Monday, June 8, 2009

Suara Hati

(Ihsan Anisa Properties)

Warna-warna kehidupan
Tak seindah biasan
Pantulan cahaya di cerminan
Neon-neon kaca bersinaran
Zahirlah metafora perbezaan
Terungkai makna berasingan

Di situ hati keriangan
Di situ hati kemurungan
Di situ hati kegirangan
Di situ hati kesedihan


(070609 6.30pm - Tupah, Sg. Petani)

Deruan air sungai berlinangan
Memainkan rentak hati yang kebingungan
Meninggalkan erti sebuah ketenangan
Kerana itu fitrahnya insan
Punya hati dan perasaan

Sang unggas riang berterbangan
Berlegar megah tinggi di awanan
Mencari sang camar pulang berterbangan
Kembali kepada usulnya insan
Mengadap kembali kepada Tuhan

Sudah tertulis Allah berfirman
Segalanya sudah ditentukan Ar-Rahman
Lebih mengetahui segala yang tersimpan
Tersembuyi di langit juga di lautan
Kita manusia wajib beriman
Menerima qadha' qadar atas ketentuan

Sudah tersurat di dalam AlQuran
Kepada manusia, tumbuhan dan haiwan
Kita adalah hamba yang budiman
Jika AlQuran dan Sunnah jadi ikutan

Di situ terletak wajah sebenar insan
Di situ terletak erti kegembiraan
Di situ terletak makna kebahagiaan
Di situ terletak riak ketenangan


(070609 6.30pm - Tupah, Sg. Petani)

Mizwar Abduh
Setapak
090609, 9.30pm

2 comments:

Azie-Cipul said...

wah bermelodrama;) terharu sungguh membaca madah2 mizwar..huhuuh

MizWaR_SuLHaFaT said...

sekali sekala.. dan itu cara menafsir hati manusia yg gundah gulana ketika berkelana...
Thanks Azie-Cipul ya..!