Saturday, November 29, 2008

Lambaian Kaabah

Labbaikallahumma labbaik... Labbaikala Syareekala Kalabbaik..

Musim haji kembali lagi pada tahun ini... ramai tetamu Allah berkunjung ke Baitullah utk menunaikan Rukun Islam ke-5... Di TV & Radio juga membincangkan pelbagai topik mengenai Haji... Semua ini mengingatkan aku kepada kisah 3 tahun yg lalu...

Awalnya dalam Ogos 2005, mak, kakak & abg ipar mendapat surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) mengesahkn mak akan berangkat ke Mekah pada Dec 2005.. Segala persiapan termasuk suntikan utk jemaah haji peringkat pertama selamat ditunaikan..

Walaubagaimanapun, dalam Okt-Nov 2005 mak medapat 1 surat dr LTH, mengatakan penangguhan jadual mak ke Mekah ke tahun hadapan (2006).. Alasan yg diberikan, Kerajaan Arab Saudi menngurangkan kuota bilangan jemaah dr Malaysia pada thn 2005. Namun, kakak & abg ipar dapat berlepas ke Mekah seperti dijadualkan.

Kami sekeluarga agak kecewa kerana Kakak & abg ipar merupakan mahram yg akan mengiringi mak ketika di Mekah.. Bila hal ini terjadi, mana mungkin mak dapat pergi ke Mekah pada thn 2006 kerana tiada mahram..

Jadi, saya nekad utk menelefon Ibu Pejabat LTH KL utk memberitahu permasalahan ini yg saya kira tidak sepatutnya berlaku.. Melalui seorg ustaz di LTH, saya memohon jasa baik beliau utk mempertimbangkan status mak utk berlepas pada 2005 juga.

Dalam tempoh tinggal sebulan dua sahaja... saya kerap melakukan follow-up dgn ustaz tersebut, jaminan diberikan bahawa mak mempunyai peluang cerah kerana ada seat kosong kerana ada bakal jemaah yg menarik diri.. Namun, perlu diambil kira 1 lg masalah, penerbangan mak mungkin berbeza dgn kakak & abg ipar.. Satu perkara utk kami sekeluarga khuatiri. tak mungkin mak dapat meneruskan pemergian beliau ke Tanah Suci menaiki penerbangan berlainan dgn kakak & suaminya..

Jadi, follow-up saya berterusan utk memastikan mak mendapat 1 flight dgn kakak & abg ipar.. Dan Alhamdulillah tak lama selepas tempoh itu... pengesahan dari ustaz dr LTH mengatakan mak mendapat flight yg sama dgn abg ipar.. Beliau mengarahkan saya utk membawa mak mendapatkan suntikan kedua... tapi seperkara lagi.. urusan LTH dgn pihak pengurusan passport & VISA masih belum selesai.. Perlu dipastikan urusan Visa dan passport ini selesai dan barulah kami sekeluarga puas hati dgn status pemergian mak ke Tanah Suci..

Dan aku terus membuat follow-up dgn ustaz tersebut.. Kata2 positive dr beliau utk mak bersedia utk ke Mekah.. Tapi passportnya masih belum selesai.. Ya Allah permudahkn segala urusan mak utk ke sana..

Flight penerbangan mak adalah pada hari Rabu 14-Dec-2005.. Namun sehingga 12-Dec-2005 masih belum ada sebarang pengesahan hitam putih dr pihak LTH.. Risau jugak kami dibuatnya.. Kebetulan pada waktu itu.. saya & Jabatan tempat saya bekerja masih berada di Langkawi kerana bercuti.. (10 hingga 12-Dec-2005)...

Selepas balik dr Langkawi, saya terus bercuti dan pulang ke kampung dan terus menghubungi ustaz LTH tersebut.. Dan Alhamdulillah, pada 13-Dec-2005, pihak LTH telah fax kan surat ke pejabat kakak di Kepala Batas mengesahkan mak dapat pergi dan bersedia utk melaporkan diri di Kompleks LTH PulauPinang pada 14-Dec-2005..

Kami sangat bersyukur dgn pengesahan ini.. cuma seperkara, passport mak masih di tgn LTH dan akan diberi ketika hari melapor diri.. ujian demi ujian.. Walaubagaimanapun, kenduri doa selamat secara ringkas dpt disempurnakan pada hari Selasa tersebut memohon agar mak selamat berangkat dan selamat menunaikan Haji..

Dan pada hari Rabu 14-Dec-2005, passport mak diberi ketika Taklimat akhir utk Jemaah Haji di Kompleks LTH.. Alhamdulillah... mak selamat berangkat pergi ke Tanah Suci.. Dan penerbangan pada hari itu merupakan penerbangan pertama d PulauPinang bersama2 dgn TYT Ketua Menteri...

Dan kedatangan 'IdulAdha pada tahun itu, saya tidak pulangkan ke kampung, sunyi dan kosong rasanya sebab mak tak ada di sisi.. huhu.. Saya hanya menunaikan Solat Sunat Hari Raya di Masjid UIA di Gombak.. dan tidak di kampung seperti sebelum2nya...

Tidak dilupakan satu berita yg mengejutkan pada thn itu, bangunan runtuh di Mekah.. risau jugak kami sekeluarga... tapi ALhamdulillah mak kakak & abg ipar selamat..

Selama lebih 40 hari, kami menyambut kepulangan ibu di Airport PulauPinang dengan perasaan terharu & gembira...

Bermacam2 perkara yg mak kongsi.. ALhamdulillah.. Allah permudahkan urusan mak.. mungkin sebab Allah dah uji mak pada peringkat awal pemergian... Antaranya, Klw nk diikutkan mak agak memilih dalam bab makan, tapi mak dapat mkn masakan di sana dgn baik wlwpun ada beberapa jemaah tak lalu makan dgn masakan di sana.. Mak juga tidak mempunyai masalah sakit2 sendi dan otot2 walaupun banyak pergerakan dlm menunaikan Ibadah Haji.. Hatta apabila balik ke Malaysia.. Mak lebih bertenaga... Jalan pun laju.. :D...

'Ala kulli haal.. semuanya selamat & mudahan2 Ibadah Mak diterima & mendapat Haji yg Mabrur.. Ameen....

Gambar2 kenangan sebelum Mak pergi & balik dari Tanah Suci

Saturday, November 22, 2008

Walimatul 'Urus

....Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem....

Buat semua kawan2 & pengunjung setia My Blog




Sebarang kemusykilan boleh terus hubungi saya melalui email @ telefon.. Jazakumullah..

Friday, November 21, 2008

Corat Coret

Salam 'Alaiyk...

Dah lama rasanya tak conteng2 kat blog ni.. Tak de mood nk conteng2.. Malas pun ada. Busy pun ye gak.. Banyak sangat yg berlaku seminggu 2 ni...

Alhamdulillah hari ni Sabtu.. ada la skit masa terluang.. tak la terluang sgt.. huhu... Nak jadi posmen lg.. itu lg ini lg.. Weekend lepas dah balik kg... uruskan satu dua hal.. kemas2 umah.. mmg agak busy... tapi yang bestnya... dlm pada tu sempat lg curi masa dgn mak aku malam ahad lepas... main congkak.. haha... lama betul tak main congkak tu.. Allahyarham Ayah yang belikan.. sekali dgn guli2 nya.. huhu.. Mak aku ni kira hustler main congkak... habis adik & akak aku kalah.. Maka aku pun bersemangat nak uji skills aku yg lama berkarat.. Haha.. Sepanjang 7-10 games.. Mak aku cuma menang sekali je... balance tu aku sapu.. hehe.. Endingnya.. mak aku cuma tinggal 1 rumah jer.. lg 6 rumah sume terbakar.. Pastu kitorg stop la.. dah tak larat dah... dari lepas isyak.. and stop dinner and then sambung balik... takpe2... Nanti balik kampung main lg.. Hehe...

Pic: Gambar sewaktu bercuti di Jerejak

Hmm.. semalam akak aku tepon, dokumen2 penting untuk majlis nanti dah siap.. Pendaftar Pej. Agama datang hantar kat umah semalam... Alhamdulillah settle 1 lagi hal.. tak sia2 aku balik minggu lepas... harap2 lepas ni semuanya dapat setle sbelum tarikhnya.. AMeen...

Dalam pada sibuk2 itu ini.. ada lagi 2 benda lg aku kena support... Dinner Division on 5th Dec.. aku jd komiti in-charge of Door Gift & Lucky Draw.. Bajet dah la sikit.. menyusahkan lagi keje aku ni... Haha... Hmm.. bila la aku nk buat tu sume... Harap2 ok la.. mana tau kan, ni je sumbangan terakhir aku utk division aku ni.. huhu..

Dah tu lg 1 ni.. misi menyelamatkn bahtera kawan aku... as per my post 'Life is A Test'.. Since both husband & wife need my help & support.. Klw boleh mmg tak nak masuk campur.. tapi dah org mintak tolong... I'll try my best to help pape yg patut.. kesian jugak aku tgk.. kedua2nya tgh pening & berserabut.. Tapi aku pun tgh berserabut gak... huhu... Can anyone help me too??!!!

Isk3.. macam2 dah aku ngarut ni... It shows that my mind also not really in a good condition... Tapi masih waras lg dong... hoho..

Tak lupa jugak, di kesempatan ni.. nak ucapkan Alf Mabrook to Aiman & Asma' for your 2months infant... Tak sabar nak jumpa 'Azzam... hehe.. Moga menjadi penyejuk mata hati ummi & abi sekeluarga... But the most important thing, do call me uncle or 'ammu.. tak yah la tok2 tu.. tak sesuaii lg... :D hehe...

Papepun atas semua kesibukan ni atas segala masalah yg kita face, I do believe solemnly pledge under oath... opss.. silap lak.. I do believe.. semuanya berbalik pada Rukun Iman kita yg ke-6.. Qada' & Qadar Allah utk kita as human being.. & manusia yg lemah.. namun, Allah lebih mengetahui apa yg termampu utk kita... dan DIA juga merancang yg terbaik utk hambaNya...

Just on our part, in anyway.. try our best.. apapun yg kita buat.. hubungan kita dgn Allah, sesama manusia (keluarga, kawan2 & masyarakat), sesama hidupan (hayawan & tumbuh2an).. Be positive.. Salamah as-Sadr (berlapang dada) kepada Allah & manusia.. Its good to evaluate our weaknesses, kekurangan dsbgainya.. rather than think about sumthing else..

Yaa.. Strive for the Best..!!

Friday, November 7, 2008

Life Is A Test

Bismillahirrahmaanirraheem....

Alhamdulillah.. banyak kesempatan utk aku coretkan serba sedikit hari ni.. Lately I'm aware of some hot issues that happened here & there.. Antaranya Dato' Sri Najib Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO, Obama menang Presiden US (for the 1st time dari warga Kulit Hitam), Harga Minyak Petrol di Malaysia turun 15sen / Harga Minyak dunia jatuh ke $60 setong, Razak Baginda diputuskan tidak bersalah bersubahat dgn pembunuhan Altantuya, kes khalwat Norman Hakin-Memey melibatkan rumahtangga Abby, Raja Petra dibebaskan kerana penahanan beliau tidak sah dan bermacam2 lagi... Hmm.. improving... if not.. i'm always outdated on any latest issues.. Ni pun if someone ask about other issues, there might be a lot of things that I'm still not aware off.. but atleast not all issues I have missed out.. :p

Anyway, last week I received call from someone who share about the husband's condition.. which I reserve my word on him.. Pity to the wife who is pregnant right now.. the husband is looking for someone else & thinking to have the 2nd one.. Looks that he still love both of them.. it makes me think of the issue of Norman-Abby.. but the husband not up to that 'caught' thingy..

At the same time, she suspect that the husband is suffering of 'black magic' (dlm bahasa lebih lembut.. kena bomoh/mandrem @ sewaktu dgnnya..huhu..) But she didnt put the word on it.. because according to her "tak baik gak nk tuduh2"..

However, my advice to her is.. banyak amalkan 3Qul (surah An-Nas, Al-Falaq & Al-Ikhlas) + Aayatul-Kursiy.. Amalkan membaca setiap2 kali after solat, boleh juga ditiupkan pada minuman suami.. (pada kebiasaan, air yg ditiupkan dgn bacaan AlQuran, adalah penawar... even, Dr.Harun Din pun guna air kosong utk diberi kpd pesakit).. Doa lah mudah2an segala perkara yg tak baik dilakukan kepada suaminya dijauhkan oleh Allah s.w.t.. I got this tips from 2 of my Ustaz from UIA.. according to them, Rasulullah menganjurkan utk membaca perkara2 di atas.. tiada perantara @ jampi2 serapah yg lain utk perkara itu.. (both is having the same thought)..

Positively, the wife is in a good condition & take it as a test from Allah to them.. But according to her, sometimes she feel that she really in a weak conditon, no energy at all to face all these things.. & feel to give up... However she has to force herself to encounter the feelings..

And surprisingly, the husband did share the same issue to me, and I also advice the same thing to the husband (to recite those surah everytime especially after solat).. since I also hightlite the same feeling of his wife about 'black magic' thingy.. (he didnt know that the wife has contacted me though..)

At the same time he told me that he cant stop forget the girl & want to take the girl as a 2nd.. I did ask him to perform Solat hajat & istikharah.. the rest is leave it to Allah to decide what is good for him & the family... But my warning to him, if the 'petunjuk' says that not to marry the girl.. "takkan ko nk proceed gak??..if this is not good for you???".. I just leave that question to him to asnwer himself..

Whatever it is, serahkan kepada Allah sebaik2 pemilik ke atas sesuatu.. Mudah2an Allah menentukan yg terbaik utk keluarga mereka.. Ameen...

"Cinta Luar Biasa"

Salam 'Alayk.. Just to share 1 of the email received yesterday...

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..
Mampukah kita semua meraih cinta luar biasa..??

Aku tertarik dengan coretannya... Dan sememangnya sebaik-baik Cinta adalah Cinta yg disandarkan kerana Allah s.w.t... Looks difficult if we really dunt want to make effort on it.. However, we have to put more effort to get it...

Sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

1)Imam (pemimpin) yang adil,

2)Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3)Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,


4)Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,


5)Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah",

6)Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,

7)Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Wallahu ta'ala A'lam..

Thursday, November 6, 2008

Odei Anak

Bismillahi Walhamdulillah...

Kaifahalukum Jamee'aan??? Hehe.. Lama tak cakap arab.. Saje nk tanya kabor.. Dah lama tak update blog ni... Macam2 nk dikongsi.. tapi dengan kesuntukan masa yg ada.. mmg tak berkesempatan... Baru skrg rasa, betapa berharganya masa klw tak digunakan sebaiknya.. Dan dgn masa juga Allah bersumpah dalam firmanNya yang penuh bermakna dan mudah2an dihayati bersama..

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan kesabaran." Al-'Asr : 1-3

Hehe, actually bukan nak bercakap pasal Masa pun.. tu selingan sepintas lalu je.. Huhu.. Just to remind myself... and here also.. sedikit sebanyak bercakap pasal masa.. nk disebut kat sini.. sebanyak mana masa yg kita gunakan utk bersama2 mak/ayah kita.... Dan sejauh mana masa yg kita spend tu berkualiti..

Bukannya apa, hati mak/ayah kena dijaga & dibelai.. kadang2 disebalik kata2 "..Tak ada apa.. Mak OK..." yg mak kita ungkapkan... tersimpan secebis kekecewaan dihati dgn tindak tanduk kita.. Na'udzubillah... mintak dijauhkan... bukan setakat kecewa, berkata "Uff" pun dah berdosa seperti yg dinyatakan dlm Al-Quran... Hal ini, walaupun kita tau/ma'aruf tentang perkara ini, tapi sejauhmana kita berusaha utk menjaga perkara tersebut dr berlaku di sekeliling kita...

Satu muhasabah utk kita semua.. sewajibnya mampu & berdaya utk kita:-

- tunaikan permintaan mereka selagi tidak melanggari syara'
- jagalah tingkah laku & perkataan kita terhadap mereka
- sentiasa menggembirakan hati mereka dgn apacara sekalipun
- mengenepikan ego kita demi seorang insan yg bergelar ibu @ bapa

Dalam melaksanakan hal2 ini, kita perlu bertafakkur seketika menilai semula apa yg telah @ belum kita lakukan utk mereka... Beberapa perkara yg tidak mampu kita balas dgn apa cara sekalipun melainkan sebuah kegembiraan kpd mereka...

Mereka telah :-

- mendidik kita utk mengenali apa itu Islam, Iman, Ihsan, Tauhid dll..
- melayan karenah kita dr kecil sehinggalah sekarang
- menanggung segala susah payah utk membesarkan kita
- tak tercapai akalku nak tulis kat sini
- terlalu banyak & tidak dpt dihitung

Melalui pengalaman mereka2 & juga pngalaman aku sendiri yg sudah tidak mempunyai ayah.. Aku sarankan gunakan sebaik mgkn masa yg ada utk menggembirakan mereka... mujahadah diri amat perlu utk kita menerima segala ujian & cabaran utk menjaga hati mereka.. 1 je peringatan utk aku & semua2 sahabat, jgn sesekali kita menyesal @ terkilan dgn apajua perkara sekiranya kita tak sempat utk berbuat demikian ketika hayat mereka... Waktu itu, menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya.. Na'udzubillah..

Perlu diteliti, apakah tindakan kita selama ini adalah sesuatu yg menyakiti @ mengecilkan hati mereka... samada disedari mahupun tidak...?? Jawapannya ada pada diri kita masing2..

Apapun, pokok pangkalnya.. kita perlu bnyk beralah & bersabar... dan waktu ini, giliran kita pula utk mengambil alih tugasan mereka utk kita menjaga mereka pula...

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA??
Masing2 ada jawapannya tersendiri..

Wallahua'lam..

p/s : Segala coretan yang dinukilkan adalah secara spontan. Semuanya utk mereka yg bergelar Anak..

Lagu selingan Nyanyian Raihan

Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Mati Yama No Megentian Dika
Odei Anak Nokeilah Ko Idaah
Nasusah Tomod Yamamu Minaganak Dika

Wahai Anak Apakah Kau Mengerti
Betapa Deritanya
Ibu Yang Mengandung
Aduhai Anak Apakah Engkau Tahu
Alangkah Deritanya Ibu Melahirkanmu

Namun Kelahiranmu Adalah Penghibur Hati
Dibelai Dan Dimanja Setiap Hari
Di Malam Hari Tidur Tak Berwaktu
Tapi Tak Mengapa Kerana Kau Disayangi

Hari-hari Sudah Pun Berlalu
Usiamu Makin Bertambah
Seorang Ibu Sudah Semakin Tua
Namun Terus Berkorban Untuk Sesuap Rezeki
Agar Sempurna Hari Depanmu

Kini Kau Dewasa, Ibumu Telah Pergi
Waktu Yang Berlalu Seakan Memanggil
Sudahkah Kau Curahkan Kasih Sayangmu
Apakah Terbalas Segala Jasanya
Syurga Itu Di Bawah Tapak Kakinya

Hanyalah Anak-anak Yang Soleh
Bisa Memberikan Kasih Sayangnya
Hanyalah Anak-anak Yang Soleh
Bisa Mendoakan Hari Akhiratmu

Wednesday, October 29, 2008

Tagged Lagi

Ye la Riena... Aku jawab balik tag ekau ni.. Letihnya nak menjawab... Huhu..

Name: Muhammad
Sisters: 7
Brothers: 1
Shoe size: 8
Height: 170cm
Where do you live: KL.. asal Kepala Batas

Have you ever been on a plane: YES
Swam in the ocean: YES
Fallen asleep at school: NEVER.. Opss.. Ada la jugak.. bertongkatkan Cermin Mata Box merangkap Pensil Box :-p

Broken someone’s heart: Tak pernah kot... Hancur Hati tuu...
Fell off your chair: Tak pernah rasanya... best gak klw kena yer? hehe..

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Tak Kot..
Saved e-mails: YES
What is your room like: LIKE MY ROOM laa....
What’s right beside you: PILLOW..
What is the last thing you ate: Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Kari Ayam

Ever had…
Chicken pox: YES.. Childhood
Sore throat: YES.. petanda nak demam.. huhu..
Stitches: YES I think....
Broken nose: NEVER.. or NOT YET..

Do you Believe in love at first sight: DEPENDS...
Like picnics: YUP... Camping pun best gak!!

Who was/were…
The last person you danced with: Ish.. Tak Tercapai AKalku.. (Sapa la yg buat Soalan Tag ni..)
Last made you smile: tengok ALYA kot.. (Anak Sedara)
You last yelled at: Kat member kot.. ke kat Adik aku? Lupa plak.. :-D

Today did you…
Talk to someone you like: NO..
Kissed anyone: OF COURSE NOT!!
Get sick: NO..
Talk to an ex: NO X,Y,Z....
Miss someone: My mum & my Late Father..
Who do you really hate: NO.. Org yg mempersendakan sesuatu.. (No one is perfect)
Do you like your hand-writing: YES... Kdg2 lawa.. kdg2 mcm cakar itik.. huhu..

Are your toe nails painted: NO..
Whose bed other than yours would you rather sleep in: my mum... huhu..
What color shirt are you wearing now: WHITE.. Hotlink My Team (Wording in Red)..
Are you a friendly person: Hmm.. NTAH LA.. I rather not to say that.. Biasa2 jer..

Do you have any pets: now - NO.. last time yes... Ayam,Burung, Kucing..
Do you sleep with the TV on: SOMETIMES..

What are you doing right now: ANSWERING THIS TAG!!!
Can you handle the truth: YES...
Are you closer to your mother or father: my Bonda.. both kot.. huhu..
Do you eat healthy: NOT REALLY...
Do you still have pictures of you & your ex: NO X,Y,Z..
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: MY FRIENDS..
Are you loud or quiet most of the time: DEPENDS ON THE SITUATION..
Are you confident: YES & NO..

5 things I was doing 10 years ago:
1. Saya amik SPM kat Irshad,Pokok Sena. (Tiru Riena.. Malas nk pikir)
2. Solat Jenazah utk Allahyarham/ah Ayah (March 1998) & Tok (Mei 1998)..
3. Amik lesen motor.. sebab senang nk tlg mak beli barang2 kat kedai.
4. Buat camping kat tepi laut kat Penang.. under Pers.Bahasa Arab sekolah..
5. Macam2 la aku buat.... huhu...

5 things I would do if I were a billionaire:
- Bawa family pi Mekah kot.. dah lama terpikir.. huhu..
- Sedekah kat sape2 yg perlu... (mcm stereotype.. tp try to be honest)
- Melancong ke mana2 je rasa nak pi..
- Nak beli macam2.... kete, umah, dll... huhu
- Wat kenduri kesyukuran.. jemput sume org dtg makan kenduri...

5 of my bad habits:
- Makan banyak.. huhu
- Tak banyak cakap if in bad mood..
- Tak suke basuh kete.. sbb klw basuh sendiri sure 2-3 jam..(sbb particular sgt)
- Pikir bukan2...
- Banyak lg kot... Tak larat dah nk pikir..

5 places I’ve lived/living:
- Lahar Minyak, Kepala Batas
- Tikam Batu, Sg. Petani
- Petaling Jaya, Selangor
- Gombak, Kuala Lumpur
- Setapak Jaya, Wangsa Maju

5 + 1 people I tag:
Hmm... Tah ler.. Tapi klw diorg rajin.. tlg la jawab TAG ni yer.. klw malas, tak yah wat pape... huhu

1. Pejal
2. Ciki
3. Nurman
4. Wan Azhar
5. Ajim
+
1. Aiman & Asma'

Cukup2 la dulu... Ngantuk dah.. ZZZzzzzzz....