Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H

Ramadhan Kareem.. Selamat bersahur, Selamat berpuasa & Selamat berbuka kpd semua yg berpuasa... Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yg terbaik utk kita semua di samping dgn kesibukan masing2.. InsyaAllah.. Itulah harapan setiap ummat Islam tatkala meyambut kedatang bulan yg penuh keberkatan ini.. Alhamdulillah...
--------

Mengimbau kenangan setiap dari kita, semenjak dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kehidupan di kampus, kehidupan ketika zaman bekerja & masih bujang dan juga zaman berkahwin & mempunyai anak... (zaman tua belum dirasai pengalamannya.. jika diizinkanNYA mudah2 dapat merasainya)

Pandangan peribadi aku, zaman sekolah menengah & zaman di kampus punya keistimewaan tersendiri.. wlwpun zaman pra-sekolah & sekolah rendah semestinya zaman kita hanya berseronok dan tidak memikirkan apajua masalah di sekeliling kita.. namun, zaman sekolah menengah & kehidupan di alam kampus ada jawapannya kenapa aku memilih zaman tersebut...

Pertamanya, bak kata org, usia mematangkan tahap pemikiran seseorang.. waktu itu, perkembangan emosi juga seiring dalam mengekspresikan sesuatu perkara.. dari situ kita sudah bijak menilai & mentafsirkan sesuatu perkara yg berlaku dlm kehidupan kita..

Seterusnya, perasaan kebersamaan (mu'ayasyah) bersama-sama rakan2 & ahli keluarga.. berbanding zaman kanak2, kita hanya bermain & berseronok semata-mata... namun zaman remaja & seumpamanya punya alasan tersendiri.. waktu ini, 'bonding' kita dgn rakan2 seperjuangan mahupun ahli keluarga mula terbina.. teman sama2 susah mahupun senang.. rakan ke hulur ke hilir bergerak ke sana ke mari bersama-sama... sahabat utk berkongsi segala suka duka mahupun citarasa, bertukar2 pendapat dan sebagainya..

Dengan sebab itu, hubungan yg terbina waktu itu mudah utk dipanjangkn sehingga ke zaman sekarang.. atau dgn lebih tepat masih terus berhubungan (keep in touch)... berbanding dgn zaman sekolah rendah, yg kebanyakannya sudah membawa haluan masing2.. tidak dinafikan masih ada yg keep in touch namun tahap perhubungan lebih kpd kenalan biasa... pada yg masih berhubung mesra, itu adalah bonus utk diri anda! Alhamdulillah a'a kulli haal..

Dalam pada itu, tidak terkecuali zaman berkeluarga juga adalah momen kehidupan seseorang itu pada sisi yang lain.. utk si lelaki, bagaimana dia mengemudi bahtera & anugerah Allah yg telah diamanahkn kpdnya.. bagi si isteri pula, bagaimana pula cara utk menguruskn rumahtangga dgn penuh rasa kasih sayang & penuh ketenangan... semestinya dengan sokongan di antara keduanya utk melengkapi seadanya..

Ditambah dgn kehadiran si kecil yang menyerikan lg kehidupan & suasana berumahtangga.. tahap kegembiraan semestinya berganda.. wlwpun ada pasang surutnya di situ.. itulah ni'mat & anugerah Allah yg tidak terhingga..

Sementara bagi yg belum ada rezeki utk memilikinya.. hadapilah peluang utk hidup berdua sebaiknya selagi ada masa... ada hikmah yg tersurat & tersirat pada taqdirnya.. masa anda juga akan tiba dgn izinya... yakinlah, insyaAllah!

Segala yg Allah tentukan tidak akan pernah menjadi sia2 jika mengambil pengajaran dengan penuh rasa kehambaan & ketaqwaan.. bersyukurlah dengan segala ni'mat yg kita perolehi, dan bersyukur juga pabila kita diuji... Begitulah aturannya kehidupan manusia.. penuh dgn rencah yg sudah semestinya penuh dgn pelbagai rasa.. lebih enak dari ikan siakap yang hanya mempunyai 3 rasa! END.

--------

My favourite Ramadhan Nasyeed
-Amalan Ramadhan-


Mizwar Abduh
1 Ramadhan 1432H

Tuesday, July 5, 2011

3A (Anak Amanah Allah)

"Sewaktu aku pulang, dia sambut aku dgn senyuman.. dari jauh dia tersengih-sengih ke arah aku.. sebaik saja aku mengambilnya, dia mula menyebek dan menangis... begitulah sehari-harian keletahnya.. bak kata org, jinak-jinak merpati..

Boleh dikatakan setiap masa dia hanya ingin mendampingi ibunya.. wlwpun kadang-kadang terasa geram dgnnya..geram dlm erti kata mahu memeluk dan membiarkan dia selalu berada di sisi... dlm sisi yg lain, aku lebih banyak masa utk bersenang-senang dahulu... dan si ibu pula perlu melayan si dia setiap masa, termasuklah waktu makan, tido dan sewaktu dgnnya..

Selalunya kami akan membiarkan dia merangkak dan bermain-main di lantai... tambahan pula dia semakin pandai membaling bola.. diambil bola dan dibaling.. rutin itu diulang-ulang sehinggalah dia merasa jemu.. nak dibandingkan beberapa bulan yang lalu, bola hanya dibelek dan dimasukkan ke mulut.. seronok melihat perkembangan dia.. namun, jika dibiarkan beliau bersendirian, mulalah aktiviti memanjat, membuka almari dan laci.. dlm hal ini, aku agak kecapekan.. nak dibiarkan, bisa membuatkan dia terjatuh.. wlwpun beberapa kali sudah terjatuh dek ketidakstabilan beliau mengimbangi badan.."


Baik si ibu mahupun si bapa, elakkan daripada menggunakan frasa kata yang berbunyi negatif seperti jangan panjat, jangan makan, dan lain-lain lagi jangan... tetapi gunakan alternatif lain seperti duduk @ pergi sana (jika dia memanjat), letak @ buang (jika dia makan sesuatu) dan sebagainya.. wlwpun terkadang kita terlepas cakap dgn frasa yg negatif, sekurang-kurangnya kita berusaha utk lakukan yg terbaik... mudah-mudahan, sedikit sebanyak kita telah terapkan nilai-nilai yg baik utk anak-anak kita..

Dalam hal menjaga keselamatan anak-anak pula... sebaik dan sesempurna boleh kita akan memastikan anak kita dlm keadaan yg serba selamat.. memastikan anak kita berada dlm keadaan yg bersih.. supaya dapat dielakkan daripada simptom-simptom yang tidak diingini.. antaranya ruam atau gatal-gatal badan, selsema dek habuk, demam dan sebagainya..

Begitu juga dari segi pemakanan, kita menyediakan makanan yg terbaik utk anak kita.. seawal kelahiran, kita menyediakan susu ibu yang diyakini terbaik di antara susu-susu yang ada di dunia ini.. setelah usia 6 bulan, kita sediakan anak-anak kita dgn makanan yg sihat, berkhasiat dan tentunya tidak memudaratkan.. dan begitulah seterusnya.. hal-hal pemakanan perlu lah dititikberatkan sedari awal, sebagai langkah awal dlm mendidik anak-anak... dari pemakanan juga akan membentuk minda, fizikal dan juga syakhsiah anak-anak.. ini semua adalah termasuk dalam tanggungjawab dan amanah utk ibubapa laksanakan sebagai satu kewajipan.. jika hal ini dipandang enteng, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan syakhsiah anak-anak kita nanti.. mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang, namun kemungkinan kita akan sedar apabila anak-anak kita membesar ke alam dewasa nanti..

Dan dalam aspek membentuk jatidiri mahupun disiplin anak-anak pula, semuanya bermula dari rumah.. samada dari aspek kebersihan, pengurusan diri, kekemasan, mematuhi masa dan sebagainya.. sedari awal jika kita terapkan nilai-nilai yg baik dan disiplin yang teratur, anak-anak kita akan terbiasa dan akan menjadi makanan hariannya dalam membesar menjadi dewasa kelak...

Jadi, apa jua hala tuju kita dlm membesarkan anak-anak, kesabaran dan ketegasan perlu berjalan seiring.. di samping itu, sentiasa lah berdoa kepada Allah dan menerapkan nilai-nilai mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran & As-Sunnah.. tiada alasan samada itu adalah anak pertama, kedua, ketiga mahupun ke seterusnya... Semoga anak-anak yg kita didik akan membesar menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.. Itulah amanah yang telah dipertanggunjawabkan untuk mereka yg bergelar ibu dan bapa. Ingat, Anak Amanah Allah.. Wallahua'lam.

Mizwar Abduh
6 July 2011

Wednesday, June 29, 2011

27 Rajab 1432

Salam 'Alayik...

Kejap je Rajab nak habis, Syaaban bakal menjelma, kemudian Ramadhan... Lama tak update blog... rasa mcm nk update.. tp bila draft separuh.. aku cancelkan mcm tu jer.. even kat FB pun malas.. just layan status kawan2 jer..

Pengisian

Anyway, just a simple note from drMAZA masa kami ke Kuliah beliau malam td di IQ.. sebelum beliau membuat kupasan hadis dari kitab RiyadhusSolihin, beliau ada menyentuh bab Qana'ah.. ya, maksudnya rasa cukup & bersyukur dgn apa yg kita ada... org yg kaya adalah org yang bersyukur dan org yg miskin adalah org yang terlalu banyak hajatnya.. org yg bermewah-mewah, hari2 mencari atau memikirkan menu makanan utk dijamah.. mahu yg lebih hebat & lebih sedap.. namun, org yg kekurangan harta, rasa cukup dan sedap menjamah apa sahaja yg dia ada.. Allahu Akbar..

Ada satu kisah yg lebih kurang begini pemahamannya : Ketika Salman al-Farisi menanti ajal, Sa'ad bin Abi Waqas datang menjenguknya dan ia dapati Salman menangis, teringat pesan Rasulullah SAW :

"Hendaklah bahagian masing-masing untuk mu dari kekayaan dunia ini seperti bekal seorang pengembara".

Sedangkan ia merasa hartanya masih banyak. Padahal ketika itu Salman hanya mempunyai kira2 20 dirham sahaja...

Bekal seorang pengembara adalah sekadarnya.. sewaktu kita mengembara/bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, hanya barang yang sekadarnya yang mampu kita bawa... Begitulah perumpamaannya...

Itulah kupasan bab Qana'ah sebelum beliau memulakan kuliah semalam.. Dan pada akhir kuliah, ada jamuan pulut durian.. rezeki... hehe..

Adib Zaidan

As of perkembangan Adib Zaidan, sekarang dia dah hampir ke fasa 10bulan.. banyak keletah, masih merangkak, memanjat, kadang2 terjatuh.. baru menampakkan gigi taring bahagian atas... dah pandai tarik tudung Ibu waktu nak kena tinggal kat nursery... bila nangis akan sebut "atet" berulangkali.. entah apa yg dimaksudkannya.. takkan sakit kot.. bila kawan2 nak balik dr nursery dia senang utk melambaikan tgn tanda 'babai'.. tp bila dia yang nk balik, org suruh babai.. dia tak nak pulak...

Sesekali seronok tgk keletah & tumbesaran beliau... wlwpun kadang2 agak penat nak tangkap dia.. cepat benar dia merangkak ke bucu meja untuk memanjat serta merangkak2 ke dapur... klw dah boleh jalan nnt mcmana pulak la ye... Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Sekarang, setiap hari aku tak sabar nak balik ke rumah untuk melihat keletah Adib dan bermain2 dgnnya.. walaupun dia lebih suka berada dgn ibunya sahaja... klw menangis, ibunya sahaja yg dia cari.. waktu kami makan, dia pun sibuk nak makan... Adib dah makan nasi, bubur, pisang, biskut, kek dan lain2 makanan yg lembut... wlwpun susu yg dihantar ke nursery agak tidak banyak diminum.. melainkn direct BF baru lama dia menyusu..

Di usia 9bulan, Adib agak sedikit kecil dgn berat belum mencecah 8kg.. tp Alhamdulillah.. perkembangan dia yang aktif, makan cukup... mungkin ikut genetik ayahnya yang kecil & kurus!!! haha... Adios :)

Tuesday, March 1, 2011

"..di ambang 6 bulan.."

Salam...

Lama jugak tak update blog... even bukak blog pun jarang2... sbb sibuk berpindah-randah ke sana ke mari.. Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Adib Zaidan @ 5months++...

Menanti usianya 6 bulan.. mungkin Adib dah bersedia utk menghadamkan makanan2 yang agak pepejal.. setakat ni, kami masih belum membuat apa2 persediaan pemakanan utk Adib.. setakat yg terfikir tu bubur nasi, nestum, biskut.. hmm.. itu je lah.. maklum la pengalaman pertama.. so, tak berapa tau sgt.. baru nak belajar2.. perkongsian maklumat dialu2kan..

Beberapa minggu lalu.. Adib ada demam ON & OFF.. hari ni ok, esok panas.. esok ok, hari ni panas.. check suhu dlm 36++ ke 37++... mungkin dia nk adapt cuaca yg tak menentu sejak kebelakangan ni.. skrg Alhamdulillah dah OK.. hopefully Adib terus membesar dgn sihat.. Apajua yg Allah taqdirkan.. moga mengajar kami erti ketabahan & kesabaran... Lain org lain ujiannya.. moga kita sama2 ambil 'ibrah...

Apapun, zuriat adalah anugerah terindah & merupakan amanah dr Allah utk hamba2NYA.. moga kita sama2 dpt mencorakkan mereka dgn Iman, Ilmu & Amal yg soleh.. tiada apa yg dpt dibanggakan malah merupakan tanggungjawab besar utk kita yg bergelar ibu/bapa... Segala puji-pujian, adalah hak milik mutlak Allah yg menganugerahkannya.. Wallahua'lam..

Last but not least.. CONGRATS to all newborn... (lama x update & x terwish..huhu)
- Ciki & Nad : Ahmad Ziyad
- Nawal & Rusdi : Muhammad Ilham Haziq
- PakLah & Ana : Ahmad Mujahid
- Pojan & Amir : Iyman Amalea
- Taib & Wife : baby boy (nama apa ye?)
Moga membesar menjadi anak yg soleh & solehah.. Ameen... :)