Wednesday, June 11, 2008

Ujian.. Tarbiyah dari Allah

Tanggal 11062008.. Aku pi Klinik Kita kat Wangsa Maju...
(nearby LRT) around 0750pg..
Kepala aku ibarat menanggung beban 20 kilo.... Rasa tak sedap badan.. Suhu badan agak panas.. selsema... batuk.. dan head-ache.. patut la mlm td tido tak nyenyak sangat.. asyik terjaga jer...

Then, sementara tunggu giliran no.3...
Aku sms my boss... "Bos, Sorry to inform that I MC today"
Apa punya ayat daaa.. bedal aje lah.. Aku dah tak tahan sakit kepala ni.. Pastu got reply from him.. "take care".. Fuh!! Lega.... atleast tak yah pikir nak kena pegi ofis ke ape.. If my ex-boss previously.. Sure will call or reply my sms.. "Plz show me prove.." Doctor's report or whatever....
Aku memang tak faham.. ada lagi boss yg kuno mcm ni.. hehe..upss.. terlepas emosi plak.. ni citer lama masa aku still kat previous department.. skrg new department should be okay skit kot.. I hope so... :-)

Alhamdulillah... selepas jumpa doktor.. aku dapat MC 1 hari.. tak yah pening2 nk pikir production plan... update system.. report.. bla.. bla.. only for today la.. then esok lusa still mende yg same la.. pastu aku pun blah balik.. rasa nk hentak kepala ni ke dinding aje.. :-( Nasib baik masih waras... uhuhu.. Pastu aku singgah beli nasi lemak... balik mkn terus mkn ubat.. layan Hot.fm Am krew kat 8tv jap... tgk & dgr celoteh diorg tu.. rasa relax skit.. tak lama pastu.. aku pun tertido........ ZZzzzz....

Bosan seharian kat umah... makan & tido..
memang aku tak ada tenaga nak buat keje lain..
Adat ler tu klw dah sakit kan... hhhmm... aku yakin setiap sakit yang Allah bagi tu ada tujuannya... tak per la.. atleast dapat kurang kan beban dosa yang aku tanggung... hmm.. ujian dunia yang tak seberapa ni apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian yang pernah dilalui oleh Baginda Rasulullah s.a.w.....

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, kita kena yakin setiap yang apa berlaku ada hikmah tersendiri.. sama ada kita sedar atau tidak.. ataupun hikmah itu akan kita nampak selepasnya..
Setiap apa yang Allah aturkan kepada hamba-Nya sudah tentu menepati tahap kemampuan kita untuk menerimanya..

Firman Allah (Al-Baqarah : 286)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

Semoga kita ambil pengajaran & think positively dgn apa jua ujian / dugaan yg kita hadapi...

Memetik lirik lagu dr kumpulan TheZikr (lagu ni among my favorite songs)...

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah.. Apakah kita kan sabar.. ataupun sebaliknya... kesenangan yg datang tak akan selamanya. begitulah selepas susah ada kesenangan.. jangan di fikir derita akan berpanjangan.. kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.. ingat lah biasanya kabus.. tak berpanjangan.. setelah kabus berlalu... pasti cerah kembali..."

Moga kita ambil manfaat atas apa jua yang baik-baik.. :-)

2 comments:

Anonymous said...

Tukar department mana Mat?

MizWaR_SuLHaFaT said...

accessory center... better skit than before.. uhuhu..