Dalam sinar malam ini
Ku duduk termenung sendiri
Meratap salah silap diri
Mengenang dosa silam lagi
Tangisan penuh syahdu
Di pagi yang hening itu
HambaMU meratap sayu
Mengenangkan dosa lalu
Tika mata masih terbuka
Hati masih bergelora
Jiwa lesu meruntun hiba
Menitis deraian air mata
Ku memohon hanya padaMU
Merawat hati yg lesu
Hatiku tidak menentu
Merintih keampunanMU
Hanya padaMU aku merayu
Terimalah sujud taubatku
Memohon rahmat dariMU
Menagih belas ihsanMU
@MizwarAbduh
24 April 2012
10.47pm
(idea datang selepas menonton Saksi Maut -
Episod Almarhum Ust Asri Ibrahim, Rabbani)
2 comments:
sejuuk mata nengok hah...
lupa nk letak.. Sekadar Gambar Hiasan.. hehe..
Post a Comment