Saturday, February 22, 2014
Sunday, October 6, 2013
Intai-Intai
Hehe.. terlebih ceria pulak... Jenuh buang sawang yg dah berbulan2 ni... Anak no 2 pun dah 1 tahun 3bulan dah... nampak sangat dh zaman berzaman tak update blog...
Hmm.... Tgh fikir2 nk tutup blog ini & buka blog baru..
ATAU
sambung sahaja blog ni...
TUNGGU ILHAM datang untuk buat keputusan... hehe :D
OK, till then.... Jumpa lagi...
Assalamualaikum...!!!! :)
Thursday, November 15, 2012
Monday, September 10, 2012
Kelahiran Kedua
Sememangnya perancangan Allah adalah yg TERBAIK utk hamba2NYA samada kita ketahui mahupun tidak.
Monday, May 14, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Ku Mohon
Tuesday, February 14, 2012
Monday, August 1, 2011
1 Ramadhan 1432H
Mengimbau kenangan setiap dari kita, semenjak dari zaman pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kehidupan di kampus, kehidupan ketika zaman bekerja & masih bujang dan juga zaman berkahwin & mempunyai anak... (zaman tua belum dirasai pengalamannya.. jika diizinkanNYA mudah2 dapat merasainya)
Pandangan peribadi aku, zaman sekolah menengah & zaman di kampus punya keistimewaan tersendiri.. wlwpun zaman pra-sekolah & sekolah rendah semestinya zaman kita hanya berseronok dan tidak memikirkan apajua masalah di sekeliling kita.. namun, zaman sekolah menengah & kehidupan di alam kampus ada jawapannya kenapa aku memilih zaman tersebut...
Pertamanya, bak kata org, usia mematangkan tahap pemikiran seseorang.. waktu itu, perkembangan emosi juga seiring dalam mengekspresikan sesuatu perkara.. dari situ kita sudah bijak menilai & mentafsirkan sesuatu perkara yg berlaku dlm kehidupan kita..
Seterusnya, perasaan kebersamaan (mu'ayasyah) bersama-sama rakan2 & ahli keluarga.. berbanding zaman kanak2, kita hanya bermain & berseronok semata-mata... namun zaman remaja & seumpamanya punya alasan tersendiri.. waktu ini, 'bonding' kita dgn rakan2 seperjuangan mahupun ahli keluarga mula terbina.. teman sama2 susah mahupun senang.. rakan ke hulur ke hilir bergerak ke sana ke mari bersama-sama... sahabat utk berkongsi segala suka duka mahupun citarasa, bertukar2 pendapat dan sebagainya..
Dengan sebab itu, hubungan yg terbina waktu itu mudah utk dipanjangkn sehingga ke zaman sekarang.. atau dgn lebih tepat masih terus berhubungan (keep in touch)... berbanding dgn zaman sekolah rendah, yg kebanyakannya sudah membawa haluan masing2.. tidak dinafikan masih ada yg keep in touch namun tahap perhubungan lebih kpd kenalan biasa... pada yg masih berhubung mesra, itu adalah bonus utk diri anda! Alhamdulillah a'a kulli haal..
Dalam pada itu, tidak terkecuali zaman berkeluarga juga adalah momen kehidupan seseorang itu pada sisi yang lain.. utk si lelaki, bagaimana dia mengemudi bahtera & anugerah Allah yg telah diamanahkn kpdnya.. bagi si isteri pula, bagaimana pula cara utk menguruskn rumahtangga dgn penuh rasa kasih sayang & penuh ketenangan... semestinya dengan sokongan di antara keduanya utk melengkapi seadanya..
Ditambah dgn kehadiran si kecil yang menyerikan lg kehidupan & suasana berumahtangga.. tahap kegembiraan semestinya berganda.. wlwpun ada pasang surutnya di situ.. itulah ni'mat & anugerah Allah yg tidak terhingga..
Sementara bagi yg belum ada rezeki utk memilikinya.. hadapilah peluang utk hidup berdua sebaiknya selagi ada masa... ada hikmah yg tersurat & tersirat pada taqdirnya.. masa anda juga akan tiba dgn izinya... yakinlah, insyaAllah!
Segala yg Allah tentukan tidak akan pernah menjadi sia2 jika mengambil pengajaran dengan penuh rasa kehambaan & ketaqwaan.. bersyukurlah dengan segala ni'mat yg kita perolehi, dan bersyukur juga pabila kita diuji... Begitulah aturannya kehidupan manusia.. penuh dgn rencah yg sudah semestinya penuh dgn pelbagai rasa.. lebih enak dari ikan siakap yang hanya mempunyai 3 rasa! END.
1 Ramadhan 1432H
Tuesday, July 5, 2011
3A (Anak Amanah Allah)
Boleh dikatakan setiap masa dia hanya ingin mendampingi ibunya.. wlwpun kadang-kadang terasa geram dgnnya..geram dlm erti kata mahu memeluk dan membiarkan dia selalu berada di sisi... dlm sisi yg lain, aku lebih banyak masa utk bersenang-senang dahulu... dan si ibu pula perlu melayan si dia setiap masa, termasuklah waktu makan, tido dan sewaktu dgnnya..
Selalunya kami akan membiarkan dia merangkak dan bermain-main di lantai... tambahan pula dia semakin pandai membaling bola.. diambil bola dan dibaling.. rutin itu diulang-ulang sehinggalah dia merasa jemu.. nak dibandingkan beberapa bulan yang lalu, bola hanya dibelek dan dimasukkan ke mulut.. seronok melihat perkembangan dia.. namun, jika dibiarkan beliau bersendirian, mulalah aktiviti memanjat, membuka almari dan laci.. dlm hal ini, aku agak kecapekan.. nak dibiarkan, bisa membuatkan dia terjatuh.. wlwpun beberapa kali sudah terjatuh dek ketidakstabilan beliau mengimbangi badan.."
Baik si ibu mahupun si bapa, elakkan daripada menggunakan frasa kata yang berbunyi negatif seperti jangan panjat, jangan makan, dan lain-lain lagi jangan... tetapi gunakan alternatif lain seperti duduk @ pergi sana (jika dia memanjat), letak @ buang (jika dia makan sesuatu) dan sebagainya.. wlwpun terkadang kita terlepas cakap dgn frasa yg negatif, sekurang-kurangnya kita berusaha utk lakukan yg terbaik... mudah-mudahan, sedikit sebanyak kita telah terapkan nilai-nilai yg baik utk anak-anak kita..
Dalam hal menjaga keselamatan anak-anak pula... sebaik dan sesempurna boleh kita akan memastikan anak kita dlm keadaan yg serba selamat.. memastikan anak kita berada dlm keadaan yg bersih.. supaya dapat dielakkan daripada simptom-simptom yang tidak diingini.. antaranya ruam atau gatal-gatal badan, selsema dek habuk, demam dan sebagainya..
Begitu juga dari segi pemakanan, kita menyediakan makanan yg terbaik utk anak kita.. seawal kelahiran, kita menyediakan susu ibu yang diyakini terbaik di antara susu-susu yang ada di dunia ini.. setelah usia 6 bulan, kita sediakan anak-anak kita dgn makanan yg sihat, berkhasiat dan tentunya tidak memudaratkan.. dan begitulah seterusnya.. hal-hal pemakanan perlu lah dititikberatkan sedari awal, sebagai langkah awal dlm mendidik anak-anak... dari pemakanan juga akan membentuk minda, fizikal dan juga syakhsiah anak-anak.. ini semua adalah termasuk dalam tanggungjawab dan amanah utk ibubapa laksanakan sebagai satu kewajipan.. jika hal ini dipandang enteng, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan syakhsiah anak-anak kita nanti.. mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang, namun kemungkinan kita akan sedar apabila anak-anak kita membesar ke alam dewasa nanti..
Dan dalam aspek membentuk jatidiri mahupun disiplin anak-anak pula, semuanya bermula dari rumah.. samada dari aspek kebersihan, pengurusan diri, kekemasan, mematuhi masa dan sebagainya.. sedari awal jika kita terapkan nilai-nilai yg baik dan disiplin yang teratur, anak-anak kita akan terbiasa dan akan menjadi makanan hariannya dalam membesar menjadi dewasa kelak...
Jadi, apa jua hala tuju kita dlm membesarkan anak-anak, kesabaran dan ketegasan perlu berjalan seiring.. di samping itu, sentiasa lah berdoa kepada Allah dan menerapkan nilai-nilai mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran & As-Sunnah.. tiada alasan samada itu adalah anak pertama, kedua, ketiga mahupun ke seterusnya... Semoga anak-anak yg kita didik akan membesar menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.. Itulah amanah yang telah dipertanggunjawabkan untuk mereka yg bergelar ibu dan bapa. Ingat, Anak Amanah Allah.. Wallahua'lam.
Mizwar Abduh
6 July 2011
Wednesday, June 29, 2011
27 Rajab 1432
Tuesday, March 1, 2011
"..di ambang 6 bulan.."
Adib Zaidan @ 5months++...
Beberapa minggu lalu.. Adib ada demam ON & OFF.. hari ni ok, esok panas.. esok ok, hari ni panas.. check suhu dlm 36++ ke 37++... mungkin dia nk adapt cuaca yg tak menentu sejak kebelakangan ni.. skrg Alhamdulillah dah OK.. hopefully Adib terus membesar dgn sihat.. Apajua yg Allah taqdirkan.. moga mengajar kami erti ketabahan & kesabaran... Lain org lain ujiannya.. moga kita sama2 ambil 'ibrah...
Apapun, zuriat adalah anugerah terindah & merupakan amanah dr Allah utk hamba2NYA.. moga kita sama2 dpt mencorakkan mereka dgn Iman, Ilmu & Amal yg soleh.. tiada apa yg dpt dibanggakan malah merupakan tanggungjawab besar utk kita yg bergelar ibu/bapa... Segala puji-pujian, adalah hak milik mutlak Allah yg menganugerahkannya.. Wallahua'lam..
Last but not least.. CONGRATS to all newborn... (lama x update & x terwish..huhu)
Monday, November 29, 2010
Macam-Macam Ada
Kebosanan plak di 'tempat kerja' hari ni... cuaca sejuk sepanjang hari.. rasa nak tido jer... apapun semuanya adalah rahmat dr Allah s.w.t... kena bersyukur seadanya..
Sambil2 tu aku tune la channel tv ni ke tv3.. (maklum la 'tempat kerja' aku ni tak ada Astro..) Dan cerita hari ni adalah Putera Katak.. Adoii.. lepas 1-1 cerita diorg tayangkn dlm Slot Lagenda ni.. dah la cerita mengarut2... siap bleh menafsir alam lain pulak tu.. dah tu waktu lain pulak asyik ulang tayang jer cerita2 yg lama2.. + cerita dari negara asing... nak buat mcmana, aku tak berminat kan.. sbb tu la aku membebel... huhu... tak payah la aku nak komen panjang2.. sekadar mengomel ja dlm entry kali ini.. :D
Hari ni ada chat dgn seorang kenalan yg aku kenal melalui kawan aku (jgn perasan pada yg tau siapa dia.. haha)... sambil2 dok chat tu tetiba teringat ttg my old posting - Usrati masa mula2 start blogging in June 2008... Tak sangka.. question mark yg aku letak pada hujung entry tersebut.. rupa2nya Adib Zaidan is the lucky no.27... hehe sekadar suka2.. tak ada apa2 indikasi pun... huhu...
Dan macam ini lah jika tahap kebosanan melampau... dah mcm2 cerita yg masuk dlm entry ni.. hujan masih lebat di luar.. rasa nak balik awal ke rumah... semestinya nak jumpa 'qurratu a'yun' yg ada di rumah... mcm itu lah perasaannya apabila ada zuriat pengikat kasih sayang... syukur atas nikmat yg Allah berikan... wlwpun diri ini sentiasa alpa & lalai... moga Allah mengampuni aku & merahmati kehidupan kami sekeluarga...
Sebelum terlambat, nak wish Tahniah kepada my frens :
Kpd2 yang bakal menanti kehadiran2 cahayamata hujung Dec ni - Nawal & Rusdi, Ciki & Nad, Pak Lah & Ana... All da best!! moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Ameen... (utk yg tahun hadapan tunggu entry tahun hadapan.. hehe) jika diberi kesempatan umur olehNYA insyaAllah.... kpd yg masih menanti2, moga semuanya dimurahkn rezeki.. jaga hati & hiasi peribadi.. insyaAllah murah rezeki... (sambil ingatkn diri sndiri.. huhu ^_^)
OK lah, cukuplah sampai disini... kerana hujan masih belum berhenti... lebih baik aku yg berhenti.. :) Wallahua'lam...
Wednesday, November 24, 2010
"Apa Saja"
Aku memang agak ketandusan idea untuk meng'update' blog seperti biasa... Wlwpun bermacam2 perkara yg berlaku sekitarnya... Hari ni je rajin skit nk update..
---------------------
Sekadar ingin berkongsi sepanjang AZ kena kuning, pada awalnya hanya susu ibu yg diberikn pada AZ atas nasihat nurse2.. namun pengalaman semalaman AZ & ibunya ditahan di Wad HKB, mengambil nasihat dari kenalan utk cuba beri cecair utk jaundice dari klinik homeopathy.. kami usahakn juga & bertawakkal... daily check-up menujukkan up & down tahap kuning AZ... kemudian nurse di klinik harian tersebut secara unofficial (off record) suggest utk cuba sengkuang cina... dicincang halus & diberi airnya kpd AZ.. so far result yg agak positif wlwpun minimal... akhir sekali, aku teringat pada minggu pertama kelahiran AZ, aku pernah memberi air zam-zam 1 kali.. dan bacaan kuningnya pada esok hari sangat positif.. dan mengingatkn hal itu, aku hanya memberikn air zam-zam utk AZ selain dari susu ibu... Alhamdulillah keputusan kuning AZ makin menurun sehingga lah Doktor beritahu tak perlu pergi daily check-up lagi sehingga usia AZ 1 bulan.. dan Alhamdulillah sewaktu check-up AZ di usia 1 bulan tahap kuning berada pada tahap normal & bebas dari kuning...
Beralih ke hal breastfeeding pula... setiap ibubapa mesti mahukn yg terbaik utk anak2 mereka.. begitu juga dgn kami.. selagi boleh, aku mmg mengharapkn wifey aku dpt fully-BF AZ... pada awalnya kuantiti susu agak kurang... sehingga wife cadangkn utk beli susu formula sebagai 'back-up'... dan aku kurang setuju kerana ia akan memberi kesan psycologi kpd isteri aku utk menghasilkan susu badan... ikhtiar lain diusahakan... sayur sawi, sayur kucai & sayur lobak putih diberikn sbg juadah ketika lunch & dinner... Alhamdulillah.. respon yg positif.. dan diteruskn dgn tambahan RTC (produk homeopathy) sbg tambahan kpd usaha kami.. and so far alhamdulillah.. masih positif... masih terus mengharapkn yg terbaik... dan berdoa utk itu.. doakan ya!!
Tambahan pula sprti yg diketahui... kelebihan2 yg Allah berikn kpd susu ibu.. antibodi yg kuat utk baby survive selepas kena cucuk 1bln, 2bln or 3bln... Alhamdulillah setakat ini AZ tak kena demam selepas cucuk.. dan badan dia tak ada ruam2 yg berat... Wallahua'lam.. tak mau ckp lebih2... kerana masa depan masih panjang.. dan moga Allah pemudahknnya... Ameen..
Selain itu, mengambil petua dari mak (based on her experience handle anak2 & cucu2).. waktu mandikan baby paling awal jam 10pagi... dan itu juga yg kami cuba aplikasi utk AZ... setakat ini Alhamdulillah AZ belum lagi terkena demam/selsema/batuk... hopefully tak kena la... apapun petua itu & ini... segala2nya berbalik kpd kehendak Allah... yg baik itu dr Allah.. yg tak baik tu dr kelemahan kita sendiri.. namun apa jua yg Allah datangkn utk kita semuanya ada hikmah/mesej dariNYA utk kita sbg hambaNYA... whatever it is.. terpulang lah pada kehendak & keyakinan masing2...
Selebihnya cara kita masing2 berbeza mengikut tempat & keadaan.. tepuk dada tanya selera... tak ada yg lebih bermakna utk ibubapa yg mahukn yg terbaik utk anak2nya... dan jika ada sedikit kebaikan pada entry kali ini.. sama2 kita ambil manfaat.. or maybe u can just ignore it if is not applicable... -END-
Wednesday, September 29, 2010
:: Anugerah Terindah ::
Feb2010 - March2010
Note : Due date based on period calculation - 5Oct2010, based on scan - 30Sept2010.. means +-awal 3minggu..
Maka, kami pun mintak balik dulu (kami stay kat umah mak kat Kepala Batas sbb plan sambut raya di sana)... wife buka puasa (kiranya tak puasa 1 hari)... mkn ketupat rendang, spaghethi, nasi tomato, nasi impit, pizza, cheese cake, chocolate cake sume siap... alhamdulillah semua menu tu siap di masak ptg tu jugak.... klw tak kempunan la wife nk mkn menda2 tu... Then, lbh krg jam 6pm baru register masuk sepital - Wad 9 : Atenatal... after maghrib aku pun balik rumah dulu... (about 30minit dr umah mak ke sepital)...
1st Syawal
Selepas solat sunat hari raya.. kami bersms jer... dan doktor pun telah meng-induce my wife @ 10am... and @ 10.30am wife dah start contraction... time melawat public holiday : 12noon sampai 7.30pm.. tghari tu baru aku ke hospital... lebih kurang waktu asar, ada turun tanda (kuar air) & check bukaan rahim baru 1cm jer... aku decide utk balik ke rumah sbb wallet tertinggal... masa drive ke hospital dah terperasan tak bawak wallet... sedapkan hati konon hari raya tak ada road-block... (Alhamdulillah selamat).. biasa la bila dah kelam kabut skit, mula lah lupa itu ini... lgpun wife dah bg izin utk aku balik... & aku pun nk biarkan dia berehat/tido....
At da same time, mak, abg & kak ipar on da way ke hospital.... dan ptg masa diorg kat hostpital tu... contraction wife lebih skit dr awal tadi... lepas tu dlm 6 lebih mak balik dari hospital.. diorg sume suruh aku ke hospital kot2 wife akan bersalin dlm masa yg terdekat... maka aku pun ke hospital semula... tunggu punya tunggu.. keadaan masih sama.. cuma contraction wife boleh dikatakan konsisten... x de stop sekejap2 dah... then, wife kesian aku kena stay kat lobby hospital sorg2.. dia suruh aku balik dulu.. anything dia akan call aku... with my mum permission, aku pun balik ke rumah... tgh mlm tu dlm 1am.. wife mesej.. kuar darah skit.. nurse check bukaan rahim dlm 2cm... diorg bgtau klw 3cm akan dibawa masuk ke labor room (normal masuk ke labor room : 4cm)... aku pun standby kot2 wife call utk masuk labor room... atlast wife ckp tido dulu... blom lg nak deliver kot... maka aku pun tido2 ayam.. kejap2 terjaga... @4.30am aku sms wife tanyakan keadaan dia... so far blum lg.. masih sama... masih terus menunggu....
2nd Syawal
About 7.30am... wife call... nurse check bukaan dah 4cm & akan di bawa ke labor room... aku pun bersiap2 ditemani kakak aku.. terus pecut ke hospital... sampai hospital tunggu la kat luar dewan bersalin tu... fyi, kat seberang perai ni ada 3 hospital kerajaan (Kepala Batas:HKB, Bukit Mertajam:HBM, Seberang Jaya:HSJ)... cuma sebarang kes/komplikasi semua kes akan direfer HSJ... klw HKB & HBM, husband boleh join dlm labor room... except HSJ tak boleh.. maka aku pun tak dapat join ke labor room.. hanya tak henti2 membaca doa & zikir yg boleh membantu memudahkan kelahiran zuriat kami...
Jam menunjukkan pukul +-9am... aku lihat status di kaunter dewan bersalin.. No.7 - Afifah : (/) : means dah bersalin.. (x) :belum bersalin... tp aku tak nampak nama 'Aiffah... gerak hati mengatakan maybe itulah nama my wife.. cuba tanya nurse kat situ...
Anggaran masa 7.30am ke labor room, jam 9am dah tunjuk status bersalin boleh dikatakan cepat jugak lah... aku pun start memberitahu mak aku & mak mertua yg wife dah selamat melahirkan bayi kami... cuma jantina bayi belum diketahui... sbb aku tak dpt bertemu dgn mereka lagi...
Berpeluang bertanyakan nurse...
Aku : Boleh tau jantina anak saya...
Tunggu punya tunggu... masih belum dapat jumpa my wife & anak kami... jam menunjukkan 12tghari... (ya, diakui.. bilangan nurse agak terhad.. memandangkan musim perayaan)... aku masuk ke kaunter... kebetulan ada doktor di situ...
Aku : Excuse me... my wife dah deliver jam 9am tadi... until now saya belum azan my baby...
Dalam 5minit... doktor itu membawa bayi aku utk diazankn... selesai diazankn, aku meminta izin utk lihat jantina bayi... Alhamdulillah 'ala kulli haal.. it's a baby boy.. :) Dan baby kami di bawa masuk ke labor room semula ke tmpat my wife... Aku pula terus ke surau utk sujud syukur.. Alhamdulillah atas Anugerah Terindah dari-NYA....
Selepas itu, bermula lah sessi berkongsikan khabar gembira kpd rakan2 & ahli keluarga...
Dan akhirnya lebih kurang jam +-1.00 tghari... baru lah my wife & my baby di bawa keluar dari dewan bersalin utk ditransfer ker Wad 10 : Postnatal... Alhamdulillah.. dpt lihat muka my wife & our baby...!! Syukur pd MU Ya Allah.... semuanya selamat... rupanya dia selamat melahirkan baby kami jam 8.31pg.. lebih awal dari sangkaan aku...
Bayi kami dilahirkan pd 2 Syawal 1431H / 11 Sept 2010 @ 8.31am
Dan tahun ini, raya aku hanya ulang alik ke hospital & duduk di rumah sahaja... gambar raya pun tak ada... pakaian raya kami berdua pun recycle jer.. tak ada baju raya baru... namun ianya sesuatu pengalaman yg berharga & indah.... :)
"AllahuAkbar-AllahuAkbar-AllahuAkbar.. Wa-lillaahil-hamd...
Alhamdulillah.. Walhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah..."
---- HARI KE-7 ---
Baby kami selamat dicukur kepala...
dan juga ditahnikkan dgn kurma + air zam zam....
diwar2kan namanya kepada umum : Adib Zaidan bin Muhammad...
Saturday, September 18, 2010
'Eid Mubarak
Dalam kesibukan di 'Eidulfitri yg lalu.. masih belum terlambat rasanya kami mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata & salah laku perbuatan sepanjang kalian mengenali saya....
Ikhlas,
Wednesday, August 25, 2010
K.E.S.A.L
Lama tak update blog ni... tapi hari ini dengan semangat update blog tetapi dengan sedikit kekesalan... apa lah nk jadi dengan generasi kita hari ini.... lepas satu... satu kes muncul.... ini tak termasuk kes simbah asid, kes sembelih anak, kes bunuh itu ini.... na'udzubillah...
Pertama kes seorang remaja & rakan2 menghina perihal puasa di facebook.... sampai bermacam2 hinaan keluar dari komen2 facebooknya sehingga tahap menghina agama.. namun, hal ini tidak dihiraukan oleh pihak berwajib... unless klw kita menghina bangsa.. maka bertubi2 lah report polis sana sini sampai jadi kes mahkamah... hmmm.... mmg kesal!!!!
Keduanya kes remaja2 perempuan bertudung yg mempersendakan zikir2 sambil berdikir barat dengan gerak-gaya yang menyakitkan mata & hati!!!! Kenapa lah sampai sebegitu sekali tidak ada 'common sense' tentang hal2 sebegini.... usah diberi alasan mereka ini jahil dan sebagainya... kita ni sekarang bukan hidup di zaman batu... malah didikan agama telah diberi sedari kecil... sejak tadika sampai lah peringkat tinggi.... Na'udzubillah....
Memang merisaukan tahap kefahaman generasi2 kita hari ini... malah lebih risau.. golongan anak2 kita nanti bakal berdepan dgn pelbagai ancaman2 dari anasir2 luar yg lebih dahsyat... apatah lagi yg ada di depan mata kita sendiri pada hari ini....
Ini tidak termasuk lagi bab2 sampingan seperti trend berpakaian sekarang yg bermacam2 fesyen kononnya fesyen buasana Muslimah... tetapi fitnah ke atas busana muslimah kerana auratnya tidak ditutup mengikut syara'.... berpakaian ketat & jarang adalah yg paling ketara pada masakini.... Astaghfirullah...
Cukuplah aku meluahkan rasa tidak puas hati & kesal ini.... mudah2an kita & mereka beroleh Hidayah dariNYA... AMEEN..... sekurang2nya sebagai protes & tanda selemah2 iman....
Hadis Rasulullah SAW :-
Ertinya: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup (berbuat demikian), maka hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan kalau tidak sanggup (pula), maka hendaklah ia melakukan dengan hatinya (mendo’akan), yang demikian adalah selemah-lemah iman. (H.R. Ahad bin Hanbal, Muslim dan Ashab as-Sunan (para ahli hadis penyusun kitab hadis Sunan).
Ya Allah... pelihara lah diri kami, keluarga kami, sahabat handai kami & keturunan kami dari segala bala bencana dan fitnah2 yang tidak mampu kami tanggung...
Monday, August 9, 2010
Ramadhan Kareem
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi):
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَالْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ - رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]
"Kullu Sanah Wa Antum Bi-Khayr"
-Al Faqeer Ilallah-
Tuesday, July 20, 2010
Sharing Is Caring
Ya, memang lama blog ini tidak ber-update... & Sorry to Ummi Nawal juga... tak terjawab2 tag dr dia yg dah berkurun itu... tapi hari ini, blog ini kembali menandakan pemilik blog ini masih sayang padanya... huhu...
Alhamdulillah 'ala kulli haal... syukur pada Allah atas segala kurniaan dariNYA... syukur juga atas segala ujian yg dilimpahkn pada hambaNYA ini....
Namun datang hamba disini bukan kerana kajang pak malau... tapi datang hamba kerana ingin berkongsi... berkongsi kegembiraan kawan2... :) Moga diambil segala yg baik & dibuang jauh apa sahaja yg tidak baik... moga niat baik perkongsian ini tidak disalah-ertikan... (kerana aku sering disalah-ertikan.. huhu tukar mood plak :p)
Begini al-kisahnya... beberapa bulan yg lalu, selepas mengetahui 'berita gembira' dari kami... seorang kenalan aku cuba menghubungi aku secara private di maya... dia bekongsi beberapa perkara... rupanya hampir 3tahun menuggu, beliau & suami masih belum dikurniakan zuriat...
Berbekalkan sedikit pengetahuan & hasil 'kajian' yg tidak seberapa... aku berkongsi sedikit tips/petua utk dia & suami amalkan... ianya lebih kpd spiritual & psycological approach... selain makanan/minuman tambahan... selebihnya serahkn semaksimanya kepada Allah untuk menentukan yg terbaik atas segala usaha yg dilakukan... INGAT, ianya bukan kerana tips/petua yg aku bagi... tetapi atas usaha masing2 & tawakkal kita kepadaNYA... selainnya atas asbab yang Allah telah taqdirkan... wallahua'lam...
Selepas tempoh itu, agak lama aku tidak bertanyakan khabar beliau selain mengelak bertanya berkaitan hal2 sedemikian.... tidak mahu menggangu emosi beliau...
Namun petang semalam, sambil baring2 kepenatan pulang dari hospital... aku menerima teguran 'chat FB' dari beliau... terkejut juga aku, setelah sekian lama kami tidak tegur-menegur di lama FB... sambil diminda aku menantikan berita gembira... namun agak kecewa kerana chat kami dimulakan dgn bertanya khabar sahaja... hmmm....
Kemudian...
Rupa-rupanya beliau memberitahu khabar yg paling gembira utk beliau & keluarga... Alhamdulillah beliau sedang hamil hampir 2bulan... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... itu je yg terdetik dlm hati aku... aku yg membaca tulisan beliau pun agak terharu... ucapan tahniah utk beliau yg pada mulanya masih antara percaya atau tidak... Dan katanya, yang pasti suami beliau adalah org yg paling gembira skrg... dan aku boleh memahami perasaan beliau... :)
Pernah aku dgr org cakap... tahun 2010 ni tahun rezeki... ye la... rezeki itu tiap2 masa ada... tapi yg dimaksudkan di sini - ramai yg hamil tahun 2010 ni... huhu...
Kemudian sempat cerita kat my wifey kisah ni smlm... dia pun turut terharu & megalirkn air mata... huhu... kami tumpang seronok... Alhamdulillah....
Apapun tahniah juga kpd ramai kawan2 aku yg sama2 memperolehi 'rezeki ini' tahun ini.... Moga Allah permudahkn urusan kita seterusnya... dan bakal menjadi rezeki mereka yg masih menanti insyaAllah... segala2nya atas kehendak dariNYA yg mengetahui yg terbaik utk kita... Ameen...
p/s: Puan OP.... bila kita nk ON ni???? DAGC??? (u-know-who-u-are) hehehe... :D
Tuesday, June 22, 2010
June-2010
Agak lama blog ini bersawang... dek kesibukan ke sana sini... kesempatan utk mengupdate blog pun agak limited... klw nk diikutkan mmg sangat bnyk aktiviti utk dikongsi... namun, kesulitan masa buatan sendiri menghadkan pengurusan masa utk diri sendiri...
Anyway, Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Sekadar berkongsi, 3 album berjaya disiapkn wlwpun berlaku beberapa kelewatan... moga Allah permudahkn segala urusan selepas ini... Ameen...
Enjoy the photos.........
Tuesday, May 18, 2010
Ujian Adalah Tarbiyah Dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Begitulah antara bait2 nasyid Kehidupan nyanyian semula in-team & Nazrey Johani... penuh bermakna buat kita sbg hambaNYA... Sesekali Allah menguji hambaNya tanda kasih sayang yg tak terhingga dariNYA... Sedetik itu jua lah kita sbg hambaNYA merasa diri begitu hina dan tertekan dgn segala ujian yg dilalui.. Namun ingatlah... janji Allah buat hambaNYA... tidak akan diuji seseorg itu melainkn dgn kemampuan dirinya...
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286)
Sesungguhnya Allah maha pengasih & penyayang... setiap yg hidup tidak akan merasa sunyi dr apa jua musibah mahupun ujian dr Allah... selagimana kita redha & pasrah.. kita akan BAHAGIA dgn ujian tersebut.. lain tahap keimanan seseorang... maka lain juga lah tahap ujian yg dihadapinya...
Sungguhpun demikian, dalam menghadapi apajua ujian yg dihadapi... kita bertanggunjawab utk menghadapinya dgn tabah... dengan penuh rasa tawaddhu' dan rasa kehambaan.. andai ujian tersebut adalah yg terbaik utk kita.. maka tempuhilah dgn penuh rasa TAQWA... kerana disebalik ujian itu, Allah lebih mengetahui segala yg terbaik & hikmah utk diri hambaNYA
Dalam melalui segala jerih perit ujian yg dihadapi, ingatlah... apapun jua tindakan kita pada hari ini... ianya akan memberi kesan yang besar di masa hadapan... kerana itulah, kita perlu bertindak dengan penuh rasa keimanan di dada... kesilapan bertindak pada hari ini akan memberi kesan yang bukan calang2 pada masa hadapan.... kerana tindakan kita perlu mengambil kira maslahah peribadi dan juga org di sekeliling kita... agar tidak menjadi barah apatah lagi menjadi fitnah kemudiannya...
Justeru, istikharah adalah jalan yg terbaik... kerana tindakan mahupun keputusan yg kita ambil, kita telah berserah pada Allah... semestinya tindakan itu dikira matang... kerana kita bersandarkan kpd petunjuk & hidayah dr Allah swt... tiada yg lain melainkan hidayah dariNYA
Selebihnya kita sebagai hamba perlu redha, berlapang dada & bersangka baik menghadapi ujian dr Allah.. berfikiran positif serta menjauhi dari memikirkan hal2 yang negatif... selalu menenangkan diri dengan lebih akrab dgn Allah swt... kepada Allah sebaik2 tempat pengaduan.. kerana DIA sentiasa mendengar rintihan & doa2 dr hambaNYA...
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (Ghaafir : 60)
Dan yg pasti ada sebab kita diuji sedemikian rupa... kerana tidaklah sesuatu itu terjadi tanpa sebab.... selalulah perbaiki diri dan rasa REDHA dgn apa yg berlaku... terus lah bermuhasabah dan mengenal diri... kerana disitu terletak cahaya yang akan pasti BERSINAR...
Nasyid : Kehidupan
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Nyanyian semula Inteam & Nazrey Johani






