"Ko yg nak kawin ke mak ko yg nak kawin?" Soalnya
"Aku cuba sebaik mungkin memenuhi permintaan mak aku.." Jawabku..
Ada juga yg cakap.. anak mak.. manja.. mentel... dan lain2.. Aku hanya mampu tersenyum.. Bangga pun ada jugak... Dah memang aku anak kepada mak.. aku berhak utk manja dgn mak.. klw tak bermanja dgn mak nak manja dgn sape lg? Hehe.. Setidak2nya aku manja dgn mak aku sendiri bukan dgn mak org lain... Hehe... Tak per... no heart feeling.. I'm a cool guy anyway... Cool ker?? Haha..
Anyway, setiap orang ada persepsi dan pandangan masing2... Sebagai anak, aku cuba yg terbaik utk kebahagiaan mak.. Sape lagi nk bahagiakan mak klw bukan anak2nya..??
Tidak dinafikan kadangkala wujud perbezaan pendapat antara mak & anak, tetapi sbg anak kita perlu memainkan peranan utk menzahirkan pndpt kita dgn baik tanpa mengecilkan hati mak.. ataupun bertolak ansur dgn menerima pdpt mak dgn cara baik... Semua ini asam garam dlm kehidupan.. dan aku percaya tidak seorang pun dapat lari dari situasi ini sepanjang hidup bergelar anak...
Perlu diingat, sbg anak lelaki.. aulawiyat terhadap ibu adalah perkara pertama.. Bukanlah menidakkan status isteri terhadap suami.. tetapi Islam itu indah dan ada hikmahnya tersendiri.. Allah lebih mengetahui segalanya.. Namun, si suami wajib melaksanakan tanggunjawab sebaik mungkin dan seperti yg dituntut agama..
Dan sebagai isteri, suami adalah keutamaan, Namun ini bukanlah alasan utk si anak mengabaikn tanggungjawab kepada ibubapa.. Tanggungjawab terhadap ibubapa juga adalah satu kewajipan...
Pernah ketika bercakap hal ini kepada seorang teman yg telah bersuami.. mukanya sedikit mencuka... bukan ingin mengutarakan sesuatu tanpa sebab.. tetapi itulah hakikatnya.. Jika kita berpijak di bumi nyata & yakin dgn kehendak agama.. sudah tentu tidak timbul apa jua permasalahan di kemudian hari..
Semestinya kita tidak perlu lupa dgn kisah Alqamah yg diazab Allah ketika hampir putus hayatnya hanya kerana Ibunya berkecil hati dgn sikapnya.. Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka. Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakaratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnul-khaatimah...
Dalam kedua2 situasi ini, kebijaksanaan si anak samada anak lelaki atau perempuan amat penting untuk mengemudi segala kemungkinan.. Namun ianya berbalik kpd persoalan asas.. walaubagaimanapun, win-win situation adalah terbaik utk kebahagiaan semua pihak.. tolak-ansur dan persefahaman mungkin memberi impak yg terbaik kepada semua..
Seperkara lagi berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, mafhumnya:
Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda...
Whatever it is... kenanglah jasa Ibu yg pernah melahirkan, mendewasakan kita & tentunya sentiasa menyayangi kita.. tidak dilupakan jasa seorang bapa yang membesarkan kita... Dan kepada yg telah bergelar suami.. hargailah setiap pengorbanan mereka yg bergelar isteri..
Sekadar berkongsi lirik lagu Kasih Ibu - Burn
Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini
Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku
Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu
Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh
Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya... Ohh...