Saturday, June 13, 2009

AlFatihah - Fathi Yakan

Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.

Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.

Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.

Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.

Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.

– Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un –
berita asal di http://www.ikhwan-jor.com

Friday, June 12, 2009

Muhasabah

Di kesempatan yang ada.. mohon maaf utk semua.. jika ada sebarang salah & silap yg disengajakan mahupun tidak... atas nama insan yang bergelar manusia.. sudah semestinya kita tidak dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan...

Jangan sangsi mahupun curiga... sesekali teringat utk mengkoreksi diri.. dan sesekali patut kita memohon maaf kepada sesiapa sahaja.. dan sudah semestinya kita juga memaafin org2 di sekeliling kita.. dari yang terdekat dan sebagainya.. samada isteri/suami.. ahli keluarga, rakan taulan sahabat handai... dan mereka yang muncul dalam hidup kita secara tidak langsung..

Moga kita semua terutamanya diri sendiri dapat mengurangkan apa jua gerak laku & tutur kata yang tidak menyenangkan... moga rahmat dari Allah sentiasa ada pada kita... apatah lagi mendambakan ni'mat SyurgaNya tatkala kita menghadap Khaliq kita apabila tiba masanya.. Bila & di mana? Hanya Allah saja yang tahu..

Seketika tadi menonton berita jam 8mlm, mengenai kemalangan yang berlaku ke atas pelajar perubatan Malaysia di Mesir & juga berita kematian seorang anggota tentera tatkala membuat penerjunan dari udara... Dan kebetulan.. kedua2 mereka ini merupakan ahli tetangga di Kepala Batas, Pulau Pinang.. kebetulan satu daerah walaupun tidak diketahui kampung asal mereka..

Cukuplah ianya sebagai peringatan & umpama jentikan yang singgah di telinga utk kita bermuhasabah, bermuraqabah, dan tentunya tazkiratul-maut yg cukup mendalam mesejnya...

Sekali lagi.. mohon maaf atas "kesumbangan" diri yang serba kerdil..
Wallahua'lam..

Mizwar, Setapak, 12.25am

Thursday, June 11, 2009

Testing!!!

Hehe... buat jahat.. curi2 posting entry kat ofis.. tp takut2... terpaksa aku kembangkan sayap skit... takut ofismate nampak... hoho...

saje nk try test... hehe.. dah la cuak takut kantoi.. ;p
ok lah, lega dah... cita2 tercapai... boss tak ada... pi tingkat atas kot.. nama pun boss kan... hehe

ok, kawan2.. jumpa lagi yer!! ehehe..
(tetiba rasa bangga pulak... :D ;D ;D ;D)

Tuesday, June 9, 2009

Berhujung Minggu

Salam 'Alaiyk...

Lama sudah tak bersua.. tetibe mempoyoskan diri.. bukan lama tak bersua... tp lama tak bebel2.. tah ler.. tak de mood... tambahan pulak aku ni kan pendiam di mata manusia... huhu... logic tak? fakta atau auta?? ke ikut keadaan semasa?? apa2 je lah... pandai2 la korang menilai sendiri mana intan mana kaca mana intan terpilih.. (macam pernah ku dengar aja ungkapan ini..)

050609
Minggu lepas aku balik penang... kebetulan family dr Bangi singgah Bkt Mertajam.. aku pun cuba menyesuaikan diri jadi tuan rumah yg tak macam tuan rumah... huhu..

060609
Pagi Sabtu tu pulak ajak Mak,Abah, adik2 ke rumah aku kat kampung.. kebetulan ada masak2 special skit.. alang2 terus lunch la kat situ... Mee Kuah/Rebus + Nasi Kari Mamak etc.. Tak yah la citer panjang2.. rasanya aku ni asyik citer pasal makan jer.. Nak taubat skit lah.. huhu.. (Kebetulan sibuk borak & menikmati makanan.... terlupa nak snap gambar2 para tetamu... hehe..)

Lepas singgah kat umah mak... Abah, Mak, adik2 bertolak ke Alor Setar menziarahi sepupu/cucu sedara my wife kat Hosp. Bahiyah.. koma sebab accident (pagi tadi baru terima berita pemergian Ashraf ke rahmatullah.. Innalillah... Moga dirahmati Allah hendaknya.. Ameen)

Dlm kul 12pm pulak, aku & wife bertolak ke Pokok Sena, Kedah attend majlis perkahwinan Diana (ofismate my wife).... Selamat Pengantin Baru Diana & Hubby!!


Diana & Hubby

Oh ya... di kesempatan ini.. Selamat Pengantin Baru jugak utk Samsul Hadi, Hasrudi & Rahman D... sorry plan tak menjadi.. klw tak mesti kami dah sampai dengan Pantun Budi... Tak ada rezeki kami nak ke Selatan TanahAir.. (Johor-S'pore-Johor).. hanya doa pengganti diri... Moga bahagia & berkekalan ke akhir hayat nanti....

070609
Selepas breakfast, aku pi potong rambut yang dah terover panjang, pastu pi basuh keta aku yg rupanya ala2 4X4 dah.... pastu pegi pasar beli barang basah utk lunch.. Alhamdulillah... lunch yg sungguh berselera... siakap 3 rasa, kerang rebus+air asam, tenggiri sumbat sambal... 3 pinggan kot aku makan.. hehe.. (upss makan lagi!!! rosak diet aku..)


New look of Mr Potato's Model

Petangnya pulak, kami ke TUPAH... anak2 sedaraku ingin bermandi manda.. kali bukan lagi kolam buatan.. tapi sungai yg indah ciptaan Allah......

Kul 7pm kami balik rumah sbb aku kena packing barang utk balik ke KL... :( Arrgh... boring sungguh saat itu... huhu......

::TUPAH::


"Aku hanya melihat & mentafsir"


Rupa2nya ramai lagi yg melihat & mentafsir :D


Anak2 sedaraku - Alya, Anisa, Izzat


ni la Alya Hayani... tak suka tangkap gambar..
tapi disebabkan terjatuh & nk cover malu...
cepat2 dia bg pose menarik... PEACE!!


Memberi arahan utk Izzat tangkap ikan..
tapi tak dapat pun.. saje test skill..


Sebelum pulang, pose skit dgn mummy..
macam gaya org buta pun ada gak.. huhu


Tupah penyeri di Sg Petani..
Mungkinkah kami akan kembali..?
Kembali saksi di senja hari..
Sejuk air sungai membelai diri ...
Segar terasa kembali berseri...

Jemput2 la pergi ke Tupah memanjakan diri... :D

Monday, June 8, 2009

Suara Hati

(Ihsan Anisa Properties)

Warna-warna kehidupan
Tak seindah biasan
Pantulan cahaya di cerminan
Neon-neon kaca bersinaran
Zahirlah metafora perbezaan
Terungkai makna berasingan

Di situ hati keriangan
Di situ hati kemurungan
Di situ hati kegirangan
Di situ hati kesedihan


(070609 6.30pm - Tupah, Sg. Petani)

Deruan air sungai berlinangan
Memainkan rentak hati yang kebingungan
Meninggalkan erti sebuah ketenangan
Kerana itu fitrahnya insan
Punya hati dan perasaan

Sang unggas riang berterbangan
Berlegar megah tinggi di awanan
Mencari sang camar pulang berterbangan
Kembali kepada usulnya insan
Mengadap kembali kepada Tuhan

Sudah tertulis Allah berfirman
Segalanya sudah ditentukan Ar-Rahman
Lebih mengetahui segala yang tersimpan
Tersembuyi di langit juga di lautan
Kita manusia wajib beriman
Menerima qadha' qadar atas ketentuan

Sudah tersurat di dalam AlQuran
Kepada manusia, tumbuhan dan haiwan
Kita adalah hamba yang budiman
Jika AlQuran dan Sunnah jadi ikutan

Di situ terletak wajah sebenar insan
Di situ terletak erti kegembiraan
Di situ terletak makna kebahagiaan
Di situ terletak riak ketenangan


(070609 6.30pm - Tupah, Sg. Petani)

Mizwar Abduh
Setapak
090609, 9.30pm

Cerpen

Part 1 :-
One day at Big Apple, Wangsa Maju...




RM11.50 for 6 pcs... Makan utk 2 orang...



Aik?? kata utk 2 org...
tapi nape makan sorg jer??
dimanakah Aci???



------

Part 2 :-
At Satay Samuri, Kajang..


Sama tapi tak serupa.. :-D



Serupa tapi tak sama... :-p



Segmen : "Siapa cepat dia dapat!!"



----

Part 3 :-
Di Kampung Teras Jernang, Bangi..


Di suatu pagi yang hening... mereka kepingin utk mandi sungai..
maka kolam buatan di sediakan untuk kanak-kanak itu..



Pengumuman Penting:-
Sesiapa yang ada kehilangan anak... sila hubungi penulis...
(maklumat terperinci tidak dapat penulis dedahkan
kerana suspek menggunakan senjata api yang merbahaya)

..walaupun sudah terdedah..


Nota Kaki :
(sila cuci kaki sebelum anda lihat ke bawah)


"masih belum terlambat"
selepas penat mecari2...
inilah gifts for Nijad & Najya
with
pembalut yang special...

5-June-2009
Kunjungan yang amat bermakna....
IKBN, Bkt Mertajam


Behind : Suwaibah, Abah, Mak, Faiz
Front : Aiman, Hanif, Pn 'Aiffah & Mr. Mizwar

"HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MAK"
...my mother in law...
Semoga Panjang Umur & Dimurahkan rezeki..
...Ameen...


-HAPPY ENDING-

Tuesday, June 2, 2009

Memori Lama

"Terkenang sebuah memori lalu.. kisah persahabatan kita bersama... di dalam satu pengajian.. menuntut ilmu dan pengalaman.."

Begitulah bait2 nasyid dendangan Soutul Amal..

Melihatkan pada foto2 lama ini... mengingatkan aku pada memori-memori semalam ketika berada di kampus... Thanks to Akh Fatah for the photos...

Seketika di DQ
Gambar ni diambil sewaktu kami mengadakan visit sehari at Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Bharu.. lebih kurang mcm Bengkel la.. ada bengkel hafazan.. tips2.. sessi beramah mesra & riadhah!!


Bergambar bersama para perserta bengkel & para huffaz DQ.

Sessi sepak menyepak... hehe.. bola padang.. "Al-'Aqlus-Saalim fil Jismis-Saalim"... Badan yg sempurna pada tubuh badan yg sihat.. :-)


Akh Aziz sedang khusyuk mengatur strategi utk kalahkan pasukan DQ.

Ikhwah @ Mukhayyam
Selain aktiviti yg menyajikan santapan ruhani... santapan jasmani tidak dilupakan.. ini adalah antara moment sewaktu ke Mukhayyam di beberapa tempat.. memang best la spend time dalam hutan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan selama beberapa hari..


Sahabat2 lama yg lama tidak bersua..

Acara yang menguji kecekalan mencari sesuap nasi.. hehe.. sessi memasak.. time kamera tu focus kat aku.. aku pun konon2 buat2 la tgh tiup api.. tapi aktiviti ni pun best... sekali sekala merasai nikmat mecari sesuap nasi dan bersusah payah memasak di dalam hutan.. ni belum lagi pegi berperang... baru perang masak memasak je...

Dari kiri : Helmi, Zaini, Mizwar, Adha
(Takkan tengok aku je kot.. tolong la skali.. huhu)

Banyak2 gambar... aku suka gambar ni... sebab penat posing kat tali tu... sampai sakit tangan.. hehe.. yang kat bawah tu berbaju hijau tu... Dr. Saifuddin.. bekas lecturer bahagian Quran Sunnah.. aku paling admire cara dia menyampaikan kuliah Tafsir FiDzilalil Quran... penyampaian yg bersahaja & pandai menarik perhatian pendengar... tapi skrg dia dah jadi usahawan yg berjaya... Alhamdulillah..


"Bila la nak dapat peluang macam ni lg.. oh rindunya momen itu.."

Masak lagi.. BBQ... hehe... keje makan je ye... tapi aku tak gemok2 pun.. huhu... sekali skala berkumpul dgn senior2 & junior2... lagi best Ustaz Burhan pun join skali... bukan senang nk gather ramai2 mcm ni... Alhamdulillah atas kesempatan yg Allah kurniakan.. dan pengalaman yang terlalu mahal ini.... :-)


Dari kiri : Akh Aziz, Ust Burhan, Zaini, Khai, Mizwar, Siddiq, Adha

Yang ni pun best.. tapi tak ingat dah kat mana lokasi dia... kena test masuk bawah jejari dawai tu... alang2 masuk, aku posing la dulu kan... hehe..



Aktiviti berkumpulan... masing2 memberi idea bagaimana bekerja dalam jamaah... saling bantu membantu... saling bekerjasama... pendek kata bergerak secara berkumpulan lebih baik & mudah daripada bergerak secara fardi (sendiri2) seperti kata2 Rasulullah:

“Mukmin antara mukmin adalah umpama bangunan. Masing-masing memperkukuhkan antara satu sama lain”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Fido, Yusof Arif, Khairi, Faizal, Man Darom
(Selamat Pengantin Baru to Man Darom, tahniah!!)

Mudah-mudahan... masih ada peluang utk bertemu sahabat2 sekalian di masa2 lain... Ameen..