Monday, July 27, 2009

Festival Kedah Sejahtera

Salam 'Alaiyk...

Sepetang di Festival Kedah Sejahtera @ Laguna Merbok near by my sis's house... Dalam kul 6 lebih, kami bertolak ke sana... ramai juga manusia2 yg memeriahkan tapak festival itu seperti kami..

Sampai kat sana sempat kami membeli belah Cempedak, Jagung, Nenas & Petai...


Click to view larger...


Aku & wife, mak, kakak2, adik & Anisa..
"Walk Thru" to RFC (Radix Fried Chiken)


Bosan beratur panjang..

Ramainya manusia... dekat setengah jam jugak aku beratur... nasib my wife back-up beratur lane lain.... Selesai mem'paw' RFC.. kami balik mkn kat umah my sis...


Anisa & neon batu itu...


Teknik zoom in... (aku reka nama teknik itu... huhu)
di sebalik ranting pokok hiasan berlatar-belakangkan
lampu neon batu tu (as per gambar Anisa di atas)..
maka hasilya nampak seperti gerhana rembulan di tengah malam..
(hehe.. syok sendiri...)

Allah berfirman :
"Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan ditetapkannya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan ini, supaya kamu pengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu". (Yunus : 5)

Thursday, July 23, 2009

1 Sya'ban 1430

Salam semua... Salam Sya'ban...

Agak lama berfikir... aku try jugak untuk update blog ni.... sambil2 tu ubah lg template blog ni... konon2 sebab dah hijrah balik ke Penang kan... tapi aku agak malas nk explore itu ini & sayang dgn setting2 yang lama itu.. maka aku pun maintain jer blog aku mcm ni... apa yang aku realize, purple jugak yg jadi pilihan... maybe sebab ni jugak lah warna tema pilihan masa kawin pun purple jugak.. cuma bezanya kali ni purple hitam vs purple putih... maybe seiring dgn usia kematangan perkahwinan.. lagipun hitam kan menawan... huhu... ye ke??? ^_^

Ok lah.. itu je yg mampu aku update buat masa ni... pada sape2 yg jalan2 ke Penang, can roger me... nak ajak jln2 ker.. nk ajak photoshoot ker... nk ajak makan2 pun boyeh... (bak kata naim)..

Jom jalan-jalan Festival Kedah Sejahtera @ Laguna Merbok!!!!
Apa kata Pojan a.k.a Kuizikel???

--END--

Let's view the photos...


bnyk2 angle... asyik2 angle ni jugak yg dia suke...


since aku tgh drive.. angle ni jer yg mampu aku balas...


last but not least.... i'm gonna miss this mosque...
Masjid SSAAS... banyak betul kenangan aku kat sini...

mudah-mudahan berkesempatan ke sini lagi...

Firman Allah:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada sesiapapun selain kepada Allah maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk”.
(At-Taubah : 18)

Saturday, July 11, 2009

Hadith 1 : Hijrah - Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

-END-

18 Rajab 1430

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bg Allah yg menciptakan alam ini dgn penuh keindahan yg dpt dinikmati oleh hamba2Nya.... Selawat & salam atas junjungan Baginda Muhammad s.a.w, para anbiyaa', para sabahat, keluarga baginda dan mereka yg sama2 memperjuangkan Deenul Islam dalam apa jua cara sekali pun... dan mudah2an ianya diterima oleh Allah s.w.t sebagai timbangan yang akan memberatkan mizan kita di hari kemudian.. insyaAllah....

1st of all... I’m sorry to everyone for make this thing unclear for so long.. It’s actually nothing & tak apa yg gempak pun..... Unless you really understand what I meant in my earlier entry "Lakaran Kehidupan". Anyway, since this is my own blog.. I just throw anything that come across to my mind... no offense!

By the way.. to make it simple & clear... setelah mendapat perkenan Duli-Duli Mizwar... just to let you all know that I just tender my resignation early of the month - 1st July.. therefore, I would be moving (hijrah) to Penang soon... which means this week is the last week that I stay in KL/Selangor... However, after this i will be ON & OFF in KL/Selangor.... because my sisters is still here... & of course very important is my family in law is also here (Selangor)... it such a long time i "migrate" in KL for about 10 years... 1999 until 2009... subhanallah.. pejam celik kejap je umur dah bertambah 10 tahun... moga banyak kebaikan yg diperolehi... segala kebaikan atas petunjuk dari Allah.. dan tentunya segala kefasadan adalah dari kelemahan diri kita sendiri..

Alhamdulillah.... Walhamdulillah... Thumma Alhamdulillah...

Congrats!! that is the 1st word came out from Abah... membuatkan aku sedikit terharu... wlwpun pada mulanya aku agak 'cuak' nak sampaikan perkara ini kepada ahli keluarga yg lain... It's such a very hard decision to be made.. but with a calm mind... deep thinking... I put on my decision as final as it is..

And also I will remember what Mak (in law) have said as well... "Fa-idza 'azamta fa-tawakkal 'alallah.." InsyaAllah mudah2an....

As of my mum.. as usual.. her blessing is always being a green light for me... Thank You Mak, Mak, & Abah..

And now... I'm just thinking to 'shutdown' my blog soon or just continue things as usual..... hmmmm.... let me think about it again & again....

Anyway... mohon maaf atas segala keTER apa-apa yang disengajakan mahupun tidak... samada dlm sedar ataupun tidak... moga Allah mengampuni & merahmati kita semua dalam mencari SyurgaNya...

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul"
(Al-Baqarah: 186)

Sehingga bertemu lagi di lain kali...!!! :-)

To Pojan/Kui...
Please prepare red-carpet for us this 18-July yaa...!! And let's go "snip-snap" the beauty of Allah's creation 'together-gether'.... hehe... :D

Thursday, July 9, 2009

^o^

Hanya yang melihat, mendengar, membaca & MENTAFSIR...
akan memahami & mengerti...
kerana semua jawapan telah diberi...
tiada lagi teka teki...
tiada lagi sangi...
moga segala urusan dipermudahkan Ilahi..

Terfikir seketika...
perlukah aku tamatkan saja di sini...
tutup saja blog ini...
tamatkan saja kekunci ini...
dari terus dipetik jari...

Kadang2 terasa komplikasi hidup ini..
namun Dia lebih mengetahui..
segala rahsia di langit & di bumi..
segala rahsia yang tersembuyi..
hanya perlu redha & pasrah diri..

Moga segalanya difahami..
apa yang terbeban di benak ini...
apa yang tersimpul di hati ini...
agar aku tetap happy..!!

Hmm.. cukup2 la tu mengarut & melalut.... ^o^

Tuesday, July 7, 2009

Lakaran Kehidupan

Lakaran sebuah kehidupan...
Ketika jendela tersingkap di hadapan...
Si ibu termenung duduk keseorangan...
Ditemani mentari suram kepanasan...
Tanda suria berlalu bersama pesanan...

Lakaran sebuah kehidupan...
Mendung kelabu berarak di awanan...
Si ibu menanti penuh kesabaran...
Menatap sayu di hujung halaman...
Menanti anaknya yang di kejauhan...

Lakaran sebuah kehidupan...
Rintikan hujan menitis demi titisan...
Si ibu berlalu meninggalkan laman...
Merenung nasibnya di masa depan...
Ketika anaknya tiada di ribaan...

Lakaran sebuah kehidupan...
Senyum tawa bersulam gurauan...
Si ibu mengharap pulangnya ke pangkuan...
Si anak yang masih di perantauan...
Belum muncul dalam dakapan...

Lakaran sebuah kehidupan...
Hilai tawa memecah kesunyian...
Si ibu tersenyum kegirangan...
Melihat si anak tercegat di hadapan...
Kembali ke pangkuan bersama teman...

Mizwar Abduh
070709 :: 11.25pm
Setapak

Saturday, July 4, 2009

July, 4th

Salam 'Alaiyk...

Seperti yang di rancang... dlm kul 11am.. aku & wife bergerak ke Warta Kajang utk membeli barang2 pesanan ex-ofismate my wife... dah terlanjur kat situ.. ada la skit beli hadiah utk mempelai & new baby girl.... selesai jalan2 jamu mata & 'jamu' Warta dgn duit.... kami pun bergegas ke USJ Subang utk majlis kawin adik kawan lama aku.... kawan lama ke kawan veteran??? hehe.. Mama Salsabila a.k.a Siti Asiah KJ.. hehe.. bukan main glamour nama dia.. :p

Sampai kat sana... macam2 la yg aku makan... dah la perut pun tak berapa stabil.. rupa2nya disebabkan makan mlm sblm tu kat umah Kak Zue pedas-pedas belaka.. pastu borak2.. kutuk2 Puan Asiah skit.. hehe.. jgn marah Che Yah... dah tu masa balik siap bawa pulang hadiah kawin kitorg.. ^o^ malunyee.. pi kenduri org tapi dapat hadiah... TQ Asiah... membuatkan kami rasa mcm baru kawin semalam jer... kekeke... :-D (lupa nk amik gambar)

Dah tu lepas balik dari sana... kitorg singgah kat kedai ex-ofismate aku Fam di TTDI Jaya Shah Alam pulak - Butik Bima Muslimah... sempat la shopping skit kan... dah alang2 pi sana... tapi utk my wife je la... aku setakat jamu mata je la... huhu..


BIMA-MUSLIMAH


Fam & Iffah


Dari Kiri : Iffah, Mizwar, Abira, Fam

Balik dr kedai Fam... kitorg bergegas ke Subang Bestari.. ada hal skit utk diselesaikan... tgk2 jam dah kul 6.30 dah.. start engine kete terus pecut ke MRR2 & solat Asar kat Masjid Tmn Melati... dekat jer dgn umah Kejora.. kan kejora kan??.. huhu..

Selesai solat terus runner ker Desa Pandan.... Nak ziarah Putu a.k.a Leen.. tapi memandangkan jln agak sesak & jem... kitorg berhenti solat manghrib di Tesco, Ampang... kitorg berhenti jer otey.. tak de hati nk membeli belah kat situ... pastu terus CSI umah Leen.. alhamdulillah sampai.... kami disambut oleh husband Leen, Nasrul & familynya.. Tahniah atas kelahiran baby Meisara... 2.2kg.. comel jer... mudah2an jadi anak solehah yer.... lebih kurang1 jam kat situ... kami pun mengundurkan diri....


Leen & Meisara

Since kami dah janji nak ambil Nawal kat Sentul... kami pun singgah makan kat Nasi Ayam Mancongkam... memang mancongkam... (mencengkam).. maybe owner dia org Nogori kot.. dah siap mkn2 kat situ.... kami pun ambik Nawal & bergegas pulang ke Bangi... sampai kat umah dah.. 11 malam... fuh!!! lega.. 12 jam kami travel kat Klang Valley ni.. wlwpun kami tak cover habis...

Sampai umah pulak sesi pasar lambak... dekat kul 2 am baru tido... huhu... Alhamdulillah.. hari kitorg penuh dgn aktiviti yang berfaedah... rasa puas jer....

p/s: Jangan suspen ya... tak ada apa2 yang gempak pun dgn July 1st.. anyway... aku akan update on the 'Pengumuman Mohor Besar' bila masanya sesuai.. So, jgn risau.. & jgn teruja.. huhu...