yer.. Ameen... huhu..

Friday, February 6, 2009

Duhai Hati

Bismillahi walhamdulillah..'Ala Rasulillah... Sollu'Alaih...

Salam ukhuwwwah Salam perjuangan...

Satu email yg diterima hari ni... Suka utk aku kongsi nota kaki emel tersebut...

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya!"

-----------------------------------------------------------------------------

Semuanya bermula dari hati /Qalb... dan dari hati terbit itu Niat..

Ya Allah....
Moga segala gundah gulana hati akan pindah...
Hanya itu yg mampu kami tadah..
Tatkala segala2 nya dipandang mudah...
Tatkala segala2 nya dilihat indah...
Tatkala segala harapan makin punah...

Ya Allah...
Sesungguhnya kami insan yg lemah...
Hanya Engkau sahaja yg mampu merobah....
Semoga segala kebenaran terserlah...
Semoga segala kepalsuan akan musnah...

Ya Allah....
Biarpun dilanda air bah...
Kami tetap tidak akan goyah..
Akan kami hayun setiap langkah...
Penuh semangat penuh gagah....

Ya Allah...
Satukan hati setiap ummah...
Agar semuanya dalam jamaah..
Moga terlaksana amal Sunnah...
Peninggalan berharga dari Rasulullah...
Moga kami beroleh Jannah...

Ameen.. Ya Allah...

Nukilan Mizwar Abduh,
12.06am Sabtu,
Setapak Jaya.