Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, May 14, 2012

FRIENDSHIP

photocredit to Mak Nad :))

Monday, November 29, 2010

Macam-Macam Ada

Salam...

Kebosanan plak di 'tempat kerja' hari ni... cuaca sejuk sepanjang hari.. rasa nak tido jer... apapun semuanya adalah rahmat dr Allah s.w.t... kena bersyukur seadanya..

Sambil2 tu aku tune la channel tv ni ke tv3.. (maklum la 'tempat kerja' aku ni tak ada Astro..) Dan cerita hari ni adalah Putera Katak.. Adoii.. lepas 1-1 cerita diorg tayangkn dlm Slot Lagenda ni.. dah la cerita mengarut2... siap bleh menafsir alam lain pulak tu.. dah tu waktu lain pulak asyik ulang tayang jer cerita2 yg lama2.. + cerita dari negara asing... nak buat mcmana, aku tak berminat kan.. sbb tu la aku membebel... huhu... tak payah la aku nak komen panjang2.. sekadar mengomel ja dlm entry kali ini.. :D

Hari ni ada chat dgn seorang kenalan yg aku kenal melalui kawan aku (jgn perasan pada yg tau siapa dia.. haha)... sambil2 dok chat tu tetiba teringat ttg my old posting - Usrati masa mula2 start blogging in June 2008... Tak sangka.. question mark yg aku letak pada hujung entry tersebut.. rupa2nya Adib Zaidan is the lucky no.27... hehe sekadar suka2.. tak ada apa2 indikasi pun... huhu...

Dan macam ini lah jika tahap kebosanan melampau... dah mcm2 cerita yg masuk dlm entry ni.. hujan masih lebat di luar.. rasa nak balik awal ke rumah... semestinya nak jumpa 'qurratu a'yun' yg ada di rumah... mcm itu lah perasaannya apabila ada zuriat pengikat kasih sayang... syukur atas nikmat yg Allah berikan... wlwpun diri ini sentiasa alpa & lalai... moga Allah mengampuni aku & merahmati kehidupan kami sekeluarga...

Sebelum terlambat, nak wish Tahniah kepada my frens :
- Amir Amri & Saniah dgn kehadiran Hadif Zuhaily
- Ismail Rafek & Didie with lil princess Ilham Thurayya
- Nas & Leen dgn cahayamata kedua A'isy Naufal...
moga kehadiran mereka menambahkn seri kpd rumahtangga kalian..

Kpd2 yang bakal menanti kehadiran2 cahayamata hujung Dec ni - Nawal & Rusdi, Ciki & Nad, Pak Lah & Ana... All da best!! moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Ameen... (utk yg tahun hadapan tunggu entry tahun hadapan.. hehe) jika diberi kesempatan umur olehNYA insyaAllah.... kpd yg masih menanti2, moga semuanya dimurahkn rezeki.. jaga hati & hiasi peribadi.. insyaAllah murah rezeki... (sambil ingatkn diri sndiri.. huhu ^_^)

OK lah, cukuplah sampai disini... kerana hujan masih belum berhenti... lebih baik aku yg berhenti.. :) Wallahua'lam...

Tuesday, July 20, 2010

Sharing Is Caring

Salam 'Alaiyk...

Ya, memang lama blog ini tidak ber-update... & Sorry to Ummi Nawal juga... tak terjawab2 tag dr dia yg dah berkurun itu... tapi hari ini, blog ini kembali menandakan pemilik blog ini masih sayang padanya... huhu...

Alhamdulillah 'ala kulli haal... syukur pada Allah atas segala kurniaan dariNYA... syukur juga atas segala ujian yg dilimpahkn pada hambaNYA ini....

Namun datang hamba disini bukan kerana kajang pak malau... tapi datang hamba kerana ingin berkongsi... berkongsi kegembiraan kawan2... :) Moga diambil segala yg baik & dibuang jauh apa sahaja yg tidak baik... moga niat baik perkongsian ini tidak disalah-ertikan... (kerana aku sering disalah-ertikan.. huhu tukar mood plak :p)

Begini al-kisahnya... beberapa bulan yg lalu, selepas mengetahui 'berita gembira' dari kami... seorang kenalan aku cuba menghubungi aku secara private di maya... dia bekongsi beberapa perkara... rupanya hampir 3tahun menuggu, beliau & suami masih belum dikurniakan zuriat...

Berbekalkan sedikit pengetahuan & hasil 'kajian' yg tidak seberapa... aku berkongsi sedikit tips/petua utk dia & suami amalkan... ianya lebih kpd spiritual & psycological approach... selain makanan/minuman tambahan... selebihnya serahkn semaksimanya kepada Allah untuk menentukan yg terbaik atas segala usaha yg dilakukan... INGAT, ianya bukan kerana tips/petua yg aku bagi... tetapi atas usaha masing2 & tawakkal kita kepadaNYA... selainnya atas asbab yang Allah telah taqdirkan... wallahua'lam...

Selepas tempoh itu, agak lama aku tidak bertanyakan khabar beliau selain mengelak bertanya berkaitan hal2 sedemikian.... tidak mahu menggangu emosi beliau...

Namun petang semalam, sambil baring2 kepenatan pulang dari hospital... aku menerima teguran 'chat FB' dari beliau... terkejut juga aku, setelah sekian lama kami tidak tegur-menegur di lama FB... sambil diminda aku menantikan berita gembira... namun agak kecewa kerana chat kami dimulakan dgn bertanya khabar sahaja... hmmm....

Kemudian...
"eh, nak share skit..." kata beliau...
"oh ye, nak share apa.." aku balas dan aku pun terus bangun mengadap screen laptop... (asalnya chat sambil baring.. sbb kepenatan.. style tak??? hahaha)

Rupa-rupanya beliau memberitahu khabar yg paling gembira utk beliau & keluarga... Alhamdulillah beliau sedang hamil hampir 2bulan... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... itu je yg terdetik dlm hati aku... aku yg membaca tulisan beliau pun agak terharu... ucapan tahniah utk beliau yg pada mulanya masih antara percaya atau tidak... Dan katanya, yang pasti suami beliau adalah org yg paling gembira skrg... dan aku boleh memahami perasaan beliau... :)

Pernah aku dgr org cakap... tahun 2010 ni tahun rezeki... ye la... rezeki itu tiap2 masa ada... tapi yg dimaksudkan di sini - ramai yg hamil tahun 2010 ni... huhu...

Kemudian sempat cerita kat my wifey kisah ni smlm... dia pun turut terharu & megalirkn air mata... huhu... kami tumpang seronok... Alhamdulillah....

Apapun tahniah juga kpd ramai kawan2 aku yg sama2 memperolehi 'rezeki ini' tahun ini.... Moga Allah permudahkn urusan kita seterusnya... dan bakal menjadi rezeki mereka yg masih menanti insyaAllah... segala2nya atas kehendak dariNYA yg mengetahui yg terbaik utk kita... Ameen...

p/s: Puan OP.... bila kita nk ON ni???? DAGC??? (u-know-who-u-are) hehehe... :D

Wednesday, December 30, 2009

Berjalanlah tanpa henti...

Pagi ini
Aku masih di sini
Mempersiapkan diri
Menghitung hari
Menghitung janji
Agar aku tak mungkiri

Waktu ini
Aku masih di sini
Tidak berganjak walau sekaki
Malas atau rajin pun aku tak pasti
Tapi aku harus pergi
Persiapan belum selesai lagi

Ketika ini
Aku masih di sini
Kakiku masih belum berdiri
Badanku masih bersandar di sofa ini
Hatta jari jemariku masih rancak lagi
Aku perlu kuatkan diri

Hari ini
Hari terakhir untuk tahun ini
Tahun yang bakal berlalu pergi
Sepanjang setahun tersemat di hati
Menjelma tahun baru sekali lagi
Mengharap hidup seindah ceria pagi

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti...

daaa!!!!
Selamat Tahun Baru 2010...
selepas menjelma Tahun Baru Hijrah...
Moga yang terbaik mengiringi kita selalu....
AMEEN!!!

Wednesday, November 11, 2009

Buntu Lagi??

Salam 'Alayik...

Sorry to share this... I received this email regarding my post last month 'Buntu/Bantu' :-

"Subject : Losing my religion..

Hati dan jiwa aku masih x tenang. Aku masih x jumpa kebahagiaan dgn bini aku. Aku rasa keseorangan dan kesunyian skrg. Apa harus aku buat? Kalau ko nk bgtahu suruh ingat Tuhan semua, save it coz I know that upfront but I’m not ready moving towards that path yet.

Please assist. TQ."

Based on this email... which I dunt know how to help... I have no idea at all.. seriously... what should I say to him? what is the good advice?

Hmmmm....... masih lagi buntu...

Tuesday, October 13, 2009

Bantu / Buntu

Salam 'Alaiyk....

Terasa dah lama aku tak membebel kat dlm blog ni... asyik tempelkan gambor yang ala2 jadi tak jadi tu jer... kadang2 kata orang.. photo speaks louder than a word.... apakah??? haha...

Sebelum aku mengarut dengan panjang lebar... aku nak Congrats to Nawal for her enggagement last Saturday... moga Allah permudahkan jalan mereka utk sebuah ikatan yang suci... huhu (terasa baru minggu lepas je aku kawin... dah adik ipar pulak nak ikut jejak langkah..) hehe...

Hmm... beberapa minggu ni, ada sorang kawan cuba utk selesaikan masalah 3-4 segi dia.... biasa la.... dah 3-4 segi ni mesti melibatkan hati & perasaan.... dah naik penat sebenarnya aku ni... ikutkan mmg malas nak ambil 'pot'... tapi memikirkan bila org yg dlm kesusahan memerlukan pertolongan aku.... nak tak nak, terpaksa jugak tlg apa2 yg patut....

Aku dah cuba part aku sedaya mungkin.. even wife dia pun dah call aku citer itu ini & tolong dia selesaikan.... selebihnya terletak pada diri dia sendiri... cuma aku agak sakit telinga bila kawan aku ni masih tak mahu buang jauh2 dengan apa yang dah berlaku... klw nak ikutkan dah setle masalah ni... tapi dia terbawak2 dgn dendam, geram, marah dan sewaktu dengannya...

Sampai 1 tahap, aku cakap kat dia... tak payah la pening2kan kepala dgn pikir perkara2 yg boleh porak perandakan masa depan dia... semua tu bisikan syaitan jer... tapi dia keep saying tak boleh lupakan sepenuhnya... masih ada rasa sayang, geram, marah dll... dah psyco plak aku tengok member aku ni...

Aku jadi buntu nak cakap ape kat dia... nak nasihat lebih2 pun... aku bukan Dr Fadzilah Kamsah ke ape ke... habis2 sangat pun aku cakap dekatkan diri dengan Allah... itupun dah berbuih mulut aku... dan dia pulak sibuk suh aku clarify itu ini... jawab soalan dia yg pelik2... salahkan takdir la... pikir kemungkinan itu ini la... yang bagi aku.. nonsense, rubbish!!!! hmmm... Allah je yang tau... nak je aku cakap lantak ko lah.... buat pening kepala aku jer... tapi as listener & dan ingin memberi advice... aku cuba control gak... masih cuba berlapik dlm memberi jawapan @ cadangan dll...

Aku buntu... nak buat derk je atau nk sound direct jer.. atau tak yah communicate pape lagi dgn dia... serba salah aku jadinya... sbb dia memerlukan seseorang utk share apa yang dia rasa skrg... wlwpun aku rasa dia tak perlu nk pikirkan lagi hal itu since semuanya sudah selesai @ dah ada kesimpulannya tersendiri....

And 1 ayat dia kat aku.. "jgn jemu bercakap dgn aku... sbb aku dah tak ade org lain lg dah nk bercakap"

But... aku tak tau nak cakap ape lagi dah.... hope to get advice / ilham cemana aku nak 'bantu' dia utk stop talking about his problem anymore... betul ke tindakan aku ni..?? am i right???

Thursday, September 17, 2009

Menjelang Syawal

Di kesempatan masa & umur yang Allah izinkan... saya mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kesalahan & kesilapan kata sepanjang perkenalan kita secara maya mahupun secara langsung...

Dengan ingatan tulus ikhlas..
Menjelang 1 Syawal 1430

Fitrah Hari Raya - Nadamurni
(sumber: Youtube)

"Kullu 'Aam Wa Antum Bi-Khayr" (MA) & (AMA)

Tuesday, June 2, 2009

Memori Lama

"Terkenang sebuah memori lalu.. kisah persahabatan kita bersama... di dalam satu pengajian.. menuntut ilmu dan pengalaman.."

Begitulah bait2 nasyid dendangan Soutul Amal..

Melihatkan pada foto2 lama ini... mengingatkan aku pada memori-memori semalam ketika berada di kampus... Thanks to Akh Fatah for the photos...

Seketika di DQ
Gambar ni diambil sewaktu kami mengadakan visit sehari at Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Bharu.. lebih kurang mcm Bengkel la.. ada bengkel hafazan.. tips2.. sessi beramah mesra & riadhah!!


Bergambar bersama para perserta bengkel & para huffaz DQ.

Sessi sepak menyepak... hehe.. bola padang.. "Al-'Aqlus-Saalim fil Jismis-Saalim"... Badan yg sempurna pada tubuh badan yg sihat.. :-)


Akh Aziz sedang khusyuk mengatur strategi utk kalahkan pasukan DQ.

Ikhwah @ Mukhayyam
Selain aktiviti yg menyajikan santapan ruhani... santapan jasmani tidak dilupakan.. ini adalah antara moment sewaktu ke Mukhayyam di beberapa tempat.. memang best la spend time dalam hutan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan selama beberapa hari..


Sahabat2 lama yg lama tidak bersua..

Acara yang menguji kecekalan mencari sesuap nasi.. hehe.. sessi memasak.. time kamera tu focus kat aku.. aku pun konon2 buat2 la tgh tiup api.. tapi aktiviti ni pun best... sekali sekala merasai nikmat mecari sesuap nasi dan bersusah payah memasak di dalam hutan.. ni belum lagi pegi berperang... baru perang masak memasak je...

Dari kiri : Helmi, Zaini, Mizwar, Adha
(Takkan tengok aku je kot.. tolong la skali.. huhu)

Banyak2 gambar... aku suka gambar ni... sebab penat posing kat tali tu... sampai sakit tangan.. hehe.. yang kat bawah tu berbaju hijau tu... Dr. Saifuddin.. bekas lecturer bahagian Quran Sunnah.. aku paling admire cara dia menyampaikan kuliah Tafsir FiDzilalil Quran... penyampaian yg bersahaja & pandai menarik perhatian pendengar... tapi skrg dia dah jadi usahawan yg berjaya... Alhamdulillah..


"Bila la nak dapat peluang macam ni lg.. oh rindunya momen itu.."

Masak lagi.. BBQ... hehe... keje makan je ye... tapi aku tak gemok2 pun.. huhu... sekali skala berkumpul dgn senior2 & junior2... lagi best Ustaz Burhan pun join skali... bukan senang nk gather ramai2 mcm ni... Alhamdulillah atas kesempatan yg Allah kurniakan.. dan pengalaman yang terlalu mahal ini.... :-)


Dari kiri : Akh Aziz, Ust Burhan, Zaini, Khai, Mizwar, Siddiq, Adha

Yang ni pun best.. tapi tak ingat dah kat mana lokasi dia... kena test masuk bawah jejari dawai tu... alang2 masuk, aku posing la dulu kan... hehe..



Aktiviti berkumpulan... masing2 memberi idea bagaimana bekerja dalam jamaah... saling bantu membantu... saling bekerjasama... pendek kata bergerak secara berkumpulan lebih baik & mudah daripada bergerak secara fardi (sendiri2) seperti kata2 Rasulullah:

“Mukmin antara mukmin adalah umpama bangunan. Masing-masing memperkukuhkan antara satu sama lain”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Fido, Yusof Arif, Khairi, Faizal, Man Darom
(Selamat Pengantin Baru to Man Darom, tahniah!!)

Mudah-mudahan... masih ada peluang utk bertemu sahabat2 sekalian di masa2 lain... Ameen..

Monday, May 11, 2009

Ziarah @ Mizwar

9-Mei
Sabtu lepas, after breakfast kat Bangi, kami rehat kejap sambil layan babies... pastu bersiap2 utk ke PJ atas jemputan Kak Zue.. mmg sangat2 full my stomach... dr nasi lemak yg bertambah2 time breakfast tu.. pastu Kak Zue masak nasi impit & kuah kacang requested by Alya... ditambah dgn mee rebus & nasi tomato... mmg aku agak keletihan sbb makan... klw ikutkan tak nak makan bnyk2.. tp tak sampai hati nk tolak.. sbb tuan rumah dah beriya2 menjamu tetamu... maybe sempena birthday dia skali kot.. 8-May (Hapy belated birthday to you!!)


Kat PJ : makan tak ingat..!!

Demi mengosongkan perut... ptg tu pun kami pun bergerak ke OU Damansara... jalan2 sambil exercise... hehe... hasrat dihati nk membeli belah utk diri sendiri & utk mak-mak... namun semuanya tak menarik minda & perasaan... maka, tiada apa yg yang dibeli di sana... sampai sakit2 kaki isteriku....huhu.. maka dgn rasa kuciwa cikuwa.. kami pun bergerak ke Bandar Sri Damansara.... jemputan yg terakhir utk hari ni... hehe.. thanks to Ciki, Nad & Miyah kerana sudi menjemput... macam tau2 jer aku tgh mengidam Mee Bandung Muo... hehe.. wlwpun dgn sisa kekosongan yg tak seberapa.. demi takut kempunan... aku pun makan la Mee Bandung tiruan itu sebanyak 2 mangkuk.. (hehe... jgn marah Rosebud)


Gambar di Umah Miyah & di Sepital

Apa yang penting.. bukan kerjasama tapi Miyah dah tak malu2 pegang tangan abg mad.. hehe.. pastu layanan Miyah kepada Puan Mizwar pun 5 Class.. siap dok antin2 (read as : pengantin) jer.... yelah... semenjak dia dok tatap gambar kami hasil sponsor album dr Puan Kui ni.... patut la murah rejeki bertambah2... anyway, thanks Pojan 4 the album!! tapi courier service Miyah slow skit.. lambat smpai ke tangan abg Mad... haha... saje ngade2 skit... :D

Kat situ aku jumpa dgn Taib, Balak, Adli, Ide & baby - Salsabiela.. biasa la... klw dah jumpa.. sessi kutuk mngutuk aku mmg tak sah.. maka aku dgn professionalnya - layaaaan jer.... huhu.... Sebenarnya lama gak tak jumpa Adli.. padahal Presint 11 dgn Bangi tu ibarat sekangkang kucing jer.. last kitorg jumpa pun masa weeding aku di Bangi.. hmm.. rupanya muka Salsabiela ni fotostat muka ayahnya.. hehe... zaman makin maju.. senang jer.. main fotostat jer muka anak diorg ni... hehehe.... tu blum lagi cakap pasal anak si pejal ni... same gak fotostat nya... sejuk la perut2 kaum ibu sekalian... (gurau2 jer yer.. :D)



Actually aku jumpa Pejal ni di Hospital Pantai masa ziarah (nama pun Mizwar ;p) baby Nurman & Della... tahniah to Nurman dah jadi bapa.. dgn kehadiran Arissa Raisha seberat 4.18kg... Moga kawan2 lain meyusul pula yer.. Ameen...


Sebagai bukti kami sampai di Wad 325.. hehe..

Selesai ziarah & kelas fotografi kami pun berangkat pulang ke Bangi....

10-Mei
Keesokan hari pula, kami ke Alamanda.. mencari & terus mencari barangan yg tidak dijumpai.. akhirnya.. dapatlah.. membeli sedikit cenderahati utk MakS di Binwanis.. selesai membeli... rushing balik Bangi... lunch & bersiap2 uk hantar wife ke Puduraya.. :-(

Dan petang pun berlabuh...... meninggalkan sisa-sisa kotaraya disebalik asap motor2, kereta2 dan bas2 di jalanan... Maka, aku terus pulang mencari erti peninggalan & ditinggalkan..

-END-

P/S : Thanks Ciki, Nad, Miyah 4 the weeding+birthday gitfs...

Saturday, May 2, 2009

"Jalan2 Cari Pasal"

Salam...

Thanks to everyone yg hadir & memeriahkan majlis "Jalan-Jalan Cari Pasal" di teratak kami pada 2-Mei lepas.. disambut dgn angin2 sepoi bahasa dan gerimis di angin lalu.. :-D

Thanks to Riena & Hubby, Diyanah & Abg Waja, Fizah Mahyuddin, Mursyidah, Yatim, Zamzira & Tunang, Sany & Wife, Hafiez & family, Amirah & family, Amet, Mael, Azizi, Hafiz Desa...


"...Enjoy da moment..."

Harap2 ada kesempatan boleh jumpa lagi dalam program yg mcm ni.. maybe kat umah Ibu Rieni plak kot.. hehe.. Moga ukhuwwah kita dr sekolah sampai skrg boleh dipanjangkan sampai bila2.. Ameen..

To my wife.. thanks (really-really appreciate that!!) for your Kek Coklat, Spagethi, Kastard Cocktail, Kebab & Agar2 buah, & minuman tropika.. dibantu oleh Chef Mizwar.. hehe.. Memang penat la jugak menyiapkan preparation & mengemas.. namun kepuasan pelanggan keutamaan kami.. :-)

Wa-Ilal-liqaa'...

Saturday, April 18, 2009

Buat Insyirah

Salam buat Insyirah.. Insyirah sihat? Selepas beberapa hari buka blog Insyirah.. uncle ingin coretkan sesuatu untuk tatapan Insyirah..

1st time dengar nama Insyirah.. Nihlah Insyirah.. uncle Mizwar rasa sejuk je dengar nama tu.. pandai ayah & ummi Insyirah pilih nama tu.. Baru2 ni uncle Mizwar tgk video yg Insyirah upload.. comelnya Insyirah.. sama mcm ayah & ummi jugak.. pandai Insyirah speaking london ya.. NO.. NO.. sambil jerit2.. cutenye.. tergelak uncle Mizwar & auntie Iffah tgk.. walaupun kami tak pernah bertemu mata dgn Insyirah secara face to face.. uncle tau.. Insyirah anak yg baik...

Untung Insyirah ada ayah & ummi yg baik.. uncle Mizwar kenal dgn ayah Insyirah since 1997... time tu uncle baru ja masuk sekolah kat tempat ayah Insyirah belajar.. ramai kawan2 panggil ayah Insyirah Paklah... tapi uncle Mizwar tak selesa sangat nak panggil Paklah.. sebab maybe tu nama gelaran.. tapi lama kelama2an.. uncle Mizwar rasa lebih rapat klw dipanggil Paklah utk ayah Insyirah..

Sebenarnya, tak sangka ayah Insyirah kawin terlebih dahulu dari kawan2 yg lain... sebab masa sekolah dulu ayah Insyirah adalah yg paling pemalu berbanding kawan2... apatah lagi klw bercakap dgn kawan2 perempuan.. tak caye Insyirah tanya aunty2 & uncle2 yg lain... tapi dah mmg jodoh ayah & ummi Insyirah... kawan2 ayah Insyirah seronok dgr perkhabaran itu.. sempat juga kami beramai2 pergi ke walimah ayah Insyirah & ummi..

Tak lama lepas tu berita kehadiran Insyirah menyusuri pengetahuan kami... tapi uncle lambat sikit dapat tahu.. wlwbgimanapun... uncle Mizwar tumpang seronok... begitu juga dgn kepergian Insyirah sekeluarga ke negara luar.. sekali lagi rezeki ayah & ummi Insyirah utk ke sana.. kawan2 ayah Insyirah semua mendoakan kejayaan ayah & ummi Insyirah...

Namun, beberapa thn yg lepas, mendengar khabar pemergian tok wan Insyirah mengejutkan uncle Mizwar.. tak lama selepas itu pula. tok Insyirah menyusul pergi buat selama2nya.. Tapi ayah Insyirah tabah..

Sebenarnya dah lama uncle Mizwar tak jumpa dgn ayah Insyirah sejak kami membawa haluan masing2 selepas SPM... cuma sesekali apabila waktu semester break... ayah Insyirah, uncle Mizwar dan kawan2 lain keluar berjumpa.. paling kurang pun time hari raya.. tapi tu citer waktu bujang la.. lepas ayah Insyirah dan kawin dgn ummi... mmg susah la nk jumpa.. itulah kehidupan bekeluarga.. banyak komitmennya.. uncle Mizwar faham sebab unlce Mizwar pun baru sahaja berumahtangga..

Ingat lagi masa ayah Insyirah dgr citer unlce Mizwar nak kawin.. ayah Insyirah ada contact uncle Mizwar.. terima kasih utk ayah Insyirah.. even masa kenduri kat Bangi.. ayah Insyirah call uncle Mizwar dr Nottingham.. wish Tahniah.. & thanks mendoakan uncle Mizwar dari jauh.. mudah2an ada kesempatan lepas ni.. dapat lah uncle Mizwar & auntie Iffah jumpa Insyirah sekeluarga..

Kalau Insyirah nak tahu, uncle Mizwar sempat bersama ayah Insyirah hanya dlm masa 2 tahun di sekolah/aspura.. actually dia antara kawan yg rapat dgn uncle Mizwar pada waktu sekolah selain Azwan (Mat Jan), Amir, Mael, Amjoe dan lain2.. antara sebab lain, uncle Mizwar kerap beberapa kali ke rumah tok & tok wan Insyirah di Lahar Kepar begitu juga dgn ayah Insyirah... kami kerap juga outing waktu cuti sekolah memandangkan jarak rumah uncle Mizwar & ayah Insyirah tidak begitu jauh.... selalunya kami pergi ke Central Square di Sg Petani.. ada satu malam tu.. kami ke Stadium Batu Kawan menyaksikan perasmian SUKMA di Penang waktu tu.. Sampai di rumah pun dah pukul 1 lebih...

Itupun belum dikira program luar sekolah yg kami selalu join... antaranya di rumah Ust Shuib.. rehlah dgn ikhwah2 senior... iftar jamaie... qiyam dll... semua tu menjadi kenangan buat kami... mudah2an jika ada masa & peluang... dapat la kami bertemu dalam program yg sungguh bermakna seperti itu...

Hmm.. di sekolah dulu, ayah Insyirah mmg terkenal dgn mat sportnya.. hobi dia mmg suka bermain bola.. pantang ada bola.. ayah Insyirah ada sekali.. sebab tu masa bermain belakang rumah Ali... uncle tgk ayah Insyirah pun tak lepas peluang sekali..

Masa berlalu begitu pantas.. jarak & masa mejauhkan antara ayah Insyirah dgn kawan2 yg lain.. namun, pertemuan di alam maya ini telah menghubungkan kawan2 ayah Insyirah yg lain.. mudah2an lepas ni... kawan2 ayah dpt berjumpa dgn Insyirah sekeluarga.. bila la agaknya Insyirah nak balik ke Malaysia...? Harapnya time tu Insyirah dapat kawan baru.. Ameen..

Akhir sekali... Semoga ukhuwwah yg terbina akan berkekalan dan dirahmati Allah.. sampaikan salam uncle Mizwar utk ayah Insyirah & ummi dgn lafaz Assalamu'alaikum... Insyirah jangan nakal2 tau... jadi anak solehah ya... penyejuk hati ayah & ummi.... :-)

p/s: penat uncle cari ambar ayah Insyirah & ummi sewaktu pertama kali jumpa di open house auntie Ben di Bertam pada tahun 2005 rasanya.. tapi tak jumpe.. maybe uncle Mizwar dah terdelete gambar tu kot..

Monday, August 4, 2008

Kawan Aku (Final Episod)

Hehe... Macam poyo jer final episod... :D

This morning I received prompt instant messaging from my friend.. He just informed me that he went lepaking with his friends last weeekend.. & he managed for not drinking at that night..
I just said Alhamdulillah... then i asked him, did your friends curious on that? He replied yes.. in fact, they order the drink on behalf of him.. but again.. Alhamdulillah he was successfully protect himself not to drink.... Praise be to Allah...

However another story about him is.. he just tender his resignation today.. 24 hours... Hmm.. aku memang tak terkejut as he already informed me in advance last week... Dia ada tanya pendapat aku... I just adviced him.. but the decision is up to himself to decide... And the decision is firm after getting 2nd opinion from his parents who give their blessing... which he thought otherwise initially... he is really surprised on that.. but I said, Allah knows the best..!! Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...

During lunch time, we just coordinated small farewell for him among 6 of us.... And we do pray for his best on his future.. May Allah bless him & all of us..

Semoga Allah tunjukkan jalan untuknya dan beri kekuatan kepadanya untuk menjadi insan yg lebih baik dan cemerlang.. insyaAllah.. Ameen...

Saturday, July 26, 2008

"Baarakallahu Lakuma"

Alhamdulillah... hari ni selamat juga aku kunjungi walimah Akhi Muadz Dzulkefly wa Zaujah...

Sebenarnya aku dalam keadaan dilema dr semalam... berkira2 samada nak pergi ke tak walimatul 'urus senior aku ni merangkap teman seperjuangan di U dulu... Pertamanya aku tak ada geng utk follow aku.. Seperti biasa.. kelemahan aku ni, klw tak ada geng bersama2.. mmg agak susah utk aku ke mana2 atau membuat sesuatu secara berseorangan.. huhu.. Pendek kata, aku sanggup tahan lapar if tak ada org yg temankn aku berborak ketika makan.. hehe... ngada kan? :p

Berbalik pada sahabat aku ni.. pagi tadi tergerak utk aku sms akhi Hamzah & Aziz...
"Salam, pi tak walimah muadz?" bunyi sms aku
"G" Akh Hamzah reply.. (Akhi Aziz tak reply pun... status sms still pending..)

Pastu aku sms Fatah plak.. adik Akhi Aziz ni..
"Salam, anta pi walimah muadz tak?" Soal aku..
"InsyaAllah. Anta pi tak?" Dia balas..
"Tak tau lagi.. Tak de geng. Tgh pikir nak pi ke tak.. Huhu.." Jawab aku cuba memancing... Haha.. :p
"Jom pi sekali.." Dia ajak aku..
"Jom..... Anta pi kul berapa? Dgn sapa?" Aku balas tanpa berfikir panjang...
"Setakat ni ana sorang je lah. Pi dlm kul 2.30ptg, ok?" jawab Fatah..
"If awal skit boleh? After solat zohor ker? Anta dtg park kat masjid Solahuddin Taman Melati, kita pi naik kete ana.." Jawab aku..
"OK, insyaAllah.." Fatah memberi confirmation..

Maka lepas dapat confirmation tu pun aku bersiap2 utk pi Walimatul 'Urus tersebut.. Kemudian aku bergerak ke Masjid before zohor... Selepas selesai solat zohor dan tunggu fatah dalam beberapa minit.. kami pun bergegas ke rumah akhi muadz yg terletak kat Shah Alam (nearby Uitm)... Nak kena Fatah ni.. dtg lmbt!! Hehe...
Sebelum Zohor tu, akhi Hamzah sms aku tanya aku pi kul berapa.. seperti yg dirancangkan aku pun bgtau dia & suruh dia tunggu aku kat rumah muadz.. Alang2 pi, nak jugak jumpa ikhwah2 yg lain... Sampai kat PJ, aku sms akhi Hamzah yg aku akan sampai dlm masa 15 minit lagi if jalan tak jem.. Dalam 10 minit selepas tu, dia reply bgtau dah terpaksa balik sebab ada jemputan lain yg perlu dipenuhi..... Alamak.. tak dapat la aku jumpa dia klw mcm ni.. Salah 1 sebab aku nk pi majlis ni pun sebab nak jumpa ikhwah2 yg bersama2 di U dulu... Antaranya Akhi Hamzah, Aziz, Mustaqim, Fadhli, Sufyan, Rudi dan lain2.. Hmm...mamat Rudi ni ada lagi ker.. (Haha.. Jgn marah yer!! :p.. )

Pastu dlm kul 3.10pm rasanya.. aku & Fatah sampai di tempat yg dituju... 1st aku jumpa dengan Akhi Aziz... lama aku tak jumpa.. hampir 2 tahun rasanya... Masa walimah dia pun, aku tak dapat datang sebab clash dgn Walimah anak buah aku, Aiman & Asma... Sempat la bertegur sapa & berjumpa dgn zaujah baru dia tu.. zaujah yang itu jer la yg dia ada pun..bukannya ada zaujah lama pun!... Hehe.. :D Tapi ikhwah2 dari Singapore sudah balik rupanya.. mungkin belum rezeki utk berjumpa diorg kat sana tadi... Huhu...

Dalam pada tu, aku jumpa makcik Mahani dan suaminya - Ust.Megat Amin (bekas pengetua aku masa sekolah rendah dulu.. Huhu.. longtime ago....about 1988-1990 rasanya... Sempat berborak dan bertanya khabar mereka.. Mengingatkan aku pada bermacam2 kenangan time sekolah rendah dulu... selain daripada soalan cepu emas dari mereka.. Hmm... dah tak larat nak jawab... Lotih den..! Seperi biasa... skrip streotype.. "On the way..." :D

Pastu kitorg terus pi amik makanan dan mkn bersama2 junior dr U dulu... mcm biasa la.. bertanya khabar dan sebagainya.. Dalam pada tu aku terpandang kelibat Munif HIJJAZ, Akbar ex-Brothers, Raja MazianTV3 dan org2 tertentu.. Tapi kitorg tak layan, sebab kitorg terus layaaan makan sampai kenyang.. Hehe... (Tapi kitorg berpantang sebenarnya... pantang tgk makanan.. :p)

Masa kitorg sampai td, rupa2nya majlis ni utk Akhi Muadz & adiknya Mus'ab... 2 sekali rupanya... Patut nampak ada 2 pasang pengantin.. Aku kenal jugak dengan adik dia.. Kebetulan aku memang kenal dengan family diorg sejak sekolah rendah lagi.. sebab kami tinggal di 1 taman yg sama dan berjiran sebelah menyebelah pintu... sampai pagar rumah tu pun kitorg buang.. senang nk bergerak dr pintu ke sebelah pintu.. hehe... (Masa tu aku menetap bersama abg & kakak ipar..)

Terlalu banyak kenangan waktu tu.. klw nk diceritakan pun memang tak akan habis.. Sejujurnya.. memang aku rindukan susana berjiran bersama makcik2 pakcik2 yang lain.. (..termasuk Ust Megat Amin & family Akhi Aziz & Fatah ni..) Ada saja program yg diadakan di kalangan kami di kawasan itu.. Antaranya apabila tiba bulan Ramadhan.. kami bergilir2 mengadakan jamuan Iftar antara rumah ke rumah.. Kebanyakan aktiviti memang dilakukan bersama2 secara berjemaah.. Memang begitu menyeronokkan jika dikenangkan waktu itu.... Biasa lah, zaman kanak2 adalah zaman yg menyeronokkan dan tak dpt dilupakan.. tambahan pula zaman kanak2 hati & minda bersih dari segala mazmumah dan perkara2 yg tak elok.. sebab itulah kita dapat ingat apa telah kita lalui sewaktu zaman kanak2.... Huhu... Bestnye zaman itu....!!

Oh ya.. berbalik pada walimah tu, aku agak berpuas hati dapat berjumpa seorang dua ikhwah dr U dulu.. Akhi Anas... dah ramai anak rupanya.. Mabruk.. Aku tumpang seronok... :D Akhi Anas juga merupakan antara mantan2 yg bergerak aktif dalam program2 ikhwah di U samada inside or outside the campus... Diorg ni 1 batch (Akhi Muadz, Hamzah, Aziz & Anas)... Aku & Fatah jer batch lain... Huhu..

Sesungguhnya saat2 kami bersama di U dulu juga memberi impak pada diri aku secara langsung & tidak langsung... Alangkah indah jika momen itu dapat diteruskan ke akhirnya.. memang bukan senang dan tak semua orang merasa apa yg aku rasa.. Aku amat bersyukur berada dalam lapangan itu... Mengenal erti sebuah kehidupan & perjuangan... Mengenal erti ukhuwwah (persaudaraan), mahabbah (kasih sayang), tadhiyyah (pengorbanan) dan bermacam2 lagi... Hanya kekuatan dalaman sahaja yang bisa melawan ujian2 terhadap aku.. Dan ujian itu akan berterusan kepada hamba2Nya.. Moga Allah terus beri kekuatan & pertolongan untuk kita semua... Ameen.....

Hm.. aku ni asyik lari topik jer.. Huhu... Sebelum balik tu, aku terjumpa dgn ex-primary schoolmate lagi.. FakhrulRazi... (abg kepada Johan Cari Menantu TV9 musim ke-2.. Promote2... Hehe.. :p) Dia pun dah kawin gak... Selepas bertegur sapa & bertanya khabar setelah bertahun2 tak jumpa, kitorg pi jumpa pengantin la pulak... kami bersalaman dan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan mereka semoga berkekalan ke Syurga.. insyaAllah, Ameen.... :-)
Pic: Gambar Hiasan (Copyright Control/Mizwar)

Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kedua-dua mempelai Muadz & Mus'ab dan Zaujah masing-masing..

"Baarakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr"
"Semoga Allah memberkatimu dan memberi barakah atasmu, serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan"

Tak lupa juga.. Happy Birthday to Akhi Muadz on 26th July.... "Kullu 'aam wa anta Bikhayr.."

p/s: Momen masa lalu yang dilalui terlalu indah.... tak tercapai akalmu.. :D

Thursday, July 24, 2008

Kawan Aku (Part 2)

(...sambungan dari Posting : "Kawan Aku")

"Jom kita pi Masjid Negeri. Solat Zohor?.." tetiba kawan aku ni ajak....
"Hmm.. ok jer klw nak pi.. no hal.." aku jawab...

Kitorg pun terus bergerak dr kedai makan 'buffet' tghari tu.. Kedai makan seksyen 8 tu kitorg panggil 'buffet'... sebab lauk pauk dia penuh 1 meja panjang... kena pusing 1 round baru leh pilih nk makan lauk apa.... :D Hmm.. memang kenyang betul lunch td.. Alhamdulillah.. Hehe...

Pastu kitorg terus gerak menuju ke Masjid Negeri.......tak pernah lagi aku solat zohor kat Masjid Negeri Selangor sepanjang hari bekerja..... Huhu... Tapi tadi dengan tak semena2 tgh lunch... kawan aku ni ajak aku pi situ lagi..... Alhamdulillah.... satu peningkatan yang baik utk dia... dan satu peringatan yg baik utk aku pulak....

Lepas solat tu.. kitorg 'lepak2' kejap kat dlm ruang masjid tu.... About 5 minit mcm tu baru kitorg balik...

"Best kan datang sini..?" Dia cuba memberi respon....
"Aah.. best.." Aku sekadar menjawab...
"Lain kali boleh datang sini lagi..." Sambung kawan aku ni...
"Boleh jer.." Jawab aku lagi..

Sejak dari kami solat jumaat tempohari.. setiap hari ada sahaja persoalan berkaitan hal2 agama yang dia bangkitkan... ada kalanya aku cuba menjawab sekadar termampu... selebihnya.. mana yg aku tak pasti, aku akan check pada yg sepatutnya... Aku memang tak berani nak memberi pandangan pada hal2 yg aku sendiri tak berapa 'arif ataupun ada beberapa perselisihan pendapat antara ulama2.. Lagipun, aku cuba mengelak utk membincangkan hal2 furu' (cabang) yg mempunyai perbezaan pendapat antara ulama..

Pada pandangan aku, terlalu awal bagi dia utk diserabutkan dgn hal2 sedemikian.. Mungkin lebih aula utk dia didedahkan dengan perkara2 asas yg boleh membantu dia utk lebih faham dan kenal dgn lebih dekat ttg Islam.. Bukan maksud aku utk mengatakan dia terlalu cetek ilmu agamanya... cuma ada beberapa perkara lebih penting utk ditekankan... sedikit sebanyak sebagai pengajaran secara tak langsung jugak utk diri aku sendiri... huhu..

Dalam pada tu, jika ada apa2 artikel yg baik utk di kongsi.. aku akan kongsikan artikel2 tersebut kepada kawan aku tu... dan dia pun mmg request utk dikongsi apa sahaja artikel2 berkaitan..

Hmm.. Kebetulan tadi ada masa terluang.. sempat dia roger aku...

"Mlm td aku tukar2 channel.. aku terbukak rancangan Dr Fadhilah Kamsah" katanya..
"Oooo... pasal isu apa" Soal aku balik..
"Ada caller tanyakan mcmana klw kita susah nak Redha dgn apa yg berlaku atas kita.. then Dr FK jawab.. Itu adalah ujian dr Allah utk dekatkn diri kita denganNya...Aku ni pun kadang2 masih lagi ada pemikiran individualistik.. Tah ler.... " Ulas dia panjang lebar...
"Ooo... ko memang pernah tgk ke rancangan2 mcm tu sebelum ni?.. " Tanya aku lagi..
"Tak pun.. mlm tadi jer.." Jawab dia..
"Ko rasa tak apa yg berlaku sekarang ni Allah dah rancangkan ke atas ko.. Atleast ko masih fikir hal2 mcm ni.. ALlah masih sayang kat ko.. Klw ko asyik hepy jer, ko rasa ko akan fikir ker hal2 mcm ni? Pastu org2 yg asyik hepy2 tu, ko rasa diorg tenang ker? Lain tau maksud hepy dan tenang tu..." Balas aku dengan beberapa persoalan utk dia fikirkan..
"Hmm.. betul gak cakap ko.." Jawab dia ringkas..

Pastu aku ambil peluang utk tanya kat dia dgn lebih detail.. sebelum ni aku memang cuba tidak bertanya hal2 sedemikian.. dgn harapan dia akan tukar cara hidup secara slowly......

"Hmm.. ko guna tak doa2 yg aku bg ko hari tu..?" Aku cuba menguji..
"Guna... Aku baca lepas maghrib & Isyak..." Jawab dia..
"Oo.. ok la tu.. Hmmm... ko mmg selalu solat maghrib & Isyak ker sebelum ni?" Soal aku lg..
"Tak pernah pun..." Ringkas jawapannye
"Ooo... Ok slowly la.." Aku cuba tidak terlalu mendesak utk dia lakukan semuanya 100%..

I'm glad to meet this kind of person.... sedikit sebanyak, ianya adalah peringatan secara tidak langsung utk diri aku yg selalu lalai & leka ni.. huhu... Aku mendoakan dia akan terus istiqamah utk melakukan perubahan ke atas diri dia... Mudah2an Allah bg kekuatan utk dia terus berubah & menjadi insan yg lebih baik pada masa akan datang... Begitu jugak aku... moga hari2 mendatang akan menjadi lebih baik drpd sebelumnya...

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam. Sesungguhnya celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam"..

Dan aku yakin lebih ramai di luar sana mereka yang masih tercari2 atau menunggu2 sesiapa yang sudi mengajak mereka ke jalan yang lebih baik...

Teringat seketika pada Hadis yang begitu popular dalam Hadis 40 (No.13):
"La yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsihi"
Maksud: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Jadi, di manakah kita sebenarnya?

Friday, July 11, 2008

Kawan Aku

Tghari td alhamdulillah aku dapat solat Jumaat kat Masjid SAS Shah Alam.. Aku pi dengan ofismate aku naik kete sport aku.. hahaha (sport ker sepot?)... Plan asalnya nk naik Honda dia, tapi ada BMW mana ntah blocking kete dia... kitorg call berkali2 tapi tak angkat call... Harapkan kete je mahal.... tak reti nak pick-up call.. (tetiba hangin plak :p)..


Pastu sampai kat masjid, kitorg lunch kat gerai dlm kawasan masjid tu... masa tgh mkn tu, tetiba kawan aku tanya.. "Ko hafal Quran ker?".... "Taklah... tak habis...haha.." spontan aku jawab.... Pelik gak aku.. sebab dia ni bukan jenis borak2 pasal menda ni.. Pastu dia cakap, dia nk belajar balik baca Quran... (terkejut gak aku dengar.. tapi aku suke dengar dia ckp mcm tu..atleast bagus la klw dia pikir mcm tu).. Then kami terus borak2 pasal pembacaan Al-Quran...


Pastu lepas habis mkn, kitorg terus masuk masjid.. On the way masuk masjid tu, ada phone call masuk.. aku jawab panggilan tu... rupanya mamat BMW yg block kete tadi.. "Sorry.. I was in the meeting just now.. I'm going to remove my car now".. Aku cakap kat dia.. "No point... Saya dah keluar!!!"... tetiba hangin aku datang balik... haha.. pastu dia ckp sorry.. aku pun ok2 jer.... malas nak bising2... baik jugak aku ni rupanya yer... uhuhuh.. :p.

Pastu aku & kawan aku tu terus cari 'pot'... pastu kawan aku cakap.. "Sini tak nampak khatib nanti" (lebih kurang mcm tu maksudnya).. Then kitorg terus move duduk di tengah2 masjid di bawah kubah yang besar dan indah itu... kitorg duduk side by side, senang nk gerak balik nnt...


After solat sunnat tahiyyatul masjid (time tu blum masuk waktu), tetiba kawan aku panggil aku lagi... "ko tau pasal agama semua ker.. pasal sejarah2 nabi sume ker?".... Lagi sekali aku terkejut beruk... "Tak de la semua.. banyak lagi aku taktau.. nape??" Aku tanya dia.. pelik gak aku... Tetiba jer mamat ni tanya macam2 pasal agama ni.. Tak pernah2 dia borak dgn aku pasal2 ni...
Pastu dia ckp dia ada persoalan nk tanya aku.. "Antara Agama & Realiti"... katanya... "Cemana tu??" aku tanya dia nk kan kepastian... Tapi aku dapat rasakan dia very honest bila tanya soalan camtu..

Agak lama dia berfikir, pastu dia jawab "Maksud aku.. cthnya : ada 2 org, si A & B.. si A ni baik & ikut segala perintah Allah.. tapi si B ni.. mmg mcm aku la.. tak buat suruhanAllah sume.. jahat la mcm aku ni... tapi si A tak dapat apa yg dia nak wlwpun dia berdoa.. tapi si B ni dapat... "

Selepas mndengar dgn teliti persoalan dia... aku faham maksud dia.. tapi aku rasa terharu gak bila dia tanya soalan mcm tu kat aku... (dalam fikiran aku... aku terfikir bab Istidraj).. aku ckp kat dia... secara ringkasnya.. kdg2 Allah nk uji tgk sejauhmana kita sabar & redha dgn ujian dia.. dan kdg2 bila Allah kurniakan sesuatu adalah utk "menghancurkan" (maksud kat sini.. Allah tak pandang sesorg tu dah lepas ni... Allah bagi semuanya tetapi tanpa berkat & redha dr Allah).. Aku kata kat dia, klw kita buat sesuatu sebab nak Allah balas... then apabila Allah tak bagi apa yang kita nak.. kita akan stop buat apa yg Allah suruh... secara tak langsung, apa yg kita buat selama ni diragui keihlasan terhadapNYA...semata2 sebab nk Allah bagi apa yg kita nak je..... (ni pendapat aku jer la.. maybe right or wrong....)

Pastu aku cakap aku ada 1 artikel pasal menda2 mcm ni..... "nnt balik ofis aku fwd kat ko.." Katanya lagi.. dulu dia pernah terpesong dengan berfikir manusia tak perlu susah2 doa.. yang penting kita ada aim & self-believe...meaning that kita akan dapat sesuatu sbb usaha kita & bukan dgn bantuan sesiapa.... skrg dia lebih bnyk berfikir pasal menda2 ni..... I told him.. its good for us to think a lot which to seek for good thing or do some evaluation about past & something in our life.. I said that those who convert to become a muslim basically is those who seek for something in his/her life... then Allah will give Hidayah to them... rather than those who never think of anything / something right or wrong...

Kemudian kami stop our conversation sebab Khatib dah amik tempat kat mimbar & bersedia utk menyampaikan khutbah.. Tetapi perbincangan kami tidak terhenti di situ... masa drive balik dari masjid pun dia still borak benda yang sama.. aku cuba explain sebaik mungkin supaya dia tidak ragu2 dgn jawapan aku.. Aku mengharapkan something good will happen to him...

To me its a good thing to hear from him which I never expect of that situation to happen...

Masa kat ofis aku pun cari balik emel2 yg aku recycle.. 1st aku fwd emel istidraj kat dia.. dia prompt aku dgn IM... "sebak aku baca artikel tu.. Istidraj tu mcm aku laa.." dia tulis camtu kat IM... Aku pun terharu dgn apa yg dia ckp.. sedikit sebanyak.. aku kena muhasabah diri aku jugak.... pastu dia IM lg... "ada lg artikel2 lain?..".... pastu aku fwd2 beberapa email berkaitan..

Pastu termasuklah dia tanya aku mcmana nk mulakan doa selepas solat, sbb dia cuma tahu doa dlm bahasa melayu.... apa yg patut dibaca dlm doa.. dia mintak aku translate doa-doa yg aku bg dlm bahasa arab kepada ejaan Rumi... Antaranya doa kedua ibubapa.. Doa hasanah di dunia & akhirat... dll.. Aku cuba bantu apa yang patut.. advice mana yg aku mampu... Then he replied.. "Aku cuba..."

Mudah2an sebagai kawan, kita doakan untuk diri kita dan juga untuk mereka yg lain2.. dgn harapan something good will happen to us & them... insyaAllah....

Moga cerita ini memberi 'ibrah yg baik utk kita semua...

Wallahu ta'aala a'lam