Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Begitulah antara bait2 nasyid Kehidupan nyanyian semula in-team & Nazrey Johani... penuh bermakna buat kita sbg hambaNYA... Sesekali Allah menguji hambaNya tanda kasih sayang yg tak terhingga dariNYA... Sedetik itu jua lah kita sbg hambaNYA merasa diri begitu hina dan tertekan dgn segala ujian yg dilalui.. Namun ingatlah... janji Allah buat hambaNYA... tidak akan diuji seseorg itu melainkn dgn kemampuan dirinya...
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286)
Sesungguhnya Allah maha pengasih & penyayang... setiap yg hidup tidak akan merasa sunyi dr apa jua musibah mahupun ujian dr Allah... selagimana kita redha & pasrah.. kita akan BAHAGIA dgn ujian tersebut.. lain tahap keimanan seseorang... maka lain juga lah tahap ujian yg dihadapinya...
Sungguhpun demikian, dalam menghadapi apajua ujian yg dihadapi... kita bertanggunjawab utk menghadapinya dgn tabah... dengan penuh rasa tawaddhu' dan rasa kehambaan.. andai ujian tersebut adalah yg terbaik utk kita.. maka tempuhilah dgn penuh rasa TAQWA... kerana disebalik ujian itu, Allah lebih mengetahui segala yg terbaik & hikmah utk diri hambaNYA
Dalam melalui segala jerih perit ujian yg dihadapi, ingatlah... apapun jua tindakan kita pada hari ini... ianya akan memberi kesan yang besar di masa hadapan... kerana itulah, kita perlu bertindak dengan penuh rasa keimanan di dada... kesilapan bertindak pada hari ini akan memberi kesan yang bukan calang2 pada masa hadapan.... kerana tindakan kita perlu mengambil kira maslahah peribadi dan juga org di sekeliling kita... agar tidak menjadi barah apatah lagi menjadi fitnah kemudiannya...
Justeru, istikharah adalah jalan yg terbaik... kerana tindakan mahupun keputusan yg kita ambil, kita telah berserah pada Allah... semestinya tindakan itu dikira matang... kerana kita bersandarkan kpd petunjuk & hidayah dr Allah swt... tiada yg lain melainkan hidayah dariNYA
Selebihnya kita sebagai hamba perlu redha, berlapang dada & bersangka baik menghadapi ujian dr Allah.. berfikiran positif serta menjauhi dari memikirkan hal2 yang negatif... selalu menenangkan diri dengan lebih akrab dgn Allah swt... kepada Allah sebaik2 tempat pengaduan.. kerana DIA sentiasa mendengar rintihan & doa2 dr hambaNYA...
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (Ghaafir : 60)
Dan yg pasti ada sebab kita diuji sedemikian rupa... kerana tidaklah sesuatu itu terjadi tanpa sebab.... selalulah perbaiki diri dan rasa REDHA dgn apa yg berlaku... terus lah bermuhasabah dan mengenal diri... kerana disitu terletak cahaya yang akan pasti BERSINAR...
Nasyid : Kehidupan
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Nyanyian semula Inteam & Nazrey Johani
No comments:
Post a Comment