Tuesday, June 30, 2009

July 1st, 2009

1 July 2009 bakal mencipta sejarah baru... sama-sama kita nantikan...!!

Lupakan tentang Michael Jackson,
Lupakan tentang selsema bab* @ Influenza A H1N1,
Lupakan tentang Manik Urai,
Lupakan tentang 1 Malaysia,
Lupakan tentang Transformers,
Lupakan tentang Jangan Pandang Belakang Congkak,
Lupakan tentang Waheeda, Maiza & Akhil Hayy,
Lupakan tentang Anwar & Saiful Bukhari,
Lupakan tentang Kerajaan Perpaduan,
Lupakan tentang Debat PAS & UMNO,
Lupakan tentang segala-galanya,

Ingat DAIA.. lupakan yang lain.... hohoho.. (iklan jap!)

Nantikan pengumuman dari Penyimpan Mohor-Mohor Besar Myzwar.. :-D


...Thanks to Miss Model... :p

Friday, June 26, 2009

"Silent Mode"

Salam 'Alaiyk...

Alhamdulillah.. aku selamat sampai pulang ke Penang smlm.. aku tumpang kakak aku yg kebetulan dtg appointment kat KL... dlm jam 5.30pm kitorg sampai umah mak.... tapi kali ni balik kg a bit different.. hmm... a bit sunyi & sepi... dalam erti kata yang sebenar...my wife tinggalkan rumah.... :-(

Wait.. wait.. wait... listen to me first... I dunt really meant it... i'm sorry dear.. this is the 1st time we dunt meet each other during weekend... hmm... somemore i can't contact you as well.. why did you give the phones to other person??

That morning... when you called me.. I didn't manage to pick-up your phone calls... I was in the bathroom.. then, when I sms you... you never reply & after that I couldn't get you anymore until now...

And this morning... Anisa did ask me about you...
"Where is maksu iffah?"
"Do you miss her?" I asked her..
"Yes" She answered..
Hmm... I hope can meet you soon....

As of now, Kak Najihah pergi sekolah... Mak pergi baca yassin (usrah mingguan).. Husna & Kak Cik pergi USM... Mama Anisa pergi sekolah... only me & Anisa at home.. pagi tadi dah buat susu kambing utk dia... just now bg dia mandi & pakaikan baju... but....but.... i dont know what are you doing right now.... how are you and so on.... hoping that you are around with me at home now.... hope that you are okay & in a good health....

For others.. just pray for both of us.... dont get me wrong.... actually my wife is in Perlis now for her BTN course... their handphones was given to the committee members & not allowed to contact with outsiders.... even Abah call her last night pun tak dapat... nasib dapat call menantu dia ni... kalau tak mesti 1 Teras Jernang dah risau... hehe.. So, aku saje meroyan pagi2 Sabtu ni... kekekeke... :p

That's all for now... nak mandi & bawak Anisa merempit naik motor round2 kampung jap.... hehe.. Jumpa lagi... Bi-idznillah... :-)

Zaujati - Ahmed Bukhatir



Zaujati (My wife - as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife,
I care not about
Those who like to reproach and irritate me.

It is our destiny to be together eternally.
In my heart you instilled love
With grace and good deeds.

Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my day Until you return home.
Sadness disappears When you smile.

Life turns black When you're upset,
So I work hard To make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.

Our souls are united Like soil and plants.
You're my hope, my peace
My good company and inspiration.

Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine..

Wednesday, June 24, 2009

Ujian Rahmat

"Hidup tidak selalunya indah..
Langit tak selalu cerah...
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam.."

Begitulah lumrah hidup.. adakalanya kita di puncak.. adakalanya kita di bawah.. apapun jua posisi kita.. Selalulah tunduk ke bumi mengikut resmi padi dan bukan resmi lalang.... melihatkan riak wajah... tiada siapa bisa meneka mahupun menduga kedukaan di benak hati tatkala wajah sentiasa melakar ceria.. bukan berdusta.. tetapi aku tidak mampu berkongsi malar hati yang riaknya sepi di hati sendiri...

Alhamdulillah... aku punya Tuhan Yang Esa untuk mengadu domba.. aku punya teman setia memahami gerak hati tawar duka.. sentiasa menjadi pendokong kesedihan.. begitu amat memahami kerut di dahi.. dia lah kurniaan Ilahi untuk diri ini... penyejuk di mata penawar di hati... isteri yang amat dikasihi..

Apa jua yang membujur lalu melintang patah... aku bersyukur dengan dugaan rahmatNya.. kerana sesekali bisa diri digigit semut api... dijentik hati ini untuk kembali kepada fitrah diri.. atas nama manusia... di situ bisa ada permasalahannya.. agar diri ini tidak alpa.. sentiasa peka mengingatkan diri agar hati terus berbakti & mengabdi diri..



Alhamdulillah 'ala kulli haal... moga dengan segala dugaan & ujian yang diberi.. menandakan diri ini masih disayangi.. tanda Dia dekat di hati.. banyak perkara perlu diinsafi.. ighfir dzunubi.. Ya Rabbi...

"Hebat mana pun kita diuji..
Insan lain lebih dahsyat diuji..
Mencontohi kecekalan para Nabi..
Ketika diuji dibumi sendiri..
Layakkah diri mengeluh benci..
Kerana itu Rahmat dari Ilahi.."

Sunday, June 21, 2009

Hajat Di Hati

Jam menunjukkan 12.55am... mataku masih bundar... aku masih buntu dan melayan komputer riba di sisi...

Aku baru sahaja pulang dari menghantar isteri di Stesen Bas Kajang.. Kiriman pesanan ringkas telah dihantar kepada abang & kakak ipar untuk mengambil isteriku esok pagi... mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi..

Sekejap sahaja masa berlalu.. pejam celik Sabtu & Ahad berlalu pergi.. menjemput hadirnya Isnin... Begitulah rutin kehidupan dari semasa ke semasa... Alhamdulillah siang tadi sempat melangsaikan perkara yang perlu ditunaikan... antaranya membeli tiket bas di Stesen Bas Kajang, ke Warta Bangi membeli barang pesanan kakak aku.. dan juga ke Laksa Redup Rimba seperti yang diidam-idamkan sebelum ini... Alhamdulillah sudah tertunai hajat.. walaupun Jumaat lepas telah sempat 'pekena' laksa di luar Masjid Seksyen 16, Shah Alam...

Promosi Laksa Redup Rimba, Teras Jernang

..Alhamdulillah..
Terima Kasih Riena kerana bagi aku terliur..

Kemudia kami sempat bergegas ke Keramat menghadiri majlis jemputan Puan Irina a.k.a Norish dan suaminya Hasif... Selamat Hari Lahir juga untuk anak perempuannya yang sudah berusia 1 tahun.. Ilham Imani.. Moga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu & ayah...

Selepas sampai di rumah, usai solat maghrib, kami menikmati juadah makan malam bersama ahili keluarga yang lain... dan kemudiannya terus bersiap-siap utk hantar isteri pulang...

Dan semoga minggu-minggu yang mendatang akan lebih baik dan menjanjikan sesuatu yang lebih beerti untuk kami sekeluarga... InsyaAllah..

Nampak gayanya.. sudah jam 1.21am... lambaian bantal harus ku sambut dengan :

"Bismi kallahumma ahya wa-amut"
Dengan namaMu Allah kami hidup & mati
......ZZZZzzzzzzzzz.....

Friday, June 19, 2009

Soal-Jawab

Hukum Cukur Janggut

BENARKAH hukum mencukur janggut itu haram? Guru saya mengatakan ia tidak haram, tetapi bagi golongan tabligh, hukum mencukur janggut itu haram dan ada bukti mengenai pengharaman mencukur janggut.

REMAJA KELIRU,
Johor

TERDAPAT perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah).

Mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). Manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208).

Ini kerana ada perbezaan dalam riwayat hadis daripada Rasulullah s.a.w, antaranya, hadis Aisyah daripada Rasulullah s.a.w mengenai sepuluh perkara fitrah iaitu 'memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.'

Kata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa'i)

Menurut Imam an-Nawawi yang kesepuluh kemungkinan adalah khitan (bersunat). Hadis ini menunjukkan memelihara janggut termasuk dalam perkara sunat.

Manakala dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi)

Hadis ini menghendaki seorang Muslim mempunyai identiti sendiri dengan tidak meniru bangsa lain.

Berdasarkan tujuan terbabit, mencukur janggut dilihat sebagai meninggalkan jati diri Muslim dan tidak mengikut suruhan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, ada yang memahaminya sebagai sunat dan bukannya wajib, iaitu suruhan kepada lelaki Muslim memelihara janggut bagi membezakan antara orang Islam & bukan Islam.

Ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib. Ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah.

Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).

Pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.

(lihat juga artikel Cukur janggut di http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm)

Jawapan oleh :
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri


Sumber : MyMetro
(19June2009)

Tuesday, June 16, 2009

Mengharap Sinar

Alhamdulillah.. hari ni sampai Setapak awal... about 6.40pm.. aku gerak dari ofis Shah Alam tadi jam 5.45pm ikut federal higway.. jam skit kat PPUM... pastu aku ikut UM melalui Bangsar dan terus ker Jln Maharajalela... dan ikut PWTC terus masuk Jln Genting Klang (lalu Tmn Tasik TTWangsa) dan pecut ker jalan belakang ke Setapak... huhu... Jauhnya Setapak<->Shah Alam.... Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Semuanya dah berlalu dlm masa hampir 5tahun.. alah bisa tegal biasa... masa mula2 dulu mmg aim aku nk pindah menyewa.. tak pun settle down dgn kawin dgn sape2... dan tinggal bersama kat area2 Shah Alam... Sape2??? ye lah.. sape2 la.. cakap bab jodoh.. time tu walau sekalipun kita tgh 'kawan' dgn sape2 ataupun still single.. aku yakin dgn jodoh yang Allah aturkan... ok Stop di sini bab ni...

Even masa aku nk menyewa dulu pun.. mak aku tak izinkan.. sebabnya.. aku tinggal berdua dgn kakak aku yg masih solo... kira part of tanggungjawab yg mak aku letakkan di bahu aku.. & aku akur... terima dgn rela & redha... alhamdulillah tak rasa terpaksa..

As anak.. permission dari mak yg utama... papepun tindakan.. aku sedaya upaya tunggu green light dr mak.. pernah sekali Jan2008.. aku nak resign dr keje wlwpun aku belum dpt mana2 offer kat tmpt lain... pujuk & explain panjang lebar kat mak.. pendek kata "Ridhallah fi ridhal-waalidayn" (Redha Allah pada Redha Ibu bapa) - Ingat tu wahai anak2.. huhu.. Alhamdulillah.. akhirnya mak setuju.........

Dan aku pun tender jawatan aku kat company tu.. but kita hanya merancang.. Allah jua yg menentukan.. on 18Jan2008-Friday, supposed to be my last day... awal2 pagi aku masuk bilik GM.. konon2 utk say thanks & to say good bye.. last2 GM aku offer aku tukar department & mintak aku stay.. disebabkan last day.. aku mintak masa skit utk fikir masak2.. aku janji after lunch aku akan give my answer.. dgn harapan dpt hidayah lepas solat Jumaat.. pastu lepas mintak pendapat mak & kawan2... akhirnya I said Yes to my GM with condition... hehe.. poyo jer kan with condition - mintak cuti 2 hari utk relax kat kampung (sbb dh plan nk balik kg)... pastu surat resign aku pun ditarikbalik dari HR.. siapa tahu perancangan aku itu bertukar jadi lain...

Dan sampai skrg aku masih di sini terus berbakti kepada pejalan kaki supaya tak penat2 lagi jalan kaki... hehe.. entah sampai kapan aku akan terus di sini.. mudah2an & aku amat berharap.. masa aku akan tiba untuk aku undur diri... moga yang terbaik menanti ku di masa akan datang..

...Moga Mentari Muncul Kembali Bersinar Di Maya Ini..

Sunday, June 14, 2009

1st Anniversary

Oh ya.. just today aku perasan...
my 1st entry of my blog was launched on 5th June 2008..
Patut la aku terasa something need to be done to my blog...
and here... new look of myzwar..
and purposely i choose the bright color/striking...
apa saja term yg sesuai..
..CERIA.. not ASTRO CERIA

...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look... ...New Look...

:-l
:-)
:-D

HAPPY BIRTHDAY
http://myzwar.blogspot.com/
1-YEAR OLD

..moga beroleh manfaat..

Ceria Sokmo..
Senyum Sokmo..
Tapi Jangan Lupa Allah
Jaga Hati!! PEACE!!

p/s: Sorry Kui, aku re-post entry ni & terdelete komen ko... :D