Showing posts with label MySelf. Show all posts
Showing posts with label MySelf. Show all posts

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H

Ramadhan Kareem.. Selamat bersahur, Selamat berpuasa & Selamat berbuka kpd semua yg berpuasa... Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yg terbaik utk kita semua di samping dgn kesibukan masing2.. InsyaAllah.. Itulah harapan setiap ummat Islam tatkala meyambut kedatang bulan yg penuh keberkatan ini.. Alhamdulillah...
--------

Mengimbau kenangan setiap dari kita, semenjak dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kehidupan di kampus, kehidupan ketika zaman bekerja & masih bujang dan juga zaman berkahwin & mempunyai anak... (zaman tua belum dirasai pengalamannya.. jika diizinkanNYA mudah2 dapat merasainya)

Pandangan peribadi aku, zaman sekolah menengah & zaman di kampus punya keistimewaan tersendiri.. wlwpun zaman pra-sekolah & sekolah rendah semestinya zaman kita hanya berseronok dan tidak memikirkan apajua masalah di sekeliling kita.. namun, zaman sekolah menengah & kehidupan di alam kampus ada jawapannya kenapa aku memilih zaman tersebut...

Pertamanya, bak kata org, usia mematangkan tahap pemikiran seseorang.. waktu itu, perkembangan emosi juga seiring dalam mengekspresikan sesuatu perkara.. dari situ kita sudah bijak menilai & mentafsirkan sesuatu perkara yg berlaku dlm kehidupan kita..

Seterusnya, perasaan kebersamaan (mu'ayasyah) bersama-sama rakan2 & ahli keluarga.. berbanding zaman kanak2, kita hanya bermain & berseronok semata-mata... namun zaman remaja & seumpamanya punya alasan tersendiri.. waktu ini, 'bonding' kita dgn rakan2 seperjuangan mahupun ahli keluarga mula terbina.. teman sama2 susah mahupun senang.. rakan ke hulur ke hilir bergerak ke sana ke mari bersama-sama... sahabat utk berkongsi segala suka duka mahupun citarasa, bertukar2 pendapat dan sebagainya..

Dengan sebab itu, hubungan yg terbina waktu itu mudah utk dipanjangkn sehingga ke zaman sekarang.. atau dgn lebih tepat masih terus berhubungan (keep in touch)... berbanding dgn zaman sekolah rendah, yg kebanyakannya sudah membawa haluan masing2.. tidak dinafikan masih ada yg keep in touch namun tahap perhubungan lebih kpd kenalan biasa... pada yg masih berhubung mesra, itu adalah bonus utk diri anda! Alhamdulillah a'a kulli haal..

Dalam pada itu, tidak terkecuali zaman berkeluarga juga adalah momen kehidupan seseorang itu pada sisi yang lain.. utk si lelaki, bagaimana dia mengemudi bahtera & anugerah Allah yg telah diamanahkn kpdnya.. bagi si isteri pula, bagaimana pula cara utk menguruskn rumahtangga dgn penuh rasa kasih sayang & penuh ketenangan... semestinya dengan sokongan di antara keduanya utk melengkapi seadanya..

Ditambah dgn kehadiran si kecil yang menyerikan lg kehidupan & suasana berumahtangga.. tahap kegembiraan semestinya berganda.. wlwpun ada pasang surutnya di situ.. itulah ni'mat & anugerah Allah yg tidak terhingga..

Sementara bagi yg belum ada rezeki utk memilikinya.. hadapilah peluang utk hidup berdua sebaiknya selagi ada masa... ada hikmah yg tersurat & tersirat pada taqdirnya.. masa anda juga akan tiba dgn izinya... yakinlah, insyaAllah!

Segala yg Allah tentukan tidak akan pernah menjadi sia2 jika mengambil pengajaran dengan penuh rasa kehambaan & ketaqwaan.. bersyukurlah dengan segala ni'mat yg kita perolehi, dan bersyukur juga pabila kita diuji... Begitulah aturannya kehidupan manusia.. penuh dgn rencah yg sudah semestinya penuh dgn pelbagai rasa.. lebih enak dari ikan siakap yang hanya mempunyai 3 rasa! END.

--------

My favourite Ramadhan Nasyeed
-Amalan Ramadhan-


Mizwar Abduh
1 Ramadhan 1432H

Tuesday, July 5, 2011

3A (Anak Amanah Allah)

"Sewaktu aku pulang, dia sambut aku dgn senyuman.. dari jauh dia tersengih-sengih ke arah aku.. sebaik saja aku mengambilnya, dia mula menyebek dan menangis... begitulah sehari-harian keletahnya.. bak kata org, jinak-jinak merpati..

Boleh dikatakan setiap masa dia hanya ingin mendampingi ibunya.. wlwpun kadang-kadang terasa geram dgnnya..geram dlm erti kata mahu memeluk dan membiarkan dia selalu berada di sisi... dlm sisi yg lain, aku lebih banyak masa utk bersenang-senang dahulu... dan si ibu pula perlu melayan si dia setiap masa, termasuklah waktu makan, tido dan sewaktu dgnnya..

Selalunya kami akan membiarkan dia merangkak dan bermain-main di lantai... tambahan pula dia semakin pandai membaling bola.. diambil bola dan dibaling.. rutin itu diulang-ulang sehinggalah dia merasa jemu.. nak dibandingkan beberapa bulan yang lalu, bola hanya dibelek dan dimasukkan ke mulut.. seronok melihat perkembangan dia.. namun, jika dibiarkan beliau bersendirian, mulalah aktiviti memanjat, membuka almari dan laci.. dlm hal ini, aku agak kecapekan.. nak dibiarkan, bisa membuatkan dia terjatuh.. wlwpun beberapa kali sudah terjatuh dek ketidakstabilan beliau mengimbangi badan.."


Baik si ibu mahupun si bapa, elakkan daripada menggunakan frasa kata yang berbunyi negatif seperti jangan panjat, jangan makan, dan lain-lain lagi jangan... tetapi gunakan alternatif lain seperti duduk @ pergi sana (jika dia memanjat), letak @ buang (jika dia makan sesuatu) dan sebagainya.. wlwpun terkadang kita terlepas cakap dgn frasa yg negatif, sekurang-kurangnya kita berusaha utk lakukan yg terbaik... mudah-mudahan, sedikit sebanyak kita telah terapkan nilai-nilai yg baik utk anak-anak kita..

Dalam hal menjaga keselamatan anak-anak pula... sebaik dan sesempurna boleh kita akan memastikan anak kita dlm keadaan yg serba selamat.. memastikan anak kita berada dlm keadaan yg bersih.. supaya dapat dielakkan daripada simptom-simptom yang tidak diingini.. antaranya ruam atau gatal-gatal badan, selsema dek habuk, demam dan sebagainya..

Begitu juga dari segi pemakanan, kita menyediakan makanan yg terbaik utk anak kita.. seawal kelahiran, kita menyediakan susu ibu yang diyakini terbaik di antara susu-susu yang ada di dunia ini.. setelah usia 6 bulan, kita sediakan anak-anak kita dgn makanan yg sihat, berkhasiat dan tentunya tidak memudaratkan.. dan begitulah seterusnya.. hal-hal pemakanan perlu lah dititikberatkan sedari awal, sebagai langkah awal dlm mendidik anak-anak... dari pemakanan juga akan membentuk minda, fizikal dan juga syakhsiah anak-anak.. ini semua adalah termasuk dalam tanggungjawab dan amanah utk ibubapa laksanakan sebagai satu kewajipan.. jika hal ini dipandang enteng, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan syakhsiah anak-anak kita nanti.. mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang, namun kemungkinan kita akan sedar apabila anak-anak kita membesar ke alam dewasa nanti..

Dan dalam aspek membentuk jatidiri mahupun disiplin anak-anak pula, semuanya bermula dari rumah.. samada dari aspek kebersihan, pengurusan diri, kekemasan, mematuhi masa dan sebagainya.. sedari awal jika kita terapkan nilai-nilai yg baik dan disiplin yang teratur, anak-anak kita akan terbiasa dan akan menjadi makanan hariannya dalam membesar menjadi dewasa kelak...

Jadi, apa jua hala tuju kita dlm membesarkan anak-anak, kesabaran dan ketegasan perlu berjalan seiring.. di samping itu, sentiasa lah berdoa kepada Allah dan menerapkan nilai-nilai mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran & As-Sunnah.. tiada alasan samada itu adalah anak pertama, kedua, ketiga mahupun ke seterusnya... Semoga anak-anak yg kita didik akan membesar menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.. Itulah amanah yang telah dipertanggunjawabkan untuk mereka yg bergelar ibu dan bapa. Ingat, Anak Amanah Allah.. Wallahua'lam.

Mizwar Abduh
6 July 2011

Wednesday, June 29, 2011

27 Rajab 1432

Salam 'Alayik...

Kejap je Rajab nak habis, Syaaban bakal menjelma, kemudian Ramadhan... Lama tak update blog... rasa mcm nk update.. tp bila draft separuh.. aku cancelkan mcm tu jer.. even kat FB pun malas.. just layan status kawan2 jer..

Pengisian

Anyway, just a simple note from drMAZA masa kami ke Kuliah beliau malam td di IQ.. sebelum beliau membuat kupasan hadis dari kitab RiyadhusSolihin, beliau ada menyentuh bab Qana'ah.. ya, maksudnya rasa cukup & bersyukur dgn apa yg kita ada... org yg kaya adalah org yang bersyukur dan org yg miskin adalah org yang terlalu banyak hajatnya.. org yg bermewah-mewah, hari2 mencari atau memikirkan menu makanan utk dijamah.. mahu yg lebih hebat & lebih sedap.. namun, org yg kekurangan harta, rasa cukup dan sedap menjamah apa sahaja yg dia ada.. Allahu Akbar..

Ada satu kisah yg lebih kurang begini pemahamannya : Ketika Salman al-Farisi menanti ajal, Sa'ad bin Abi Waqas datang menjenguknya dan ia dapati Salman menangis, teringat pesan Rasulullah SAW :

"Hendaklah bahagian masing-masing untuk mu dari kekayaan dunia ini seperti bekal seorang pengembara".

Sedangkan ia merasa hartanya masih banyak. Padahal ketika itu Salman hanya mempunyai kira2 20 dirham sahaja...

Bekal seorang pengembara adalah sekadarnya.. sewaktu kita mengembara/bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, hanya barang yang sekadarnya yang mampu kita bawa... Begitulah perumpamaannya...

Itulah kupasan bab Qana'ah sebelum beliau memulakan kuliah semalam.. Dan pada akhir kuliah, ada jamuan pulut durian.. rezeki... hehe..

Adib Zaidan

As of perkembangan Adib Zaidan, sekarang dia dah hampir ke fasa 10bulan.. banyak keletah, masih merangkak, memanjat, kadang2 terjatuh.. baru menampakkan gigi taring bahagian atas... dah pandai tarik tudung Ibu waktu nak kena tinggal kat nursery... bila nangis akan sebut "atet" berulangkali.. entah apa yg dimaksudkannya.. takkan sakit kot.. bila kawan2 nak balik dr nursery dia senang utk melambaikan tgn tanda 'babai'.. tp bila dia yang nk balik, org suruh babai.. dia tak nak pulak...

Sesekali seronok tgk keletah & tumbesaran beliau... wlwpun kadang2 agak penat nak tangkap dia.. cepat benar dia merangkak ke bucu meja untuk memanjat serta merangkak2 ke dapur... klw dah boleh jalan nnt mcmana pulak la ye... Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Sekarang, setiap hari aku tak sabar nak balik ke rumah untuk melihat keletah Adib dan bermain2 dgnnya.. walaupun dia lebih suka berada dgn ibunya sahaja... klw menangis, ibunya sahaja yg dia cari.. waktu kami makan, dia pun sibuk nak makan... Adib dah makan nasi, bubur, pisang, biskut, kek dan lain2 makanan yg lembut... wlwpun susu yg dihantar ke nursery agak tidak banyak diminum.. melainkn direct BF baru lama dia menyusu..

Di usia 9bulan, Adib agak sedikit kecil dgn berat belum mencecah 8kg.. tp Alhamdulillah.. perkembangan dia yang aktif, makan cukup... mungkin ikut genetik ayahnya yang kecil & kurus!!! haha... Adios :)

Tuesday, March 1, 2011

"..di ambang 6 bulan.."

Salam...

Lama jugak tak update blog... even bukak blog pun jarang2... sbb sibuk berpindah-randah ke sana ke mari.. Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Adib Zaidan @ 5months++...

Menanti usianya 6 bulan.. mungkin Adib dah bersedia utk menghadamkan makanan2 yang agak pepejal.. setakat ni, kami masih belum membuat apa2 persediaan pemakanan utk Adib.. setakat yg terfikir tu bubur nasi, nestum, biskut.. hmm.. itu je lah.. maklum la pengalaman pertama.. so, tak berapa tau sgt.. baru nak belajar2.. perkongsian maklumat dialu2kan..

Beberapa minggu lalu.. Adib ada demam ON & OFF.. hari ni ok, esok panas.. esok ok, hari ni panas.. check suhu dlm 36++ ke 37++... mungkin dia nk adapt cuaca yg tak menentu sejak kebelakangan ni.. skrg Alhamdulillah dah OK.. hopefully Adib terus membesar dgn sihat.. Apajua yg Allah taqdirkan.. moga mengajar kami erti ketabahan & kesabaran... Lain org lain ujiannya.. moga kita sama2 ambil 'ibrah...

Apapun, zuriat adalah anugerah terindah & merupakan amanah dr Allah utk hamba2NYA.. moga kita sama2 dpt mencorakkan mereka dgn Iman, Ilmu & Amal yg soleh.. tiada apa yg dpt dibanggakan malah merupakan tanggungjawab besar utk kita yg bergelar ibu/bapa... Segala puji-pujian, adalah hak milik mutlak Allah yg menganugerahkannya.. Wallahua'lam..

Last but not least.. CONGRATS to all newborn... (lama x update & x terwish..huhu)
- Ciki & Nad : Ahmad Ziyad
- Nawal & Rusdi : Muhammad Ilham Haziq
- PakLah & Ana : Ahmad Mujahid
- Pojan & Amir : Iyman Amalea
- Taib & Wife : baby boy (nama apa ye?)
Moga membesar menjadi anak yg soleh & solehah.. Ameen... :)

Monday, November 29, 2010

Macam-Macam Ada

Salam...

Kebosanan plak di 'tempat kerja' hari ni... cuaca sejuk sepanjang hari.. rasa nak tido jer... apapun semuanya adalah rahmat dr Allah s.w.t... kena bersyukur seadanya..

Sambil2 tu aku tune la channel tv ni ke tv3.. (maklum la 'tempat kerja' aku ni tak ada Astro..) Dan cerita hari ni adalah Putera Katak.. Adoii.. lepas 1-1 cerita diorg tayangkn dlm Slot Lagenda ni.. dah la cerita mengarut2... siap bleh menafsir alam lain pulak tu.. dah tu waktu lain pulak asyik ulang tayang jer cerita2 yg lama2.. + cerita dari negara asing... nak buat mcmana, aku tak berminat kan.. sbb tu la aku membebel... huhu... tak payah la aku nak komen panjang2.. sekadar mengomel ja dlm entry kali ini.. :D

Hari ni ada chat dgn seorang kenalan yg aku kenal melalui kawan aku (jgn perasan pada yg tau siapa dia.. haha)... sambil2 dok chat tu tetiba teringat ttg my old posting - Usrati masa mula2 start blogging in June 2008... Tak sangka.. question mark yg aku letak pada hujung entry tersebut.. rupa2nya Adib Zaidan is the lucky no.27... hehe sekadar suka2.. tak ada apa2 indikasi pun... huhu...

Dan macam ini lah jika tahap kebosanan melampau... dah mcm2 cerita yg masuk dlm entry ni.. hujan masih lebat di luar.. rasa nak balik awal ke rumah... semestinya nak jumpa 'qurratu a'yun' yg ada di rumah... mcm itu lah perasaannya apabila ada zuriat pengikat kasih sayang... syukur atas nikmat yg Allah berikan... wlwpun diri ini sentiasa alpa & lalai... moga Allah mengampuni aku & merahmati kehidupan kami sekeluarga...

Sebelum terlambat, nak wish Tahniah kepada my frens :
- Amir Amri & Saniah dgn kehadiran Hadif Zuhaily
- Ismail Rafek & Didie with lil princess Ilham Thurayya
- Nas & Leen dgn cahayamata kedua A'isy Naufal...
moga kehadiran mereka menambahkn seri kpd rumahtangga kalian..

Kpd2 yang bakal menanti kehadiran2 cahayamata hujung Dec ni - Nawal & Rusdi, Ciki & Nad, Pak Lah & Ana... All da best!! moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Ameen... (utk yg tahun hadapan tunggu entry tahun hadapan.. hehe) jika diberi kesempatan umur olehNYA insyaAllah.... kpd yg masih menanti2, moga semuanya dimurahkn rezeki.. jaga hati & hiasi peribadi.. insyaAllah murah rezeki... (sambil ingatkn diri sndiri.. huhu ^_^)

OK lah, cukuplah sampai disini... kerana hujan masih belum berhenti... lebih baik aku yg berhenti.. :) Wallahua'lam...

Wednesday, November 24, 2010

"Apa Saja"

Ya-Betul-Benar-Tepat... itulah jawapan yang sebenarnya...

Aku memang agak ketandusan idea untuk meng'update' blog seperti biasa... Wlwpun bermacam2 perkara yg berlaku sekitarnya... Hari ni je rajin skit nk update..

---------------------



Sejak kelahiran Adib Zaidan (AZ).. rutin kehidupan mula berubah kerana banyak perkara perlu di'adapt'... namun, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... bermula dari hari kelahiran AZ, boleh dikatakan kami berulang-alik ke Klinik & Hospital untuk check bacaan tahap kuning/jaundice pada AZ... seperti yg dijangka, oleh kerana AZ pre-mature border @ 36w4d... menurut doktor, tahap kuning AZ mengambil masa lebih kurang 1-2 bulan utk disappear.. begitulah kira2nya sehingga 1bulan baru lah ianya menunjukkan kuning AZ dah hilang... Syukur...

Sekadar ingin berkongsi sepanjang AZ kena kuning, pada awalnya hanya susu ibu yg diberikn pada AZ atas nasihat nurse2.. namun pengalaman semalaman AZ & ibunya ditahan di Wad HKB, mengambil nasihat dari kenalan utk cuba beri cecair utk jaundice dari klinik homeopathy.. kami usahakn juga & bertawakkal... daily check-up menujukkan up & down tahap kuning AZ... kemudian nurse di klinik harian tersebut secara unofficial (off record) suggest utk cuba sengkuang cina... dicincang halus & diberi airnya kpd AZ.. so far result yg agak positif wlwpun minimal... akhir sekali, aku teringat pada minggu pertama kelahiran AZ, aku pernah memberi air zam-zam 1 kali.. dan bacaan kuningnya pada esok hari sangat positif.. dan mengingatkn hal itu, aku hanya memberikn air zam-zam utk AZ selain dari susu ibu... Alhamdulillah keputusan kuning AZ makin menurun sehingga lah Doktor beritahu tak perlu pergi daily check-up lagi sehingga usia AZ 1 bulan.. dan Alhamdulillah sewaktu check-up AZ di usia 1 bulan tahap kuning berada pada tahap normal & bebas dari kuning...

Beralih ke hal breastfeeding pula... setiap ibubapa mesti mahukn yg terbaik utk anak2 mereka.. begitu juga dgn kami.. selagi boleh, aku mmg mengharapkn wifey aku dpt fully-BF AZ... pada awalnya kuantiti susu agak kurang... sehingga wife cadangkn utk beli susu formula sebagai 'back-up'... dan aku kurang setuju kerana ia akan memberi kesan psycologi kpd isteri aku utk menghasilkan susu badan... ikhtiar lain diusahakan... sayur sawi, sayur kucai & sayur lobak putih diberikn sbg juadah ketika lunch & dinner... Alhamdulillah.. respon yg positif.. dan diteruskn dgn tambahan RTC (produk homeopathy) sbg tambahan kpd usaha kami.. and so far alhamdulillah.. masih positif... masih terus mengharapkn yg terbaik... dan berdoa utk itu.. doakan ya!!

Tambahan pula sprti yg diketahui... kelebihan2 yg Allah berikn kpd susu ibu.. antibodi yg kuat utk baby survive selepas kena cucuk 1bln, 2bln or 3bln... Alhamdulillah setakat ini AZ tak kena demam selepas cucuk.. dan badan dia tak ada ruam2 yg berat... Wallahua'lam.. tak mau ckp lebih2... kerana masa depan masih panjang.. dan moga Allah pemudahknnya... Ameen..

Selain itu, mengambil petua dari mak (based on her experience handle anak2 & cucu2).. waktu mandikan baby paling awal jam 10pagi... dan itu juga yg kami cuba aplikasi utk AZ... setakat ini Alhamdulillah AZ belum lagi terkena demam/selsema/batuk... hopefully tak kena la... apapun petua itu & ini... segala2nya berbalik kpd kehendak Allah... yg baik itu dr Allah.. yg tak baik tu dr kelemahan kita sendiri.. namun apa jua yg Allah datangkn utk kita semuanya ada hikmah/mesej dariNYA utk kita sbg hambaNYA... whatever it is.. terpulang lah pada kehendak & keyakinan masing2...

Selebihnya cara kita masing2 berbeza mengikut tempat & keadaan.. tepuk dada tanya selera... tak ada yg lebih bermakna utk ibubapa yg mahukn yg terbaik utk anak2nya... dan jika ada sedikit kebaikan pada entry kali ini.. sama2 kita ambil manfaat.. or maybe u can just ignore it if is not applicable... -END-

Wednesday, September 29, 2010

:: Anugerah Terindah ::

End of January 2010
Mendapat perkhabaran isteri hamil 4weeks ++... Alhamdulillah syukur kpd Allah selepas setahun penantian... kiranya sbg hadiah Anniversary pertama kami...

Feb2010 - March2010
Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa...

April2010
Month of morning sickness... alhamdulillah tidak berlarutan ke bulan2 seterusnya...

May2010 - Jun2010
Alhamdulillah juga, semuanya berjalan seperti biasa...

July2010
Di suatu pagi... wifey bangun utk solat subuh... ada minor bleeding (kira2 setengah tompok shj).. warded @ HSJ semalaman... alhamdulillah tiada apa2 komplikasi.. cuma posisi uri agak ke bawah... (berlaku 2 kali dlm tempoh seminggu... so, 2 kali la warded semalaman) Alhamdulillah, final checkup pada +-30weeks, doktor sahkan uri dah back to normal... syukur.. klw tak, wife kena stay kat hospital sampai date of delivery...

Aug2010
Month of Ramadhan.. semuanya berjalan seperti biasa... wife pun dpt berpuasa sebaiknya...

Sept2010
Awal bulan Sept, 1st check-up doktor ada detect air ketuban kurang... however, doppler ultrasound was good.. everthing normal... then 2nd follow-up on 10th Sept.. a day before Raya Puasa... doktor bgtau kena masuk wad... & wife akan di-induce on 1st Syawal... Agak terkejut sbb tak sangka secepat ini... wlwpun terpancar kegembiraan dalam kerisauan...

Note : Due date based on period calculation - 5Oct2010, based on scan - 30Sept2010.. means +-awal 3minggu..

Maka, kami pun mintak balik dulu (kami stay kat umah mak kat Kepala Batas sbb plan sambut raya di sana)... wife buka puasa (kiranya tak puasa 1 hari)... mkn ketupat rendang, spaghethi, nasi tomato, nasi impit, pizza, cheese cake, chocolate cake sume siap... alhamdulillah semua menu tu siap di masak ptg tu jugak.... klw tak kempunan la wife nk mkn menda2 tu... Then, lbh krg jam 6pm baru register masuk sepital - Wad 9 : Atenatal... after maghrib aku pun balik rumah dulu... (about 30minit dr umah mak ke sepital)...

1st Syawal

Selepas solat sunat hari raya.. kami bersms jer... dan doktor pun telah meng-induce my wife @ 10am... and @ 10.30am wife dah start contraction... time melawat public holiday : 12noon sampai 7.30pm.. tghari tu baru aku ke hospital... lebih kurang waktu asar, ada turun tanda (kuar air) & check bukaan rahim baru 1cm jer... aku decide utk balik ke rumah sbb wallet tertinggal... masa drive ke hospital dah terperasan tak bawak wallet... sedapkan hati konon hari raya tak ada road-block... (Alhamdulillah selamat).. biasa la bila dah kelam kabut skit, mula lah lupa itu ini... lgpun wife dah bg izin utk aku balik... & aku pun nk biarkan dia berehat/tido....

At da same time, mak, abg & kak ipar on da way ke hospital.... dan ptg masa diorg kat hostpital tu... contraction wife lebih skit dr awal tadi... lepas tu dlm 6 lebih mak balik dari hospital.. diorg sume suruh aku ke hospital kot2 wife akan bersalin dlm masa yg terdekat... maka aku pun ke hospital semula... tunggu punya tunggu.. keadaan masih sama.. cuma contraction wife boleh dikatakan konsisten... x de stop sekejap2 dah... then, wife kesian aku kena stay kat lobby hospital sorg2.. dia suruh aku balik dulu.. anything dia akan call aku... with my mum permission, aku pun balik ke rumah... tgh mlm tu dlm 1am.. wife mesej.. kuar darah skit.. nurse check bukaan rahim dlm 2cm... diorg bgtau klw 3cm akan dibawa masuk ke labor room (normal masuk ke labor room : 4cm)... aku pun standby kot2 wife call utk masuk labor room... atlast wife ckp tido dulu... blom lg nak deliver kot... maka aku pun tido2 ayam.. kejap2 terjaga... @4.30am aku sms wife tanyakan keadaan dia... so far blum lg.. masih sama... masih terus menunggu....

2nd Syawal
About 7.30am... wife call... nurse check bukaan dah 4cm & akan di bawa ke labor room... aku pun bersiap2 ditemani kakak aku.. terus pecut ke hospital... sampai hospital tunggu la kat luar dewan bersalin tu... fyi, kat seberang perai ni ada 3 hospital kerajaan (Kepala Batas:HKB, Bukit Mertajam:HBM, Seberang Jaya:HSJ)... cuma sebarang kes/komplikasi semua kes akan direfer HSJ... klw HKB & HBM, husband boleh join dlm labor room... except HSJ tak boleh.. maka aku pun tak dapat join ke labor room.. hanya tak henti2 membaca doa & zikir yg boleh membantu memudahkan kelahiran zuriat kami...

Jam menunjukkan pukul +-9am... aku lihat status di kaunter dewan bersalin.. No.7 - Afifah : (/) : means dah bersalin.. (x) :belum bersalin... tp aku tak nampak nama 'Aiffah... gerak hati mengatakan maybe itulah nama my wife.. cuba tanya nurse kat situ...

Aku : my wife nama 'Aiffah tp tak ada dlm senarai tu... Afifah ada la..
Nurse : betul lah tu.. 'Aiffah tu susah skit...
Aku (dalam hati) : suke suki dia jer... but.. Alhamdulillah betullah wife aku dah selamat melahirkan zuriat kami...

Anggaran masa 7.30am ke labor room, jam 9am dah tunjuk status bersalin boleh dikatakan cepat jugak lah... aku pun start memberitahu mak aku & mak mertua yg wife dah selamat melahirkan bayi kami... cuma jantina bayi belum diketahui... sbb aku tak dpt bertemu dgn mereka lagi...

Berpeluang bertanyakan nurse...

Aku : Boleh tau jantina anak saya...
Nurse : kami tak bagitahu encik.. encik kena tgk sendiri...
Aku : OK... (baby & wife masih dlm labor room.. mcmana aku nk tgk sendiri??)
(fyi, 4 kali scan dgn doktor berlainan.. 2 votes for boy & 2 votes for girl.. so, kami pun suspen tak dpt tau dgn tepat... it's ok anyway, not a big deal)

Tunggu punya tunggu... masih belum dapat jumpa my wife & anak kami... jam menunjukkan 12tghari... (ya, diakui.. bilangan nurse agak terhad.. memandangkan musim perayaan)... aku masuk ke kaunter... kebetulan ada doktor di situ...

Aku : Excuse me... my wife dah deliver jam 9am tadi... until now saya belum azan my baby...
Doctor : owh ok.. tunggu sekejap...

Dalam 5minit... doktor itu membawa bayi aku utk diazankn... selesai diazankn, aku meminta izin utk lihat jantina bayi... Alhamdulillah 'ala kulli haal.. it's a baby boy.. :) Dan baby kami di bawa masuk ke labor room semula ke tmpat my wife... Aku pula terus ke surau utk sujud syukur.. Alhamdulillah atas Anugerah Terindah dari-NYA....

Selepas itu, bermula lah sessi berkongsikan khabar gembira kpd rakan2 & ahli keluarga...

Dan akhirnya lebih kurang jam +-1.00 tghari... baru lah my wife & my baby di bawa keluar dari dewan bersalin utk ditransfer ker Wad 10 : Postnatal... Alhamdulillah.. dpt lihat muka my wife & our baby...!! Syukur pd MU Ya Allah.... semuanya selamat... rupanya dia selamat melahirkan baby kami jam 8.31pg.. lebih awal dari sangkaan aku...

Bayi kami dilahirkan pd 2 Syawal 1431H / 11 Sept 2010 @ 8.31am

3 Syawal
About 3.00pm... my wife & the baby boleh discharge utk pulang ke rumah mak di Kepala Batas...

Dan tahun ini, raya aku hanya ulang alik ke hospital & duduk di rumah sahaja... gambar raya pun tak ada... pakaian raya kami berdua pun recycle jer.. tak ada baju raya baru... namun ianya sesuatu pengalaman yg berharga & indah.... :)

"AllahuAkbar-AllahuAkbar-AllahuAkbar.. Wa-lillaahil-hamd...
Alhamdulillah.. Walhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah..."

---- HARI KE-7 ---

Baby kami selamat dicukur kepala...

dan juga ditahnikkan dgn kurma + air zam zam....

diwar2kan namanya kepada umum : Adib Zaidan bin Muhammad...

:: THE END::

Saturday, September 18, 2010

'Eid Mubarak


Dalam kesibukan di 'Eidulfitri yg lalu.. masih belum terlambat rasanya kami mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
...Taqabbalallahu Minna Wa Minkum...

Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata & salah laku perbuatan sepanjang kalian mengenali saya....

Ikhlas,
Muhammad
'Aiffah
Adib Zaidan

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

Selamat Berpuasa semua...
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya...
Ameen..

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi):

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَالْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ - رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]

"Kullu Sanah Wa Antum Bi-Khayr"

-Al Faqeer Ilallah-
Muhammad Abdullah
'Aiffah Mohd Ali

Tuesday, July 20, 2010

Sharing Is Caring

Salam 'Alaiyk...

Ya, memang lama blog ini tidak ber-update... & Sorry to Ummi Nawal juga... tak terjawab2 tag dr dia yg dah berkurun itu... tapi hari ini, blog ini kembali menandakan pemilik blog ini masih sayang padanya... huhu...

Alhamdulillah 'ala kulli haal... syukur pada Allah atas segala kurniaan dariNYA... syukur juga atas segala ujian yg dilimpahkn pada hambaNYA ini....

Namun datang hamba disini bukan kerana kajang pak malau... tapi datang hamba kerana ingin berkongsi... berkongsi kegembiraan kawan2... :) Moga diambil segala yg baik & dibuang jauh apa sahaja yg tidak baik... moga niat baik perkongsian ini tidak disalah-ertikan... (kerana aku sering disalah-ertikan.. huhu tukar mood plak :p)

Begini al-kisahnya... beberapa bulan yg lalu, selepas mengetahui 'berita gembira' dari kami... seorang kenalan aku cuba menghubungi aku secara private di maya... dia bekongsi beberapa perkara... rupanya hampir 3tahun menuggu, beliau & suami masih belum dikurniakan zuriat...

Berbekalkan sedikit pengetahuan & hasil 'kajian' yg tidak seberapa... aku berkongsi sedikit tips/petua utk dia & suami amalkan... ianya lebih kpd spiritual & psycological approach... selain makanan/minuman tambahan... selebihnya serahkn semaksimanya kepada Allah untuk menentukan yg terbaik atas segala usaha yg dilakukan... INGAT, ianya bukan kerana tips/petua yg aku bagi... tetapi atas usaha masing2 & tawakkal kita kepadaNYA... selainnya atas asbab yang Allah telah taqdirkan... wallahua'lam...

Selepas tempoh itu, agak lama aku tidak bertanyakan khabar beliau selain mengelak bertanya berkaitan hal2 sedemikian.... tidak mahu menggangu emosi beliau...

Namun petang semalam, sambil baring2 kepenatan pulang dari hospital... aku menerima teguran 'chat FB' dari beliau... terkejut juga aku, setelah sekian lama kami tidak tegur-menegur di lama FB... sambil diminda aku menantikan berita gembira... namun agak kecewa kerana chat kami dimulakan dgn bertanya khabar sahaja... hmmm....

Kemudian...
"eh, nak share skit..." kata beliau...
"oh ye, nak share apa.." aku balas dan aku pun terus bangun mengadap screen laptop... (asalnya chat sambil baring.. sbb kepenatan.. style tak??? hahaha)

Rupa-rupanya beliau memberitahu khabar yg paling gembira utk beliau & keluarga... Alhamdulillah beliau sedang hamil hampir 2bulan... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... itu je yg terdetik dlm hati aku... aku yg membaca tulisan beliau pun agak terharu... ucapan tahniah utk beliau yg pada mulanya masih antara percaya atau tidak... Dan katanya, yang pasti suami beliau adalah org yg paling gembira skrg... dan aku boleh memahami perasaan beliau... :)

Pernah aku dgr org cakap... tahun 2010 ni tahun rezeki... ye la... rezeki itu tiap2 masa ada... tapi yg dimaksudkan di sini - ramai yg hamil tahun 2010 ni... huhu...

Kemudian sempat cerita kat my wifey kisah ni smlm... dia pun turut terharu & megalirkn air mata... huhu... kami tumpang seronok... Alhamdulillah....

Apapun tahniah juga kpd ramai kawan2 aku yg sama2 memperolehi 'rezeki ini' tahun ini.... Moga Allah permudahkn urusan kita seterusnya... dan bakal menjadi rezeki mereka yg masih menanti insyaAllah... segala2nya atas kehendak dariNYA yg mengetahui yg terbaik utk kita... Ameen...

p/s: Puan OP.... bila kita nk ON ni???? DAGC??? (u-know-who-u-are) hehehe... :D

Wednesday, May 12, 2010

"......."

Telah lama kita tersasar... dari cinta hakiki...
Telah lama kita terbiar... dari cinta yg suci...

Hmm... klw tak silap itu lirik lagu dr kumpulan Raihan... tetiba jer terdetik lagu tu kat fikiran aku... maka, aku pun terus tulis kat blog ini... moga ada kebaikan utk diri sendiri & yg membacanya... Cinta Hakiki & Cinta Yg Suci tu merujuk kepada CINTA pada PENCIPTA... moga kita sama2 perbaiki diri... dan mendapat peringatan dr insan2 sekeliling kita... Ameen....

Dah lama aku tak mengomel kat blog ini... mmg tak ada mood @ idea utk menulis... dgn kesibukan yg kdg2 buat2 sibuk... dan mcm2 hal... pejam celik pejam celik... Alhamdulillah dah 5bln berlalu... insyaAllah masih tinggal sisa lebih kurang 4bulan lagi utk Anugerah itu... syukur pada Allah swt....

Segala ni'mat yg Allah berikan perlu sentiasa disyukuri... apajua ujian juga perlu disyukuri... tanda kasih sayang dr Allah... tanda ingatan dr Allah utk kita renungi... yang penting utk kita muhasabah & perbaiki diri... Alhamdulillah 'ala kulli-haal...

Cukuplah setakat ini... sebagai tanda blog ini masih bertuan & dan tak pernah disisihkan... Akhir kata, moga yang baik2 aja mengiringi kita semua dalam apa jua hal... AMEEN...

"....يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا"
Maksud: Wahai orang yg beriman, jagalah diri kamu dan ahli (keluarga) kamu dari api neraka. (At-Tahrim:6)

Friday, March 12, 2010

AlFatihah Untuk Ayah

Salam 'Alaiyk...

Sekejap sahaja masa berlalu... rasanya masih baru entry Ayah aku nukilkan... namun masa berlalu begitu pantas... sedar tak sedar 1 tahun telah berlalu... yang pergi tak berganti walaupun ada bidalan "patah tumbuh hilang berganti"... namun... masih ada lagi hal2 yang takkan ada galang ganti... semuanya yg tinggal hanyalah amal & bakti yg soleh, sedeqah jariah & anak yg soleh...

Hari ni 12 Mac tahun Masihi... sesungguhnya tarikh ini merupakan satu tarikh yg menjadi kenangan buat kami sekeluarga.... 12.03.1998 - 12.03.2010... genap 12 tahun pemergian Allahyarham ayah.. Ayah yang dikasihi... beliau yg sangat menyayangi anak2nya terutama anak2 kecil...

Cuma sedikit ralat di hati, aku tidak dapat berbakti secara sepenuhnya sepanjang hayat beliau... kini hanya Ibu sahaja tempat untuk aku mecurahkan bakti & kasih sayang selagi terdaya & ada kesempatan masa....

Buat yg masih ada insan bergelar ibu & bapa, hargailah mereka sebaik mungkin semaksima mungkin selagi mereka masih ada.. & mengasihi mereka sepenuh hati tanpa ada sedikit pun rasa prejudis... apatah lg untuk berkira2 dgn mereka... tidak dpt dibandingkan nikmat kasih syg & material yg dikorbankan utk kita sedari umur kita berusia 1 hari sehinggalah kita berada pada tahap ini... tanpa mereka siapalah kita... setiap manusia hanya ada seorang Ibu & Ayah kandung... tiada dua tiada tiga... hanya mereka satu-satunya...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya & ditempatkn bersama mukminin & Solehin.. Al-Fatihah...

"Allahummaghfir-lahu war-hamhu wa'afiehi wa'fu-'anhu.."

Tuesday, March 2, 2010

Our First "Baby"

Salam 'Alaiyk...

Akhirnya sebuah penantian berakhir.... terhasil lah 'baby' pertama kami... Alhamdulillah :)

Take a look for the outcome.... Click photo to view larger.... Enjoy it!!!



Open for any comments from others....

Wednesday, February 24, 2010

PIFFA

Setelah lama mengidam.... bln 1 hari tu tercapai jugak hasrat aku nak makan PIFFA... klw boleh nak makan lagi utk bulan ni... apa salahnya klw sebulan sekali makan PIFFA ni kan??? huhuhu...

Secara kasarnya mcm tu lah proses membuat PIFFA ni... dan mcm tu lah rupanya... khasiatnya (ayat tak bleh blah), sbb boleh pilih sendiri bahan2 apa yg nak ditabur kat atas tu.. dan juga perasa pedas, manis, tuna etc... yang penting, bahan2 tu mesti ada label HALAL..!! ada sekali tu sembang2 dgn seorang hambaAllah ni, katanya status Halal Australia antara yg terbaik compared to Thailand punya... Wallahua'lam....

Apapun, enjoy the photos!!! nak enjoy betul2, buat sendiri @ dtg umah kami :)

dan ianya bisa membuatkan perut aku terasa lapar pulak... hmm, rasanya nak kena order 1 ni...

PIFFA satu!!!!

p/s: segala yg baik dr Allah, dan yg lemah & serba kekurangan tu atas kelemahan diri sendiri...

Saturday, January 30, 2010

POSITIVE (+)

Salam 'Alaiyk....

Rasanya lama juga tak update blog... mcm dah bosan, jemu dan mcm2 lg... Tapi sesekali kena buang rasa malas dan sebagainya... Kena rajin, ubah lifestyle dan POSITIVE...

Sejak 2 menjak ni mcm2 musim... sakit, demam, hujan, panas kontoversi sana sini... tangis, tawa, canda, ria... lelaki menangis, perempuan menangis dan macam2 lagi.... Apapun, moga semuanya sihat sejahtera & selamat semuanya hingga ke akhirnya... Ameen..

Anyway, semoga sepanjang 2010 ini menjanjikan kebahagiaan & kegembiraan buat kita semua insyaAllah... let us count 1,2,3 till the end...

Whatever it is... be POSITIVE!!! Let the time tells everything... insyaAllah... :-)

Sunday, January 3, 2010

Kerana Diriku Begitu Berharga..

Khamis (31.12.09)
Start rasa tak sedap badan... risau takut tak boleh nak drive esoknya balik kampung ke Bangi... aku sempat minum air IMT + Radix ptg & mlm tu... Malam tu tak boleh nak tido... jam 2.00AM, aku masih pusing ke kanan ke kiri... nak tgk gerhana separa kat luar pun tak larat... lama2 aku sapu minyak BUT-BUT kat dada, leher & pipi... (rahang kiri kanan rasa mcm nak krem)

Jumaat (01.01.10)
Jam 5.00AM, bangun pagi... siap2 apa yg patut.. online kejap, & tunggu Subuh... badan rasa lemah semacam jer... hopefully boleh la drive dgn selamatnya... my wife buat Radix, minum panaskn badan so that ada energy nk drive nnt.... Selesai fardhu Subuh, terus bertolak dlm jam 6.20AM....

Sampai je kat Gunung Semanggol, tak larat dah... and rasa mengantuk sbb tak dpt tido mlm tadi... terus berenti kete tukar driver.... (nasib baik la kete auto, bleh jugak co-pilot sambung drive..) Alhamdulillah, dpt take a break before aku sambung drive dari Simpang Pulai ke KL --> Bangi...

Sampai Bangi, terus rehat+tido sampai ptg, mmg flat jugak la... ptg tu bangun, Rdix+mkn nasi etc... Aku decide, esok klw tak ok lg baru nak pegi klinik... so far Alhamdulillah mlm tu dpt tido tanpa gangguan...

Sabtu (02.01.10)
Badan rasa segar skit... tp masih panas2 lg... pagi tu keluar gi amik stok barangan... better dr dok melayan sakit2 badan tu.. in the sense, tak nak manjakan diri... ptg tu plak, jln2 ke Nilai... persiapan menghadapi 14.02... rasa berpeluh2 skit... and alhamdulillah... panas dah kurang... wlwpun selsema masih lancar... huhu...

Malamnya, dok lepak2 depan tv... ada sedara dtg.. sessi layan melayan... sampai la kul 12AM... terus tido utk aktiviti keesokan harinya pulak...

Ahad (03.01.10)
Sessi pagi2, as usual.. online kejap (kejap istilah aku)... my wife masak Siakap 3 rasa utk dibawa ke rumah Along... ada mkn2 skit sebelum dia berangkat utk PHD ke UK... dan sempena org baru, Nur - menantu baru..

Selesai aktiviti makan, aku & wife bertolak ke Presint 18, rumah Afkar Razi+Balkish... Afkar ni kawan masa U, Balkish ni plak kawan sekelas masa sekolah & U... hantar order diorg...

Pastu balik umah packing, sempat tido kejap... jam 6.30pm, bertolak ke Wangsa Maju hantar order & terus ke rumah kak zue di PJ, hantar order bla2.... sempat dinner+Radix ... Jam 9.15pm bertolak ke PLUS dgn jayanya.. ALhamdulillah...

Di pertengahan jln2, perut aku tak seperti biasa... rasa tak selesa... mcm org nk bersalin plak... hakhakhak... tp aku gagahkan jua & selamat sampai jam 1.00AM.... (alhamdulillah tiada bunyi-bunyian guli2.. huhu)

My Points :
  • Sakit adalah anugerah Allah... membuatkn aku dahagakan kasihNYA... dan si dia.. hehe... time ni la baru la nk ingat kat DIA lebih2... moga terampun dosa kecilku... AMEEN..
  • Aku cuba elak mkn ubat klinik yg mmg dos dia tu tak berapa elok utk long-term health... wlwpun elok utk cepat sembuh... jadinya, aku try mkn produk HPA... Air IMT (ala2 air badak dan kopi radix yg mmg elok utk semua lapisan umur, lelaki & perempuan) dan mmg elok utk demam ni... Aku takde niat nk promo2 apa... klw nk, pi beli sendiri... aku x jual apa2 ya... hehe.. Alhamdulillah, 2 hari demam aku dah kebah...
  • Cuma, aku prefer produk buatan Muslim & tanpa diragui halalan-toyyiba... dan aku tak malu nak mengaku... hampir 70-80% barang kat rumah aku ni produk HPA... dari bilik air sampai la ke dapur... (syampo, sabun, lotion mandian, bedak, ubat gigi, berus gigi, deodorant, minyak zaitun utk masak, ayam, nugget, sosej, air bikarbonat, mee kuning, kordial, sardin, sos cili, kicap, kopi, koko, ais krim, minyak cap kapak versi HPA dll).. selagi ada alternatif, why not kan?? klw tak suka, jgn kutuk aku... klw suka pi beli sndiri... haha... kasar tak ayat aku??? hehe...
  • Means, aku cuba alternate kan brg2 yg kita nak tp tak ragu2 lg halal-haramnya... dan sedikit sebanyak aku pun tak la membantu ekonomi org bukan Islam sangat... wlwpun, ada perkara2 yg kita tak dpt nk elak... dan aku tak menafikannya... (apapun, selagi termampu la.. klw tak mampu tak pe la kan... apa2pun mencari yg halal itu fardhu.. huhu..)
Antara sebab2 anak2 skrg jd degil & bermasalah, antaranya makanan yg diragui halal-haramnya... begitu juga kesihatan kita yg kdg2 tak berapa ok, sebab makanan yg dicampur dgn mcm2 chemical... brgan HPA berasaskan tumbuhan2/herba2... Rasanya tak perlu aku bebel panjang2... masing2 ada point tersendiri, preference masing2... so, pandai2 lah decide kan... for the 1st time aku mcm ala2 promo kat sini... hehe...

Anyway, from my experience,
  • Sardin sedap, mcm sardin Ayam Brand..
  • Radix, kandungan kafien dah di minimunkan dgn tumbuhan Tebu Gajah.. lgpun mimun Radix ni, apabila tunaikan hajat kecil, tak berbau mcm kopi2 lain... selain khasiat2nya yg lain...
  • Air IMT - so, far good respon selepas minum ketika selsema/demam (but, lain org lain keserasiannya dgn apa2 shj jenis ubat)
  • Mee Kuning, tak beminyak... elok & sedap...
  • Sos Cili pun walla!!! hehe...
  • Minyak Zaitun sprti yg diketahui bnyk khasiatnya, so, bila guna utk masak, rasa tak bersalah jer makan wlwpun nampak berminyak.... hehehe...
  • Minyak BUT2, antara core produk zaman berzaman... alhamdulillah setakat ni berpuas hati dgn penggunaannya...
Kesimpulannya, aku sakit, aku redha, aku usaha, aku cuba, aku yakin, aku tawakkal... selebihnya biarlah Allah yg menilai apa jua usaha aku yg tak seberapa ni... terpulang pd org lain nk cakap apapun.... maaf atas salah silap... Wallahua'lam... :)

~KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA~

Wednesday, December 30, 2009

Berjalanlah tanpa henti...

Pagi ini
Aku masih di sini
Mempersiapkan diri
Menghitung hari
Menghitung janji
Agar aku tak mungkiri

Waktu ini
Aku masih di sini
Tidak berganjak walau sekaki
Malas atau rajin pun aku tak pasti
Tapi aku harus pergi
Persiapan belum selesai lagi

Ketika ini
Aku masih di sini
Kakiku masih belum berdiri
Badanku masih bersandar di sofa ini
Hatta jari jemariku masih rancak lagi
Aku perlu kuatkan diri

Hari ini
Hari terakhir untuk tahun ini
Tahun yang bakal berlalu pergi
Sepanjang setahun tersemat di hati
Menjelma tahun baru sekali lagi
Mengharap hidup seindah ceria pagi

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti...

daaa!!!!
Selamat Tahun Baru 2010...
selepas menjelma Tahun Baru Hijrah...
Moga yang terbaik mengiringi kita selalu....
AMEEN!!!

Monday, December 21, 2009

Wedding + Anniversary!!!

11.12.09
Aku mengambil keputusan untuk ke majlis Akad Nikah Amir (dgn jemputan) berseorangan sbb wife aku keje, jadinya aku just shot apa yg patut sepanjang perjalanan majlis... Selesai majlis, Amir suka2 hati melantik aku jadi OP dia (read : official photographer) dan booked aku utk majlisnya pada 20.12...

Sepanjang aku shoot, tak ada specific person yang instruct Amir & Saniah utk pose itu & ini... Maka, aku pun dengan selamba suruh la dia pose itu & ini... tapi sikit2 jer la memandangkan aku tak pernah lg shoot gambar pengantin secara serious mcm ni...

Anyway, ni serba sedikit gambar tersebut...

DSC_1382
size gambar yg agak besar, gmbr sedikit terpotong..

Aku lagi suka klw pasangan Akad Nikah kat Masjid, selain 'membina masjid', ruang tempat photographer bergerak pun senang utk ambil sudut2 yg menarik...

Riang Ria
size gambar yg agak besar, gmbr sedikit terpotong..

Antara shot yg aku suka, sebab pengantin nampak selesa & tidak kaku...

Amir & Saniah

Gambar kat atas ni Amir masih agak kaku dan segan2 utk pose...

Click for more photos on Amir & Saniah

12.12.09
Aku attend Majlis kawan aku Ismail Rafek di sebelah pihak perempuan... Aku tak dpt join majlis di pihak lelaki sebab clash dgn majlis lain... Kebetulan, kami sampai serentak dgn rombongan pengantin, maka aku pun terus jer shoot gambar2 menarik diorg...

DSC_1549

I like this photo, nampak mcm Cik Kamera itu sedang preview gambar yg dia baru ambil...

Bisikan Asmara :D
size gambar yg agak besar, gmbr sedikit terpotong..

Ini pun gambar curi di sebalik bunga-bungaan... Apapun congrats Mael & Didie...

Click for more photos on Mael & Didie

18.12.2009
Majlis Akad Nikah sedara jauh, Adhara & Afida bersama pasangan masing2... tapi aku & wife merangkap OP lebih fokus kepada Adhara memandangkan Afida ada kawannya yg shoot utk dia & partner...

Sebelum majlis bermula, aku & wife ambik gambar solo dia kat dlm bilik...

DSC_0860

DSC_0857
Photo by Mrs. Mizwar

Selesai majlis akad yg hampir2 jam 12 malam... Alhamdulillah selesai dgn sempurna... Tahniah utk Adhara+Gee & Afida+Musa...

DSC_1201

19.12.09
Keesokan hari nya, sakit2 badan shoot diorg mlm tu blum hilang... sesekali fikir, susah jugak klw ada komitment macam ni... bila dah janji dgn org, wlw malas, segan, sakit, tak larat mcmana sekalipun... kita terpaksa juga lakukan dgn sepenuh hati... Alhamdulillah aku & wife dapat berganti2... sekali dah seronok shoot, hilang segala penat... :)

DSC_0023

Kami tak ke outdoor yg jauh2... hanya guna 'props' yg ada sekitar rumah... memandangkn ramai tetamu, sedara mara, kawan2 yg dtg berjumpa pengantin... jadi dah lewat sangat utk ke tempat2 menarik yg jauh2...

Gee & Dara
Photo by Mrs. Mizwar

Click for more photos on Dara & Gee

20.12.09
Seperti yang dijanjikan dgn Amir, wlwpun penat sehari semalam sebelum tu masih ada, aku & wife ON juga utk ke Majlis Amir & merangkap OP dia... Alhamdulillah, seronok jumpa kawan2 yg lain... dah lama tak jumpa... at da moment, let me share our outdoor ptg tu...

Amir & Saniah
size gambar yg agak besar, gmbr sedikit terpotong..
Photo by Mrs. Mizwar

Aku suka shoot kat tempat ni... nice view & nice location though...

Merenung masa depan...

Utk shoot ini, memerlukan kekuatan fizikal.. apatah lg dgn situasi aku yg luar biasa skrg ni... sampai ramai yg tak dpt recognize aku... sungguh sadis... huhu...

Masih lg jauh...

In the eyes of ants... best gak... my favourite angle.... :) Anyway, utk gambar outdoor Amir & Saniah... masih lg in progress... mode malas+letih blom lg habis...

Apapun, great experience during the weekends... Thank to my wife as well... great to have the same hobby & passion in this field... :)

p/s: saya budak baru belajar.. mohon diberi tunjuk ajar...

FINALLY : HaPPy 1st AnnIVer$aRY to ME & WIFE...!!! Pengalaman berharga sepanjang 1 tahun... juga 1 lembaran baru utk kami selepas setahun bersama... Semoga diberkati Allah, usia perhubungan kami ini... AMeen... :)

Sunday, November 8, 2009

Miss Your Life??

Salam 'Alaiyk..

Yes... I miss my blog... miss my 'karya'... tapi buat masa ni idea tidak mengalir seperti kebiasaan.. dan lately mmg tak teruja nak update... and so many things happen in life... ada org kata Life Is Short.. Hidup cuma sekali... dan bermacam2 lg... Alhamdulillah aku masih lagi di sini... dan yang indah2 mengiringi... sesekali digigit semut... tanda kasihNYA :-)

Last 2 weeks, aku balik Bangi.. bertolak seawal 6pagi.. sampai KL pusing sana sini... celebrate birthday Alya yg ke 10thn.. sampai bangi pun dah malam... dan esoknya Ahad 8pm.. kitorg bertolak balik ke Penang... rasa mcm dekat jer... tapi itulah kehidupan... ke sana ke sini ikut rentak hati... kdg2 plan, kdg2 tidak... ikut langkah kaki..

Minggu lepas balik umah mak kat kampung... alhamdulillah dapat menjamu laksa yang sudah tersedia... kadang2 bila Allah ilhamkan nak mkn sesuatu... Allah Maha Pemberi Rezeki 'hidangkan' juadah itu... samada syukur atau tidak...

"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur". (Saba’:13)

Sabtu lepas, kesempatan menonton Majalah3 dgn wife, mak & adik... melihat ketabahan hati Umaisarah yg terperangkap di dlm hutan selama 19hari... Subhanallah... kagum dgn motivasi diri yg ada pada beliau.... minum air sungai sambil membayangkan makanan yg enak2... dan bermacam2 kesusahan yang dialami... dan Allah permudahkan jalan beliau utk terus hidup.. Alhamdulillah..

Begitulah kehidupan... lain org lain ujiannya... hanya hikmah dari Allah membezakan ujian itu... dan kadang2 kesenangan boleh menjadi racun yang tidak kurang bisanya... hanya yang bijak mengemudi berjaya mencari penawarnya...

Dan sekarang bermacam2 isu/kes/cerita/gejala timbul di ruangan berita di tv.... samada isu sosial, agama mahupun politik... sekali skala timbul rasa bosan utk mengambil tahu... dan buat2 tak tahu... kerana tak ingin tahu... tetapi perlu tahu... kerana ianya 'part of life'....

Secara ringkas mengenai sesuatu topic... apa jua kehilafan.. selagi ianya tidak bersifat "qat'ie"... hanya sekadar isu cabang/furu'... maka laluilah dgn rasa tenang... berlapang dada (tasammuh) pada perkara yg tidak dipersetujui... dan bekerjasama pada perkara yg dipersetujui... alangkah indahnya hidup ini.... lagikan pula berbeza pendapat adalah rahmat... nampak cantik jika 'fabrik' itu gayakan dgn penuh adab dan kena caranya... sesekali bersifat mulia memuliakan sesama muslim... itu lebih aula rasanya... just my 2 cent...

Kerana kehidupan adalah realiti utk kita bersyukur kerana menjadi hambaNya yang bernama manusia... dan kejadian kita sudah pasti tidak sia-sia...

"Dan tidak Aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali untuk beribadah". (Ad-Dzaariyat:56)

Thursday, October 29, 2009

Promo!!!

Salam 'Alayik...

Lama jugak pikir... selepas habis pikir... maka Teratak yang kosong 'itu'... telah pun berjaya diupdatekan.. Moga usaha sambil2an ini mendapat keberkatan dariNYA... InsyaAllah, AMEEN.

Utk sape2 yg sudi.. jengoklah ke Teratak BARU kami... :-)

Jumpa di 'sana'!!! hehe...