Sekarang kita berada di zon kedua dalam Madrasah Ramadhan... Zon Keampunan...... Alhamdulillah.. kita masih diberi kesempatan utk melalui ni'mat berpuasa... Moga Zon ini menjanjikan kelebihan2 yg lebih bererti dalam perjalanan kita menuju hari kemenangan umat Islam yg bakal tiba nanti... Masih ada 20 hari lagi yg bakal mengiringi kita... mudah2an Ramadhan ini bukanlah yg terakhir utk kita... kerana banyak lagi rahsia2 yg ada pada Ramadhan belum kita perolehi...
Sekadar berkongsi buah fikiran, dan kali ini ianya bukanlah mengenai hal2 berpuasa tetapi persoalan mengenai beberapa amalan yg dikatakan tidak diamalkan oleh Rasulullah s.aw semasa hayat Baginda... akan tetapi diamalkan secara 'aadah (kebiasaan) di negara kita.. Dan di sini, aku tidak pula mahu menzahirkan pendapat khusus samada bersetuju atau menidakkan perkara ini..
Suka utk aku menyebut beberapa amalan yg disebut sebagai bid'ah.. antaranya amalan tahlil, sambutan maulidur-Rasul, dan beberapa hal lain yg berkaitan... ada yg mengatakan bid'ah hasanah dibolehkan dan ada yg mengatakan kullu bid'aatin dholalah wa kullu dholalah finnaar.. memetik dr hadis Baginda s.a.w... Manakala ada juga hadis Baginda s.a.w yg mnyeru ummat Baginda untuk berpegang kepada Sunnahnya.. dan sunnah Khulafa' Al-Rasyidin...
Mengenai perkara tersebut, hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda s.a.w, Hadith Riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya :-
"Bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?"
Lalu Baginda S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan hendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu".
Hadith ini hasan sahih. Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Baginda s.a.w dan perjalanan para Khulafa' al-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar...
Berbalik pada perkara yg dibincangkan tadi, antara yg disebut oleh sesetengah pendapat, bid'ah hasanah adalah pembinaan hospital, sekolah, pusat kegiatan agama dan sewaktu dengannya.. hujah mereka ianya membawa kebaikan kepada maslahah umum.. dan tidak berkaitan dgn amalan seharian ummat Islam..
Bagi yg mengamalkan tahlil (ini contoh aje..) pula menggunakan hujah amalan berzikir (melalui tahlil) dapat menggalakkan org awam utk bersama2 melakukan zikir tersebut.. iaitu melakukan perkara yg ma'ruf secara jelasnya..
Wallahua'lam... aku tidak mahu menyentuh perkara2 pokok @ apa2 percanggahan pendapat antara khilafiyyah tersebut.... Cuma apa yg aku ingin lontarkan di sini.. beberapa perkara sampingan yg begitu penting memungkinkan kita terlepas pandang....
Pendapat aku, buatlah sesuatu kebaikan atau perkara yg ma'ruf selagi tidak diragui keaslian amalan kita... tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Allah dan tidak bersabit pd mana2 amalan kebiasaan..
Suka untuk aku mengambil contoh tahlil, antara amalan yg menjadi masyhur di setiap pelusuk negeri di Malaysia... dan perkara ini perlu diberi perhatian..
1) Janganlah kita mentaqlidkan amalan tahlil ini hanya/wajib dilakukan pada 3 malam selepas kematian, sewaktu genap tempoh 40 hari pemergian si mati, mahupun tempoh 100 hari... adalah salah untuk kita meletakkan kepercayaan pada tempoh2 tertentu utk kita mengamalkan sesuatu perkara dlm persoalan tahlil ini..
2) Perkara yg wajib diberi perhatian selepas matinya seseorang anak adam... iaitu hutang piutangnya.. Dan jika perkara ini dipandang remeh, maka keutamaan @ perkara yg tergantung terhadap ruh si mati masih belum dilangsaikan..
3) Jika si mati mempunyai waris jari hantu.. opps.. (sori, selingan skit.. hehe)... jika si mati mempunyai anak yatim, maka beberapa bahagian dr tinggalan harta si mati adalah hak milik anak yatim tersebut..
Dan perkara berbangkit di sini... selalunya tahlil akan diiringi dengan jamuan makan selepas selesai ber'zikir'.... Hmm... biasanya juga.. keluarga si mati yg akan menyediakan segala perbelanjaan utk menyediakan segala keperluan jamuan tersebut... Akan tetapi, Islam menganjurkan utk orang ramai bersedekah dan membantu keluarga si mati dan tidak dibebani mereka dgn hal2 lain...
Dan melalui jamuan ini juga, beberapa faktor perlu diperhalusi.. dari manakah sumber yg diperolehi samada dari harta peninggalan atau dari sumber2 lain yg tidak berkaitan dgn si mati..
Ini kerana, harta si mati wajib digunakan utk tujuan membayar hutang si mati... dan keduanya, harta peninggalan si mati adalah hak milik bahagian tertentu utk anak yatim yg ditinggalkan, jika ada....
Ditakuti perkara2 ini tidak diberi perhatian & di pandang ringan...
Sekali lagi aku tekankan.. pendapat ini tidaklah memihak pada mana2 hujah... namun sekadar berkongsi buah fikiran dalam beberapa perkara... dan ianya perlu diperhalusi sewajarnya utk mengelakkan diri kita dari terjebak dengan perkara2 syubhah (tidak jelas hukumnya samada halal atau haram) mahupun haram...
Wallahu ta'aala a'lam...
p/s: Mohon diperbetulkan sekiranya ada sebarang keraguan mahupun kesilapan...
Yang baik itu dari Allah semestinya.. dan segala pujian hanyalah utk Allah selayaknya..